20 September, 2012

KUAH KACANG ISTIMEWA

Assalamualaikum..

Dah habis Syawal baru nak letak corat coret menu raya..hehe...Apa khabar buat semua? Harap semua baik2 aje..terlebih dahulu TAKZIAH buat kawan kita yang masih berada di Finland iaitu Nieza atas kehilangan BONDA tersayang ke Rahmatullah baru2 ini..Semoga arwah Bonda Nieza ditempatkan di kalangan hamba Allah yang bertaqwa..Aamiin..Semoga Nieza dan keluarga tabah menerima berita kehilangan ini..dari Dia kita datang..Kepada Dia kita kembali..

Kuah kacang untuk dimakan bersama-sama nasi impit dan juga roti..selalu buat guna resepi ni dah bertahun2..anak2 dan suami suka..sekali ceduk kuah mak aii...hehe...Alhamdulillah kalau semua suka kan..Hari ni nak kongsikan kat sini cara nak sediakan kuah kacang ni, macam2 resepi ada, nak try yg ni silakan..


KUAH KACANG ISTIMEWA
Sumber Resepi : Datin Syuryani Datuk Shuaib(Isteri Menteri Datuk Shafie Afdal)-SDK Oktober 2006
Kuah Kacang Istimewa by AnnaQawina

Bahan-bahan :
  • 5 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 batang serai*
  • 20 tangkai cili kering*
  • 1/2 inci halia * (kisar bahan bertanda *)
  • Air asam jawa secukupnya
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1 kg kacang tanah - digoreng bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali separuh halus
  • 2 keping gula melaka(nisan)*Ana tambah yang ni..-direbus dan ditapis supaya lebih bersih sblm digunakan.

Cara-cara :
  • Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan kacang tanah yang ditumbuk tadi dan kacau cepat2. (Boleh masukkan sedikit air bersama)
  • Masukkan air mengikut kepekatan yg diingini dan di kacau sentiasa agar dasar periuk/kuali tidak berkerak & kuah kacang berbau hangit.
  • Masukkan juga air gula melaka.
  • Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukupnya.
  • Kacau2 sehingga masak sepenuhnya, kalau pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  • *Jika berlebihan sila simpan dalam peti ais & sesekali dipanaskan InsyaAllah tahan sebulan atau lebih..

Coretan ini juga untuk rujukan dan tatapan anak-anak dikemudian hari..kot2 diaorang nak buat sendiri kan..ehehe
SELAMAT MENCUBA..

19 September, 2012

Red Velvet & Cream Cheese Frosting


Assalamualaikum w.b.t

Minggu yang sentiasa ceria dgn warna merah...Red Velvet yang sentiasa mendapat tempat di hati.

Red Velvet yang dibuat khusus untuk di bawa ke Rembau, sesi bertandang ke rumah Kak Anymz..meriah..gegak gempita..macam pasar malam sudah..eheh..sedap kata semua orang..Alhamdulillah..terima kasih atas layanan dan juadah sedap2 air tangan kak Anymz..fuuhh...takleh lupa..hee


RVC & Cream Cheese Frosting & blueberry filling each layer
RM70.00 (9 inc)


Ini pula dari Farah, Pandan Jaya KL..letak dalam container sbb beliau nak dihantar guna budak pejabat..naik motorsikal kan..harap okla sampai kat tgn tuannya..risau pulak kita..
Saiz 9 inc.(RM40.00)
(Farah juga order 2 bj saiz mini kek puding karamel..harap maaf jika tidak sempurna semua yang dihantar ye.. )


Tempahan dari Syuhada..pengantin baru yang teringin nak makan sbb masa tempah door gift haritu tak sempat rasa katanya..
RM7/jar (200ml)

Merah sepanjang minggu...apa nak buat...tqvm buat semua yang sentiasa membuat tempahan..

Kek Puding Karamel- Jamuan Aidilfitri

Alhamdulillah..tempahan daripada Kak Aisyah sebagai wakil pejabat beliau di Kepong untuk jamuan hari Raya yang lalu..Kak Aisyah ni pun selalu juga order kek karamel ni..harap berpuas hati dgn rasa & deco kek yang tak seberapa ya..


 

Kek Puding Karamel (RM40.00) + simple deco (RM10.00)

Mana yang terkurang tu harap dimaafkan..jika sudi order lagi..heehee..Wassalam

18 September, 2012

Kejutan Dari Tapah ke Puchong..

Tempahan lagi...tqvm..order by Nekmah dr Tapah, Perak untuk family tunangnya di Puchong dan juga kejutan buat Mak Uda beliau di Taman desa Puchong,..

Heavenly Choc.Moist Cheese Cake....
RM80.00(10 inci)


Kek Coklat Moist
RM40.00(9 inci) 

tqvm dek ya..selalu tempah kek dgn saya walau dirinya sendiri tak dapat makan, tengok pun dah cukup katanya..Alhamdulillah..harap semua berpuas hati.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...