20 Oktober, 2011

Kek & Cupcakes Coklat Kukus Keju Koktel

Tarraaaa....jumpa lagi di hari yang sama..Nak hidang kek yang sangatla sedap ni buat semua teman2...sila..sila...

Dah jumpa resepi kek coklat yang TERBEST? belum? ish..ish....apa kata buat kek ni? Memang terbaik dari kukusan nih..tak payah letak topping cheese beryogurt tu pun takpe, still sedapppp makan begitu saja *iklan roti..sungguh sedap sungguh bagai dikata dgn bersungguh-sungguh ni..*brp bnyk sungguh  daaa..* Tapi harusla buat sendiri ye untuk tahu setara mana kesedapannya itu, yela kalau tak buat mana nak tahu kan. Betol tak Mas?*Mas dah buat tu..Kak Azlita Aziz pun kan, eh Ila dah buat jugak nampak....tapi ini pengakuan ikhlas tekak kita la yer..hehe


Pertama kali makan kek ni masa gader2 kat Ampang haritu, terus rasa nak makan lagi, apakan daya tuan rumah di Ampang nun takde lak bekalkan saya setipuware kek ni untuk dimakan kat rumah bersendirian..kat rumah orang naik segan lak nak pulun banyak2 kan..nyesal!! Haha..sah kena sekeh dek Izah ni kalu dekat..Lepas tu kan..*iklan ke tadi tu?* terus risik2 rsepi, tapi tak buat jugak walau bahan semua dah ada, tangguh dulu kononnya. Pastu hari apa yer buat kek ni untuk pertama kali, menjadi keknya & sedap lak tu, taapiii...takde tayangan umum, sekadar jeling2 dalam esbox & ngap sendiri jek..sebab..sebab...............

uhuu...topping cheese tu tak mengeras walhal seharian dah dok dalam peti ais, try jugak letak tempat beku tu, sampaikan semua ikan ayam terpaksa 'berpanas' kat luar jap, nak bagi laluan kat kek ni, maklumle peti kita kecik je..haha..bila nak potong still meleleh macam kena curahan yogurt lak., rasanya sebab jenis serbuk agar2 yang kita gunakan ni lain sikit sukatan dia (rasanya la...)...hampa sungguh, sampai tak lena tido malam..tipu *tapi takdela sampai letak tangan ats dahi kan..*malampau benar gitu..bukan apa, sayang wei cream cheese & yogurt tu, mahai tau..guna pun jimat2 je..anak2 nak makan yogurt tu pun kita tak bagi semata2 nak buat kek ni....mulala ada yang kata "hukum karma" sebab kedekut ngan anak2 kan..sapela yang kata gitu yer..sekeh patploh kali dia tuh....


Ok, berbalik kepada kejadian kek ni, hehe..kali ke 2 buat, keknya tetap macam biasa, menjadi elok.*macam eksen je kan*..mulala berdebar nak buat topping..puasla dok kaji nak ejas sana sini, konon berlagak pandai le tuw..takut terjadi kehampaan macam yang sebelumnya kan..maka dengan gumbiranya saya umumkan..BERJAYA..!! eh..teruja sungguhla, boleh siap terbalikkan kek tu toppingnya tak jatuh tau..takde lak keras kejung, tetap lembut nyut2 gitu & tidak cair seperti sebelumnya.....kira sedang2 elok kalau nak buat hantaran ke,nak bawak balik kampung ke kan..


Jadi..begitulah alkisahnya...korang kena cuba buat kek ni, tak payah buat topping macam ni pun tetap sedap, teksturnya memang rasa lainla..macamana nak gtau, takleh nak taip kat sini, silalah rasa sendiri..kan Izah? Ana buat ni 1 adunan, separuh di kukus dalam loyang & separuh lagi letak dalam cups muffin, sebahagian dikukus & sebahagian lagi dibakar..semuanya moist..Resepi asal dari Chef Hanielieza, di cuba oleh Izahdaut dengan pemantauan oleh Kak Nor Ganu..hehe..boleh gitu eh? Bolehla kan..tak reti dah nak buat karangan nih..terima kasih buat semua yang terlibat..:)

KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL
Sumber C & P : Izahdaut
Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum - diayak
  • 1 cawan serbuk koko - diayak
  • 1 s/k baking powder - diayakkan
  • 1/2 s/k soda bikarbonat - diayak
  • *izah tambah 1 sk serbuk nescafe*Ana tak letak
Bahan B
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang
Bahan C
  • 4 biji telur 
  • 1 s/k esen vanilla -  kacau rata dengan telur

Cara membuatnya :

  1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
  3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
  4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan krim keju: **Yang Ana buat tulisan bewarna kat bawah tu yer
  • 250 gm keju cream philidephia
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan air agar-agar *masak air dengan 1 sb serbuk agar2
  • 1 cawan yogurt perisa mangga 
  • 1 tin buah2 koktel
  • 1/2 cawan air dalam buah2 koktel

**Yang ni Ana buat, dah ejas kandungan serbuk agar2 & air, baru menjadi. Buat separuh dari adunan asal sebab nak topping kat separuh adunan kek je. Menggunakan serbuk agar2 brand NONA.
  • 125 gm keju cream philidephia
  • 1/4 cawan gula halus
  • 3 sudu besar air + 1 sudu besar serbuk agar-agar*masak jap ats api slow
  • 1/2 cawan yogurt perisa mangga 
  • 1 /2 tin buah2 koktel
  • 1/4 - 1 sdb cawan air dalam buah2 koktel

Cara membuatnya:
  1. Pukul keju cream dan gula sehingga rata @ lembut.Masukkan yogurt dan pukul lagi.Masukkan air koktel & cecair agar2 dan kacau rata.
  2. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam. Potong dan hidangkan

NOTA IZAH :
  1. Saya guna yogurt plain, jadi topping tu sedikit masam. Jadi memang disyorkan guna yogurt  buah la kan. Lepas tu saya rasa nak buat kek ni sesuai guna loyang yang boleh buka sisinya tu. Sebab topping tu agak cair dan memakan masa untuk mengeras. Bila ada loyang gitu jadi kek boleh dihidang dengan cantik. Tapi pada pandangan saya, bagi yang tak de loyang buka sisi tu, boleh je gunakan idea yang lain, mcm saya. 
  2. Saya pernah buat kek ni dengan dihidang didalam loyang kaca. Kukus sesiap kek, pastu terbalikkan kek ke loyang kaca yang elok ukuran n ketinggian. Kemudian curah topping keju di atas kek. Sejukkan dan hidangkan. Maknanyer dihidang terus kek di dalam bekas kaca tula.
atau pun
  1. kek coklat di keluarkan dari loyang, letakkan di atas pinggan. kemudian ambil aluminium foil, lipat dua, dan tepekkan foil disekeliling kek mengikut bentuk kek. Haruslah foil tu tinggi dari kek untuk menampung  topping keju tadi.  Curah topping. Biarkan sehingga topping keras. Hidangkan. Macam nie..(^_^)..


atau pun
  1. Kukus kek di dalam bekas loyang chiffon. Kan ke loyang chiffon tu boleh buka sisinyer tu kan. Tapi alas loyang guna foil takut adunan kek coklat tu nanti bocor keluar. Tapi Saya buat tu, tak de pulak kek coklat tu keluar, cume ada sikit2 je la. Kemudian bila kek sejuk curah topping di atas kek. Dan  biar keras, baru buka sisi loyang tu. Potong kek dan hidangkan.
  2. Ni cara yang mudah nyer la. Ada lagi kot cara yang lain boleh dishare kan juga ye.tq
JEMPUT MAKAN...(*_*)

Steamed Chocolate Blossom..tah mana 'blossom'nya

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menjalankan rutin harian & menambah amal ibadat kepada-Nya. Mensyukuri nikmat sebagai hambaNYa dalam setiap hela nafas kita, InsyaAllah..

Maaf kerana beberapa hari dah tak jengah blog kawan-kawan, agak sibuk dengan macam-macam perkara, ditambah pula ada ank kecil ni tak sihat, naik ulser kat lidah & dalam mulut, meragam sepanjang hari, malam2 pun asyik nangis je, kita nak tidur rasa risau, sekejap2 jaga tengok apa yang perlu buat, siang2 kita pun banyak tidur la kan, rehatkan badan. Harap2 harini dah beransur2 sihat, bolehla dia makan macam2 yang kita masak.

Apam yang sedap & gebu..Ana buat apam ni dah 2 kali. sekali masa Mas sampai kat rumah sebelum ni, masa tu takde apa nak jamu, tergugel kat MyResipi, dapat Apam resepi Kak Fida ni. Tengok bahan2 & cara buat yang mudah, terus buat..Mas sampai pun kuih ni suam2 lagi..Semalam buat lagi untuk bekal anak-anak ke sekolah rendah..tapi agak terkilan sebab ke dua-dua kalinya kejadian apam ni tak mekar sejambak, tapi tersengih macam isi kerang yang dah siap rebus..hehe


Rasa segan nak letak 'Blossom' tu rasa macam tak kena lak nak letak kat kuih ni, dengan kejadian kuih ni macam tu kan, tah apa silap, ..hehe..apapun okla jugak sebab sedap & lembut je apam ni, anak-anak seka makan, tapi ada rungutan jugak, kata suara2 halus " chip tu sikit sangat Ummi bubuh, lain kali letakla banyak2.."  haha..Ana letak 3 ketul choc.chips je setiap biji kuih tu..bukan kedekut yer, jimat tau..barang2 semua dah mahal nak ooii..ish..bukannya budak2 tahu kan..

Resepi dari Kak Fida ni Ana kongsikan kat sini, kot2 ada yang nak cuba & hasilnya jadi mekar sejambak mana tahu..try yer..tak rugi mencuba sebab sedap. Anak-anak anda pasti suka InsyaAllah.

STEAMED CHOCOLATE BLOSSOM
Sumber : Kak Fida@MyResipi

Bahan-bahan ( 30-35 biji )

  • 140 g gula halus*Ana letak 120 g je
  • 160 g tepung gandum*
  • 20 g serbuk koko*
  • 2 sk baking powder* ( * diayak bersama )
  • 2 sk ovallete
  • 2 biji telur - A (yg sejuk dr peti ais)
  • 110 g susu sejat
  • 1 sk choc. paste (opt) *Ana letak 1 sdk choc.emulco
  • secukup choc. chip atau choc. masakan yg didadu - untuk inti 


    Cara-cara

    1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali inti dan pukul hingga kembang dan pekat.
    2. Sediakan acuan kecil berlapikkan papercup,bubuh 1 sk adunan,isikan inti choc. dan tutup dengan 1 sk lagi adunan.
    3. Kukus hingga masak selama 10-15 min. 

    SELAMAT MENCUBA

      BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

      Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...