18 Februari, 2011

DONUT MAYO

Assalamualaikum..
Salam penuh berkat di hari Jumaat ni, walaupun sudah kelewatan petang hari..semoga semua ummat Islam dimuka bumi ini terus menerus diberkati Ilahi hendaknya..sma-sama kita mensyukuri nikmat & rahmat yang telah di'beri' secara percuma oleh DIA Yang Maha Esa..Amin..

Dah petang-petang ni, tentu dah siap menu minum petang kan..hehe..Ana baru je siapkan kuih untuk bekal anak-anak ke sekolah iitu Donut Mayonis, resepi dari Ros@Jintanmanis..harapnya donut ni kekal menjadi donut sehingga esok pagi, sebab esok sekolah ganti, senang nak bagi bekal anak nanti kan..hihi..*maknanya kekal tu tak dikerjakan oleh seisi rumah ni ler..*


Lembut..sungguh lembut kejadian donut ni, Ana buat sebijik sebijan ikut resepi Ros tu..adun lak guna BM je..maklum, nak panaskan 'enjin' BM yang dah dkt sebulan tak beroperasi..risau gak, kang bangun pagi tengok2 BM ku itu dah takde kat dapo..kena jual oleh Incik Asbend sebab buat menyemak je rotinya tak buat..kekekkee...ish..takdenya Cik Abe kita tuh nak naya kita kan...hihi..kalau takat perli2 sira pedas tu adala kot..


Okeh..ni saja cuba buat macam Hana buat semalam, nampak cantik Hana buat ala-ala gelangmutiara air tawar tuh..Ana pun nak gak cuba..hehe..rasanya oke le kot..tak dapat gred A, bagi C pun Ana terima..janji kita cuba kan..


Ini lak ape ek? hihi..telah pun dilelehkan dengan Butterscotch Sause..yummy..sungguh enak dimakan tanpa was-was..hehe..ada kena pancung nih..


Tayangan ala kadar ajela ek..bukannya lawa mana sangat pun,takut lebih-lebih kang ada yang makan hati ayam ulam jantung pisang lak..


Yang ni sedang disejukkan lepas masuk dalam kuali kejap, nak frozenkan..kunun-kununnya la...

Ok..meh kita semak resepi le...terima kasih Ros yang sudi berkongsi resepi ni, adunannya cukup mudah nak gentel2 & bentukkan..

DONUT MAYO

Bahan-bahannya
  • 330 gram tepung gandum
  • 1 1\2 sudu besar mayonis (ros guna mayonis kimball,Ana guna Jasma Mayonis)
  • 1 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 
  • 140ml air suam
  • 1 1\2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula 
  • 4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.
CARA-CARA :

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

17 Februari, 2011

BUTTERSCOTCH SAUCE

Nih tayangan amal bunga-bunga nak keluarkan menu berkaitan roti..hehe..sepantas kilat Ana buat bila nampak lelehannya kat dapo Izah mini Daut tu haaa.. ishhh...tak blh tahan ..ni kira tengah seru semangat roti datang setelah sekian lama tak buat roti sendiri...
 

Segalanya Ana copy dari umah Izah tuh..sekali keluar siap ngan background skali..hentam jela..haha..ni pun baru je masak..siap tayang skali ngan periuk tuh..kikikiii..nak makan dengan apa ek..tunggu jelah...jeeenggggg...*suspen*

 
Izinkan daku copy kat sini yer Izah...
BUTTERSCOTCH SAUCE
sumber: cook.com
Diolah & diCopy dari : izahdaut

BAHAN :
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula pasir.*Ana keluarkan 2 sudu besar gula tu.. 
  • 1/2 cawan air
  • 1 tsp. vanilla
  • 1/4 cawan tepung
  • 1/2 cawan butter
  • secubit garam (optional)

 CARA :
  • Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil. 
  • Gaul hingga sebati. 
  • Masak atas api yang kecil hingga gula hancur. 
  • Tambahkan vanilla dan butter.
  • Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat. 
  • Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.

Nota Izah: Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air. Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.

KUIH LAPIS KOPI

Meh makan kuih lapis yang kurang cun lapisannya nih..buat mlaam tadi, sambil-sambil temankan Cik Abe siapkan kerja dia, ada gak pekdahnya daripada dok melangut je sebelah dia saja-saja..hihi ..kiranya nih untuk sarapan & minum petang le..pagi tadi budak-budak tak sentuh pun, maklumle pagi sangat, tak selera nak makan benda-benda manis, cukup sekadar cicah biskut/roti dengan air susu..

comot sikitle...

Kuih Lapis Kopi
Source: Kak Asma
Copy :MasIzah
 
BAHAN A
  • 2 cawan santan (Ana guna santan kotak 200ml + air bagi cukupkan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir (lain kali kena buat 3/4 cawan..manis le..)
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu teh garam
sedap..lembut ..takyah gigit, masuk mulut telan je..hehe

BAHAN B
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu makan serbok koko
  • 1 sudu makan serbok nescafe *Ana guna 1/2 sdb serbuk kopi, blend halus
  • 1/4 cawan air suam
  • semua bahan dicampur rata dan tapis.

BAHAN C
  • 1/4 cawan air suam

CARANYA
  • Gaulkan semua bahan A sehingga sebati. dan tapiskan. *Ana ikut Mas, blender je, takyah tapis..
  • Bahagikan kepada dua bahagian. 
  • Masukkan bahan B kedalam satu adunan, kacau rata. 
  • Biarkan warna asal satu adunan dan campurkan bahan C kacau rata. 
  • Masukkan satu senduk adunan koko kedalam loyang dan kukus selam 5 minit.*Ana lapik dengan plastik & sapu minyak..senng nak keluarkan kuih..
  • Lapiskan satu senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 minit. Lapiskan adunan koko dan warna asal selang seli sehingga adunan habis.

13 Minggu 'Dia' Bersamaku...

Assalamualaikum w.b.t.

Kembali bersiaran setelah seharian tidak memunculkan diri..hehe..semalam Cik Abe kurang sihat, Hannah pun sama, selesema & batuk, jadi adanya si dia kat rumah, bizi ler sikit, tambah-tambah lagi penat berjalan-jalan ke Pusat Sains Negara Selasa lepas belum hilang lagi..Sebelah petangnya pulak kami ke klinik, buat pemeriksaan bulanan, nak sahkan due date yang terkeliru bulan lepas tuh..Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..tarikh baru diberi & 'urine test' pun clear aje..maknanya sihat walafiat ibu kat luar & anak kat dalam ni..


"Dia"..?? yela..si dia kat dalam perut Ana ni le..nampak tak tuh? kepala & badannya tu..dah 13 minggu lebih, semalam scan, jelas nampak kaki tangannya bergerak-gerak, tangannya terkapai-kapai lalu masukkan jarinya ke mulut..jelas tau..hehe..xcited lak eh....walaupun kecik lagi & masih belum dapat merasai pergerakannya, hati cukup terharu & gembira..betapa besarnya kuasa Allah Ta'ala..memberi peluang & ruang untuk kami menghayati kebesaran Ilahi..

Macam biasala, dah jumpa doktor tuh, diberi segala macam obat-obatan yang takde saper pon suker..huhu..makaii..baunya...sejak dulu kurang gemar (ada ke yg gemar??) makan vitamin klinik nih..lps ambik, masuk dalam handbag, sebulan kendian baru keluarkan..habis bau segala macam benda dalam handbag tuh dengan ubat..haha..*apela kan..?*

Selesa dengan khidmat klinik ni, doktor pun ramah je..maklum dah cek dengan dia sejak anak no 3 lagi, segala maklumat diri dah ada, bila scan tu nak tengok lama-lama sikit dia tak kesah..nak pusing2 tengok aksi baby pun dia ikut gak..hehe..tengQ Doc...semoga diri ini terus sihat sehingga melahirkan pertengahan Ogos nanti..InsyaAllah..terima kasih buat teman-teman yang terus menerus berdoa untuk Ana & family..(kalau adala..)..semoga anda semua dirahmati Allah Ta'ala..Amin

14 Februari, 2011

Marble Cheese Cake

 Assalamualaikum

Kek yang dimasak beberapa hari lepas..kes nak perabihkan cheese yang nk xpired 20hb ni..hehe...mula2 tu ingatkan nak buat resepi kak Yatie tu, tapi butter tak cukup lak, terus buat resepi yang dah lama ada dalam simpanan ni..Sambil2 bakar kek, sambil dok berperang ngan Mek Sue..tergaring le sikit bawah kek tuh...nak marah gak ngan mek Sue nih, sibbaik ada Kak Nor tolong leraikan..hehe...


takpe HaSue, yang hangit tu Ana dah kikis & poskan, 2 3 hari lagi smpai le kot...selamat menjamu mata yea..esok hamba tak bersiaran, anak2 ajak tengok Dinosour...hah..bnyakla melayang hengget2 tu nanti dengan permintaan budak2 ni...memang sejak kecik lagi diaorang suka Dinosour..ish...*Tupun kalau takde aral melintang le...


Okeh meh kita sekodeng & sepetkan mata tu sikit tgk resepi..Erkk..apesal gambar kali ni ada munger2 eh? haha..layan ajela...

 

Marble Cheese Cake

Sumber : kaknita@Myresipi

Bahan-bahan ( 9 cm )

  • Bahan A
  • 185g butter
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur (gred A)
Bahan B
  • 250 gm cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/4 cawan fresh milk /susu cair
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Cairkan butter ,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk
  2. Pukul gula dgn adunan 1 ,mskkan telur satu persatu.Kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder
  3. Dalam bekas lain pukul cream cheese dgn gula,masukkan telur ,esen vanilla diikuti dgn susu cair sampai sebati.
  4. Tuangkan adunan koko berselang seli dgn adunan cheese
  5. Bakar dgn suhu 180'c selama 40 min

SALAM MAULIDURRASUL..sama-sama kita menghayati sirah Rasulullah s.a.w agar diri kita lebih dekat dengan penghulu kita & bertambah kasih & Redha Allah s.w.t...Wallahua'lam

Ikan Baung Masak Lemak Cili Api

 Assalamualaikum w.b.t.

Harini sihat ke semua....harap2 sihat semuanya ya..ni ada sedikit menu nak kongsikan bersama yang dibuat kelmarin ni...resepi asal ialah menggunakan ikan patin, tapi Ana tukar kepada ikan baung, sebab Cik Abe yang beli ikan tu..hehe...

 

 

Rasanya dah ramai yang pernah buat ni, senang & simple aje kan..tapi pedas tu kena pandai-pandai ejasla ek..kalau nak makan dengan anak-anak kecil patut dikurangkan cili api tuh..berasap tau...terima kasih nOOrsha kongsi resepi..Ana jumpa resepi ni kat MyResipi..

 

Sumber : nOORsha@myresepi

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 5 potong ikan patin/ikan baung
  • segenggam cili api
  • 1 biji kelapa -diparut & diperah santannya*Ana guna santan kotak 200ml & campurkan dgn air secukupnya.
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • garam

Cara-cara

  1. bersihkan ikan patin dan rendam dengan air asam jawa untuk buang hanyir lebih kurang 15 minit.*Ikan baung tak payah rendam pun takpe..tak hanyir mcm ikan patin
  2. tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
  3. masukkan pes cili yang ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.
  4. masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.
  5. Bersihkan ikan yg direndam dengan air asam jawa sekali lagi dengan air bersih dan masukkan dalam periuk. Tambah sedikit air jika perlu.
  6. kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ikan masak utk elak santan pecah. jangan kacau kuah kerana isi ikan patin lembut n mudah tercerai.
  7. Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam.
  8. Sedia dihidang
#tuan tanah tengah bizi + kurang sihat..kunjungan ziarah teman2 yang selalu diingati akan dijalankan kendian..hehe..harap maklum..#

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...