15 Januari, 2011

Nestum Drops Scones...

Assalamualaikum..

Pagi Sabtu ni nampaknya cuaca cerah & segar, mungkin sebb petang hingga ke malam hari semalam hujan lebat, bersih segala debu-debu kotaraya ni..hihi..Dah sarapan? Pagi-pagi ni nampaknya ada yang marah-marah anak nampak? ngeeeee..sapekah ituw??..kat rumah ni pun dah bising pepagi suruh anak2 bujang berdua tu basuh kasut sekolah..ala-ala marah jugakle..hehe..kalau tak marah-marah tak jalan punyala dah tau dah..main air je lebih..


Ish..bebel lak..ni sarapan anak beranak (ayah kepada anak2 terkecuali sbb dah g kerja..)..hihi...resepi dapat dalam sisipan Nestum tahun bila ntah..adunannya agak pekat sebab kandungan serat Nestum tu, tengokle kejadian yang tak cun bila dimasak, tapi sedap..anak-anak mintak lagi, tapi dgn syarat.."Siapkan basuh kasut dulu..!!"..heheh..kejam tak?
Meh tengok  resepi...ala-ala pancake @ lempeng gakle ni..

Bahan A :
  • 150 gm tpg gandum, di ayak..Tak ayak pun...
  • 1 cawan Nestum Original
  • 2 camca besar gula kastor
  • 3 camca kecil serbuk penaik..Ana letak 2 sdk. je

Bahan B :
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 250 ml Nestle Milk..Ana guna susu cair je..
  • 1 camca kecil minyak masak
  • 1/2 camca kecil esen vanila

Cara :
  • Campurkan bahan A didalam mangkuk, kacau perlahan bersama bahan B.
  • Kacau sehingga campuran sebati & halus.
  • Panaskan mentega atas kuali (boleh guna non-stick pan), guna api perlahan, masukkan 2 sudu besar adunan scones, ratakan.
  • Masak sehingga kelihatan buih-buih udara. Alihkan permukaan (terbalikkan)..biar masak sepenuhnya.
  • Angkat & hidangkan bersama madu@mentega@ coklat cair..

Selamat Mencuba

14 Januari, 2011

NASI AYAM BUTTER

Ternampak kat dapo Mas semalam, terus buat, untuk hidangan makan malam, takyah susah2 nak fikir nak goreng sayur ke..hihi..skali harung je boleh makan dah..cuma tang ayam tu..alahai..samala ngan Mas, teerrrhitam siketler..hihi..


Nasi Ayam Butter
Cilok dari dapo Mas
Sumber : Kak Hana

Bahan :
Untuk Nasi :
  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 sudu besar butter
  • garam
Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

Untuk Sup :
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
>> Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.


UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*@bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula

blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk@kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

 


Untuk Sos Hitam@Kicap
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
Campurkan semua. ketepikan.

Untuk Ayam Goreng Madu - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

Terima kasih daun keladi...

Assalamualaikum w.b.t.

Salam pagi Jumaat yang damai, cerah tak cerah, gelap pun tak gelap, kira sedang-sedang aje cuaca ni..kalau jemur kain belum tentu kering lagi..hihi..tapi kalau baring2 sah-sah tersadai sampai tengahari ni..Pagini Ana nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada teman-teman adik kakak yang berkunjung & memberi komen2 ucapan tahniah & juga tip-tip berguna bagi n3 semalam tu..InsyaAllah akan diusahakan sebaik mungkin melaksanakan mana yang termampu. Maklumla umur dah dekat2 senja ni, kadang2 ada penyakit2 yang tak disangka berkunjung tanpa sedar..


Ada yang terkejut.."DAH 5?" hehe..agaknyala terkejut..umur Ana baru (baru ke) 31 tahun, tak tipu nih..kawen masa umo 23 tahun, target dapat 6/7 anak sebelum umur 40..ok ke? mueheheeee...ada yang naik pinar bijik mato nih..takpela rezeki, terima seadanya setakat yg termampu kan..Alhamdulillah

Kat sini, Ana nak letak komen/tip2/nasihat yang diberikan dalam n3 smlm tu, mana tahu ada yang memerlukan panduan & nasihat, boleh juga kita dapat manfaat sama-sama kan..

PETUA2 & NASIHAT UBATI KENCING KOTOR
  • rajin2 makan sayur lobak putih tu ye.. buat sup atau acar mentah.. org kata elok utk kencing kotor. 
  • kena banyakkan minum air putih/masak.. 
  • jangan tahan kencing..
  • mungkin acar mentah yg campur cuka tu kurang sesuai utk ana(sbb kandungan masih baru) 
  • buat sup lobak putih tp jangan byk sgt kuahnya.. so makan lobaknya & hirup sekali dengan supnya.. tp kalau sanggup minum jusnya lagi bagus..

  • lobak putih baik untuk masalah kencing kotor
  • blender lobak putih tu dan campur sedikit gula batu.
  • elok buat sup jer lah lobak tu...

  • Minum jus lobak putih yg dikisar tanpa gula.
  • Minum air masak banyak-banyak 
  • Makan buah tembikai 
  • Minum air kelapa yang dicampur dgn garam kasar sikit. Selawat dulu sebelum minum
  • Minum air barli suam kurang manis ( high recemmendation ni kak )
  • Jauhkan makanan dalam tin

  • slalunya minum air masak byk2 je... 
  • kena kurangkan benda manis2 tu

Izah
  • telan ubat..errkkkk!!! hehe

  • minum air rebusan barli...amalkn.Insallh

  • minum air byk dan jgn tahan kencing

  • biasanya kalau utk bersihkan air kencing kotor boleh amalkan minum air barli yg homemade lg baik ya.. kalau boleh makan sekali dgn barli tu lg bagus
  • paling penting, banyakkan minum air masak..
  • junkfood hendaklah dijauhkan..
 Terima kasih daun keladi kepada anda, ada info bgtau le lagi lain kali yer..

 Sekian...(",)

13 Januari, 2011

2nd Giveaway:Atie nak Kasi Tudung!!

Kali ni nak join Kak Atie punya GA untuk kali ke 2, haritu dah join, takde rezeki, kalini mintak2 dapat ek kak..hihi..

2nd Giveaway:Atie nak Kasi Tudung!!



Syarat-syarat : boleh jenguk kat SINI
 
Jom pakat-pakat memeriahkan GA ni & dapat kawan2 baru & yang pasti kalau menang dapatle hadiah..InsyaAllah

Tarikh TUTUP GA pada 30/1/2011 pada pukul 12 tengahmalam!!

Ehem..ehem...rezeki..

Assalamualaikum..

Dah makin lemau (pinjam ayat Izah..) nak update sehari 2 nih...bukan takde apa-apa nak dikongsikan (tupun kalau ada yg nak ambik tahu kan..)..terima kasihla kat sape2 yg sudi singgah walaupun tuan tanah asyik nak gagau bantal je..asal free je tarik bantal...tp kenala pstikan anak-anak dah selesai ke sekolah siap bekal & sebagainya..dah setel suma tuh, apalagik...zzzzzzzzzzzzzzzzzzz...tambah-tambah cuaca lak seakan-akan mengizinkan...ngeee..jgn marah yea..


Oh Ya..lemau Ana kali ni bukan sebarang lemau tau...kalau biskut lemau boleh garingkan balik dlm oven..kalau orang yg lemau ni ada sebabnya jugakle..kot jela kan..haha...tgk jela gambar atas tuh, dah tentu dah tahu kan sebabnya? Alhamdulillah rezeki di awal tahun Hijrah baru-baru ni..InsyaAllah zuriat kami yang ke-5 (ramainya...) akan menyusul lebih krg hujung Julai/Ogos nanti..Amin....

Malam tadi baru g klinik, ingtkan nak buat kad macam biasa, sekali scan, doktor cakap kecik lagi..mayb dalam 9 minggu, ikutkan tarikh yang doktor lain bg bln lepas dah 14 minggu..pelik bin heran gak ni...apa2pun dia soh datang lagi bln dpn,sahkan duedate..huh!! saje je nak ambik duit lebih tuh kan kan?? hihi..

Oppsss..ada 1 masalah problem..buat urine test..ada kuman & sedikit darah dalam kandungan air tu..maknanya kena minum air masak lebih2 & telan obat-obatan yang dibagi...tapi Ana ni tak makan vitamin2 yg doktor bagi, ambik balik simpan kat laci..bg laci tuh sihat walafiat kot..hehe..Ana cuma minum madu..Alhamdulillah anak yang lahir sblm ni sihat walafiat, mudah bersalin & tak mudah pula kita ni kena serangan asma..(Ana ada asma sejak sekolah lagi..) 

ADA SESIAPA YANG ADA PETUA & PANDUAN TAK NAK HILANGKAN KENCING KOTOR? BOLEH BGTAU YER..sakit sangat perut ni dah 2 hari jugakla, ingatkan biasa2 je, rupa2nya sebab infeksi air kencing tu..
SAPE2 NAK CUBA MINUM MADU TU BOLEH TENGOK SINI..(promo sikit eh..) hihi..

Sekian, terima kasih buat yang sudi membaca post yang takde kena mengena dengan kek, nasi, lauk & puding nih..eheeeee...

11 Januari, 2011

PUDING SUSU BERLAPIS ROTI

Semalam Ana ada buat puding ni, juga untuk menghabiskan stok roti burger..kihkih..patutnya buat guna roti sandwich tu, baru cantik..guna roti burger ni, bila celup air kembang 4 mangkok jadinya...tapi takpela janji sedap kan...*Edisi masuk lift tekan sendiri le ni..*heheh..



Dapat idea lepas tengok gambar yang kawan FB  buat..Kak Zaharah Omar..resepi & idea katanya dapat dari kawannya Pn.Intan Liana..terima kasih untuk kedua-dua insan ini...tapi bagi yang nak cuba resepi puding lain mana2 resepi pun tak kisah, cuma kaedah letak roti tu je kita tambah..

Resepi :

Bahan-bahan :
  • 1 buku roti putih(buang kulit)..sekeping roti dipotong jdkan 4
  • 1 peket agar-agar serbuk cap Nona
  • 5 gelas air * 600ml
  • 1 tin susu cair (kalau x de susu pekat pun boleh...1/2 tin susu pekat + 1/2 tin air)
  • 3 senduk gula...ikut rasa masing2 samada suka manis atau tidak (boleh dirasa)
  • 1/2 buku butter *1/2 cawan
  • pewarna ikut citarasa (untuk dicelupkan pd roti)
  • 2 bks air untuk dibancuh dgn pewarna...cth pink dan hijau
  • 2 sudu mkn tpg kastard *resepi asal xde...
 

Cara-cara :
  • rebus agar2 bersama 5 gelas air....
  • kemudian masukkan gula,susu dan butter..kacau hingga sebati dan tak berketul-ketul...jgn terlalu cair..biar agk pekat sedikit...
  • bancuh tepung kastard dengan sedikit bancuhan tersebut & masukkan ke dalam bancuhan tadi.
  • setelah itu tuangkan sedikit adunan agar2 tadi kedlm loyang untuk dijadikan 1 lapisan.
  • susunkan roti yg telah dicelupkan pewarna masing2 kedlm loyang...
  • susun berselang seli...hingga menutupi permukaan layer pertama td.
  • tuang lagi agar2 td untuk layer yg ke 2
  • susun roti berwarna lagi keatas layer ke 2...dan tuang agar2 lagi...begitulah seterusnya...
  • sejukkan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk
  • Enak dimakan sejuk-sejuk..yummy...!!!

10 Januari, 2011

BINGKA ROTI PANDAN...roti burger ajer...

Edisi nak menghabiskan roti burger yang akan tamat tempoh, nak buat makan dengan daging burger tak tertelan dah, jadi buatle bingka ni..hihi..kebetulan ada tetamu sempat juga hidangkan utk makan-makan..
  
  
Resepi dah pernah buat, tapi tak tahule yang asalnya tuan punya rsp ni sape., banyak sgt dapat info & link rsp...t.kasih bebanyak yea...memang suka buat ni, kdg2 time ada tetamu nak cepat je kerjanya, bolehla buat...

Bingka roti pandan (kukus/bakar)
  • 12-14 keping roti putih/gardenia *Ana guna 6-7 buku roti burger
  • 1 1/2 cawan santan kotak
  • 1 1/2 cawan air
  • 3 biji telur 
  • 1 cawan gula pasir (kemanisan ikut suka) 
  • 1/2 sudu teh esen vanila 
  • 20 gm kismis (untuk tabur-optional)*
  • sedikit pewarna hijau* 
  • sedikit garam

Cara-cara :
  • Blender semua bahan kecuali roti & kismis
  • Roti tadi dikoyak-koyakkan, potong 4 pun ok je. Masukkan kedalam mangkuk. 
  • Tuang bahan yang di blender tadi kedalam mangkuk roti. Kaup balikkan supaya roti benar2 menyerap bahan cecair tu. 
  • Perap sekejap, 5 minit dah ok, tuang ke dlm loyang
  • Nak lapis2 mcm Ana buat pun ok, tuang roti, pastu tabur kismis, ulang2 sampai habis.
  • Kalau nak bakar kena griskan loyang dengan mentega. Bakar 160'C (bergantung oven la) lbh kurang 30 mnt-45 mnt/ sampai masak (cucuk ngan lidi/garfu..tak lekat tu dah masakla..)
  • Nak kukus pun blh, kukus lbh kurang 20 minit /sampai masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong...

PANCAKE ~Hajar~

Assalamualaikum..
Salam pagi Isnin, pagi ni sarapan bihun goreng dengan pancake..bancuhan pancake yang buat petang semalam, kebetulan ada tetamu berkunjung, takde menda nak buat..hiihii..Sebelum ni pernah buat jugak untuk makan-makan tapi disebabkan hasilnya yang sedikit..cuma 9 keping, anak-anak berebut2 makan, takde nak snap gambar pun..gebu & lembut, tambahan pula budak-budak ni suka makan dengan susu pekat..ayahnya pun segan nak makan, takut berebut ngan anak pulak kan..haha..sabo ajelah...kali ni Ana buat 2 adunan sekaligus..


 Lihatlah lubang-lubang ala-ala sarang lebah gituw...hehe


Halus mulus kulitnya..agak-agak macam kulit sapela gamaknya....
Bersiram madu...bukan bermadu yea...
PANCAKE by Hajar

Bahan-bahan :
  • 3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan..Ana guna minyak masak
  • 1 bj telur (k.nor guna saiz A)
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri..Ana guna tpg gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula castor
  • 1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
  • secubit garam
  • 1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)..Tak letak
  • **secubit soda bikarbonat..jika menggunakan tepung gandum


Cara-cara :
  • Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  • Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
  • Biarkan selama 10 minit.
  • Goreng dlm frying pan hingga masak.
  • * adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
  • kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.

**utk jdkan pancake mayonis tambah 1 1/2 sudu besar mayonis dlm adunan

Terima kasih Kak Nor utk tip2 adunan ni... 

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...