16 Julai, 2010

AYAM PERCIK

Dah lama tak makan ayam percik, biasa kalau Ana berpeluang balik kampung nun di Klate, mesti nak bonda yang masakkan, belum sampai dah order nak makan apa..hihi...sekarang bukan selalu dapat balik kampung, jadi sesekali nak makan tu kenala buat sendiri..apalagi, risik2la ramuan & tatacara membuatnya...

Meh kita intai cara2 Ana buat yea..tapi cara setiap orang masak ni tak sama, terpulangla kita nak buat macamana kan...Ana bakar guna Oven, kalaulah boleh guna dapur kayu @ arang lebih sedap hasilnya kan, nak buat macamana, kang berduyun2 bomba datang bila tengok Ana perasap dapur arang nanti..hihi...tak mau cari nahas!!

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam, dipotong ikut suka & diperap dengan garam & sedikit kunyit
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia *
  • 3 sudu makan cili kering yang dikisar
  • 150ml santan pekat (Ana guna santan kotak)
  • 1 - 1 1/2 cawan air (bergantung nak pekat mana kuahnya)
  • 2 batang serai
  • 1 keping asam keping
  • garam & gula
       *bahan bertanda ditumbuk lumat*

Cara-cara : 

  • Ayam dibakar *Ana panggang dengan oven separuh masak..
  • Sambil2 ayam dibakar, masukkan semua bahan2 untuk kuah ke dalam periuk, kacau2 sampai pekat & rasa secukupnya.
  • Keluarkan ayam yang dibakar dari oven, celupkan didalam kuah tadi, biarkan seketika.
  • Masukkan kembali ayam ke dalam oven & bakar lagi.
  • Setelah hampir kering kuah yang bersalut pada ayam tadi, tuang sedikit lagi kuah percik keatas ayam..hati-hati..panas oven tu..
  • Masak lebih kurang 5 minit, balikkan ayam & tuang lagi kuah percik tadi.
  • Bakar sehingga agak kering, jangan terlalu garing..Angkat & letakkan didalam pinggan, tuang baki kuah yang dah pekat tadi jika suka...Makan bersama nasi panas...

CARA LAIN :
*Cara 2 : Ayam direbus bersama halia, bawang putih & garam kemudian bakar, masa bakar lebih singkat sebab ayam dah masak ketika direbus*
*Cara 3 : Bakar ayam atas dapur arang..bila separuh masak, tuang kuah percik, bakar lagi, tuang kuah ulang2 sampai 2@3 kali sehingga ayam betul2 bersalut kuah & masak*

Harap sedikit info ringkas ini mampu memberi panduan kepada yang baru belajar nak masak macan Ana sendiri..hihi...Terima kasih untk Bonda Ana..

SELAMAT MENCUBA

14 Julai, 2010

INDAHNYA WANITA ITU

Assalamualaikum wahai teman-teman & sahabat...disini Ana nak kongsikan sedikit artikel yang Ana dapat dari Facebook... sumber asal Ana kurang pasti, dah cuba cari tapi belum ketemu...

Sayangnya ALLAH pada insan bergelar
wanita...muhasabah diri...

 
"Gambar asal dari artikel ini "
Salam buat semua.. titipan rohani sekadar renungan buat semua..
...Menghargai segala kurniaan dan ciptaan Ilahi..supaya kita sentiasa sedar
dan menginsafi ciptaan-Nya..
Diharapkan titipan rohani dapat memberi manfaat dan mendekatkan diri
kita kepada yang Maha Esa..


Renungilah..

@<----Wanita---->@

Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada
isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??

*Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.

*Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
 
*Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.  
 
*Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).  
 
*Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

*Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika Saya tersilap).
 
*Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita... kan?
Wallahualam..Selamat beramal

HARGAILAH DIRI ANDA...PESANAN UNTUK ANA JUGA..(",)

 

13 Julai, 2010

PATIN MASAK TEMPOYAK

Sebelum melelapkan mata nan kuyu ni..heheh...(kuyu sebab dah malam kan) Ana nak tayang sikit juadah yang Ana masak petang tadi, kiranya untuk makan malam le...tunggu punya tunggu ingatkan nak makan sama2 ngan Cik Abe...tapi dia lewat lak balik, kenduri ngan anak-anak jela..Patin tempoyak ni menu yang Cik Abe Ana suka sangat, tapi Ana lak kurang gemar & bila masak kurang pulakla menepati citarasa & tekak nan satu tu..huhu..belek punya belek, terjumpa resepi ringkas dari dapur MAS, gambar yang cik puan tu tayang memang mengiurkan betul, Ana pun terailer....Eh..sedaaaapppp tau, biasa buat takde lak macam ni..hihi...lepas ni bolehla buat lagi kan...

Ana kongsikan kat sini yea, mana tau ada yang tercari-cari nak masak patin untuk hidangan esok...

Bahan-bahan :
  • 10 ketul ikan patin yang dipotong..bersihkan dengan asam limau @ asam jawa
  • 10 biji cili api
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar tempoyak *Ana letak lebih
  • daun kesum
  • air secukupnya
  • garam & gula
  • perasa jika suka *Ana tak letak
  • sedikit serbuk kunyit *Ini Ana tambah sendiri sebab Ana guna tempoyak baru jadi kurang warna kuning..
Cara-cara : 
  • Satukan semua bahan ke dalam periuk & masak dengan api perlahan
  • Kacau-kacau agar semua sebati, bila kuah dah pekat tutup api.
  • Angkat & hidangkan dengan nasi

Alhamdulillah, anak-anak Ana semua makan lauk ni kecuali Hannah sebab dia baby kan..hikhik...

SELAMAT MENCUBA

KEK COKLAT CHIP

Assalamualaikum dan salam pagi teman-teman...wah..awal pagi Ana dah baking kek ye? Hihi...kek ni buat malam tadi, sambil-sambil tunggu Adam siapkan kerja sekolah, lagipun Akmal ada jugak mintak kek..tapi dia tu belum sembuh lagi demam campak, tak boleh makan telur lagi, jadi Ana ada simpan resepi best & jimat dari Palatable ni..banyak juga resepi kat dapur dia yang tak guna telur...boleh jimat..bukan kedekut..heheh..
Nama asal kek ni tuan badan letak Chocolate Rise Cake, sebab guna coklat rise, tapi Ana takde coklat rise tu yang ada chip choc. tupun dah beku2 dalam peti ais, lama dah beli tak habis-habis...jadi kena lak tukar nama dia kan...hihi..maaf ye kak, Ana dah terdesak ni...huhuu...kek ni sedap, lembut je walaupun tak guna telur, heran gak ek...bahan2 pun simple je...meh kita tengok apa yang Ana copy & paste ni..*maaf kak, Ana dah alihbahasakan resepi ni*

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung serbaguna *Ana guna tepung gandum cap Sauh je
  • 3/4 cawan gula *Ana guna gula kastor
  • 1 cawan susu *Ana guna susu cair
  • 1/2 mentega lembut
  • 1/2 cawan chip.chocolate *Asal resepi letak chocolate rice
  • 1 sdt baking powder
  • 1/4 sdt soda bikarbonat
  • 1 sdt esen vanila
Cara-caranya :
  • Ayak tepung, baking poeder & soda bikarbonat di dalam mangkuk adunan.
  • Panaskan oven dgn suhu 180'C(bergantung oven masing2)
  • Campurkan bahan diayak tadi bersama choc.chip @ choc.rise. Gaul biar bercampur.
  • Pukul mentega, esen vanila & gula sampai sebati kemudian tambahkan susu cair.
  • Masukkan campuran tepung & chip choc. tadi, gaul sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang yang digriskan dan bakar sampai masak (cucuk kat tengah2 guna lidi, kalau lidi keluar bersih tandanya kek dah masak)
  • Keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit kemudian keluarkan dari loyang.
*Ana guna oven ELBA..cuma guna api bawah dengan suhu 165'C selama +/-30 minit*

Senang & ringkas kan? Cubalah, rasanya resepi ni akan ditanda sebagai salah 1 menu hari raya nanti..:)

SELAMAT MENCUBA

12 Julai, 2010

APAM COKLAT

Juadah Ana untuk hidangan anak-anak & suami petang semalam, ada sedikit lebihan buat sarapan & bekal Adam ke sekolah...nak buat pun senang sangat, cuma warna apam ni agak gelap..heheh..hitam manis tau...

Ana buat dalam acuan plastik kecil2 & bubuh adunan pun separuh je, jd tak tinggi sangatla, nak boh penuh kang melimpah lak..huhu...tak pernah guna acuan kecil2, tupun baru je beli..lain kali kena letak 3/4 adunan kot dalam acuan tu...pehalpun meh kita tgk bahan2 & cara nak buat tu..gerenti budak-budak suka, tempat Ana ni apam macam ni dijual 3 biji RM1.00..buat sendiri banyak gak dapat makan..

Sumber : Myrespi.com

Bahan-bahan:  
  • 4 biji telur ayam *Ana guna telur gred B 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan susu pekat manis *Ana kurangkan,guna 3/4 cawan je 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1/2 cawan susu tepung *Tak letak pun takpe 
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 1 cawan air suam *bukan suam kuku, air suam yang agak panas sikit 
  • 1 sudu kecil baking powder  
  • 1 sudu kecil soda bikabonat  
Cara-cara :  
  • Blend telur dan gula 
  • Masukkan susu dan minyak masak. 
  • Masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikabonat dan susu tepung.*Boleh ayak dulu* 
  • Tuang bahan blend tadi kedalam mangkuk tepung, kacau sebati.Masukkan air suam dan gaul sebati, pastikan tepung tidak bergentel. 
  • Masukkan kedalam acuan pengukus kecil-kecil atau loyang pun boleh.  
  • Panaskan air kukusan, apabila mendidih kukus hingga masak dalam 20 minit untuk acuan kecil2 @ 30 mnt utk loyang

SELAMAT MENCUBA

11 Julai, 2010

BELI BELAH..$$$$

Petang semalam Ana keluar beli barang2 nak buat kuih muih & juga kek..eheh macam nak meniaga je, saje beli sebab barang dah habis..terkejut juga, syok dok pilih2 & nak bayar tokey bakery tu bgtau dkt RM100.00, tgk barang ckt je, semua barang dah mahal..maklumlah dekat nak pose ni kan...dicampur2 dengan barang yang dah beli sebelum ni kira lebih RM100 le, tu belum masuk barang dapur lain tu...:( sabo jela...

Sebelum tu, 2 hari lepas dapat kiriman dari Maziah, saje try beli busha untuk Hannah, tgk budak2 pakai cantik je..memang cantik pun...tudung pulak Ana beli dengan Hana..cantik & selesa kainnya..terima kasih kepada anda berdua yang layan kerenah akak yang macam-macam ni..hihi

beli 2 helai dapatla RM12.00/helai

tudung labuh butterfly

Barang yang Ana beli cuma tepung gandum, gula kastor,esen vanila, baking powder, soda bikarbonat, tepung kastard, marjerin, badam cincang, coklat bar, coklat rice & 1set acuan kuih...nak buat macamana, dah nak guna kena gak beli kan?

$$$$$$$$$???

Nampak gayanya kena pandai2la kita ejas mana yang patut untuk raya nanti kan? Puasa belum lagi, barang dapur dah melambung...surirumah macam Ana nile yang terasa sangat, yelah nak masak-masak kena lak fikirkan bajet...apapun rezeki semuanya dari Allah Taala..moga berkat hidup kami sekeluarga..Amin.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...