29 Januari, 2011

TupperwreVille : 1st TupperwareVille Giveaway

Assalamualaikum..jom kita join ini Ga sebelum tarikh tutup..tak lama dah ni nak tutup..



Tempoh GA
20 Disember 2010 - 31 Januari 2011


Syarat Penyertaan
  • Letak banner di sidebar blog/FB anda dengan link ke entri ini. OK
  • Link TupperwareVille dalam bloglist anda. DAH
  • Jadi follower TupperwareVille.. Follower ke 39
  • Klik button LIKE FB (terletak di column kanan ~ atas) DAH
Sape tak kenal brand tupperware nih? Pasti semua kenal kan? Ana kenal dah lama, itupun sepupu yang asyik dok promote, suruh beli, tapi apakan daya, belum mampu nak miliki lagi..kini nak try join GA yang menawarkan hadiah Tupperware..mana tahu ada untung nasib & rezeki kan.. boleh cuba guna & mana tahu terbuka hati penaja kat rumah ni nak belikan kemudian nanti..hehe

Selalu kena tag kat FB barang-barang Tupperware ni, belek-belek katalog kat SINI..tertarik sangat nak memiliki Modular Mates Essential Set ni..kenapa? Sebab Ana ni selalu beli bahan-bahan kering untuk masak-masak, kadang2 tak cukup bekas simpan, bekas2 yang dibeli kat kedai adakalanya mudah lemau barang kering kalau biar lama-lama..nak simpan pun nampak macam jimat ruang, maklum..dapur tak besar mana ni..bentuknya cantik & ringkas.

gambar dari Tupperware Brand
 
Jawab soalan2 dibawah :
  • - Sudah menjadi ahli tupperware? 
Tidak
  • - Berminat untuk mendapatkan barangan Tupperware? 
Ya
  • - Dimana selalu membeli barangan tupperware?  
Tak pernah beli lagi..

Untuk syarat2 penyertaan & hadiah yang ditawarkan boleh tgk kat blog Tupperware Ville 
Selamat mencuba nasib...

ORDER DARI FMBioSis...10Q

Assalamualaikum.

Setelah 2 3 hari tak masuk blog, rasa malas pulak nak update..hihi..tapi bukan saja-saja malas, campur dengan penat..penat bukan sebab alahan @ sebagainya tetapi penat suka-suka..ada ker? Terima kasih kepada yang prihatin tanya kabor..hehe..penat buat kek le..dah agak lama bercuti daripada menggodek adunan kek, tetiba ada yang nak 3 biji sekaligus..maka berperangla kat dapo nih..




 2 biji Kek Coklat Moist, deco pun lebih kurang, betapa tak kretipnya diri ini..tapi tuan punya yang order kata hiasan tak kesah, janji sedap & cantik dipandang..okeh le tuh kan..


1 biji kek karemel dengan hiasan yang cikai-cikai ajer..letak apa yang ada..hehe

Ini order kali ke-3 budak-budak yang kerja 1 ofis dgn adik, untuk majlis tahlil, kongsi ramai-ramai katanya..terima kasih adik-adik, terlebih kurang tu mintak halal yer..lenkali order lagi..hiii

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU..(",)

26 Januari, 2011

AYAM KICAP LADA HITAM

Selamat petang..uhhh...udah petang rupanya..nih nak tayang lauk yang panas-panas lagi nih..(masa snap pic.ni ler..)sekarang udah tinggal 2 3 ciput je lauknya...idea bidan terjun ni tatkala masa begitu menghambat..kekeke...ader jerla..


Pagi2 tadi lepas anak-anak dah ke sekolah & Cik Abe berangkat ke tpt kerja, kita pun terfikir..apa salahnya rehat jap..badan rasa lemah & lemau jer..hihi..si kecik Hannah ni pun belum bangun lagi, cuaca yg suram seakan-akan mengiringi langkahku ke bilik tido..tepuk2 bantal sikit..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...tetiba..

POOOOONNNN!!!! PONNNNNNN!!!..opocot!! lori hantu manala tuh dok hon kat bawah tu..rupa2nya sliding tak tutup,jelas lagi nyata dengarnya..hajatnya nak sambung balik, mata kerling jam..adoyaaiiiiii...udah jam 9.30 pagi..jap lg anak-anak nak balik sklh agama, nak g sklh ptg lak..nasik lom masak....uwaaaa....dok tenung ayam, nak masak apa ek...hurrmmm...on pc jap & bukak blog..taraaaa...dah tau nak masak apo..toceeyyy Pn Hana..hang dah setel problem gue..haha

Ish..panjang lak karangan petang ni..layan jela...tapi cara buat tu ikut nak cpt jele..bawang & halia kita humban dalam lesung batu..kasi hancuuss suma sekali..hikhik

AYAM KICAP LADA HITAM
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan
  • 400-500g ayam - potong kecil2
  • 2 inci halia muda - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - parut
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning..Ana guna serbuk pati ayam jer
  • 1/2 sk lada hitam
  • cili padi ketuk *optional jika ingin pedas
  • 1 batang serai - titik *optional
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min...
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering.Angkat dan hidangkan.

25 Januari, 2011

DOH ASAS ROTI MANIS

Bukan untuk sarapan harini..semalam pun bukan, rasanya buat hari Jumaat haritu kot...hihi...ni dah 3 hari BM ku tak beroperasi, bagi dia rehat le jap..layan gambo & resepi jela ek..


Masa beli cup tuh tak perasan lak "DANG GAO" tuh..apebenda maksudnya? hehe..dalamnya Ana letak kastard & coklat chip..anak-anak bawak bekal ke sekolah hari Sabtu tu..


Ada juga buat bentuk gini, bulat-bulatkan kecil2 & letak coklat chip gak..yang ni habis dulu, mungkin sebab saiznya yang mini tu..


Doh Asas Roti Manis

Bahan-bahanya
  • 300gram tepung roti
  • 50gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 2 sudu besar butter@marjerin
  • 180ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
  • baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
  • sosej yang telah direbus
  • sedikit gula
  • mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
**Ana sapu mentega kat permukaan roti bila siap dibakar..nampak berkilat je

CARA ANA :
  • Bulat2kan kecil2, masukkan coklat chip/kastard, uli sikit & masukkan dalam cup.


NOTA KEYBOARD DARI ROS :
**Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
- Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.

Resepi Krim kastard ada kat SINI

24 Januari, 2011

Chocolate Chip Fudge Cupcakes

Bekal anak-anak ke sekolah tengahari tadi...dah banyak kali buat ni tk jemu2 makan, penuh rasa coklatnya..yang pasti anak-anak suka, maklumla coklat..kita nak buat pun senang, kacau2 & campur je..


Sebelum pergi sekolah makan dulu sebijik sorang, pastu angkut masuk bekas 3 biji sorang, yang tinggal seciput jerla..takpela kan, asalkan anak-anak dapat makan kat sekolah dengan gembiranya..hehe

Resepi : Lilydvalley 

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/3 cawan minyak masak- vegetable oil
  • 1 cawan susu segar or susu cair
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1/2 cawan choc chip
  • 1 biji telur- pukul sedikit 
 

 Cara-cara

  1. Panaskan oven atau kukusan. Susun mangkuk cupcakes
  2. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
  3. Gaul sebati gula, tepung, koko, soda & baking powder
  4. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan essen vanilla
  5. Masukkan campuran tepung & koko kedalam campuran minyak.
  6. Kacau sebati dan masukkan choc chip. Sudukan kedalam mangkuk cupcakes
  7. Kukus/bakar selama 20-25 minit..Ana bakar je

Kuih Sagu@Bronok

Assalamualaikum..

Wah..sungguh ceria di pagi Isnin ni ek..keluar kuih merah menyala nih..hihi...jom sarapan..masa dok godek2 sagu ni, tawakal je, dok fikir, sah2 kita yang ngap-ngap kuih ni nanti, budak-budak tak peduli sangat kuih-muih citarasa orang lama-lama nih..tapi sebab dah lama peram resepi Mas & teringin nak makan, buat jugakla..


Sebenarnya kuih ni masak malam tadi, bangun pagi ni tinggal kukus kelapa parut kejap & gaul2kan dengan sagu,.tak sangka pulak, si teruna Ana, Akmal ni suka makan, biasanya dia yang paling susah bab-bab makanan nih..memilih sikit..pagi tadi sebelum ke sekolah Agama, dia makan kuih ni je, tak sentuh pun roti goreng telur yang Ummi dia ni buat..siap ambil 2 ketul buat bekal sekali dengan roti manis..sungguh gumbiraaa rasa hati ini..huhu

Kuih Sagu@Bronok
Sumber : Mas Duniaku
Bahan :
  • 1 cawan sagu biji kecil
  • 2 cawan air
  • 3/4 gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
  • sedikit pati sirap..Ana guna pewarna merah je
  • 1 helai daun pandan - untuk mewangikan kuih tu
Untuk salut..Ana kukus kejap kelapa + garam tu
  • kelapa parut - agak 2 
  • sedikit garam - digaul sebati dengan kelapa parut
 
Cara :
  1. Rendam sagu hingga kembang.
  2. Panaskan air, masukkan pati sirap, daun pandan dan gula, biar mendidih .
  3. Toskan sagu tu dan masukkan sagu kedalam air yang mendidih tu, kacau hingga sagu menjadi agak 2 pekat dengan api sederhana, kalau masih ada biji 2 putih, tak pe, biarkan. 
  4. Tuang sagu kedalam loyang atau acuan kecik yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga biji 2 putih sagu tu hilang.
  5. Apabila sejuk, keluarkan dari acuan, kalau dari loyang potong ikut saiz yang dikehendaki dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
  6. Jeng..jeng..boleh dimakan..Mas yang kata...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...