Jumaat, 30 September 2011

KUIH BAKAR PANDAN

Assalamualaikum w.b.t
Ish..lemau sangat ni nak update blog tapi sayang pulak rasanya kan nampak terbiar jek..hehe..kesibukan yang teramat sekarang ni, maklumle anak dah 5, kerja makin bertambah pulak rasanya, tapi tak siap2 jugak..hehe..pagi ni sambil2 mesin basuh kain baju, update sikitla..jap lagi nak masak lak..
Kuih untuk minum petang semalam kononnya, tapi kuih ni kan kalau nak elok buat malam makan pagi gitu..kita bakar jam 4.30 petang, jam 6.30 kemudian terus potong..haip..tak saboo..bukan..bukan..sebab nak hidang kat Cik Abe yang balik kerja kan..kan..hehe..Sempatle makan sikit, selebihnya buat sarapan pagi nih..terrajin skit pagi nih buat nasi goreng..eh..nasi goreng pun nak bagitau?? Suka ati la ..hakhak..meh tengok kuih yang takde belen dah ni pastu g godek sana yer...


Rupa paras kuih bakar / bengkang ni dah takde cun dah..tah apa jadi masa bakar semalam, lepas masuk oven kita masuk bilik..cam biasala kan..tengok2 macam hangus gitu atasnya tapi takle hangit, cuma kaler tuh je,...apa ada pada rupa? kaver..kaver..Eh..ada dengar juga Mek Ijah tuh buat kuih ni jugak semalam..kan Izah? Sedap kan? hehe..g tanya Izah tu..Kiranya ni edisi nak habiskan bahan2 yang dah nak rosak dalam peti, susu cair tu Ana boh susu segar, air tu pulak guna susu cair + air & letak perasa pandan & pewarna hijau. Alhamdulillah bolehla jamu tekak kan..Tengok kat laporan masakan tu rasanya Kak Nor, Hana, Quinnie, Noorsha, Mass, Hasue dan ramai lagi ler yang dah buat kan..semua yang tersebut kat sini kiranya yang ternampak jela ek..boleh terjah blog mereka untuk tengok menu2 yang gojes2 belaka..

KUIH BAKAR PANDAN

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula*Ana guna gula castor
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka 
 Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan*Blender basah masih blm berganti, jadi Ana guna mixer je..*
  2. Blender hingga sebati
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.*Adunan ni macam cair sikit, teruskan je..
  4. Taburkan bijan (jika suka)
  5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.
Pst : Doakan Kak Anymz sihat sejahtera & boleh kembali main masak-masak bersama kita & bergembira bersama keluarganya..InsyaAllah..

15 ulasan:

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum anna...
alahai... sedapnya tengok... akak suka sesangat makan nie.. tp akak x reti nak buat.. dah buat ari tu tp bukan resipi nie.. x menjadi... adeeh.. terus M melanda nak cuba.. hahahaa.. tp lain kali nak cuba resipi nie plak.. mmg tergoda habis ler akak tgk.. sedap2

nonierahman berkata...

sedapnya...makan kuih bakar dengan minum teh o tanpa gula nikmatnya....

izahdaut berkata...

dah tayang? wehh tunggu aku.. hihi.. baru nk edit gamboo

Anna Qawina berkata...

KAK DIANA : sedap kak..bila potong tu nampak cantik je tekstur dia..heh..tryla kak..mula2 cuak gak sbb nmpk cair rupanya sedang2 elok bila masak..

NONIE : yer..yer..sedap..tapi dah habis ni..hii

IZAH : takleh nak tunggu, ingat ko dah tayang td..aku nak masuk dapo dah ni..hehe/..

Nurul berkata...

As salam Anna...
Suka juga kuih bakar ni.. tapi nurul x pernah buatnya sendiri... :)
Biasalah kan... bila anak bertambah ni, keje pun makin bertambah... Anna baru lepas habis pantang yer...

Qhaifa Nur berkata...

kat belakang umah saya mmg ada akak yang buat kuih bakar ni..memang sedap

apa jua majlis mesti order..
bau pandannya membuka selera...

Ayu berkata...

Assalam anna, dah lama tak buat kuih bakar pandan..akak suka, lemak2 manis gitu suka luarannya tu garing2 ..hehe

Anna Qawina berkata...

NURUL : a'ah baru habis pantang..hehe..tryla buat..senang sgt ni..

QAIFA NUR : order ye..bil ana buat sdri ni? hehe..mmg sedap kuih2 lama ni kan..

KAK AYU : sama2 kita suka kak..akak buatla pastu jemput saya ya..hehe

nuwairani ismail berkata...

mula2 ternampak di blog kak anna, pastu kak izah pon rupenye buat menu yg sama...adeh! telan liur jap...suke kuih2 lembik mcm ni...tak lenguh gusi nk kunyah2.(gaya macam org tua takde gigi pulak).heheh

Kak Sam berkata...

kuih bakar...kuih bakar... sapa nak kuih bakar pi umah izah ngan anna erk.

Mas berkata...

anna...aku tak kira..
nak gak seloyang...
klu takkkkkk....

kasi anna saspen sikit..he3

EmbunRosaliza berkata...

Assalam Anna, sedapnya ingat nak mintam, tapi awal2 lagi ckp dh tak berbaki lagi heheh..tgk je lah, sedap tu yg garing2 sikit

ibundo berkata...

pandai ko anna buat kue bakar. Bundo selalu beli je kat kedai.

Mamasya berkata...

Assalammualaikum Anna..

Kuih bakar ni bhg kerak yg best..lama dah tak buat.
tengok kek karemel Anna...dulu versi marble dah cuba ni versi alunan kasih nampak cantik pula...harus di cuba...

Ummi berkata...

Assalamualaikum Anna...waaa salute tul dia, dalam berenyah dgn baby keciiikk tu, sempat lgk membakar kuih nih...ni mst byk minum tonik ni kan Anna...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...