Memaparkan catatan dengan label cheese. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cheese. Papar semua catatan

30 Ogos, 2016

Kek Mentega Keju

Marble Butter Cheesecake
Assalamualaikum w.b.t
Harini kita kongsi resepi kek mentega/marble berkeju yang senang ni, lembut, lembab & tidak terlalu manis untuk dicuba. Sangat sesuai untuk minum petang atau juadah untuk tetamu yang bertandang..


Resepi Marble Butter Cheesecake
Sumber : Pn.Hafizah Yahaya @ fizalgk /Rohaimi Ahmad(FB)
Bahan-bahan :
  • 150g butter tatura
  • 200g krim keju
  • 200g gula castor
  • 4 biji telur Gred A
  • 250g tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1/2 sdt soda bikarbonat
  • 1 sdt esen vanila
  • 100ml susu cair
  • 4 sdb susu tepung (tak letak pun tak apa)
  • 2 sdb serbuk koko (utk.marble)
Cara-cara:
  • Panaskan ketuhar pada suhu 150'c.
  • Dalam sebiji mangkuk, masukkan butter, keju & gula castor. Putar sampai kembang.
  • Masukkan telur 1 per 1. putar lagi.
  • Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder & soda bikarbonat, selang seli dengan susu cair. Masukkan esen vanila. Putar sebati.
  • Bahagia 2 adunan, 1 adunan dibiarkan kosong, 1 adunan lagi dicampur dengan serbuk koko, sebatikan.
  • Gris & alas loyang bersaiz 8inc.taburkan sedikit tepung di sekeliling loyang & hentak2kan supaya tepung tidak terlalu tebal. (biasanya cara ni saya buat untuk mengelakkan kek melekat ditepi loyang)
  • Sendukkan adunan berselang seli hingga habis. Ambil lidi & lorekkan ikut suka.
  • Bakar pada suhu 150'c selama 45 minit @ sehingga masak 

Nota kaki : Sooner 4MF/suhu 160'c/water bath/api bawah sahaja/50minit

10 Mei, 2014

KEK KEJU TIRAMISU SIMPLE

Assalamualaikum..bersua lagi di hujung minggu..

Hasil mengugel alam maya..saya mencuba resepi dah agak lama gak ni, akhirnya berhasil walaupun tak pasti rasa tu menepati piawaian orang lain ke tak....Sebenarnya kek ni tempahan daripada Puan Yasmin, jiran saya, beliau minta saya buatkan kek tiramisu, tapi yang biasa beliau beli kek yang menggunakan span biskut tu. Setakat yang saya jumpa biskut jejari untuk buat tiramisu tak ada tanda halal, kat tempat lain tak taula..halal JAKIM takde, HALAL luar negara pon takde, tiap kali nak membeli kat bakery sini, saya akn tanya tokey tu, HALAL TAK? Kalau ada pengesahan Halal dia akan tunjuk surat pengesahan, ada tampal kat dinding tepi kaunter dia, kalau dia sdri tak pasti halal ke tak sesuatu benda yang kita tanya tu, dia akan geleng2 senyum2 kata "tak tau lorr..tak ada cop.." hehe..betul2 dia menjaga kastemer dia..maklomle rasanya kastemer dia 95% beragama Islam..


Kek span coklat sebagai dasar kek..boleh guna mana2 resepi kek ya..saya guna resepi kek span coklat dari Nina... mari kita cuba, pasti anda buat lebih sedap & cantik hasilnya dari saya buat ni..InsyaAllah

KEK SPAN COKLAT
Sumber: Nina Bake House

bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred b
  • 170gm gula kaster
  • 1 camt ovalette - kalau tak de pun tak pe..
  • 100gm tepung gandum
  • 1tsp baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..
  • 40gm serbuk koko
  • 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan
Cara :
  • dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga betul2 gebu. putar menggunakan kelajuan maksimum.. 
  • mesti kembang, pekat dan berwarna putih , bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..
  • terus ayak tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan.. seeloknya ayak bhn2 kering kat bekas lain dulu.. tapi kalau korang pun rasa malas.. buat je cam ni...
  • Terus masuk minyak. putar perlahan hingga adunan b'gaul rata dan sebati ye..
  • adunan yang dah sebati. tuang dalam loyang berukuran 8". boleh la di bakar pada suhu 170'c - haku lebih suka bakar kek span guna suhu ni selama lebih kurang 30 minit api atas bawah.
  • kek yang dah siap.. masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti keknya kecut mecut... sejukkan atas redai..

RESEPI KEK KEJU TIRAMISU SIMPLE
Sumber : umi_e (myresepi.com)

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200g cream cheese 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...


SELAMAT MENCUBA

23 Disember, 2013

LAYER CHEESE CRAKERS

Assalamualaikum..rajin lagi..atau buat2 rajin..kali ni kita cuba buat KEK BISKUT lak ye..janji ada sekut 4 segi tu jadila, kalau guna cream crackers sah2 rasa lemak2 hasilnya, kalau guna sekut jagung ke, sekut kelapa ke nanti akan keluar rasa apa yang ada la kan..suka ati korang lah yer..

 Eh..ni versi rajin tahap babun dah, belen2 tu saya letak atas piring je, sejukkan & ngap sorang2..

Siyes ok SEDAAPP!! Diperakui oleh SIRIM & FRIM  anak2 saya & jugak kakak yg beria-ia nak tahu cara buat. Eh ada sorang adik tu yg beli Layer Cheese Crakers ni nak beli lagi, tapi...tapi...dah x kuasa nak melapis dah sekarang ni, mehla Awin try buat dulu ya, kot2 x jadi bolehla order ngan akk balik..hehee

Pestaim ni saya buat betul2 ikut resepi ya, xde ejas2 @ derhaka, lenkali (eh, ada lenkali ke..??) nanti saya cuba tambah2 bagi lebih mewah & meriah akan kejadiannya InsyaAllah..ikutkan resepi ni tercipta bila ada biskut2 yang tak laku dalam rumah kan..tapi kat rumah saya cream crakers ni tak sempat gersang dalam balang, laju je habis nak2 kalau buat teh tarik....

LAYER CHEESE CRAKERS
Resepi asal sumbangan : 
Allahyarham Susan Jafri (Al-Fatihah buat beliau)
Sumber resepi & C/P :  
FP Mamazieza & Che'Pah cake & cupcakes

Bahan2 :
  • 250g cream cheese
  • 65g butter
  • 1/2 cawan gula castor (saya letak 1/4 cwn)
  • Biskut cream crakers (Cap Ping Pong)
  • Susu segar
  • Strawberry jem (saya guna strawberry filling)
  • Cheddar cheese *saya tambah
  • Coklat cair *saya tambah

Cara-cara :
  • Sediakan bekas yg bersesuaian, jika menggunakan loyang, boleh alas loyang anda dengan plastik wrap @ alum.foil agar mudah untuk mengeluarkan kek nanti. **Saya susun terus kek dalam bekas plastik untuk jualan.
  • Sapu tiap kepingan biskut dengan starwberry filling (tak nak pun takpe, tapi lebih sedap sapu dgn.jem atau filling tu)
  • Satukan creamcheese, gula & butter, putar sebati hingga betul2 lembut & halus.
  • Celupkan biskut tadi ke dalam susu segar & susun dalam bekas/acuan, jangan celup biskut tu lama2 nanti lembik sgt tak jadi dahla..
  • Sapu/paipkan adunan cheese tadi atas susunan biskut, ulang lagi celup biskut dan susun.
  • Ulangi langkah sama sampai habis, sapukan adunan creamcheese terakhir atasnya & taburkan parut cheddar cheese.
  • Hiaskan dengan parutan coklat atau dizzle dgn.coklat cair.
  • Sejukkan dalam peti ais sekurang2nya 2 jam, sedap dimakan ketika sejuk

Ni versi jualan..jual..jual..hehe..Selamat Mencuba!!

21 Disember, 2013

SNOW PANDAN CHEESECAKE

Assalamualaikum w.bt.

Aaa..eerrr...tak tau nak mulakan cemana..derek jela kat resepi yer..simpan sebagai tanda kita dah buat..orang lain dah lapuk dah buat kek ni, saya je yang segan2 nak cuba, kang sedap sangat mulala makan tak ingat donia..

Eh..memang sedapla..anak2 suka, licin disapunya, saya makan sikit je, ambik rasa...hehe

PANDAN SNOW CHEESECAKE
Sumber : Sherry mz@myr & K.Zai@teratakimpian
C & P : Izah Muffin Lover

KEK
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) @guna shelf raising flour pun blh
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla
  • Pandan paste (pewarna hijau jika perlu)

UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.  
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.  
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C. *izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath  **saya pon
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. *izah potong kek  menggunakan benang 
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.  
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.  
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.  
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Kek span pandan yang gebu..dibakar menggunakan kaedah double boiler/waterbath, kek kurang berkerak kat tepi & lebih lembut & gebu.

Dah..jumpa lagi lain masa..kalau rajin update laa...


03 Oktober, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Kek yang lembut macam kain cotton? errkk..

bukan..bukan..lembut macam kapas..*gulp!!

eh korang pernah makan kapas ke? haha..

dah agak lama tak buat kek ni, minggu lepas dapat tempahan untuk kek keju yang lembut ni, lepas tu ada pulak seorang makyung dari Wangsamaju nak jugak..ngidam anak ke 5 tak silap Ana..

Alhamdulillah Allah permudahkan penghantaran kek ni ke rumah beliau, terima kasih buat IZAH yang sudi tolong kami hantar kek ni sampai depan pintu rumah kak Ina..kami ni kalau jauh2 dari PJ susah sikit nak hantar kek..selain Sabtu dan Ahad tu InsyaAllah boleh hantar tu pun tengok keadaan jugakla kan..

 (30-10-2012) Order dari Kak Ina- Wangsamaju KL

Resepi mudah ni kita share lagi kat sini ya..versi mula2 buat dulu boleh jenguk kat link ni ya..Cotton Soft Japanese Cheesecake kot2 ada yang masih mencari2 tapi tak jumpa..ke malas nak cari?..(^_^)

Sumber : Alma@myresepi, (kebanyakan blogger dah pernah buat kek ni kan, nak sebut 1 per 1 mau sampai tengah malam tak habis so, boleh google nama kek & jumpala ramai yang dah buat kan..tqvm bt semua blogger yg mengispirasikn kek ni)
Cotton Soft Japanese Cheesecake by AnnaQawina
 
Bahan-bahan : Loyang bulat 9 inci

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk) @ susu cair 70ml + air 30ml
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon @ 1 sdt  esen vanila
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine @ guna tepung gandum, ayak 3 kali
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula kastor
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon @ 1 sdt cream of tartar

Cara-cara:
Step I : Utk adunan A:
  • Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. kacau2 dengan whisk sehingga sebati.
  • Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
  • Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj pun boleh, tapi Ana pukul guna mixer dengan kelajuan sederhana agar semua adunan halus dan sebati). 

Step II : Utk adunan B:
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). 
  • Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).  

Step III :
  • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. 
  • Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 9 inci, yg digriskan bwhnye & dialas dgn kertas baking.  tepi loyang tak perlu gris ya.
  • Tuang adunan kek dlm tin kek. Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.  
  • Waterbath = sediakan loyang yg lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yg berisi air panas. 
  • Bakar hingga masak, test guna lidi ya, dah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap@turun mendadak.
  • Sisip tepi kek dan terbalikkan, hiaskan dengan filling kesukaan, sedap dimakan sejuk.

Blueberry Topping
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2*Ana guna gelatin Halagel
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling @ apa2 filling kesukaan
Cara-cara :
  • campurkan gelatin/agar2 dgn air. 
  • Panaskan sebentar & campurkan blueberry. 
  • Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.

(29-10-2012)Order dari Kota Damansara(lupa nama dah) beliau juga order kek karamel untuk jamuan dirumahnya. Terima kasih ya dek..hampir 2 bulan tak silap Ana adik ni q order..Alhamdulillah..
 
SELAMAT MENCUBA

 

01 Oktober, 2012

KEK BALDU MERAH @ RED VELVET CAKE

Alhamdulillah..jumpa lagi diarena blogging..hehe...Isnin yang cerah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang bernafas dibumi Allah ini..Alhamdulillah, kami sihat2 aje..*macam ada yg tanya..)


Perkongsian harini dengan anda, RED VELVET DGN KRIM KEJU yang sedap..Alhamdulillah..InsyaAllah sedap, ada 2 resepi, satu yang gebus ala2 kek span, satu lagi yang moist dan sering digunakan untuk jualan..oh ya..warna kek red velvet ni bergantung kpd jenis serbuk koko dan pewarna yang kita guna, kalau serbuk koko tu jenis dark atau kadang2 jenis tulis "local" tu agak gelap & lebih rasa koko jadi boleh kurangkan sukatannya. apapun, percubaan kita yang tak jemu2 InsyaAllah akn membuahkan hasil yang kita ingini..


Tulisan kat atas kek tu, kalau nak cantik, yang bahagian bewarna tu gunakan piping gel ya, lagi terang, Ana takde masa lak nak bancuh pewarna masa tu..hehe..nak tgk yg cantik boleh cedok idea boleh teropong blog Kak Tun..Cup Of Cakes by Ruby's Delight. Subhanallah..cantik2 kek beliau..


sape2 nak try yang mana silakan..tak perlu nak call & mesej kat hp saya bgtau "..minta halalkan resepi ye Puan Anna.." hehe..mana yang dah keluar kat blog memang saya halalkan, lgpun bukanlah saya yg reka sendiri resepi, sekadar perkongsian mana yang dah cuba & kena dgn selera, disamping buat jualan..

**********************************************************************
RESEPI RED VELVET CAKE -MOIST
Sumber : Nurul@Cakes2U
Red Velvet Cake by AnnaQawina.blogspot
 
Bahan-bahan
 
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam
B:
  • 125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
  • 280 g gula castor
C:
  • 2 biji telur (gred B)
D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih @cuka kurma
  • 1 camb pewarna merah
E:
  • 240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

 CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  • Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
********************************************************************************************************************
********************************************************************************************************************

RESEPI RED VELVET CAKE- GEBU
Olahan : AnnaQawina

Bahan -bahan : 
  • 5 biji telur gred B@4 bj telur gred A
  • 250 gram mentega beku tanpa garam
  • *3 cawan tepung naik sendiri (Tepung gandum + 2 1/2 sdt baking powder)
  • *3 sudu makan serbuk koko
  • 2 cawan gula kastor
  • 2 sudu makan pewarna oil base
  • 1 cawan buttermilk- kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
  • 1 sudu teh garam- x letak
  • 1 sudu makan bicarbonate of soda @baking powder- Ana guna baking powder
  • 1 sudu makan cuka makan-Ana guna cuka kurma

BUTTERMILK:
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon  
 Cara :
  • Satukan semua bahan dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

CARA-CARA:
  • 1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
  • 2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  • 3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
  • 4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  • 5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
  • 5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  • 6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalam adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati guna senduk.
  • 7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

***********************************************************************
RESEPI KRIM CHEESE :
  • 500 grm whipping cream-brand VIVO
  • 250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
  • 60 grm gula icing
  • 110 grm butter
  • 2 titik lemon paste
Cara -cara :
  • Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
  • Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
  • Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
  • Boleh digunakan untuk menghias kek anda


 
Cara mudah menyiapkan red velvet dengan krim keju
 
Ini gambaran salah satu teknik memotong kek agar lapisan kek kita sekata tak nipis tak tebal..upload dari fb Norlie Harumaini (Jazakallah buat saudari/Puan Norlie, harap tak kisah Ana share kat sini)
SELAMAT MENCUBA
*
*
*


T.kasih IZAH DAUT kerana berani order kek dengan Ana..mengidam katanya, bukan beliau yang mengidam kek ni, tapi encik suaminya yang terlebih idam..hehe..tq Izah untuk n3 kek ni kat blog..

Ini pula ditempah oleh Norul, jauh berjalan ke Melaka kek ni asalnya untuk seprais buat suaminya, tapi yang datang ambik kek ni suami isteri jugak..hehe..harap Norul dan suami puas hati ya..*baru dapat feedback dari Norul..sedap sangat katanya..Syukur Alhamdulillah..*

Untuk tempahan boleh text ke 0193004358 @ email : anna_qawina@yahoo.com

Wassalam..terima kasih buat yang sudi singgah..(^_^)


25 September, 2012

TRIFLE KASTARD BERKRIM KEJU

Menu desert yang saaangat sedap...tak caya..kena cuba..tak pon boleh order..InsyaAllah anda takkan kecewa akan rasanya yang sangat sedap..heehee

Idea asalnya Ana dapat dari teman fb iaitu Kak Rafidah , peniaga yang berjaya kat Kulai nun..cuma resepi penuh beliau takdela kan, main agak2 gitu..campur tolak sumber2 terbaik InsyaAllah kita akn dapat hasil yang lebih baik..kena cuba berkali2 mungkin bagi sesetengah orang baru berjaya, bagi sesetengah yang lain pula sekali tengok dah tahu apa nak buat kan..itu kelebihan masing2, bukan kekurangan diri kita..Allah dah jadikan diri kita berbeza2 dengan kasih SayangNya tanpa kita sedari kelebihan yang Dia ciptakan untuk kita kan..jadi jangan anggap orang lain lebih dari kita tapi anggaplah kita belum mencapai tahap seperti orang lain, itu akan menjadikan diri kita bermotivasi sikit..haih..pagi2 ada motibasi lak..

Dah jom layan satu menu sedap nih...cuba tau..tak pon boleh order terus kalau nak buat majlis ke apa kan..*sempat lagi tu niaga..hehe


Lenkali isi kastard bagi tinggi sikit baru puas makan..penggunaan jelly powder agak tinggi kosnya, maka anda boleh tukarkan kepada serbuk agar2..ikut bancuhan yang perlu ya.

hmmmm...tak tau nak kata apa..takyah kata apa-apa la kan??hehe..adoyaiii..tetiba rasa nak makan lagi..

TRIFLE KASTARD BERKRIM KEJU
Sumber kepelbagaian : Haniss FP, Kak Zai teratak Impian, Kak Rafidah Hashim 
Resepi & Olahan : AnnaQawina

Bahan-bahan :
(Kastard) :
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula pasir
  • 4 sudu besar membumbung tepung kastard + 1/2 tin air
********************************************
  • Kristal Jelly@serbuk agar-agar
  • 1 tin fruit koktel (ambil buahnya sahaja)
  • Buah-buahan segar - dipotong dadu
****************************
  • 250 grm whipping cream- dipukul kental
  • 125 grm krim keju
  • sedikit gula castor jika perlu
  • esen lemon@jus lemon *optional

Cara-cara :
Lapisan 1=> Kastard :
  • Campurkan susu cair, air dan gula ke dalam periuk, masak api sederhana sehingga bancuhan susu mendidih. Sementara itu bancuh tepung kastard dengan 1/2 tin air hingga sebati
  • Apabila susu dah mendidih, kecilkan sedikit api, masukkan bancuhan tepung kastard tadi, kacau sentiasa hingga likat dan berkilat.
  • Tuang ke dalam bekas yang sesuai. Ketepikan.

Lapisan 2 =>Agar-agar@jely:
  • Bacuh serbuk agar2 @ jelly mengikut arahan pada kotak.
  • Masak hingga mendidih. Tutup api, biarkan suam sedikit.
  • Perlahan2 tuangkan ke atas lapisan kastard tadi.

Lapisan 3:
  • Taburkan buah-buahan koktel diatas lapisan jelly @agar-agar.

Lapisan 4 :
  • Pukul krim keju bersama gula dan lemon esen hingga lembut.
  • Satukan dengan whipping cream yang dah dipukul kaku tadi.
  • Kaup balik hingga sebati @ boleh mix guna pengadun kek dengan speed perlahan.
  • Paipkan diatas lapisan jelly dan buahan koktel tadi.
  • Akhir sekali taburkan buah-buahan segar. Sejukkan di dalam peti ais. Nikmatinya semasa sejuk..

**Pilihan I : boleh juga kalau tak nak letak krim keju, jadi trifle kastard buah kektel la kan.
**Plihan II : skip penggunaan krim keju, just paipkan fresh krim dan tabur buah-buahan@kekacang

SELAMAT MENCUBA
(Untuk tempahan, boleh pilih jika hendak disediakan dalam bekas bersaiz kecil supaya senang dihidangkan, atau bekas bersaiz 7 inci petak)
(Hubungi Ana untuk tempahan, sekurang2nya 3 hari sebelum majlis anda berlangsung, InsyaAllah harga yang berpatutan dengan rasa yang mantop!!)

24 September, 2012

CHILLED CHOCOLATE CHEESECAKE -Cake in Jar

Assalamualaikum w.b.t
Salam ukhwah buat semua kawan2...sejuk nyaman hari ini..mari kita berkongsi cerita..errkk..kongsi resepi sudah..salah satu cake in jar yang dibuat jualan..Alhamdulillah, dapat sambutan bagi penggemar cheese tegar..bagi yang suka akan rasa cheese tu bolehla try ya..nak order pon boleh..

Rasa cheesecake jenis ini memang pure rasa cheesenya..makanya nak makan tu kena sudukan sikit2 masuk mulut..kemam2 dulu baru telan..aaaahhhh,..kekekee...kalau suka boleh pelbagaikan rasa & letakla base apa2pon boleh..

weeee...yummyyy..(^___^)

Resepi ni asalnya sebiji kek tanpa bakar, tapi diletakkan dalam balang, jadi tak payah nak pk panjang kek beku ke tak kan..heeh..senang pun senang nak simpan, campur aduk macam2 versi dan sumber terpilih..Alhamdulillah terima kasih buat semua penyumbang resepi yang terbaik, antaranya ialah Kak Anymz, CMG Dan Jom Masak FB..jom cuba..(^_^)
     
Resepi Chilled Chocolate Cheesecake in Jar.  
Olahan Resepi : AnnaQawina
(make 4 jars 200ml)

Bahan-bahan :
  • 125g cream cheese, suhu bilik
  • 137g @ 1 bekas kecil yogurt
  • 30g gula kastor
  • 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)(Brand Vivo)
  • 1/2sdb + 1/2st gelatin Halagel
  • 2sdb air hangat

Chocolate Ganache : Cairkan dan biarkan menyejuk pada suhu bilik sebelum digunakan
  • 200 grm coklat masakan@compound Choc.
  • 100 ml susu cair
  • 1 sdt butter

Cara-cara :
  • Pukul cream cheese, gula kastor hingga sebati.
  • Masukkan yogurt, gaul rata.
  • Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). 
  • Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yogurt cheese. Gaul rata.
  • Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream yg telah dipukul kental tadi ke dalam adunan. NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi. 
  • Kaup balik rata-rata, sedia untuk digunakan.
  • Sediakan jar @ bekas pilihan, paipkan@sudukan adunan cheesecake tadi ke dalam jar, lebih kurang 3@4 sudu besar, kemudian paipkan choc.ganache@apa2 filling kesukaan, seterusnya paipkan adunan cheese sekali lagi, buat sampai hampir penuh jar anda.
  • Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
  • *Cake in jar ini boleh dimakan dengan menggunakan sudu, tak perlu letak base@kalau nak letak base bolehlah hancurkan apa2 biskut pilihan ataupun lebihan2 kek boleh juga diramas kasar & masukkan ke dalam jar sebelum diletakkan adunan cheese tadi.
Ini pula Ana layerkan dengan lapisan kek coklat moist, adunan chese tetap guna resepi yang sama.

(ORDER MINIMA 5 JARS -RM8/JAR)boleh mix 2 filling sahaja.
---------------------------------------------------------------------------------
(RESEPI ASAL)
Sumber : JOM MASAK FB   
(Resepi Chilled Blueberry Yoghurt Cheesecake)

Base:
  • 100g biskut Oreo, kisar hancur
  • 45g butter, dicairkan
  • ***Gaul biskut Oreo dengan butter, tekan pada dasar loyang yang telah diletakkan baking paper dahulu. Simpan dalam peti sejuk.

Adunan yoghurt cheese:

  • 125g cream cheese, suhu bilik
  • 137g @ 1 bekas yoghurt perisa blueberry@plain je
  • 30g gula kastor
  • 80g blueberry filling - boleh guna ada biji buah blueberry
  • 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
  • 1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
  • 2sb air hangat

Cara:

1. Pukul cream cheese, gula kastor dan blueberry filling hingga sebati.
2. Masukkan yoghurt, gaul rata.
3. Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yoghurt cheese. Gaul rata.
4. Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream ke dalam adunan. NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi. Kaup balik rata-rata, tuangkan ke dalam loyang berisi base.
5. Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
6. Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
7. Hiaskan atasnya dengan blueberry filling dan sedia dipotong

SELAMAT MENCUBA 

**KEPADA YANG NAK MEMBUAT TEMPAHAN SILA TEXT/WASSUP KE 0193004358 @Email : anna_qawina@yahoo.com

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...