19 Jun, 2010

BALIK KAMPUNG

Baru2 ni Ana berpeluang balik ke kampung halaman tercinta..dah lama gak tak balik ni...terima kasih kat Cik Abe Ana yang sudi memenuhi permintaan istimewa Ana ni...kebetulan kat kampung pokok2 kat kebun ayah Ana sedang  berbuah tp bukan rezeki kami sbb blm masak lagi..hihi..tengok jela...itupun dah cukup bersyukur sbb berpeluang menziarahi keluarga kan...yg plg ptg skali dapat tgk ayah bondaku tercinta ni...



3 hari kat kampung, blh dikira berapa lama masa yg diambil utk duduk kat rumah..banyak masa kat kebun ayah..makan2 pun kat pondok di kebun tu..memang nostalgia betulla...

 masak2 guna dapur kayu..pedih2 biji mata..hihi

seleranya makan di bawah pokok durian ni...

sekadar tatapan mata...buah2han tempatan yang sedang berputik..mungkin skrang dah masak kot...


durian yang sedang menanti masa utk gugur...

manggis

anak2 kecil ni teruja memungut putik durian yang gugur...

Haa...kat kampung Ana ada air terjun tau...lps makan2 & berkebun sejenak...hehe...pelagi..kami bermandi manda kat air terjun tu...terketar2 budak2 ni tp mmg gembira tgk budak2 bermain air..Hannah pun kemain lagi berendam...

sejuukkkk....

Hati riang walaupun masa yang ada kat kampung sekejap cuma, tetapi begitu berharga buat Ana..bila lagila nak balik Klate nih...kepada anda yang ada kg halaman terutama yg masih punya ayah bonda...PULANGLAH...sementara mereka masih ada untuk menyambut anda..

MUFFIN COKLAT TANPA TELUR

Ana nak kongsikan 1 resepi yg agak jimat ni..takyah boh telur pon jadik gak muffin ni..lembut ja...yg pasti budak2 suka sgtla kan bila ada coklat2 nie....nak buat pon senang..main kacau je...Ana buat ni malam tadi...sekelip mata dah licin sbb dapat 9 biji je..haha...


ada love-love lagi...
Bahan2 : 

*A* 
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus (blh juga nak kurangkan manis guna 3/4 cawan je..)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam

*B*
  • 1 cawan air
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara nak buat :

  • Semua bahan *A* dicampur & gaul sebati...ketepikan
  • Semua bahan *B* dicampur & dikacau2 bersama
  • Kemudian satukan semua bahan2 A & B, kacau2 bagi bercampur & basah dah cukup. Tak perlu kacau lama2 nanti keras. 
  • Mungkin akan ada nampak mcm ketul2 tepung sikit tp biarkan je...
  • Masukkan ke dalam cawan kertas sebanyak 3/4 penuh..bakar sampai masak..
  • Adunan ni dapat 9 biji je saiz sederhana..nak banyak kena gandakanlah adunan...


Hmmm....sedap & lembut je...CUBALAH !!!

BEBOLA KELEDEK

Keledek..keledek..asyik wat pengat je, kali ni nak wat bebola lak..nama manjanya jemput-jemput je..hihi..dapat idea dari MAMAJAY  ...Ana copy kat sini lak..senang2 cubalah, tp Ana guna keledek purple..jd isi dlm bebola ni warnanya purple le..masa bagi kat anak2 makan ni, Akmal mencebik je sbb dia kurang gemar sikit, paksa dia rasa pastu...haaa..dia ckp."WAH!!...PANDAINYA UMMI BUAT KUIH NI JADI WARNA UNGU..SEDAPLA." haha...macam2...



jemput makan...

Bahan2 nak buat :
  • 600 gm keledek ( yang kecil2 )
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak secukupnya untuk mengoreng

Cara nak buat pon senang sangat :
  • Keledek di buang kulit kemudian direbus bersama 1 sudu kecil garam sehingga lembut. Sejukkan. Kemudian dilecek sehingga lumat. lecek masa keledek tu panas2 lagi yea..dah sejuk nanti susah sktla..
  • Campurkan semua bahan. Gaul rata. Panaskan minyak secukupnya dan goreng seperti membuat jemput2 biasa.


Hmm..pelagik tggu? buatle bagi makan kat anak2 & keluarga tu...



18 Jun, 2010

KARIPAP

"Air tangan ibu penuh dengan keberkatan"

Oleh kerana kata2 itulah Ana suka sgt buat kuih muih utk santapan anak2 & suami..tambah2 lg time cuti sekolah ni, 24 jam kat rumah, habis segala jenis biskut & roti licin hatta serdak2 biskut sekalipun...hihi...jadi apakata kita buat karipap lak? Buat banyak2 pastu frozenkan, nak makan goreng je yea..yang pasti HALAL & yg paling ptg Ana yg buat...(",)..sambil2 buat kuih tu jgn lupa selawat & doa utk kesejahteraan ank2 & suami, semoga berkat memakan mknn ini..Amin.

Resepi ni Ana olah ckt, intinya ambil dari MyResepi..dohnya lak dari blog citarasawan. terima kasih kak bg saya copy resepi..

 

 mmmm....sedapppp...

Bahan-bahan doh:

  • 600 gm tepung gandum
  • 130 gm majerin
  • 150 ml air @ blh ditambah ikut kesesuaian doh
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan inti :

  • 5 biji kentang + 1 bj keledek bersaiz sederhana, dipotong dadu kecil-kecil
  • 100 gm isi ayam dicincang halus
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 tangkai daun kari di cincang halus
  • air secukupnya
  • garam  secukupnya
  • sekeping gula melaka (ganti gula)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Daun sup di cincang jika suka

Cara membuat inti :

  • Tumiskan bawang & daun kari hingga kuning dan masukkan serbuk rempah kari.Masukkan kentang, keledek, isi ayam dan kacau.
  • Tambahkan air dan masukkan gula melaka, biarkan ia masak perlahan-lahan.
  • Apabila air telah kering, masukkan garam & daun sup. Angkat apabila kentang telah empuk. Sejukkan sebelum digunakan.


Cara membuat doh :

  • Air dan garam dilarutkan.
  • Gaulkan majerin ke dalam tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.  Tuangkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh.
  • Uli sebentar hingga doh agak licin,  rehatkan doh 15 minit. Tutup bekas dengan plastik.
  • Canai nipis doh dan terap dengan penerap bulat.  Buat sehingga habis.
  • Ambil sekeping doh yang di canai letak di tengah acuan karipap dan masukkan inti di tengahnya. Sapu sedikit air di bahagian tepi baru ditangkupkan acuan karipap dan buang lebihan di kelilingnya.
  • Jika tidak menggunakan acuan, kelim bahagian tepinya sehingga habis.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  • Jika ingin menyimpan karipap di dalam peti sejuk, sapu sedikit minyak dan susun dan alas dengan plastik di dalam bekas supaya tidak melekat.  Simpan di tempat beku 

     nak masuk esbox nie...

    *Ada juga cadangan kalau nak simpan untuk buat stok, goreng dulu separuh masak, sejukkan & simpan dlm peti ais..terpulanglah yea..tp cara ni pun ok gak, tak melekat 1 sama lain..*

     

    ~SILALAH CUBA BUAT SENDIRI~

 

 

RICH CHOC.PUDDING

Anda tercari2 menu utk dihidangkan kpd anak2 anda? Meh kita try buat puding ni, Ana buat malam td, kebetulan nak habiskan susu tepung yg Hannah tak nak minum, maka susu tu pun “dipudingkan”…hihi…cara buat pun ringkas je..resepi ni dari junjs11@myresepi.com

kaya ngan coklatnye..

Bahan2 :

  • 1/2 cawan serbuk koko

  • 1 cawan gula

  • 1/2 cawan susu tepung

  • 1/2 sudu teh garam

  • 4 1/2 cawan air

  • 4 sudu besar tepung jagung

  • 1/2 sudu teh esen vanila

  • 3 sudu besar butter

  • 1 peket serbuk agar2 (10 - 11 gram cap Nona)



Cara2 nak buat :

  • Campurkan semua bahan kecuali butter & kacau selalu sampai mendidih

  • Masukkan butter, kacau lagi sampai pekat2 skt

  • Angkat & tuang ke dlm loyang @ apa2 bekas yg disukai..
 

**pesanan dari tuan punya resepi ni, kalau nak senang keluarkan puding dari bekas, basahkan dulu acuan sblm memasukkan puding..bila dah beku, InsyaAllah senang nak keluarkan..**

 Senang kan? cubalah sendiri..(",)

17 Jun, 2010

CHOC. CHEESE CAKE (kukus)

Salam suma...hihi..semalam cik Abe Ana cakap bila kain kuning penutup Elba Ana dah terbuka, maknanya banyakla resepi2 yg akan ditry & dimakan...itu juga bermakna bil letrik rumah ni akn mendadak naik..hehe...tp takpe kan sbb nak bg family mkn air tangan ummi..*nak cover diri sdri ni*

Malam ni Ana masak kek coklat keju..stail kukus punya. Saje nak perabihkan keju D'Qisra berbulan2 dah beli tp tak habis2...bahan2 nak buat pun ringkas je..kacau pun guna senduk pun blh jadi...nilah rupa kek yg sedap sgt tu...

Nyum...nyum..(",)

Bahan2nya yang ringkas :

Adunan kek coklat :

2 bj telur

3 sudu besar serbuk koko

1 cawan gula halus

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan butter..dicairkan

1/2 cawan susu cair

1 sdk baking powder

1 sdk soda bikarbonat

1 sdk serbuk vanila ( saya guna esen vanila je)

1/2 cawan air panas

Adunan Cheese :**

  • 250 gm cream cheese (saya cuma ada 200gm je..) 
  • 1 bj telur 
  • 1 sdb gula 
  • 1 sdb tepung gandum

**Campur semua bhn2 untuk adunan cheese ni & kacau2 gitu je, biar sebati dah..**


Cara2 nak buat kek coklat...

  • Tepung + serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat + serbuk vanila(kalau gunala..) diayak bersama 
  • Pukul telur & gula halus sampai sebati
  • Masukkan susu cair + butter + vanila
  • Kemudian (1) dimasukkan ke dalam bancuhan tadi sedikit demi sedikit.  Sambil2 tu gaul rata..guna senduk je yea
  • Last skali masukkan air panas & gaul rata & dibahagi 2 bahagian. 1 bahagian utk lapisan bawah & 1 bhgn utk lapisan atas 
  • Kukus adunan bawah - 15 minit je. Masukkan adunan cheese pula - 15 minit juga..Boh baki adunan coklat td kukus 20 minit atau sampai masak..masa ni Ana taburkan badam cincang sket kat atasnya..saje mandai2..
  • Semasa mengukus Ana tutup ngan aluminium foil..guna kain pon ok..tak nak bg air menitik kat dalam kek tu..

close up sikit..bg jelas cheese tu..hihi

haa...sape2 nak hidangan ringkas ni blh cuba..terima kasih kepada kak Pajid yg sudi bg resepi sedap nih...kepada anda..SELAMAT MENCUBA ya..

KEK MARBLE SHEILA MAMBO

Harini Ana teringin nak masak kek, tapi kalau blh taknaklah kek coklat je, nak try kek Mambo lak..resepinya ambik ngan kak Maiza..thanks kak…kat dapur en.Mat Gebu pun ada..tp kan coklat tu tetap ada gakla..hihi

nyum..nyum…(“,)

Haa..ni bahan2 & cara2nya..

  • 125gm butter pada suhu bilik(saya guna cik Daisy..)
  • 155gm tepung naik sendiri
  • 2 biji telur dipukul sedikit
  • 100gm gula halus
  • 80ml susu segar(saya guna susu cair)
  • 125gm coklat masakan
  • 1 sudu teh esen vanila

Cairkan coklat masakan tu dgn cara double boiling.

  • Putar mentega dgn gula hingga putih
  • Tambahkan telur & terus memutar hingga kembang, masukkan esen vanila & putar rata
  • Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung selang seli dgn susu segar/cair..hingga habis & kacau sebati
  • Bahagikan adunan kepada 2 bhgn, 1 biar warna asal, 1 lg di bancuh dgn coklat cair tadi..kacau2 rata.
  • Tuang ke dlm loyang yg digriskan dgn butter..nak lapik ngan kertas pun blh..tp kena griskan jugak.
  • Tuang dgn cara selang seli, guna senduk je, & dipenghabisan, lorekkan dgn hjung pisau @ lidi

adunan sblm dibakar.. 

  • Agak2 dah masak tu test dgn lidi, kala tak melekat tu kira dah masakla..nyum..nyum...

rupa kejadiannya bila dah masak..

Lembut je tekstur kek ni,  tak sampai sejam dah licin…(“,)....

Hah Selamat Mencuba

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...