28 Ogos, 2010

BISKUT NESTUM RANGUP TANPA TELUR

Banyak hari dah tak update, bukan takde apa nak kongsi tapi saje2 menyibukkan diri menyiapkan biskut raya sementara masih rajin ni, kalau dah virus "M" menyerang susahla nak buat biskut ke hape..Ini salah 1 biskut yg Ana dah buat..Jadikan salah 1 juadah di meja tamu rumah anda di hari raya ini...


Resepi asal dari majalah SDK terbaru tapi bila Ana buat adunannya tak boleh nak bentuk, berderai, sedangkan gambar dlm majalah tu dia buat bentuk bunga lg..nasib baik ada paper cup, kepal2 masuk paper cup & bakar..hasilnya mmg sedap, tak manis sgt & rangup garing...

Ana kongsikan kat sini, mana tau ada yg nak cuba...
Resepi : Try buat separuh adunan pun dah banyak...
  • 375 gm mentega
  • 250 gm gula perang..sub.kan ngan gula pasir leh gak tp kena krgkn
  • 400 gm tepung gandum
  • 225 gm nestum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • coklat masakan...utk glaze je....tak letak pon takpela..
  • Ceri dipotong kecil2..Ana saje tambah ni
Cara2 :
  • Pukul mentega & gula perang hingga kembang.
  • Masukkan tpg gandum, nestum & serbuk penaik. Gaul sebati hingga jd doh...(doh Ana jd berderai mcm serbuk gitu)
  • Bentukkan..Ana kepal2 boh dlm paper cup je, letak ceri yg dipotong2 atas tu..tekan2 skt bg padat
  • Bakar api sederhana lbh krg 15 minit @ dah kuning2 skt kat atas dia dah masak ler tuh...
  • * Untuk hiasan : Double boilkan coklat masakan tu, paipkan atas biskut..(Ana boh lam plastik, gunting lubang kecik & paipkan...tk boh pon takperla, ikut suka suki suku sakat korang lah yea..
 
Selamat Mencuba..percayalah sedap biskut nie...(",)

    25 Ogos, 2010

    SAMPERIT PANDAN KAK WAN

    Alalalalalalalla....Ana dah jatuh hati ngan kuih raya lak...kali ni buat semperit resepi CITARASAWAN yang glamer tuh....masa buat siang2 tak dapat rasa, berkobar2 lak lepas berbuka terus ngap..mak aiii..sedap tau...mungkin sebab campuran tepungnya tu kot..apapun memang sedap & lembut & yang sewaktu dengannya....


    Resepi ni haaa...Ana copykan yea Kak Wan..jutaan terima kasih kak...tapi Ana punya biskut versi nak cepat je, tak sempat nak letak choc.cair...tetap mengancam gak kan...

    Bahan A
    • 200gm mentega
    • 100gm gula ising
    • 1 biji kuning telur
    • 1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
    • 1/2 tsp pewarna hijau epal
    Bahan B
    • 250gm tepung gandum
    • 50gm tepung jagung
    • 30gm tepung kastard

    Hiasan :  Coklat masakan putih dan manik hundred thousand.

    Cara :
    • Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 1 jam.
    • Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan.  Potong mengikut saiz di kehendaki.
    • Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
    • Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna. *Ana tak buat ni, terus tabur manik je...
    • Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi.
    SILALAH CUBA YA...

    24 Ogos, 2010

    CHOC. CHIPS MUFFIN

    Happy Birthday Akmal...23 Ogos...umurnya dah genap 6 tahun...dah petang baru teringat haritu janji nak buat kek untuk Akmal, cari punya cari, dapat buat muffin je sebab dah suntuk sangat dgn waktu berbuka...Ana belek2 kat blog Mat Gebu terjumpa juadah enak nih, pasti disukai kanak2 & yang bukan kanak2 juga....hihi...


    sumber : En.Mat Gebu...Ana copy je resepi tu kat sini ye Cik Mat...

    Bahan Disatukan Dan Diayak:-
    • 250 g tepung gandum
    • 2 camca teh baking powder
    • 1/2 camca teh soda bicarbonate
    • 2 camca besar serbuk koko
    Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
    • 250 ml susu segar..(saya guna susu cair)
    • 90 ml minyak sayur/jagung (saya guna mnyk masak je)
    • 1 biji telur gred A
    • 1 camca teh esen vanilla
    Bahan Lain:-
    • 175 g gula halus
    • 150 g chocolate chips
    • 50 g chocolate chips, utk hiasan
    Cara membuatnya:-
    • Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. 
    • Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hinggA semua sebati dan mesra.
    • Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
    • Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan...

    22 Ogos, 2010

    BISKUT BADAM RANGUP

    Salah satu biskut raya tahun ni, dah buat 1 adunan & rasanya kena buat lagi sebab menepati citarasa, sodaappp...TengQ En. Mat Gebu..



    Cik Abe Ana kata macam biskut yang biasa tempah je..yelah sebelum ni main tunjuk je kan, kali ni bolehla merasa biskut yang buat sendiri, sedap lak tu..

    sumber : Mat gebu
    Bahan-Bahannya:-
    • 150 g mentega
    • 125 g gula aising
    • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
    • 1/2 camca teh esen vanilla
    • 100 g tepung gandum*
    • 100 g tepung kastard*
    • 75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
    • 50 g serbuk badam
    • 50 g tepung gandum (extra)

    Untuk Hiasan:-
    1 kuning telur
    Badam cincang secukupnya

    Cara membuatnya:-
    • Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
    • Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
    • Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

      JANTUNG PISANG TUMIS PEDAS

      Salam buat teman2 & pengunjung dapo Ana, pagi2 ni Ana nak tunjuk menu makan malam semalam, selain asam pedas ikan baung & daging goreng ada gakla menu sayur ni..biasa kalau jantung pisang kita celur buat ulam je, takpun buat masak lemak pun sedap kan..sekali sekala cuba tumis lak, pun sedap..

      Jantung pisang tumis pedas
       Guna je jantung apa pun boleh..opppsss..jangan jantung hati udah ler, jantung pisang yea..

      Cara buat : 
      • Celur dulu jantung pisang tu, kemudian potong serong @ ikut sukala nak potong macamana..
      • Tumis macam nak tumis sayur lain gakle, buat pedas2 sikit, makan lak dengan nasi panas, takke berasap??
       Salah 1 menu kami...
      asam pedas ikan baung
       SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

      BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

      Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...