04 Jun, 2011

KARIPAP 'Zalin' & INTI 'Joayee'

Assalamualaikum..

Lewatnya baru kita dapat update blog..maklum, cuti sekolah ni, anak-anak taknak mengalah dengan umminya..hehe..Umminya le kena mengalah kan, lagipun hubby cuti harini, banyak kerja pun ye..Ni nak tayang karipap yang entah bila buat, dah lupa la, teringat nak buat lagi karipap, belek punya belek rupanya masih belum masukkan dalam blog lagi..jadi harini baru dapat dikongsikan kat sini..

Sedap sangat karipap ni, sesuai gandingan kulit & intinya, Ana buat separuh adunan, kecik2 pulak tu, siap frozenkan untuk bekal anak-anak ke sekolah..suka sangat budak2 tu..yelah, dah selalu sangat buat donat kan, sesekali nak jugakle makan karipap ummi diaorang buat..

Untuk pengetahuan, yang renda cantik2 tu adik Ana yang kebetulan datang bertandang masa tengah buat karipap tu buat..dia pandai, suruh dia buat sementara kita goreng karipap untuk hidangan..hehe..Ana cuma guna acuan karipap je, belum pandai lagi nak buat renda sendiri..

KARIPAP ZALIN

Bahan-bahan kulit karipap :
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sk  garam halus
  • 225 gm margerin  
  • 25 gm minyak masak
  • 350ml air

Cara-caranya :-

  • Garam Halus digaulkan dengan tepung....
  • Margerin dan minyak masak disatukan dan dipanaskan hingga menggelegak...
  • Campuran margerin dan minyak masak yang dah menggelegak di masukkan ke dlam adunan tepung tadi...kalau pakai mixer, terus uli sampai nampak dah bergaul semuanya...kalau pakai tangan, lepas campurkan tu, jangan terus uli coz campuran tu kan panas...melecur pulak tangan...kacau2 pakai senduk sekejap...rasa macam dah sejuk sikit baru uli pakai tangan..
  • Last sekali masukkan air...uli sampai nampak adunan tu dah sebati dengan semua bahan2 tadi...
  • Kalau pakai mixer, keluarkan adunan dan letak dalam besen...tutup dengan plastik...kalau pakai tangan, lepas uli, terus tutup dengan plastik...
  • Boleh la dibulat2kan dulu...
  • Dah boleh dah kalau nak mula buat karipap...

INTI KARIPAP

Bahan-bahan ( 60 biji karipap )

  • 600gm potato - potong dadu
  • 150gm carrot - potong dadu ( kalau tak gantikan dgn potato lagi)
  • 500gm bawang besar- potong dadu
  • 3/4 cwn daging - potong halus
  • 3/4 cwn minyak
  • 3 sb rempah kari
  • 1 sb bawang putih kisar
  • 2 sb gula
  • 1 1/2 sb garam
  • 1 asam keping

Cara-cara

  1. dlm kuali , panaskan minyak. masukkan potato & carrot. masak sampai lembut , menggunakan sendok berlubang, tos minyak, angkat. ketepikan.
  2. kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potatato, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut. masukkan rempah kari. daun kari jika ada. dan masukkan daging. kacau kekejap. masukkan potato & carrot. kacau lagi.
  3. masukkan gula & garam & asam keping. bila dah rasa. tutup api. sejukkan

03 Jun, 2011

IKAN ASAM DAUN KARI

Menu petang semalam..nampak dah ramai yang buat, jadi semalam cuba untuk menghabiskan 2 ketul ikan tenggiri dalam peti tu..cuma Ana buat berkuah sikit untuk anak-anak makan kuahnya, taknak masak banyak2 menu sebab Cik Abe ada jemputan kenduri tahlil & doa selamat malamnya..jadi biasanya dia akan makan sikit je kat rumah petang tu, buat alas perut..rupa2nya ada 3 tempat jemputan..huhu..kenala dia hadirkan dirinya dengan ikhlas hati bagi meraikan jemputan saudara seagama..


Ok, takmo taip panjang2..ada projek untuk dilakukan harini..InsyaAllah harap2 berjaya dilaksanakan..bukan apa, projek tu kiranya persediaan untuk hujung minggu ni, mana tahu ada yang sudi bertandang secara tak sengaja/sengaja nak datang ke teratak buruk nan indah tapi bersepah hamba ni kan..hehe..moh layanzzz!!


IKAN ASAM DAUN KARI
Sumber : Kak Asma, Izah, Mamahawa, Mas 
  • 4 keping ikan tengiri
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • sedikit halia - dihiris
  • 1 biji lada merah dan hijau - dihiris
  • 1 batang serai - ketuk
  • sedikit daun kari
  • garam, perasa, air asam jawa
Cara memasak :
  1. Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
  3. masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam.
  4. biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
  5. kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.

APAM PISANG CHOC.MILO

Assalamualaikum
Selamat pagi kawan2..Salam penuh Barkah di hari Jumaat, semoga hari anda sentiasa diberkati....

Sarapan apa pagi ni? Kami kat sini biasa2 je sarapan, lepat pisang petang semalam ada berbaki lagi bersama dengan apam pisang yang buat malam tadi..nak kurangkan sikit stok pisang emas yang banyak lagi tu..buat untuk anak-anak makan..tapi mengikut citarasa & anak tekak yang membuatnya, apam jenis ni sedap dimakan panas2..dengan warna yang kurang ceria, rasanya pun biasa2 je bagi kita..tetapi teksturnya memang lembut & bila gigit rasa pisang betul..cuma dalam bahan2 tu ada tambah milo bagi pekat kot rasa coklat..tak tahule kalau orang lain buat jadi lain & lebih sedap..anak-anak makan time panas2 je malam tadi,elok je makan..budak-budak kan..pantang ada rasa2 coklat, makan je..tapi Ana kurang suka..walaupun begitu, tetap nak kongsikan kat sini, kot2 ada yang nak mencuba, bagi yang suka menu pisang, elokla cuba dulu, mana tahu kena dengan selera..


APAM PISANG CHOCMILO
CnP: Hanim

Bahan-bahan :

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu makan milo
  • 1 sudu makan koko
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur - pukul sedikit
  • 1 cawan minyak -
  • 1 cawan gula perang @ gula halus -
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 1 sudu makan susu cair @ susu segar (optional)
  • coklat chip secukupnya *Ana letak choc.rise
  • hirisan pisang untuk hiasan

Caranya:
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2. Ayak bersama tepung gandum, soda bikabonat, baking powder, milo dan serbuk koko. ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lenyek, minyak @ butter cair, gula, dan susu. kacau hingga larut.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam campuran puisang tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.
5. Sudukan adunan dalam paper cup @ mould jelly @ loyang sehingga 3/4 penuh.
6. Taburkan coklat chip di atasnya dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
6. Kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit.

02 Jun, 2011

LEPAT PISANG lagi...sedapnya..

Assalamualaikum

Malam baru dapat bersiaran di dapur maya ni..badan tak larat nak ngadap pc..cuma sempat BW je sepanjang hari ni kat mana2 blog yang sempat..kepada yang sudi menyinggah, terima kasih daun keladi diucapkan..lain kali datang lagi..

Menu minum petang tadi, hajatnya nak buat sarapan esok pagi tak tahule sempat ke tak, nampak dah tak banyak..harini buat 3 adunan sekaligus, maklumle, pisang banyak tengah ranum..Resepi macam sebelum ni, dari Ros@Jintanmanis..anak-anak suka makan ni, mak ayah pun sama..hehe..


Jom layan...abaikan daun pisang yang dah kehitaman tu..huhu..kiriman emak dari kampung, dah nak masuk 2 minggu dah tu..

RESEPI LEPAT PISANG
Sumber : AnnaQawina

bahan-bahannya - *Ana gandakan bahan2
  • 3 biji pisang ranum - dilenyek (kalau pisang emas 6 biji)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar gula *Ana campurkan sedikit gula merah
  • 1 senduk santan pekat
  • secubit garam *Ana tambah
  • daun pisang secukupnye
 
Cara-caranya
  • Panaskan pengukus, 
  • Kemudian di dalam bekas adunan, satukan pisang yang telah dilenyek tadi bersama tapung beras, gula dan santan, kacau sebati, 
  • Adunan lepat pisang ni seakan-akan adunan jemput-jemput, tak terlalu cair, tak terlalu pekat.
  • Layur daun pisang dan potong beberapa bahagian, (Ana celur je daun pisang & kemudian lap kering) letakkan 2 atau 3 sudu adunan di atas daun pisang dan lipat kemas, 
  • Kukus selama 15 ke 20 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan selamat mencuba.

01 Jun, 2011

PUDING TEMBIKAI

Menu desert petang ni, buatnya malam tadi, sebelum lelap mata..harini sedang elok boleh makan sejuk-sejuk..sebenarnya pagi2 lagi Adam dah buka peti ais & nampak merah2 ni, dia tanya boleh makan tak? hehe...Umminya ni kalau boleh nak tunggu masa yang sesuai dulu baru boleh keluarkan dari peti sejuk...maknanya kena tunggu petang makan sama-sama dengan ayahnya la nanti..tapi bila dah potong, tukang potong & pembantu cilik si Hannah dah ngap hampir suku dah puding ni....sedap & sedang2 manisnya..


Resepi asal dipopularkan oleh Noorma, tapi Ana ikut LinaPG ubah adunan tu..tapi kat sini adunan tu diubah sedikit bahannya..semalam Kak IlahJY dah tayang..nampak cantik sangat lapisannya, yang kita buat ni lapisan putih tu dah tenggelam dalam warna hijau tu..sebab masa tuang lapisan putih, lapisan hijau belum betul2 pejal lagi..bercampur sikit..takpela..belajar dari kesilapan & kegopohan sendiri..kalau tak tak tahu mana yang betul/tidak kan..kena cuba-cuba dulu..


Resepi yang ada kat sini dah Ana edit, sebab blender basahku belum ada pengganti, jadi tak boleh nak blend roti (resepi asal), jadi Ana subkan dengan tepung kastard. Kalau sesiapa nak tengok resepi asal boleh terjah blog Cendana Kasih / LinaPG yer..

PUDING TEMBIKAI
Sumber : Cendana Kasih
Olahan & Copy : LinaPG & Kak IlahJY

Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk (10g)
  • 2 1/2 sdb tepung kastard *resepi asal guna 2 keping roti gardenia
  • 4 cawan air 
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 cwn susu pekat 
  • 1 cawan susu cair 
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil *Tak letak(saya guna sedikit adunan agar2 yg dicampur choc.emulco, bekukan & potong dadu)
  • sedikit pewarna hijau/merah
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, campurkan susu cair, susu pekat & tepung kastard, kacau sebati & tapiskan.
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan no.2 ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api. (masa ni boleh ambil sesenduk adunan & letak coklat emulco, kacau sebati & bekukan-utk biji tembikai)
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) lebih kurang 1cwn. Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal (3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau/agar2 coklat tadi sebagai biji tembikai.
  7. Biar sejuk. Simpan ke dalam esbok
**Pastikan lapisan awal pejal sedikit baru letak lapisan seterusnya perlahan-lahan, jangan tunggu keras sangat, nanti tak melekat pula lapisannya **

EGGLESS YOGURT CHOCOLATE CAKE..very moist!!

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi keran masih berpeluang menghirup udara pagi ini & meneruskan aktiviti macam biasa..sekarang kandungan Ana dah masuk 29 minggu lebih, badan dah rasa macam tak larat nak duduk lama-lama, nak baring pun kena cari posisi terbaik, beralas bantal sana sini..kalau cuaca panas terik, maka bergelaplah rumah ni dengan menurunkan langsir segala..hehe..tak boleh tahan dengan keadaan cuaca yang panas, nak jemur kain pun tunggu mendung sikit baru cergas badan..kalau pagi2 tak keluarkan kain2 tu, nampaknya terperaple dalam mesin basuh tak bersidai..macam-macam..tapi syukur sangat2 sebab sepanjang hamil kali ni, langsung tak mual2, muntah2 (kdg time gosok gigi tu je rasa nak muntah..)..loya2 pun takde..nak masak apa pun tak jadi hal *cuma malas je* ..hehe..kiranya Allah permudahkan segalanya sepanjang kandungan kali ni, InsyaAllah mudah2an mudah sampai saat ketika melahirkan nanti juga.


Ok, berbalik kepada gambar tersebut...hehe..maafle pagi2 dah tayang kek coklat..kek yang sungguh sedap, moist & jimat sebab tak guna banyak sangat bahan, tapi siyes le kata ni..memang moist & tekstur keknya sangat lembut, macam kek yang ada telur..bila dah siap bakar takde lak padat & kering semacam..rasanya terbaik le dalam kategori eggless tu..hihi..mungkin sebab penggunaan yogurt tu kot..dah lama simpan resepi, masa Cikgu Hana kita dok kat Jepun lagi, beliau dah balik Malaysia dah baru kita terkial-kial nak buat....maklum, list panjang bebenor..*ayat biasa tu..*. Harini Ana kongsikan kat sini pula, untuk rujukan bersama..terima kasih tuan punya resepi & pen'copy'nya..Ana letak resepinya yang Ana buat,ikut macam Hana..nak tengok yang asal klik link tu yer..

EGGLESS YOGURT CHOCOLATE CAKE
Source : suma and homekreation
Copy : Cikgu Hana

Bahan-bahan
  • 60ml air panas
  • 50g susu tepung *guna susu tepung Dugro anak..hehe
  • 1 tbs Nescafe / Instant Coffee
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 100g gula
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 cawan yogurt 
  • 125g tepung gandum*
  • 40g serbuk koko 
  • 1 tsp baking powder*
  • 1/2 tsp baking soda
  • secubit garam* (* campurkan dan ayak)
Cara-cara
  • Campurkan air panas, susu tepung & nescafe.
  • Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut.
  • Masukkan yogurt dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati.
  • Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180 - hana kukus 40min *Ana bakar je
**kandungan gula dalam bahan kek sedang2 elok, tak manis sangat**



CHOCOLATE GANACHE *Ana buat separuh adunan ni

Source: MyRecipe Facebook (forgot to copy the contributor's name, thanks to the owner)
  • 50g serbuk koko
  • 60g Butter
  • 1 cawan susu pekat
**campurkan semua dan masak secara double-boiler hingga smooth kemudian curahkan atas kek.**

SELAMAT MENCUBA

31 Mei, 2011

AGAR-AGAR RINTIK SANTAN

Ish...menu penyejuk tekak ni buatnya hari Jumaat lepas, hajat nak makan2 je hari Sabtu tu, tapi dah balik kampung, tinggal je dalam peti ais, hari Ahad dah senja2 tu baru keluarkan & makan..hehe..punyala lama dok terketar-ketar dalam peti sejuk kan..sian dia...harini baru sempat hantar laporan kat Makcik IjahDaut..hehe..macih Jah share resepi ni, anak Ana suka makan yang kosong tu je, tapi kita suka tang santan tu..cuma rintik2nya agak nipis, jadi bila letak dalam adunan agar-agar ke 2 tu, ia terapung...tapi kira okeyla kan, dapat makan-makan jamu keluarga sendiri, kebetulan ayah pun sempat merasa air tangan anaknya ni..


Nape kejadiannya tak secantik Izah & Mas buat? Ini bukan rintik hujan dah ni, ni dah jadi hujan batu..hehe...layan jela yer..

AGAR-AGAR RINTIK SANTAN
sumber: izahdaut

bahan A
  • 1/2 sudu besar agar2 serbuk *saya guna agar2 serbuk warne ijau
  • 250 ml santan
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam

Campurkan semua bahan-bahan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
Bila agar2 sudah keras, potong kiub kecil2 dan ketepikan.

bahan B
  • 1/2 sudu besar serbuk agar2
  • 500 ml air
  • 100 gm gula merah *boleh tambah gula biasa untuk lebih manis
  • 1 sudu besar tepung kastard *bancuh dengan 2 sudu besar air
  • 2 helai daun pandan *optional

Masak air , daun pandan dan gula merah sehingga hancur. 
Masukkan pula agar-agar dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard.
Masak hingga mendidih. Tuang ke dalam loyang.
Kemudian masukkan agar2 yang telah dipotong kiub tadi ke dalam agar2 B.
Sejukkan dan hidangkan.

**Lain kali nak kena kurangkan gula, sebab suami Ana cakap manis sangat..memang manis pun..huhu..**

KARI IKAN ALA INDIA CMG

Dah masak untuk makan tengahari? Belum? Laaa..samala kita..hehe...awal sangat kan nak masuk dapur, yang dikeluarkan ni menu petang semalam..stok bahan-bahan masak kat dapur dah hampir pupus, *paham-paham jela kan..*jadi cari punya cari jumpa menu yang kebetulan ada je bahan-bahannya..simple & cepat dimasak..Lagipun tak pernah lagi buat kari ala India ni..sedap jugak, kuahnya boleh cicah roti lagi..cuma terung & cili hijau/merah takde stok, jadi Ana cuma letak tomato & lobak merah je..

 

 

Asalnya jumpa resepi ni kat blog Kak Ayu, tapi nak cari semula dah tak jumpa, kena loading lama sangat, terus terjah MYR jela, CMG dah letak kat situ resepinya..halalkan yer Cik Mat Ana tempek kat sini lak..terima kasih juga buat Kak Ayu yang mencetuskan idea..hehe

 

KARI IKAN ALA INDIA CMG

Sumber : Dapur Tanpa Sempadan/Mat Gebu@myresepi

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )


  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah "babas")
BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus

Cara-cara


  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.

Hadiah GA DONUT dari Kak Zalin

Haritu ada join contest Donut Tercantik, walaupun penyertaan kita tak secantik mana pun, tapi dah rezeki nak menang kan..hehe..dapat tempat ke 2, hadiahnya jam dinding yang sungguh cantik..siap munger2 lagi..tak pernah beli jam dinding bunga-bunga tau....hehe..terima kasih kak Zalin, cepat sungguh hantar hadiah..Kak Zalin ni tokey kuih muih, tapi tak lokek berkongsi resepi & petua/tips untuk buat kuih..dah cuba buat donut, karipap & roti jala ikut resepi kak Zalin bagi..menjadi & sedap..agaknya sebab tokey kuih tak lekek ilmu tu yg bisnes dia maju je kan..



entry pemenang :  SINI
Blog Kak Zalin : SINI

Apa-apa pun terima kasih sekali lagi kak Zalin..akan ku kenang setiap saat..*sebab selalu tengok jam kan..* hehe..



30 Mei, 2011

JEMPUT Ler...

Assalamualaikum

Bersua kembali setelah beberapa hati tak mengupdate blog ni, balik kampung suami kejap, makan kenduri saudara..ala-ala sibuk jugakla, maklum dah mula cuti sekolah kan..petang tadi bikin jemput-jemput pisang je, maklum..pisang emas setandan bawa dari kampung..*terbakor tak org dgr setandan tuh?* ...apa nak buat, rezeki dari kampung kan..permulaan menu pisang dimulai dengan jemput-jemput jer..hehe..kali ni buat 2 adunan terus, ayah Ana pun sempat makan petang tadi, sekarang dah bertolak ke kampung dah..semoga selamat perjalanan ayah ke destinasinya yang dirindui....


Meh..layan jemput-jemput nih, resepi simple & sedap lagi dari Choppy@myresipi tu le..suka dengan kelembutan jemput2 ni..dengan rajinnya resepi disalin sekali lagi..hehe..yang buat sebelum ni ada SINI..

 

JEMPUT-JEMPUT PISANG

Sumber : Choppy@myresepi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 cawan pisang yang dilenyek
  • 11/2 cawan tepung
  • 1/2 cawan gula
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Campur semua bahan-bahan kecuali minyak. Kacau biar rata/ sebati
  2. Panaskan minyak. Bila dah panas, ambik sudu dan basahkan dengan air. Ceduklah sikit-sikit masuk ke dalam minyak panas.
  3. Goreng sampai perang. Lapik jemput-jemput dengan kitchen paper apabila keluar dari kuali.
  4. Siap untuk dimakan

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...