19 Julai, 2012

Vanilla CupCakes & Icing Buttercream

Assalamualaikum

Harini tayang kapkek lak..order dah berminggu ni, tak sempat nak share kat sini...Kek Cawan vanilla dengan filling blueberry didalam & hiasan buttercream..

Untuk beday boss yang mengoder, tak silap Syikin namanya..tangan kurang seni menghias ginile jadinya..apapun harap puas hati dgn hasilnya yang tak seberapa ni.


16pcs cupcakes size 2.5oz


Resepi Vanilla Cupcakes
Sumber : Citarasawan

Bahan 2:
  • 115g mentega
  • 130g gula pasir *Ana guna gula castor
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sdt esen vanila
  • 2 sdb parutan kulit lemon *Ana letak 2 titik lemon paste
  • 200g tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1/4 sdt garam halus
  • 60ml susu cair
  • **Blueberry Filling *Ana tambah.

Cara-cara :
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan berkrim, masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanila & parutan/paste lemon. Putar sebati
  • Ayak bahan-bahan kering, masukkan ke dalam mixer tadi berselang seli dengan susu cair, scrap sesekali tepi mangkuk mixer agar adunan bergaul sebati.
  • Sudukan ke dalam mangkuk kertas 3/4 penuh cup.
  • Jika nak letak filling, sudukan 1/4 cup adunan, letak filing kesukaan, kemudian tutup lagi dgn adunan sehingga 3/4 penuh cup.
  • Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit@sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan hiaskan dengan icing pilihan.

RESEPI BUTTERCREAM ICING
  • 230g gula icing(ayak dulu)
  • 65g shortening
  • 50g mentega
  • 1 sdt esen vanila
  • 2 sdb susu segar
  • Pewarna pilihan

Cara-cara :
  • Pukul mentega & shortening hingga lembut, masukkan esen vanila.
  • Perlahankan mixer, masukkan gula icing sedikit demi sedikit, diikuti susu segar.
  • Tukar kelajuan mixer kepada kelajuan tinggi, pukul adunan hingga kembang & putih.
  • Masukkan dalam mangkuk & letakkan pewarna pilihan, gaul sebati.
  • Seeloknya bc dibuat sehari lebih awal, simpan dalam peti ais dengan cara membungkus di dalam plastik & diikat kemas.
  • Apabila hendak digunakan, biarkan pada suhu bilik seketika kemudian gaul guna spatula hingga sebati baru disapu pada cupcakes.

SELAMAT MENCUBA

300 jars Chocolate Moist Cake

Alhamdulillah..
Order minggu lepas, Cake In Jar untuk dijadikan door gift..oleh Puan Abid..sempena warming house, sambut Ramadhan & besday anak beliau tak silap Ana..
Terima kasih buat suami & anak2 yang banyak bagi bantuan menyiapkan tempahan kali ini..



Kek resepi Black Beauty Choc.Cake dgn Topping Ganache dibakar terus dalam jar..harap empunya yang order berpuasa hati & maaf jika ada kekurangan..1st time dapat order banyak ni..Alhamdulillah..

SALAM RAMADHAN GIVEAWAY : SWEET LIZAHANUM

Assalamualaikum

Pagi tadi blogwalking ke teratak mee bandung muar iaitu "Qasehqu Quinnie"..kekeke.. ternampak giveaway Liza ni..cepat2 klik & buat n3..hehe..Jom pakat ramai2 join, tak dapat hadiah sekurang2nya dapat kawan.tak gitu??

Terima Kasih Liza sudi buat Giveaway ni, semoga Liza & family terus diberi kesihatan yang baik& bahagia hingga akhir hayat..salam ukhwah juga agar persahabatan dialam maya ni berkekalan ya..


Syarat2 penyertaan boleh klik kat bawah ni..
II
II
II
V

Meh tengok hadiah2 yang lumayan..--->>> KLIK SINI!!!

Ok...silakan memeriahkan GA ini dengan gembira & salam Ramadhan juga buat semua..Wassalam

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...