09 Julai, 2010

KEK OREN

Cik Abe Ana ada belikan buah oren, dah 2 minggu, banyak jugakla, tapi yang makannya cuma 3 4 biji je, yang lain dah tak siapa sudi...sebab...masam...huh...terperit2 muka makan oren tu, last2 anak-anak yang buat main campak-campak,  dari buang saje Ana try buat kek, cari-cari jumpa lak resepi kat blog Kak Ina~riaputih ni..katanya asal resepi dari MyResepi.com tapi dah pun diolah sedikit..


Kek ni lembab & lembut, tapi macam biasala anak2 Ana jeling je, paksa gak makan, nak ambil hati kot diaorang ambil sikit..hihi....kejam ek? huhu..Budak-budak suka kek yang ada warna2 coklat je...kek yang biasa2 kalau takde buah-buah & kekacang dalam badan kek tu, jenuhla Ana dok kunyah sorang-sorang. Kek ni Ana buat separuh je dari adunan bahan-bahan ni. Sekarang Ana kongsikan kat sini...

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cwn butter/planta
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 5 bj telur A
  • 1 1/2 cwn tpg. naik sendiri..*
  • 1 cwn tpg. kastad
  • 1/2 cwn tpg. gandum..*
  • 1 1/2 camt esen vanila
  • 1/2 camt soda
  • 1 camt baking powder
  • 1/2 cwn jus oren sunkist (1 bj)
  • 1 1/2 camb kulit oren sunkist yg diparut
  • 2 camb susu pekat
*(tpg naik sendiri) Ana guna tepung gandum kesemuanya 2 cawan, diayak 3 kali*

Cara-caranya :
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, esen, susu pekat, jus oren dan kulit oren yang diparut, gaul rata.
  • Masukkan pula semua jenis tepung yg diayak bersama soda dan baking powder.
  • Tuang ke dalam loyang yg telah digris dan bakar pada suhu 185'C selama 50 min atau sehingga masak.


Kalau jus oren tak ada, boleh masukkan pati oren sunquick tu..mana2 yang adala...
 
SELAMAT MENCUBA


DONAT

Pagi-pagi sarapan dengan kuih-muih seronok kan? Tambah-tambah lagi kalau kuih tu kita sendiri yang buat, berkat air tangan ibu menyediakan makanan yang bersih dan tentunya halal untuk keluarga sendiri, agar anak-anak terbentuk dengan acuan & didikan yang baik hendaknya..InsyaAllah. Harini Ana goreng donut, adunannya Ana dah buat petang semalam, dah siap tu goreng sekejap & sejukkan sebelum disimpan dalam peti ais. Pagi ni nak makan goreng je sampai masak, sekejap je...


Gambar donat ni mungkin tak membuatkan mata yang memandangnya berbunga-bunga, tak juga melelehkan air liur anda..tapi bagi Ana yang baru belajar menguli & menggentel donat ni, cukup puas hati, yelah nanti dah biasa buat jadi cantik le kan? :P

Sumber : Kak Maiza

Bahan-bahan :
  • setengah bungkus yis mauripan 
  • 2 sudu besar mentega 
  • 3 sudu besar gula 
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat
  • secubit garam
##Blend semua bahan2 diatas dgn secawan air masak##
  • 1/2 kg Tepung gandum 
Cara-cara :
  • Masukkan tepung gandum di dalam mangkuk.(simpan sedikit tepung, boleh tambah kemudian jika adunan lembik)
  • Kemudian masukkan bahan2 yang diblender tadi ke dalam mangkuk tepung. Gaulkan sebati.
  • Uli adunan sampai jadi doh yang lembut & tidak melekat kat tangan. Kalau lembik tambahkan lebihan tepung tadi.
  • Biar adunan naik lebih kurang dalam stgh jam
  • Bulat2kan sama saiz kemudian bentukkan donut, nak senang guna acuan donat.
  • Dah siap tu, biarkan donat tu kembang sekejap dalam 5-10 minit
  • Goreng dengan api yang perlahan..minyak jangan terlalu panas...agak2 dh kuning keemasan..angkat & toskan minyak.
  • Gaul dengan gula halus @ nak hias ikut suka dengan coklat cair pon ok... 

*kalau nak simpan goreng donat sekejap, separuh masak & sejukkan sebelum disimpan dalam peti ais.*

SELAMAT MENCUBA

08 Julai, 2010

BUBUR KACANG HIJAU & DURIAN

Sedapnya makan bubur petang-petang kan? Tapi bubur yang Ana tayangkan ni Ana buat semalam, untuk juadah petang semalam la..dah habis pon..hihi...jom kita layan...
Macam mana nak buat? hihi...ada ke yang macam Ana ni? Nak masak apa-apa kena tanya orang dulu, bukan apa, kurang mahir bab-bab masak ni...jadi kat sini Ana letakla juga resepi mudah ni, mudah-mudahan ada adik2 & kawan2 yang rasa nak cuba buat tapi kurang mahir tu boleh tengok..kalau terkurang tu ampun maaf le ya...


Bahan-bahan : 
  • 300 gram kacang hijau
  • 200 gram gula melaka (boleh ikut kesesuaian)
  • 150 gram gula pasir (nak kurangkan pun ok)
  • 2 cawan santan pekat(Ana guna santan kotak)
  • 2 liter air
  • 50 gram sagu halus
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • 4 ulas durian
Cara-caranya :
  • Rebus kacang hijau hingga kembang (jgn sampai pecah).
  • Masukkan daun pandan, biji sagu, gula melaka, gula pasir & garam. Kacau2 bagi sebati & gula larut.
  • Masukkan durian & biarkan mendidih.
  • Tuangkan santan & tambahkan air mengikut keinginan anda..Kalau nak pekat kurangkan air..
  • Biarkan mendidih kemudian diangkat.
  • Sedap juga dimakan sejuk2..

*Kalau suka isi durian tu pejal di dalam bubur, masukkan durian tu selepas masukkan santan*

SELAMAT MENCUBA

KIRIMAN DARI DESA

Salam mesra buat teman-teman...rasanya dah 2 hari tak menjenguk & mencatit kat sini, sibuk menguruskan anak-anak yang tak sihat, demam campak belum sembuh sepenuhnya, nak masak pun ala kadar je, buat kuih muih pun cari resepi yang takde telur..pantang tu...

Anak buah Ana baru datang dari kampung, macam biasala pasti ayahbonda Ana "tapau" macam2 benda hasil kampung..hihi...terharu rasanya walaupun benda yang dikirim tu tidaklah banyak mana & boleh je beli kat tempat Ana ni, namum nilai kiriman tu takkan dapat Ana dapat di mana-mana pun...kiriman yang penuh rasa cinta & kasih sayang...

 
durian, petai & jering muda...
Haa...nampak tu, tu cuma sebahagian je tau...dalam 1 kotak tu macam-macam ada...tempoyak, budu..hihi...tu yang suka tu...sedangkan Ana cuma kirimkan sebiji kek untuk santapan ayahbonda di kampung..apalah sangatkan kek tu... 

                            
 kek untuk ayahbonda
Setiap kali telefon kampung, mesti bonda tanya, bila nak balik makan buah? Yelah kan musim buah ni...Sebenarnya bukan tu maksudnya, saje Bonda nak jumpa anak menantu & cucu2nya yang lasak tu...InsyaAllah ada rezeki kami akan pulang menziarahi keluarga di kampung halaman..salam rindu buat Ayah Bonda Ana...Semoga Allah sentiasa memberkati kalian.Amin..

05 Julai, 2010

LEMPENG KELAPA

Pagi ni Ana tak sempat nak masak lebih-lebih, penat & mengantuk belum hilang, sbb anak-anak demam ni, malam-malam meragam jela...cuma sempat membancuh menu ringkas2 je, yang pasti takde telur..Menu lempeng ni dapat idea dari facebook Myresepi Mamajay..sekarang dah ada blog MamaJay tau...jom kita layan lempeng dulu...


Lempeng ni patutnya cicah dengan sambal bilis tapi dah tak sempat masak sambal, jadi cicahla dgn kuah kari ikan lebihan semalam, belum basi lagi tau..hihi...tapi kan kalau letak gula melaka yang diracik halus dalam adunan tu sedap juga kot, tak payah cicah, blh makan gitu je...

Ni bahan-bahan yang simple tu :
  • 1 Cawan kelapa parut
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 3/4 -1 cawan air (blh ditambah jika terlalu pekat)
Cara-cara :
  • Gaul sebati semua bahan kecuali air.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit & kacau sebati. Biar adunan tidak terlalu pekat tidak juga terlalu cair.
  • Panaskan kuali leper & sendukkan 1 senduk kecil adunan tadi, juka suka boleh gunakan sedikit minyak@planta.
  • Biar sedikit garing & angkat & hidangkan dengan sambal bilis @ kuah kari.
*Pastikan guna kelapa parut yang tidak terlalu tua* 

SELAMAT MENCUBA

APAM GANDUM

Pink karer...wahhh...saya suka warna pink..huh...itulah puteri Ana..Damia tu memang suka pink-pink nih...Ana buat warna pink sebab Ana guna susu tepung perasa strawberi, nak letak susu coklat kang jadi lain lak kan....jadi Ana tambahkan sedikit pewarna merah...maka terhasillah juadah untuk minum petang semalam..


Nampak sememeh sikitla sebab belum betul2 sejuk dah potong..hihi..kebetulan hari hujan, makin sedap makan panas-panas ni...

Bahan-bahan:
  • 2 1/4 tepung gandum
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan gula
  • 1 paket mauripan
  • 1 1/2 cawan air suam
  • Pewarna ikut pilihan
Cara-cara :
  • Satukan tepung gandum dan tepung susu.
  • Masukkan gula dan gaul rata.
  • Buat lubang di tengah2 bahan tadi dan asukkan mauripan.
  • Masukkan air suam dan kacau yis bersama air suam itu.
  • Bila yis dah berbuih gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  • Masukkan pewarna dan kacau.
  • Perap adunan sebentar sehingga naik.
  • Panaskan kukusan.
  • Sapu minyak pada acuan dan kukus selama 20 minit..
Makan dengan kelapa parut tapi kuih apam ni rasanya cukup manis kalau nak makan tanpa kelapa pun.

SELAMAT MENCUBA

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...