09 Februari, 2012

Cocktail Fruit Tart@Tart Buahan Koktel

Fuuhh..sibuknyeee..Jom ngetat buah lak, resepi ni kastardnya sedap tau, creamy rasanya & sangat sedap dimakan setelah seharian dalam peti sejuk. Ana buat ni takde meriah sgt tau, tapi untuk jualan ada 2 jenis, buahan koktel, peach & buahan segar..sila pilih ye kalau nak tempah..layannn..

 

 

Resepi Cocktail Fruit Tart

Sumber asal : NisaMPB@myresipi

Cocktail Fruit Tart by AnnaQawina

RESEPI CRUST GUNA YANG BIASA ANDA GUNA, KALAU ANA GUNA RESEPI KAT SINI (sila klik).

 

Bahan-bahan Inti Kastad: 

  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung*Ana guna tpg kastard
  • 8 tbsp gula kastor
  • 2 cwn (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp (30 gm) mentega
  • Buah Utk Hiasan: Peach dalam tin, dihiris ikut suka (atau apa2 buah yg berkenan d hati, asalkan jgn buah derian sudah haa)kekekee..

Cara-cara:


  1. Buat doh untuk crust macam biasa. Ketepikan. (blh buat awal2 ni)
  2. Buat inti kastard.
  3. Cara Membuat Inti Kastad: Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
  4. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
  5. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
  6. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
  7. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
  8. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart. 
  9. *Ana sapu choc.ganache/choc.filling dahulu atas crust sebelum paipkan inti kastard. Ini terpulang masing2 la ye nak letak ke tak. 
  10. Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat) 
  11. Crust yang dah disapu coklat filling
  12. Hiaskan dengan buahan2 koktel @ apa2 aje yg anda suka..
Udah ngak adee..ngehehee..
Jika berminat nak tempah@ harga blh send kat email sebelah tu @ sms ya.. TQ..(*_*)ngantuknyeee..


Selamat Mencuba.

    08 Februari, 2012

    KEK LAGI..biasa2 aje..

    Assalamualaikum.

    Masuk jap jenguk & letak gambar(ada yang request nk tengok sbnrnya) kek masa kenduri haritu, buat kek hantaran Kek Coklat Moist dgn bunga gumpaste (beli siap) & juga kek utk makan2 pengantin konon2nyalah..hehe..


    Kek Pengantin ni besar, lebih kurang 14 inci, berat dalam 3kg lebih, layer dengan coklat ganache & topping dgn ganache, edible image serta hiasan buttercream yang simple sebab kita tak pandai sangat nak deco kek ni..

    Alhamdulillah, kek ni dapat pujian sedap..memang sedapla..bukan nak puji sendiri tapi dah orang puji..kekkeee..eh..pengantin & mak pengantin pun kata sedap tau..



    Ni kek hantaran untuk pihak lelaki (dah tayang tadi kan..gegeegege..ada yang geram tengok coklat ganache tuh..resepi rahsia..ahahaaa..(jgn marah) nanti2 ada masa bnyk lapang Ana update resepinya ya..

    Apapun ini sekadar langkah awal utk melebarkan sayap yang tak berkepak nih..harap semua dapat beri tunjuk ajar & sokongan padu, InsyaAllah sama2 beroleh rezeki & berkat..terima kasih buat yang mendoakan saya ya..sayang semua yang setia dengan persahabatan kita..(^_^)

    Update...sesaje...

    Tempahan minggu lepas..huh..tak sempat malasnya nak update blog kan..ada yang nak tolong tak? huhu..Ini sesaje tayang apa yang kita buat sepanjang minggu lepas la nih..kot2 ada yang ingat kita dok makan tido je kan tak update blog....*sbnrnya betul jugak..hee



    Tempahan dari kakak ipar sempena kenduri kahwin anak sulungnya, 2 biji Milky Marble Cake, 2 biji Brownies Coklat Permata & sebiji kek hantaran yang diminta oleh pengantin sendiri..Maceh kak..


    Tengah2 sibuk buat tempahan kenduri tu ada sorang 'mek' tu sms nak order kek coklat kukus & nak layer dgn cheese..sibbaik ada cukup bahan, maka siaple tempahan Kek Coklat Layer Cheese + Ganache, katanya nak makan dengan kawan2nya, tapi hamba kurang percaya pulak, entah2 tuan hamba sorang yang ngap kan IDA??..haha..gurau je..Maceh Ida..


    Order dari Kak Aisyah Kepong, untuk besday ank buah katanya, harap semua suka dgn kek Upin Ipin ni ye..T.kasih kak Aisyah.


    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...