24 November, 2011

Pastry/Crust/Tart Shell

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesempatan untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa, masih bernafas meneruskan kehidupan sebagai hambaNya dimuka bumi nan luas ini. Syukuri nikmat yang diberi, syukuri setiap hela nafas ini, semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk hari2 seterusnya. Harapan juga buat anda agar sihat2 sentiasa..

Rindunya nak BW macam biasa menjenguk keadaan sana sini..hehe..tapi keadaan yang tak mengizinkan. Terima kasih buat yg masih sudi datang & tanya khabar ya..harap anda semua terus berbahagia dan sentiasa ceria..

Hari ni nak kongsikan resepi yang laaamaa terperap dalam draf ni, lama tu bermaksud memang lama benar, sejak belum pertama kali buat tart ni lagi, susahnya nak n3kan tak tahu nak karang, tak tahu mana nak cari link & kesibukan juga salah satu faktornya..ramai gak yang tanya resepi..takut gak ada yang kata Ana kedekut takmo bgtau ke kan..hehe..


sebelum  ni pernah buat crust resepi Kak Azlita Aziz..sifu dalam membuat Cheese Tart ni, lepas tu Ana cuba pulak buat guna resepi yag sorang kakak cun melecun ni bagi kat Ana sejak beliau menceburi bidang menge'tart' ni..Akhirnya Ana kongsikan kat sini pulak, kalau2 ada yang nak mencuba ya..Crust utk cheesetart yang Ana jual sehari2 tu memang guna resepi ni. Pernah tgk Kak NAZ COSK buat crust guna respi Alex Goh..gunala mana2la yang kita suka kan..

Tuan punya asal resepi tak tahu sape, berlegar2 kat FB Kongsi Resepi pd awalnya kemudian bila masing2 dah boleh buat, makin lama makin hilang 'nama asal' empunya resepi. Begitulah yg biasa terjadi bila masing2 ambil mudah bab2 ni. Kalau ada nama tuan, sekurang2nya dapat jugak kita berterima kasih kepada empunya yang berkongsi. Tak semua boleh kongsi apa yang dia ada kan, nak2 kalau orang tu terpaksa keluarkan duit pergi belajar kat mana2 kelas dengan chef ke kan..kita dapat secara menggoogle je, senang sungguh kan..

Acuan untuk buat crurt ni mcm dlm gambar atas mesti ada tau..

Apa-apa pun memang berbesar hati dapat resepi ni dari Kak Maiza & jutaan terima kasih buat yang empunya asal resepi, halalkan ye kita kongsi kat sini pulak, semoga 'tuan asal' dimurahkan rezekinya sentiasa. Kalau ada yang tersama resepi harap maaf le ya..mana tahu kot2 kan ada yg pernah try..Untuk cara2 tu Ana buat lebih kurang macam resepi Kak Ita jugak. Maceh Kak Ita yg tak kedekut ilmu..semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki, Amin..


Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g tepung gandum (kalau lembik tambh tepung lg)

Cara-cara :
  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara.
Edited :ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK (menjawab pertanyaan ESTEE_8980 dlm ruangan komen..tq). Pastikan acuan tidak basah.


SELAMAT MENCUBA

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...