Selasa, 4 Ogos 2015

MILKY PEACH PUDDING

Assalamualaikum w.b.t
Syawal ke-19 ya..Salam Aidilfitri buat semua teman2 alam maya. Belum terlambat rasanya ni, maafkan salah silap saya andai ada..kot2 ada yang terkecik hati ke, rasa benci ke..koott la kan..??
Puding peach ni dah 3 kali saya buat, sedap rasanya, anak2 suka, jiran2 pun sama siap tanya macamana nak buat, sesiapa berhajat nak cuba silakan..

Jadi harini kita kongsikan cara2 menghasilkan puding mebeles nih.. TQ FB Cek De Sam Che Ct kerana berkongsi resepi ni.

MILKY PEACH PUDDING
Bahan-bahan :
  • 1 pek agar-agar serbuk - 13 gm
  • 500 ml air
  • 500 ml susu sejat
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - kacau rata
  • Beberapa titik pewarna kuning (optional)
  • Buah peach dalam tin
Cara-cara :
1. Basahkan acuan atau loyang dan susun buah peach didalamnya. Ketepikan.
2. Didihkan air, gula pasir dan serbuk agar-agar dalam periuk dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Bila sudah mendidih masukkan susu cair, esen vanila dan sedikit pewarna kuning. Didihkan lagi sambil dikacau perlahan. Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga agak mendidih sedikit, tutup api dan angkat.
4. Tuang adunan agar-agar kedalam acuan atau loyang dengan perlahan-lahan diatas buah peach.
5. Bila wap panas sudah hilang bolehlah disejukkan agar-agar tadi ke dalam peti sejuk.

SELAMAT MENCUBA

6 ulasan:

Liza berkata...

selamat hari raya anna, maaf zahir batin..
sedap nmpak pudding tu, nnt dah ada bhn blh try buat jugok la

Yana Shaiful berkata...

Selamat hari raya kak Anna..maaf zahir batin ^__^..
alahai napok sedap la pulok puding itu..pns2 ni sesuai sgtlah bt dessert gini..

tun_telani berkata...

Selamat hari raya kak anna :) tun kalau buat ni kene beli 2 tin pic tu, sbb biasa xsempat buat puding dh habis wat ratah.. hihi

Wattie berkata...

Selamat hari raya, maaf zahir & batin Anna. Ada lagi ka puding tu, mai seketoii nak rasa heheheh

Wattie berkata...

Selamat hari raya, maaf zahir & batin Anna. Ada lagi ka puding tu, mai seketoii nak rasa heheheh

Eiey Sweetheart berkata...

Slmt hari raya kak..Aummm..dap nye..bru habis 2 tin buah peach uat koktel..nk kne bli lgi..try uat puding plk..thx kak ats prkongsian resipi yg nmpk super sdp ni..😚😘

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...