12 November, 2010

Nasi Ayam Karamel

Assalamualaikum

Salam Jumaat Yang Berkat..

Harini nak tayang je menu tah hari apa buat.. malas sungguh nak masuk dapur, hujan-hujan ni sedap dok golek-golek je ngan Hannah si kecik ni, nasib baik lauk semalam ada lagi, panaskan jela utk makan tengaharini...kekekeke..malas bebenor yek..

Kek karemel..puding karemel..nasi pun karemel jugak..nanti makin naikla harga gula ye tak..resepi ni dapat dari kawan FB, dia pun dapat dari mana tah..10Q Kak Ani sudi kongsi2 resepi bagi mempelbagaikan citarasa rakyat Malaysia ni..

Dah nama keremel tentu kita ingat gula hangus kan, tentu pk manis dok? Takle manis macam gula, sedang2 aje, yang dikaremelkan tu ayam je, nasi macam biasa je..rasanya resepi nasi ayam ni simple juga, bahan-bahan pun biasa2 je..sedap juga ayam tu tau..

Resepi Nasi Ayam Karamel :-

AYAM :-

  • 1 ekor Ayam dibersihkan..Ana potong 2 je ayam tu
  • 3 senduk gula (dibuat karamel)
  • Air secukupnya
  • 1 labu bawang besar *dimayang halus
  • 5 ulas bawang putih *dimayang halus
  • sedikit halia * dimayang halus
  • sedikit garam
AYAM KAREMEL :-
  • Dalam kuali..masukkan gula, kacau2 sampai gula mencair, lepas tu msukkan air agak2la tenggelam separuh ayam, biarkan mendidih.
  • Masukkan ayam di dalam gula hangus tadi bersama  bawang dan halia yang dimayang tadi serta garam, balik-balikkan ayam tu.
  • Biar smpai ayam tu msk..lps tu blh la di goreng atau dipanggang..kemudian potong bila nak makan.

NASI :-

  • Basuh beras...masukkan dlm rice cooker..
  • Bawang  putih (3 ulas) dan halia..dimesin..dn tuang dlm beras..masukkan daun pandan, kulit kayu manis,,bunga cengkih,garam, kuib pati ayam, margerine 2 sudu besar dan air secukupnya...tanak 
SUP AYAM :-
  • 5 ulas bawang putih
  • halia
  • sup bunjut Adabi
  • garam
  • Daun sup
Untuk Sup :-Tumis bahan blend sampai naik bau, masukkan air secukupnya, masukkan tulang ayam (Ana guna leher & kaki ayam)
Tambahkan sup bunjut serta garam...biarkan sampai masak.
Angkat & taburkan daun sup
 
BAHAN SOS.. resepi Kak Junjs11 kat myresepi
  • > 5 biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air 
Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)  ..Ana masak sekejap

SAMBAL KICAP :-
  • Ambil sedikit air ayam keremel tadi, masukkan kicap cair..

BAHAN SAMPINGAN :- Ulam-ulaman..Ana guna tomato & kubis je..

HIDANGAN :
Hidangkan nasi bersama ayam, sup, sos & kicap, beserta ulam2...jemput makan..:)

    11 November, 2010

    KEK LAPIS COKLAT KUKUS

    Assalamualaikum...
    Kek lagi..takde benda lain ke nak tunjuk ek..heee..dah kita buat kek, tunjukla kek kan, takkan nak tunjuk jus lak...Pertama kali Ana buat kek lapis, sebelum ni asyik terlopong je tengok HaSue dok melapis, lepas sorang, sorang buat, kita tunggu je nak buat nampak cam susah, bila dah buat senang je rupanya & lagi senang masuk mulut weiii...


    Nampak sememeh je kan, sebab panas2 lagi Ana dah potong, maklumlah Adam masa tu dah nak turun tunggu bas sekolah, dia nak jugak makan, takut tak sempat kot bila balik petang tu..hii..tau-tau jelah kan..


    Belum sampai setengah jam kek tu masak, dah tinggal separuh, cepat-cepat simpan, nak hidangkan untuk ayahnya balik kerja kang tak sempat lak..lembut kek lapis ni, tambah lagi ada coklat tu, yang Kak Maz buat cantik je, kemas, Ana buat ni macam tak sekata je lapisannya,kena buat lagi la ni bg teror ye tak..

    Resepi ni Ana ambik kat blog Kak Maz, katanya resepi asal adunan kek daripada Kak Fida MyResipi tu..meh kita tengok apa bahan2 & bagaimana nak buatnya...hihi..

    Kek Lapis Coklat ( Kukus ) copy dari blog MAZ Ilhamdapur

    Bahan-bahan
    • 4 biji telur sejuk saiz B @ 3 biji saiz besar (A) (dari petiais)
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1 cawan tepung gandum yang berkualiti - maz guna all purpose flour brand MFM
    • 1/2 sudu kecil rata baking powder
    • 1/2 sudu besar ovalette
    • 75 ml susu cair
    • 1/4 sk garam
    • 50 ml minyak sayur atau minyak jagung - maz guna sunflower oil.*Ana guna minyak masak
    • 1/2 sudu kecil vanilla
    • sedikit coklat emulco * Ana letak 1/4 sdk..
    • coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnya


     Cara-cara
    • Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.
    • Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat bar dan eoklat emelco.
    • Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)
    • Adunan dibahagi 2, 1 dibiarkan kosong & 1 bahagian lagi ditambah coklat emulco. Kacau rata.
    • Tuang adunan coklat dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih. Kemudian letakkan pula adunan asal (plain) dan susun coklat bar atau coklat chip secara rawak dan kukus selama 5 minit pula. Buat begitu sehingga habis.
    • Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.

    10 November, 2010

    KEK KARAMEL II

    Waduuhh..Ana dah tangkap cintan cintun dengan kek nih...suma isi rumah ni suka makan..Dan ini yang terbaru & dah habis pun malam tadi...buat dalam loyang 4 segi, senang nak potong tapi karemelnya nipis sikitla..takpe, ramai boleh makan..

    Resepi kek ada kat sini..---->


    Guna bahan2 yang sama tetapi warna & rasa tu yang lain..kalini Ana buat yang coklat lak, memang sedap sangat makan sejuk-sejuk..Untuk adunan coklat tu tambahkan 1 sudu besar coklat emulco.

    Kiranya ni antara kek karemel yang dah buat sepanjang minggu ni & minggu lps le ni, saje gatal tangan nak tayang..hihiii...


    Kalau suka yang warna warni camni boleh jugak, cantik la kan...tapi Ana ada tgk orang lain buat warnanya kemain lagi terang..rasanya kurang eloklah letak pewarna banyak-banyak...betul tak?

    Kalau buat bentuk bulat, karemelnya tebal & puas hati makan..nak lagi sedap tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis dalam adunan kek (C)...


    Alhamdulillah ada ura-ura Ana dengar kawan nak tempah untuk makan2 Raya Haji nanti..InsyaAllah jika diizinkan akan cuba memenuhi permintaan kawan-kawan terdekat & yang pastinya order dari pelanggan tetap tu mesti ada..Rakyat rumah ni ler...

    **Semalam Ana ada belek-belek MyResipi.com...rasanya base rcp kek ni rasanya daripada Yani MyResipi la...cuma bahan-bahan tu ada ditambah untuk menjadikan kek ni lebih tebal..apa-apapun terima kasih yang tak terhingga kepada empunya penyumbang resepi & kepada yang mewar-warkan juga** Wallahua'lam...

    08 November, 2010

    KETAM KUKUS BERINTI

    Ketam lagi....haritu tak puas makan sup ketam, kecik sangat..sekali bgtau nak makan yang besar sikit, Cik Abe Ana beli pun ketam..mak datok...3 ekor dah cukup kalau beli beras utk sebulan makan...huhu..tapi puas hati sebab puas dapat makan..


    Pernah tgk dlm rancangan tv bahasa Cina, dia masak tapi nampak macam ketam tu tetap sekor2 je, macam tak siang..dia kukus ketam tapi bahan2 dia pelik sikitla, macam2 letak termasuklah bahan2tak halal, Ana cuba godek-godek sendiri jela, jadi tak jadi InsyaAllah tetap boleh makan...

    Pinggan tu besar....boleh tak muat kaki tangan ketam tu terjulur kuar..hiiii..kurang sopan eh...

    Nak buatnya Ana main letak je bahan2 dia & Alhamdulillah sedap jugak..

    Bahan-bahan "inti"  :-
    • 3 ulas bawang merah kecil
    • 5 ulas bawang putih
    • halia
    • 2 sudu besar pes cili kering
    • sos tiram
    • 1 biji telur

    **Tumis bahan-bahan tumbuk sampai garing & masukkan pes cili kering, tambah air jika suka & kemudian masukkan sos tiram, kacau2 kejap kemudian masukkan telur. Kacau2 bagi telur hancur & sebati dengan bahan tumisan. Masak hingga agak kering & tutup api **

    Cara Buat Ketam Kukus :-
    • Ketam dibersihkan & cengkerangnya basuh bersih..ketepikan.."cengkerang?? betul ke panggilan tu ek??"
    • serai - diketuk
    • Ambil cengkerang ketam & isikan dengan "inti" yang dah siap masak tadi..
    • Buat sampai habis
    • Tutup ketam dengan cengkerang yang dah ber"inti" tu tadi.
    • Panaskan kukusan, kukus ketam dalam loyang yang berisi serai yang diketuk..kukus 5 minit je.
    • Buat sampai habis & keluarkan ketam dari loyang..*biarkan loyang tetap dalam kukusan bersama air ketam tu *masa kukus kan keluar air ketam & wap tu*
    Kuah :- 
    • Masukkan bawang putih cincang bersama halia ke dalam loyang tadi.
    • Tambahkan sos tiram & serbuk lada hitam & lada putih ke dalam loyang
    • Perasakan dengan garam jika suka..biarkan hingga masak & sebati..
    Hidangkan :-
    • Letak ketam dalam pinggan...
    • Tuang kuah & taburkan daun sup/daun bawang..siap utk dimakan..

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...