01 Oktober, 2011

Super Moist Eggless Choc. Cake

Assalamualaikum..

Sunyi je alam maya hari ni kan..mana perginya ramai-ramai bloggerwati & bloggerwan yang selalu rajin update blog kesayangan masing-masing ni yer..sopping ke? Jalan-jalan makan angin pon ada nih..kita dok rumah jek, belai2 apa yang ada sambil tarah kain baju dalam bakul....hehe..

Kek coklat yang buat petang semalam..2 adunan sekali bancuh, maklum kan ramai kat dalam rumah ni..dah siap tu panas-panas lagi dah potong, sememeh ler rupa kejadiannya..topping pun tak buat, hehe..sesekali buat kek coklat memang laku, bila dah selalu sangat budak-budak jadi kurang nak makan sangat la kan,,rasanya dah terlalu ramai yang mencuba kek resepi Kak Dayang yang cantik ni kan, jadi Ana tak letak list la sape yang dah buat, tak tertaip..Ana sendiri dah kali ke berapa yer..lupa..hehe..sebelum ni dah pernah letak kat SINI(klik) sekali dengan toppingnya. 


Oh ya..maaf jika saya tak dapat buat kunjungan balas ke blog anda..jika semalam terbaca n3 Hasuriah tu katanya lappy beliau selalu pitam hatta pengsan pon ada..begitu jualah adanya keadaan pc usang kita nih..kadang2 tuh bukan takat pitam, kena strok pun pernah..tenat sungguh kan..jadi dalam keadaan begitu hanya 1 tab boleh dibuka dengan cemerlang dalam 1 masa, jika bukak 2 tab, dia mula pening2 loya gitu, jika buka lagi 1 jadinya pc ini akan diserang strok & boleh pengsan lah kiranya..tapi ketahuilah betapa gigihnya saya merawat perlahan2 pc ini untuk melawat mana-mana blog yang sempat & dapat dicapai..sekian..kisah pc kami....


bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

30 September, 2011

KUIH BAKAR PANDAN

Assalamualaikum w.b.t
Ish..lemau sangat ni nak update blog tapi sayang pulak rasanya kan nampak terbiar jek..hehe..kesibukan yang teramat sekarang ni, maklumle anak dah 5, kerja makin bertambah pulak rasanya, tapi tak siap2 jugak..hehe..pagi ni sambil2 mesin basuh kain baju, update sikitla..jap lagi nak masak lak..
Kuih untuk minum petang semalam kononnya, tapi kuih ni kan kalau nak elok buat malam makan pagi gitu..kita bakar jam 4.30 petang, jam 6.30 kemudian terus potong..haip..tak saboo..bukan..bukan..sebab nak hidang kat Cik Abe yang balik kerja kan..kan..hehe..Sempatle makan sikit, selebihnya buat sarapan pagi nih..terrajin skit pagi nih buat nasi goreng..eh..nasi goreng pun nak bagitau?? Suka ati la ..hakhak..meh tengok kuih yang takde belen dah ni pastu g godek sana yer...


Rupa paras kuih bakar / bengkang ni dah takde cun dah..tah apa jadi masa bakar semalam, lepas masuk oven kita masuk bilik..cam biasala kan..tengok2 macam hangus gitu atasnya tapi takle hangit, cuma kaler tuh je,...apa ada pada rupa? kaver..kaver..Eh..ada dengar juga Mek Ijah tuh buat kuih ni jugak semalam..kan Izah? Sedap kan? hehe..g tanya Izah tu..Kiranya ni edisi nak habiskan bahan2 yang dah nak rosak dalam peti, susu cair tu Ana boh susu segar, air tu pulak guna susu cair + air & letak perasa pandan & pewarna hijau. Alhamdulillah bolehla jamu tekak kan..Tengok kat laporan masakan tu rasanya Kak Nor, Hana, Quinnie, Noorsha, Mass, Hasue dan ramai lagi ler yang dah buat kan..semua yang tersebut kat sini kiranya yang ternampak jela ek..boleh terjah blog mereka untuk tengok menu2 yang gojes2 belaka..

KUIH BAKAR PANDAN

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula*Ana guna gula castor
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka 
 Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan*Blender basah masih blm berganti, jadi Ana guna mixer je..*
  2. Blender hingga sebati
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.*Adunan ni macam cair sikit, teruskan je..
  4. Taburkan bijan (jika suka)
  5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.
Pst : Doakan Kak Anymz sihat sejahtera & boleh kembali main masak-masak bersama kita & bergembira bersama keluarganya..InsyaAllah..

26 September, 2011

KEK KARAMEL III

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat semua, harapan Ana semoga hari ini & hari2 seterusnya diri kita akan dilimpahi Rahmat & Ni'mat kurniaan-Nya yang tiada terbatas. Bersyukurlah sentiasa..InsyaAllah tenang hidup kita. Dah puas berhari raya ya..sana sini dijemput makan-makan & beramah mesra..tak terkecuali kami disini, walau tak dapat memenuhi semua undangan rakan-rakan, tapi syukur Alhamdulillah dapat juga bertemu & menziarahi teman-teman baru & kaum keluarga terdekat. Yang jauh-jauh tak dapatle jejak kaki, maklumla, keadaan masih terbatas lagi dengan anak kecil ni kan. InsyaAllah lain kali jika diizinkan-Nya kami akan sampai jika berpeluang. Seronok tak terhingga dapat jumpa ni, terima kasih tuan rumah..hidangan pun sedap-sedap tau..

Terlebih dahulu kami ni nak berterima kasih yang tak terhingga buat teman-teman baru alam maya yang sudi berkunjung ke rumah kami & yang sudi menerima kunjungan kami sekeluarga. Terutamanya Kak Nadz COSK, Kak Anymz & suami (bersama masak lomaknya yang mebeles), Izahdaut sekeluarga, Kak Sheila sekeluarga & Kak Naz Baulu, maaf ye kak Naz sebab tak sempat nak hadirkan diri ke rumah terbuka akak. Terima kasih juga buat MasDuniaku yang sempat bertemu mata & berlaga pipi lagi di rumah Izahdaut tu bersama cheese tart yang dibuatnya sangatla sedap. Puji ikhlas ni, sebab anak-anak & mak anak ni suka sangat makan..

Ketika berkunjung ke rumah izahdaut, yang kami bawa cuma perut kosong & sebiji kek keremel istimewa buat santapan sempena pertemuan kami..cececeee..bagusnya ayat..hahaa..memang buat special tuk pertemuan kami tu, kata yang makan-makan sedap..ye ke? Siyes?? hehe..Alhamdulillah sedap bagi kami anak-beranak jugak..Kek keremel yang biasa2 orang dok buat tu, cuma kali ni versi keremel tebal & lebih puas hati bila makan..ada pertambahan bahan-bahan yang ringkas aje, jadi bagi yang nak mencuba, sila tarik nafas panjang2 & selawat dulu, cubalah buat, senang & sedap tau..cuma kena betul cara bikinnya InsyaAllah boleh..


Kek versi II ni dah pernah dicuba oleh Kak Nadz COSK, kemudian kak NazBaulu pulak mencuba (walau tak berhasil dgn jayanya) Harapnya tak serik mencuba ye Kak Naz, InsyaAllah berhasil nanti. Kali ni Ana kongsikan resepinya disini untuk rujukan diri sendiri & teman-teman yang ingin mencuba. Kalau nak tengok versi asal resepinya boleh belek2 kat SINI yer..Kat sini resepi baru, terima kasih tuan punya rsp asal iaitu Puan Munira Baharom(FB) & di ubahsuai oleh Puan Shasa Rahmat, terima kasih juga buat Kak Sha Hafizi untuk tunjuk ajar & resepi yang dipanjangkan ni..Jom tengok..jgn lupa cuba buat yer..

Tebal kan keremelnya, walau guna loyang bulat 25cm
Ini pulak yang Ana buat untuk makan2 kat rumah je, sempat jugakla bawa sikit untuk buah tangan ke rumah Kak Sheila & rumah kawan suami. Terlebih rajin buat alunan kasih lak, untuk buat alunan kasih tu boleh tengok SINI yer.


KEK KEREMEL II
Sumber asal : Puan Munira Baharom
Sumber baru : Puan Shasha rahmat & Puan Sha Hafizi (kalau ada yang lain sbg rujukan maaf yer, blh bgtau saya..), Kak Nadz COSK


Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
 
 D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
    Antara bahan2 kek keremel beralun kasih & cara bakar 'double boiling'
     **Serbuk koko jika nak buat kek keremel beralun kasih(Ana guna sebuk minuman coklat)

     Cara-cara :
    • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
    • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
    • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
    • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.
    • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
    • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
    • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
    • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
    • Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
    • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
    • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
    • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
    • Sedap dimakan sejuk.
    Terhasil 2 biji kek dalam 1 hari..^_^

    ** Suhu membakar bergantung kepada oven masing-masing, jika oven saya jenama ELBA, suhunya agak panas, jadi saya lebih suka guna suhu rendah tapi makan masa yang agak lama. Selamat mencuba ya..
    **Kalau ada yang nak bertanya (Ceeh..macam pandai sangat kan..tapi kalau sudi tanya saya sudi jawab InsyaAllah) bolehla komen & tanya, akan saya jawab sedaya upaya saya.

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...