02 Julai, 2011

Nasi Minyak Hujan Panas & Ayam Mayonis

Assalamualaikum..

Salam pagi yang ceria di hari Sabtu yang damai..Alhamdulillah, diberi peluang & ruang untuk bersiaran lagi, semoga hari anda juga ceria seperti selalu InsyaAllah

Projek semalam, buat nasi warna warni ni, masa salin resepi ni, Ana tulis nasi briyani, belek punya belek resepi semula, rupanya nasi minyak..haha..apa daa..boleh pulak silap nama menu..kalau kat restoran ni sah2 kena marah kan, order lain, dapat makanan lain..takpela, menu ni pun dah selamat dihadam dah pun, makan nasi macam tu je pun sedap, kami makan dengan lauk Ayam Mayonis lagi, suka sangat buat ayam mayonis ni, dah kali ke 4 kot buat menu ni, semalam nampak Kak Anymz pun dah cuba..

Ok, banyak kerja nak buat di hari Sabtu, kain baju nak ditarah, bagi rendah sikit pun dah cukup..hehe..nak di dobi pun banyak,sape2 free tu bolehla mai tolong...kita tengok resepi dari MYR ni..

NASI MINYAK HUJAN PANAS

 

Bahan-bahan ( 5 orang makan )


  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam*Ana guna 3 sdk serbuk pati ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
Bahan tumis :
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi *takde stok, Ana gantikan dengan planta
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga 
Hiasan :
  • bawang goreng
  • kismis

 Cara-cara


  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MENIKMATI HUJUNG MINGGU BERSAMA INSAN TERSAYANG...(",)

01 Julai, 2011

Ayam Goreng Ala-Ala KFC tuu..

Kes tergoda dengan entri Tun Telani pagi tadi, terus masuk dapur buat ayam goreng ni, bagi anak-anak makan tengahari beserta bekal ke sekolah harini, bakinya 3 ketul sempatla buat makan malam sebentar tadi..dah 3 ketul..berebutla pulak..hehe..sedap kunyah rapuh2 gitu kan Tun..tapi Tun buat ada mash potato lagi, Ana buat ayam jela, kentang yang tanam belum bercambah lagila Tun..haha..

Akak kongsikan kat sini eh Tun, kot2 nak buat lagi, senang nak buat rujukan. Terima kasih penyumbang resepi & penyumbang virus ni..hehe

AYAM GORENG ALA-KFC

Bahan Untuk Perap Ayam
  • 6-8 ketul ayam *Ana lebihkan
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk (tun dan MaDiHaA lebihkan 2 ulas lagi)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa

    Bahan untuk tepung 
    • 1 cawan tepung jagung
    • 1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
    • 3 ulas bawang putih ditumbuk (tun dan MaDiHaA skip yang ini.. tapi lebihkan bawang putih utk perap tu)
    • Sedikit garam
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu kecil lada hitam
    • Secubit baking powder
    • Secubit serbuk perasa
    • 1 bj telur

      Cara-cara :   
      • Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
      • Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
      • Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
      • Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
      • Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
      • Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan

      *pst : Anak Ana bagitau, kat kantin sekolahnya ada jual ayam macam ni, yang ketul besar harganya RM1.50/ketul..yg kecil RM1.00
      *Tadi diaorang bawa bekal ayam ni 3 ketul sorang..hmm..berbaloi kan..siap ada kawan minta lagi..hehe

      Ok..selamat mencuba..^_^

        PAU GEBU (Water Roux)

        Assalamualaikum

        Bertemu kembali, harap sihat sejahtera & sentiasa dalam lindungan-Nya sentiasa..Salam Jumaat yang penuh berkat..Di pagi yang cerah & penghulu hari ini, mari kita sama-sama renungkan..

        Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :
        "..dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas manfaatny daripada kesabaran.." (Riwayat Bukhari & Muslim)

        Pau resepi Ros@Jintanmanis ni Ana buat petang semalam, ingatkan boleh buat sarapan pagi ni, rupa-rupanya setelah ditolak bekal anak bujang berdua tu (4 biji sorang) yang tinggal hanyalah 2 biji, sebiji Cik Abe yang makan, sebiji lagi Ana kongsi dengan Hannah..hehebukannya sedikit dapat, maklumle 500 grm tepung, tapi petang semalam tak masak makan malam, Cik Abe ada jemputan doa selamat, bawa anak-anak bujang sekali, petang tu dah masak pau terus makan, entah berapa biji sorang yang ngap tak tahula..maka yang tinggal tak banyak mana, sibbaik sempat bergambar pau nan sebijik ni..hehe..

        Kita kongsikan resepi Ros yng dah lama simpan ni, baru tergerak hati nak buat sebab ada buat inti coklat dah lebih seminggu dah. Terima kasih Ros.

        Pau Gebu ( water roux)
        Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

        Bahan-bahanya

        • 500 gram tepung pau ( low protein flour) *Ana guna tepung gandum*
        • 3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
        • 220ml air suam+1 sudu kecil garam
        • 3 sudu besar gula 
        • 2 sudu kecil baking powder
        • 4 sudu besar water roux
        • 2 1/2 sudu kecil yis
        resepi water roux
        • 25 gram tepung gandum
        • 125 ml air


        cara-cara untuk membuat water roux

        water roux
        • -masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.





        variasi inti bagi pau








          ( Ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

        Cara-caranya :

        1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.

        2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

        3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, 

        4. Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
        -ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

        29 Jun, 2011

        CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

         Assalamualaikum

        Update menu untuk adam & Akmal bawa bekal ke sekolah tadi, masa & kaedah nak buat tu kejap je, sambil2 masak lauk ala kadar utk makan tengahari budak2, sempat siap muffin ni, dah banyak kali buat resepi ni sebab senang & sedap..


        Atas tu saje tabur badam cincang, bila makan gigit kacang asyik gak kan..Kita semak resepi yang dah femes nih..bila2 masa boleh cuba..


        Resepinya Ana dah alih bahasakan & ikut apa yang kita letak, senang nak rujuk..hehe..terima kasih penyumbang resepi & mereka yang menghebahkannya..

        CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
        Source : Rima, Kak Nor, HaSue

        Bahan kering :
        • 1 3/4 cwn tpg gandum
        • 2 sdt baking powder
        • 1/2 sdt soda bikarbonat
        • 2 sdb serbuk koko
        • 3/4 cwn gula castor
        • 1 cwn chocolate chips (asingkan 1/4 cwn drpdnya untuk ditabur)
        • sedikit badam cincang *saja tambah

        Bahan Basah :

        • 1 cwn susu segar/cair
        • 1/3 cwn + 2 sdt minyak sayuran / mnyk masak 
        • 1 biji telur
        • 1 sdt esen vanila

         

        Cara-cara :
        • Alaskan acuan muffin dengan cawan kertas*Kalau guna acuan muffin 
        • Panaskan oven pada suhu 175 C
        • Satukan bahan-bahan kering bersama di dlm mangkuk. *Ana ayak dulu tpg + b.p + soda + koko 
        • Satukan bahan-bahan basah di dalam bekas berasingan. Kacau sebati.
        • Satukan bahan basah & bahan kering bersama. Jangan terlebih gaul, asal bersatu dah cukup.
        • Sudukan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh.
        • Taburkan baki chocolate chips (1/4 tadi ) di atasnya *Ana tabur badam cincang sekali 
        • Bakar selama 20 minit @ sehingga masak. boleh test dgn lidi utk tahu dah masak ke belum. Kalau lidi keluar bersih tandanya dah masak le tu.

        **Isi adunan 3/4 cup muffin sahaja
        **Bakar menggunakan api bawah selama 10 minit, kemudian teruskan dengan api ats bawah sampai masak

        28 Jun, 2011

        KUIH LAPIS TRADISI

        Assalamualaikum & Selamat Bertemu Kembali.

        Harap kawan2 semua sihat walafiat & diRahmati Allah hendaknya walau dimana berada..Terima kasih yang tak terhingga kepada yg masih sudi meluangkan masa menjengah kita ni, walau dah makin suam-suam kuku nak update blog, kebelakangan ni dah makin kurang aktiviti masak-memasak & cerita yang nak dikongsikan pula takde yang menarik..hehe..kadang2 makanan seharian pun ada yang main tunjuk je..apa nak buat, ada masa badan rasa tak larat, ada masa semangat terlebih pun ya..InsyaAllah, Allah permudahkan setiap yang dilalui..Amin.


        Ok..berbalik kepada situasi hari ini, hehe..dah sarapan? Kami sarapan dengan kuih lapis yang sedap ni, Ana buat malam tadi, seronok rasanya bila anak-anak suka makan & siap berbekal ke sekolah. Biasanya budak2 suka tarik selapis demi selapis kuih ni bila nak makan..agaknya ada 'feel' kot menikmati saat2 'tarik' lembaran kuih tu..hehe..Resepi dari Kak Raihan..Ana mintak halal simpan kat sini untuk rujukan lain kali..sape2 yang nak cuba silakan.


        KUIH LAPIS TRADISI

        Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

        • 1 cawan tepung beras
        • 2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat(kotak) dengan 1 cawan air)
        • 2 sudu besar tepung gandum
        • 2 sudu besar tepung jagung
        • 1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
        • 1/4 sudu teh garam
        • sedikit pewarna merah dan perisa ros

        Cara membuatnya:

        • Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
        • Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
        • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
        • Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah. *Ana ikut gak
        • Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis seperti kat gambar tu..(tgk blog Kak Raihan) budak-budak paling suka bab ni..

        **tips galakan

        -boleh juga ditambah 1 sudu teh tepung sagu pada lapisan akhir bagi mengilatkan permukaan kuih lapis
        - kuih lapis ni jika dipotong ketika panas akan menyebabkan lapisan kuih tertanggal.. jadi sabar ye.. tunggu sejuk sikit, baru potong.

        26 Jun, 2011

        Puding Roti Pandan Kukus CT Delima

        Assalamualaikum

        Pagi ahad yang sepi..sepi ke? Yela..ramai yang keluar kot, tambahan pulak sale raya dah mula ni kan..ada yang mula me'nyoping' baju raya..hehe..meriah betul kalau kat supermarket ni..dah jadi macam pasar malam kan..

        Meh makan puding/bingka roti ni, Ana buat malam tadi, lepas masak dah hampir jam 12 tengahmalam, suam-suam dah ngap dengan rakyat jelata dalam rumah ni yang belum tidur..bakinya, harini sejuk-sejuk keluar dari peti ais..nyaman buukk..meh ambik ni..ada lagi..


        Rsepi asal dari MIL Kak Ct Delima, Mama Hawa, HaSue pun dah buat, tapi Ana copy dari blog Wanieyra..cuma kali ni Ana tak blend daun pandan sebab takde, guna perisa pandan & pewarna hijau je..kaler pun tak terang sangat kan..tq untuk semua..share kat sini pulak ye..letak nama Kak Ct sikit kat belakang tu, senang nak ingat..hehe..jangan marah ye kak..


        PUDING ROTI PANDAN KUKUS CT DELIMA
        Resepi Original CT (from my MIL)

        Copy : Wanieyra


        Bahan-bahan:
        • 12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
        • 15 helai daun pandan *Tak letak
        • 1 biji kelapa parut *200ml santan kotak
        • 5 cawan air *jika guna santan kotak - 4 cawan air
        • 2 biji telur (dipukul ringan)
        • 1 cawan gula pasir *Ana letak 3/4 cwn + 2sdb je
        • 1/2 sudu teh esen vanila
        • 20 gm kismis (untuk tabur-optional)
        • * sedikit pewarna hijau
        • * sedikit garam
        • *sedikit perasa pandan *Ana tambah


        Cara-cara:
        1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2, blend dengan kelapa parut dan air. Tapis utk mendapatkan santan yg kini telah berperisa pandan. *kalau guna kelapa parut
        2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula pasir, dan santan tersebut. Kacau sekejap untuk melarutkan gula tersebut.
        3. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.
        4. Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis. Akhir sekali taburkan kismis sebagai hiasan.
        5. Kukus roti tadi selama 15-20 minit. Sejukkan baru di potong.


        SELAMAT MENCUBA

        BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

        Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...