01 Januari, 2021

BROWNIES BITES

Assalamualaikum..Selamat bertemu kembali..harap yang baca disini sihat2 adanya InsyaAllah.

Harini kita belajar buat brownies sekali ngap ni pulak. Resepi mana2 pun anda boleh guna, nak tengok resepi saya guna pun buleh eh..Resepi sama juga saya buat jualan Brownies Loyang & Brownies bites ni. Resepi asal dari Afzan, sama dengan post saya sebelum ni.

ONE BOWL BROWNIES BITES

*50g mentega

*50g gula kastor

*45g gula perang

*50g tepung gandum

*20g serbuk koko

*1 biji telur gred A

*60g kepingan coklat Beryls

*sedikit coffee flavour/emulco (setitik dua sahaja)

Cara-cara :

1. Satukan mentega, gula castor & gula perang dalam mangkuk tahan panas.

2.Panaskan di atas api perlahan, kacau sentiasa sehingga butter mencair sepenuhnya. 

3. INGAT YA!! kita nak mentega je cair sepenuhnya, bukan gula!!

4. Tutup api, teruskan mengacau sehingga sedikit suam, terus masukkan telur dan kacau laju2 supaya telur tidak bergumpal atau menjadi telur separuh masak.

5. Cepat2 masukkan coklat, supaya adunan mentega & telur yang masih suam2 itu dapat mencairkan coklat dengan mudah.

6. Sekiranya coklat susah nak mencair, boleh saja panaskan sekejap menggunakan api perlahan, kacau laju2 supaya adunan kembali suam2 panas.

7. Kemudian masukkan tepung & serbuk koko, kacau sebati, kaup balik supaya semua bersatu. Masukkan adunan brownies kedalam piping bag. Ketepikan.

8. Aturkan cawan kertas saiz mini (saiz almond london)didalam acuan aluminium/acuan tart/pai, acuan kapkek dan sebagainya.

9. Paipkan adunan brownies tadi kedalam cawan kertas tadi sehingga hampir penuh, buiat sehingga habis.

10. Taburkan kacang badam atau coklat cip mengikut kesukaan anda.

11. Bakar didalam ketuhar dengan suhu 120'C - 130'C selama 40minit atau sehingga masak. (Pastikan suhu rendah supaya kedut & kilat permukaan brownies bites menjadi cantik.

Selamat Mencuba ya..๐Ÿ˜˜

31 Disember, 2020

TEH TARIK ISTIMEWA

Singgah sebentar, mencatat memori..

Teh Tarik Istimewa๐Ÿ’•. Teh yang sangat disukai anak2, sekali bancuh 1 jug besar, maklom ler anak ramai

Nak teh yg sedap ada caranya jugak.. 

Bahan2 :

*Serbuk teh Boh

*Serbuk teh Cap Masjid

*Air secukupnya

*Susu cair

*Susu pekat

*Secubit garam 

*Sedikit esen vanila (saya tak suka, kalau resepi kelas, disarankan letak esen bagi wangi)


๐Ÿ‘‰-Rebus teh dengan air, sampai mendidih & serbuk teh betul2 kembang. Kemudian tapis kedalam bekas.

๐Ÿ‘‰-Tuang susu cair & susu pekat secukupnya, masukkan juga garam

๐Ÿ‘‰-Bancuh dengan kasih sayang, tarikla semahunya jika suka..

๐Ÿ‘‰-Selamat mencuba..

30 Disember, 2020

DONUT KENTANG KAKAK SADO

Assalamualaikum w.b.t
 
Bercuti ke tu? Hati2 ya bercuti kat mana2 pun musim covid ni, silap gaya merana badan๐Ÿ˜…. Kami setakat ni belum ada kesempatan nak bercuti lagi, banyak tempahan & jualan di kedai Shopee juga sangat kencang, Alhamdulillah, rezeki anak2..
 
Entri kali ini saya nak eksen je haa, mampu buat donat lawa sikit guna tangan, biasa guna mixer kan..Masa ni balik Kelantan, ziarah mak ayah kejap. Kat kampung takde breadmaker, mixer apa semua kan, tapi nak jugak tunjuk sado uli donat pakai tangan jer, barulah anak mak gitu..๐Ÿ˜†. Alhamdulillah licin tak bersisa sekali letak je lesap, maklum ramai rakyat jelata masa tu..
 
Share sini untuk rujukan, mana2 resepi yang pernah cuba & senang buat. Suka donut ni sebab luarnya garing, dalamnya lembuut je..
DONUT KENTANG
Rsp : Rosmarlina@jintanmanis
 
Bahan2 :
๐Ÿ‘‰250 g tpg. gandum / tpg. high protein 
๐Ÿ‘‰80 g kentang rebus & dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
๐Ÿ‘‰2 sdb. susu tepung
๐Ÿ‘‰1 bj. telur gred A (kocok2 dgn garfu)
๐Ÿ‘‰80ml susu segar @ air suam
๐Ÿ‘‰1 1/2 sudu besar marjerin
๐Ÿ‘‰2 sdb gula
๐Ÿ‘‰4 g yis ( 1 1/2  sudu kecil)
 
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. (tumbuk2, tenyeh2 macam basuh kain kat sungai atas batu, jgn berkemban sudah๐Ÿ˜œ) (hempas2 angkat hempas suka hati jgn hempas atas lantai yer) 
 
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 
 
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang yg.ditabur tepung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
 
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, api kecil ya, dan salut donut kentang dengan dusting powder ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, . **Kalau guna Breadmaker, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
**saya guna tepung gandum & air suam sahaja. . 
 
**Cara menyalut donut dengan coklat cair :
๐Ÿ‘‰Cairkan coklat masakan bersama sedikit mentega, masak dengan kaedah double boil..biarkan mereneh atas api yang perlahan & celupkan donut yang dah sejuk, taburkan apa-apa hiasan yang anda suka
 
Selamat Mencuba ya..

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalamualaikum..bertemu lagi . Masih ada yang rindu? ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Perkongsian menu yang telah dicuba beberapa kali dan mendapat sambutan dikalangan ahli keluarga serta kawan2..
AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan :
*10g serbuk agar-agar
*1 cawan gula
*1100 ml air (termasuk air pandan blend)
*170ml santan pekat
*1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
*2 helai daun pandan blend & tapis
*1 helai daun pandan simpulkan
*Pewarna hijau
Cara-cara :
๐Ÿ‘‰Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
๐Ÿ‘‰Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
๐Ÿ‘‰Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
๐Ÿ‘‰Biarkan mendidih dgn api kuat selama 1 - 2 minit
๐Ÿ‘‰Tuang kedalam loyang atau acuan.
๐Ÿ‘‰Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.


Selamat Mencuba ya..

29 Disember, 2020

BUBUR BUTIR NANGKA

Juadah berbuka puasa tempoh hari, buat untuk minum petang pun boleh kan. "Butir Nako" panggil rakyat Klate..saya simpan disini resepi untuk rujukan akan datang. tq Kak Azie

Resepi : Azie Kitchen

Bahan-bahan kuah:
  • Santan pekat
  • 2 helai daun pandan -  disimpul
  • Gula dan garam – secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:
  • Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. 
  •  Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.  
  • Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api…


Bahan-bahan biji nangka:
  • 1 cawan tepung beras pulut
  • Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
  • Pewarna hijau  Sedikit air kapur
  • Garam

Cara membuat:
  • Sebelum menguli, panaskan dahulu air  di dalam periuk (air separuh periuk).
  •  Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
  • Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
  • Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).
  • Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
  • Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.
Selamat mencuba

28 Disember, 2020

AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH

Assalamualaikum sayang..sayang..hahha..
 
Menu sentiasa dapat sambutan kat rumah saya, anak-anak suka makan agar-agar berlemak ni, dah 2 kali buat guna resepi ni, Alhamdulillah menepati selera..Resepi saya angkut dari blog Kak Yatie, tq.

Resepi : Kak Yatie 
Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan Kara ( sy guna 100ml santan kotak cap ayam)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Caranya:
  1. Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  3. Kecilkan api
  4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  5. Tuang kedalam acuan yang anda suka
  6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk
Selamat Mencuba

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...