20 Ogos, 2011

MURTABAK SARDIN CREAM CRACKERS

Menu sampingan waktu berbuka puasa kelmarin, Ana buat ni sebab tengok ada lebihan lauk sardin yang suami masak untuk bersahur sebelumnya..daripada terbiar baik buat murtabak, nampak menawan kt blog Tun haritu, kita pun nak cuba gak walau tak boleh nak makan, sekurang2nya yang berpuasa kat rumah ni ada kuih sikit nak merasa kan..Lepas dah masak ada jugak Ana ambik rasa, kuis2 tang telur tu sikit..sedap..alangkah syoknya kalau dapat makan banyak2..hehe
Bila nak potong biskut tu tak keras pun, memang sedang2 elok je macam murtabak biasa je..nak buat takle remeh, sambil duduk je siap nih..cubalah..
 
MURTABAK SARDIN CREAM CREACKERS

Bahan² Untuk Inti *Ana tak buat
  • 1 tin kecil sardin
  • 1 biji bawang besar -didadu
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 1 sudu besar cili kisar
    1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
  • garam &; gula secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 2 bj limau kasturi- amik jus  <- ni tun tambah

Bahan² Untuk Topping
  • Biskut Cream Crackers secukupnya
  • 1 cawan susu UHT
  • 1 biji telur (untuk lapisan terakhir)

Cara² Untuk Inti
1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.  tun tambah jus limau kasturi.


Cara² Untuk Melapis Murtabak
1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
5. lapis sampai inti yang terakhir.
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)   (tun bakar x sampai 30 minit dlm 25 minit je kot dh nampak perang2.. ikut atas oven laa ye ) A'ah..samala mcm Tun..hehe

19 Ogos, 2011

Alhamdulillah..^_^

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan yang hampir ke penghujungnya..Salam ukhwah juga buat teman-teman alam maya ni, masih ada yang sudi menjengah blog Ana ni yer walaupun takde apa-apa perkongsian cerita sejak beberapa hari lepas.

Alhamdulillah, harini baru berkesempatan & berpeluang untuk menaip, memberi perkhabaran terkini buat yang menanti, walau dah ramai yang tahu, ada jugak yang belum tahu kan..

Ana selamat melahirkan zuriat ke-5 pada 11 Ogos 2011 lepas, harini (19 Ogos 2011) dah masuk hari ke-9 bayi ini menjengah dunia. Alhamdulillah, dalam debar menanti & tak sabar juga menunggu hari, keluar juga si kecil ini..syukur ke hadrat Ilahi kerana segalanya dipermudahkan & penuh keselesaaan ketika melahirkannya.


Inilah rupanya..bakal mujahidah yang akan menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini suatu hari nanti..InsyaAllah..


NURSYIFA' ZAHRA nama diberi, semoga dirimu menjadi penawar buat kami di dunia & syafaat buat kami di akhirat kelak. Syifa' dilahirkan jam 1.23pm hari Khamis dgn berat 3.03kg di Hospital Selayang. Lahirnya disambut seorang doktor wanita yang cantik manis tanpa apa-apa komplikasi.


Ucapan terima kasih & syukur juga Ana titipkan buat teman2, adik kakak yang sentiasa mendoakan kesihatan, kesejahteraan & kemudahan buat kami. Malah terharu kerana ada yang sanggup menelefon dari seberang Laut China Selatan setelah mendapat perkhabaran yang bayi ini selamat dilahirkan. Buat suami tercinta..tiada ungkapan yang mampu diucapkan atas pengorbanannya bersengkang mata menjaga & menguruskan anak-anak, & mengambilalih segala tugas2 rumahtangga. Akhir kalam..doaku sebagai ibu..semoga dirimu membesar sebagai anak yang solehah & sentiasa dilindungi & dirahmati Allah Ta'ala hendaknya..Amin.

SEKIAN...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...