22 Julai, 2013

13 RAMADHAN 1434H : MEE GORENG MAMAK


بسم الله الرحمن الرحيم ...
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته...
Juadah berbuka bila kesibukan melanda, lagipun Adam dah mintak berbuka dengan mee goreng beberapa hari lepas, tapi tak sempat lak nak buat, maklumle bila dah siap masak lauk pauk kira cukuple kan. Alhamdulillah dapat buat khamis lepas untuk berbuka, masak cepat2 menggunakan bahan2 yang ada, resepi dapur Mas..tengQ Mas..


RESEPI MEE GORENG MAMAK
Sumber : Mas@Duniaku


Bahan :
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging - hiris nipis *Tak letak daging
  • 1 mangkuk sawi - potong kecil
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 2 sudu kicap lemak manis 
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos cili
  • 1 sudu secukup rasa @ 1/2 kiub ayam
  • 1 biji telur
  • 1 biji tomato dibelah 
  • 2 biji telur digoreng hancur terlebih dahulu *Ni saya tambah je sbb xde daging
Cara :
  • Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili, biarkan garing dan wangi.
  • Masukkan daging dan kacau rata.
  • Masukkan secukup rasa @ kiub ayam, kicap lemak manis, sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
  • Masukkan serbuk kari. Biar sebentar.
  • Masukkan tomato yg dipotong2 dan sawi. Kacau sebentar.
  • Masukan mee dan sebatikan.
  • Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  • Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  • Masakkan mee agak kering.
  • Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.

21 Julai, 2013

12 RAMADHAN 1434H : SNOW ALMOND COOKIES

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali pada Ramadhan ke 12, cepatnya masa berlalu. Moga diberi kesihatan yang baik dan keberkatan seluruh isi alam InsyaAllah. kebanyakan n3 saya yang keluar ni autopost ye, harap maaf..

Biskut raya lagi, kali ini Snow Almond pula, hot selling bagi sesetengah bakers ni, boleh buat pilihan utk salutan menggunakan kelapa kering, breadcrumbs atau nestum, yang pasti sedap dimakan.


Alhamdulillah, baru sudah siapkan sebanyak 700pcs biskut ni utk dihantar sebagai salah 1 jenis biskut untuk hamper raya. Lepas ni kena siapkan utk tempahan kawan2 dan saudara mara terdekat pula, tak banyakla..sikit2 cari duit raya bayar tol nak balik kampung..hehe

masih menggunakan resepi sebelumnya, perkongsian daripada Umifeeza di web myresepi, dan ramai yang guna resepi ni kan, Alhamdulillah menepati selera.

RESEPI SNOW ALMOND
Sumber : Umifeeza@myresepi

BAHAN A:
  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil esen kopi
  • 1 biji kuning telur
BAHAN B:
  • 220gm tepung gandum
  • 70gm tepung ubi
  • 50gm nestum - dikisar
  • 40gm badam kisar
  • 1 sudu besar coffeemate - boleh juga guna susu tepung
HIASAN:
  • Coklat masakan - dicairkan
  • white breadcrumb/ kelapa kering / nestum

Cara-cara

  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih/kelapa kering/nestum tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara. 
 *******************************************************************

 SNOW ALMOND

Dijual dalam 2 saiz balang, 25pcs++ dan 50pcs++
Hubungi saya di talian 019-3004358 sebelum kehabisan biskut ni ya
Penghantaran plg lewat 3 hari sebelum hari raya InsyaAllah

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...