22 Oktober, 2010

KEK MAYONIS

Assalamualaikum...

Kek mayonis ada rasa mayonis ke? Agak2 masam tak macam mayonis tu? Itulah soalan2 yang bermain diminda Ana & kawan2 yang ditanya tentang rasa kek mayonis ni...memang jarang yang buat kot, resepi ni dah lama nampak kat plastik Mayonis Jasma tu, terfikir nak buat ke tak..tak buat memang kita tak tahu apa rasa & keadaannya kan..hiii...jadi kita pun buatla...hasilnya???.......................

ada yg kata macam kek keju yea?
Rasa kek ni kalau kita tak bgtau memang orang tak tahu ada letak mayonis...itulah juga kata2 yang diluahkan oleh ZALIANA, sebelum buat ni Ana dah godek2 cari sape yang pernah buat kek Mayonis ni, memang guna resepi sebijik sama dengan yang Ana ada ni, tapi Zaliana buat marble gitu, Ana cuba buat ikut 100% macam dalam resepi sebab nak tengok hasilnya canne...Alhamdulillah dah selamat dilicinkan...hiiii

ada nampak parutan kulit oren tu kan??
Kek ni ada rasa oren, lemak-lemak mayonis kot & lembut je..anak Ana Akmal tu kalau bukan kek coklat dia takkan makan, tapi semalam paksa dia cuba, habis jugak 1 potong kek yang agak besar jugakla. Tak muak dimakan TAPI anda jangan terpedaya jika selepas dibakar kek anda bukan seperti di atas kejadiannya...KERANA-------->>

errrrrr..heeeee
Beginilah rupa kejadiannya apabila siap dimasak, tupun sebab terlebih masa membakar, sambil2 tunggu kek masak, kita tidurkan si kecik ni, apolagiiii...TERTIDOOO sama...err..TER je tau..waaahahaa..pastu Ana trim le sikit tepi & atasnya tu bg cantik, & nampak isi dalamnya tu elok je kan...
 
selepas diolah....
Sape2 yang rasa nak cuba tu Ana letak kat sini resepi yang mudah & sedap ni...
Bahan-bahan
  • 125 g mentega
  • 120 g gula kastor
  • 3 biji telur
  • 100 g tepung gandum - diayak
  • 50 g tepung naik sendiri...*Ana guna tepung gandum semuanya
  • 80 g mayonis Jasma
  • 2 sudu besar parutan kulit oren
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat *Ana tambah sndri sbb guna tpg gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder *Ana tambah sdri
  • secubit garam *Ana tambah sdri
CARA-CARA :
  • Pukul mentega, parutan kulit oren & gula kastor sampai kembang & gebu
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul.
  • Seterusnya gaulkan tpg gandum + bahan2 yang diayak tadi sedikit demi sedikit secara perlahan2.
  • Masukkan mayonis dan esen vanila dan gaul perlahan2 sehingga sebati..
  •  Tuang ke dalam loyang yang telah digriskan dgn mentega & bakar selama 40 minit / 180'C @ mengikut oven masing2.

NOTA : 
**JANGAN TERLEKA SEMASA MEMBAKAR..kihkih....
**MAKAN KEK NI MASA DAH SEJUK, SEBARANG BAU TELUR KE HANYIR KE 
    ANDA TAKKAN RASA...Percayaler...
** KEK NI LEMBUT & TETAP LEMBUT WALAU DAH SEHARIAN.....heeee..


SELAMAT MALAM & JUMPA LAGI



APAM PISANG COKLAT

Assalamualaikum..Selamat pagi semua

Meh..meh sarapan kat rumah Ana, ada lagi macam2 makanan nih tolongla perabihkan!!! hihi...

Apam pisang ni Ana tengok kat dapo Mas haritu, katanya dia nampak kat blog Ros..jadi dengan senang hati Ana g jenguk & intai2 dapo Ros pulak & nampakla resepi ni tapi ada tambahan serbuk koko, Mas punya takde, ko tak bubuh ke koko tu Mas? hihi...setelah puas bersoal jawab dengan Mas, maka selamatlah pisang nan kehitaman tu di"apam"kan...

tak mekar & tersenyum pon..:((
Nampak kat dapo Mas elok je cantiknya, naik sekata siap dengan urat2 pisang lagi, kat dapo Ros tu siap tersenyum mekar walaupun tak lebar, kat dapo Ana ni semacam je warnanya..heeee...ampun Mas & Ros, saje nak tunjuk gigi pagi2 nih...kat rumah ni kalau yang warna takde kecoklatan kurangla peminat cilik tu..nak tak nak kena boh juga serbuk koko..

 manala pergi sbijik lagi tu ek??
Haaa...dah kena telan masa baru masak, panas2 makan, sedapnyeerrr, lembut gitu, Ana masak ni malam tadi, plan nak buat sarapan tapi dah suku habis dikerjakan lepas dah masak tuh..sape yang kerjakan tu ek? Si anak daro kite le, Damia dok makan dengan ayahnya, pas sbijik, sbijik dia mintak...memang dia kuat makan, badan dia pun semacam je..hihi...

Ana copy resepi ni dari dapo Ros, kat dapo Mas pun boleh jenguk..

Apam Pisang Coklat -menghasilkan 10 biji apam (acuan apam saiz biasa)

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 cawan gula
  • 2 biji pisang ranum ( dilecek)
  • 1 biji telur
  • 50ml minyak masak
  • secubit garam
  • 3 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya

1. Lecek pisang yang telah ranum dan campurkan dengan secubit garam, ketepikan. selepas itu ayak tepung gandum bersama baking powder.*Ana TERayak dgn soda skali..hihi..*

2. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan senduk kayu atau whisker, selepas itu masukkan pisang yang telah dilecek, tepung sedikit demi sedikit, serbuk koko,  soda bikarbonat dan minyak masak, kacau sebati.

3. Panaskan pengukus, Isikan 3/4 adunan apam ke dalam acuan dan kukus selama 12 hingga 15 minit, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

*Acuan plastik yang Ana gunakan tu Ana sapu sikit dgn minyak masak ,bila dah masak apam tu tuang je laju dia turun..hihi

**Nota penting nak bg mekar (ROS) api kena kuat...lain kali kalau nak buat lagila...

Sebelum mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada perut yang lapar ni, meh kita tinjau dulu apa yang ada untuk sarapan harini..heee...layaaannn...

mee goreng & air teh..sila..sila..(",)
Air teh tu dalam cawan cantik gakle kan, dapat free tukar mata point kat MyDin, tapi Cik Abe Ana tak suka guna, sebab mulut cawan tu lonjong gitu, dia kata kena bukak mulut luas2 kalau nak minum guna cawan ni, takut tumpah...adooo je...heheh

Wassalam



21 Oktober, 2010

ROOOTIIIII.......ROOOTIIIIII...

Assalamualaikum & Salam sejahtera..*nape skema je nih?*

heeeeee...ada bunyi cam orang jual roti tak? Bukan kita nak jual roti tau, saje2 nak buang masa tunjuk apa yang dimasak & dimakan...tak salah kan? Harini nak tunjuk bekal anak Ana untuk dibawa ke sekolah...roti memang pilihan utama Adam..jadi dengan hanya roti sandwich tu kenala pelbagaikan, tapi kalau dah malas cicah air pun laju jer kan...hehehehhe...

Stail roti macam Ana buat ni ada pernah tgk dalam majalah SDK tapi tah mana perginya, kita letak je ikut suka kita InsyaAllah sedap...

Fesyen pertama : Sandwich Coklat/Milo

Roti yang ditabur serbuk minuman coklat
Nak buat roti ni senang je, potong kerak roti, sapu nipis Planta/ mentega atas roti tu, past bakar jap bg garing sikit..dah masak & angkat cepat2 taburkan serbuk coklat ataupun serbuk milo tuh..makan panas2...sedaaapppp....!!!!

asalnye dipotong 4..mana lagi ni???? ni geram nih..
Heee...anak2 ni memang "Hantu" makan roti tau...kejap jer dah licin..*ngan Umminya skali..*

Fesyen ke 2: Sandwich Lapis Keju

Roti lapis keju
 Stail gini biasa buat..tapi kena ada keju le. Ni bahan2nya :

2 keping roti
1 keping keju
Planta
sedikit gula pasir
alalalalaaa...nak jatuh dah tuu..cepat ambik!!
  • Potong kerak2 roti 
  • Ambil 1 keping roti tadi, sapukan dengan Planta, kemudian tabur gula..*sikit je..*
  • Lapiskan kepingan keju diatas roti tadi, tutup pula dgn 1 keping lagi roti 
  • Bakar sekejap & angkat bila roti dah bertukar kekuningan.
  • Gula tu akan bagi rasa manis kira balance le ngan keju  tu kan..sedap!!

Akhirnya dah takde..mana perginya suma roti2 tu yea?? Heran sungguh..
rupa2nya...
dah kena kidnap..hihiii
Untuk stail & fesyen2 roti yang setersnya nantile, tuan dapo ni nak makan kek mayonis dulu..hihi...Selamat Menjamu Selera ya...Wassalam..

20 Oktober, 2010

BIHUN PUTIH SOS BEBOLA

salam pagi salam penuh ceria

Dah sarapan? hehehe..dengan gembiranya Ana nak tayang bihun sepinggan nih, nape gembira? Dah habis makan bihun sepinggan siap tambah2 lagi sebab tu gembira & ceria..haha 

Bihun ni sebenarnya Ana buat untuk Adam bawak pergi sekolah KAFA..biasalah kalau sempat masak pagi2 memang berbekallah dia, duit bagi singgit dia masuk tabung, ada masa senggang dia sukala kira2 duit dia pastu dia cakap.."NANTI NAK BG AYAH DUIT NI, NAK SURUH AYAH BELI KERETA BESAR...ALA2 NAZA TU LER.." Makaaiihh...punyala tinggi cita2 dia tuh...hihi...sebab apa nak tau dia berangan nak soh ayah dia beli kete besar? Sebab kete sekarang ni memangle elok2 je tempat duduk 1 sorang, tapi bila jalan jauh asyik gaduh je, sorang nak baring, sorang lagi nak terlentang..huhu..memang riuh ler bertumbuk tampar time jalan jauh tu..alahaiii... "nantiler cukup modal kita beli bas ye..." ayah diaorang kata...kehkeh..


Untuk bihun tu Ana buat ringkas je, tak pedas pun sebab nak bagi sikecik Hannah ni makan, lagipun Ana buat sos pedas kan...boleh makan dengan bihun tu.

Untuk simple dimple resepi nih kita bohle jugak deh...:
  • Bihun setengah peket..dibasuh & rendam kejap
  • bawang putih..tumbuk
  • halia..tumbuk
  • kek ikan..potong kecil2
  • tomato..potong dadu
  • sos tiram 2 sudu besar
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam
  • Sayur ikut suka..Ana tak letak, anak tak suka
CARA MASAK MEEHOON:
  • Tumis bawang putih & halia yg ditumbuk
  • Masukkan sos tiram & sedikit air.
  • Kemudian baru masukkan kek ikan beserta serbuk pati ayam
  • Masukkan bihun & tomato dadu, kacau2 sampai air kering & meehoon lembut.
  • Angkat & hidangkan bersama bebola sos
BAHAN SOS :
  • Bebola daging/ayam/apa2 aje yang ada dalam peti ais tuh...digoreng terlebih dahulu
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 biji tomato dipotong 6
  • Sedikit air...ikut suka nak banyak manala..
CARA BUAT SOS :
  • Tumiskan bawang yang dihiris bersama pes cili sampai naik minyak.
  • Masukkan semua sos bersama sedikit air.
  • Masukkan tomato bersama bebola yang dah siap goreng tadi.
  • Masukkan garam & gula sekukup rasa, angkat & hidangkan...
Mehle jemput sarapan sama-sama...air bawak sendiri yea... heeee

18 Oktober, 2010

MOIST ORANGE CHOCOLATE CAKE

 Assalamualaikum w.b.t

Sihat hendaknya semua...pagi2 lagi dah keluarkan kek yang gelap gelita ni ek..takkan sarapan dengan kek kot..heeee..kek ni Ana buat semalam, kebetulan adik nak datang, kita pun try buatla, lama dah simpan resepi mudah ni tapi kira list belum sampai kot tu yang baru terbuat..hihi...Malam sebelumnya Ana dah buat sebiji kek ni untuk kirimkan kat Bonda di kampung, jadi bila bangun pagi anak2 tanya "Mana kek yang ummi buat malam tadi?"..Adam yang tanya sebab dia nampak kita tengah godek2 kek tuh..hihi..nampak kecewa je bila Umminya jawab.."Dah kirimkan kat nenek & atuk kat kampung.."..sian lak kan, tu yang buat lagi..*Alasan Umminya nak rasa gak..* hiiii

Nampak tak kek tu senget skt? huhu...sebenarnya masa kukus tu belum sampai 1 jam stgh dah angkat, nampak macam dah masak, pastu kita terbalikkan atas pinggan, rupa2nya kat bawahnya ada lembik2 lagi...waaaaa....terkejut + sedih gak, cepat2 masukkan balik dalam loyang & kukus balik...sibbaek jadi elok..gebu memang gebuusss ler walaupon bahan2 simple & cara buat pun mudah yang teramat kan...paling penting juga tak muak bila dimakan..


Sumber..Kak Maz..Kak Zaima Melayu.com ..Teratak Che Tam..Linknye mana Izah?? nanti bgtau ek..heee

Bahan-Bahan : copy dari Izah..


-1 cawan gula pasir
-1 cawan serbuk koko
-1 cawan susu cair
-1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi  
  sedap)
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 1/4 cawan tepung gandum
-1 tsp baking powder
-1 tsp soda bicarbonate
-3 biji telur
-3 sudu oren sunquick

Cara :
  • Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

  • Tepung, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.

  • Telur dipukul kembang *Ana pukul guna senduk jer..* dan dicampur dgn campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . (kak Maz bakar kaedah waterbath selama 1 1/2 jam dgn suhu 150 C)*Ana kukus je..

TOPPING COKLAT..Guna cara lain dari Izah & Kak Maz...
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sdb butter
  • 1 sdt susu cair

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler. Alihkan dr api kemudian masukkan butter & susu, kacau2 bagi sebati, tuang atas kek yang dah sejuk.



Ini kek yang Ana kirimkan untuk ayah bonda kat kampung..dah selamat di nyum..nyum kata keluarga kat sana..harap bonda kami suka buah tangan yang tak seberapa dari kami disini..


Topping untuk kek ni Ana copy dari Mas..maaf line harini slow sesangat nak terjah link2 yang dibagi pun susah...terima kasih buat penyumbang resepi yang superbest nih..


Untuk Topping :
  • 1/2 cwn serbuk koko van houten
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar butter@marjerin
   - Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.
Terima kasih buat semua yang sebar2kan resepi ni...

17 Oktober, 2010

"MOIST CHOCOLATE SANDWICH" CAKE

Salam petang yang aman damai kawan...

Tayangan harini sepatutnya dah keluar Jumaat lepas tapi apakan daya, keBiZian yang melanda..hihi...asyik bz je tahle apa yg bizi tuh ek...Resepi ni Ana dapat dari sisipan PLANTA dalam sebuah majalah yang Ana sendiri dah tak tahu apa nama majalahnya & tahun bila...rasanya dah 4 5 tahun kot...hihi...Tengok dalam resepi tu mengancam bebenorr, maka dengan semangatnya Ana mulakan projek nih...


Struktur kek ni lembut tau, tak padat...cubalah menambah koleksi resepi kek & kalori anda..huhuuu...untuk tekak Ana & family memang sedap, macam yang beli kat kedai kek yang ada krim tu pun ya gak...*ish..prasan ke ni?*heheee

Ana kongsikan resepinya ya..

Bahan-bahan :

BAHAN KEK :
  • 140 gm marjerin Planta
  • 175 gm tepung naik sendiri..Ana guna tepung gandum + 1/2 sdt soda bikarbonat & 1/2 sdt baking powder.*Ayak bersama*
  • 110 gm gula kastor
  • 50 gm coklat masakan...cairkan
  • 1 sdb golden sirap..Ana guna madu
  • 1 sdb susu cair
  • 2 biji telur..Ana guna 3 biji telur kecik2..

KRIM COKLAT :
  • 100 gm marjerin Planta
  • 50 gm gula icing
  • 25 gm coklat masakan..cairkan secara double boiler

COKLAT GANACHE :..ANA GUNA RESEPI DARI KAK MAZ
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sdb butter
  • 1 sdt susu cair

CARA BUAT KEK :
  • Pukul marjerin, gula & sirap/madu  hingga kembang.
  • Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu ke dalam adunan marjerin. Kacau sebati.
  • Masukkan  coklat yang dicairkan, kacau biar sebati.
  • Campurkan tepung dalam adunan tersebut, gaul sebati & masukkan pula susu cair.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yang digriskan mentega, bakar hingga masak dengan suhu 165'C selama 50 minit @ sehingga masak..bergantung kpd oven masing2.
  • Setelah masak, sejukkan dulu kemudian potong 2, letakkan krim di atas lapisan pertama & tutup dengan lapisan ke 2.
  • Tuang coklat ganache di atas & sekeliling kek, taburkan coklat rise @ hias ikut suka..
*Cara asal...Tuang adunan dalam 2 loyang berasingan yang sama saiz & bakar.., bila masak letakkan krim & cantumkan*

CARA BUAT KRIM :
  • Pukul marjerin dengan gula icing hingga kembang & putih.
  • Masukkan coklat yang dicairkan & kacau sebati, boleh digunakan.
CARA BUAT GANACHE :
  • Panaskan coklat masakan secara doulble boiler
  • Bila coklat dah mencair tutup api & tambahkan butter.
  • Kacau2 & masukkan susu
Sekian terima Kasih..untuk anda yang nak jamu selera kenala buat sendiri yea, sebab kek ni dah tinggal arwah dah pon..hikhik...

BINGKA ROTI PANDAN BERKISMIS

Assalamualaikum....

Semalam sibuk sangat..sibuk apa tahler, tapi banyak yang nak dibuat sebab ada tetamu nak sampai, sempatla buatkan sebiji kek untuk kirimkan kat Bonda di kampung, & pagi ni kami sarapan mee goreng yang Cik Abe Ana masak...hihi...sambil2 tu ada gakla hasil tangan kita nih, Bingka roti yang sebelum ni dah buat tapi kali ni dah di"pandan"kan..huhu..maaf Mas...resepi best hang kali ni dah bertukar ijau dah.. tapi takde hijau sangat eh, sebab Ana letak pewarna hijau sikit je kot..hehehee


Menggunakan bahan asas yang sama tapi ada tambah sikit2 ler, lepas tu ternampak lak Cik Puan Hana tu semalam buat bingka ni gak, tapi diblend jer, Ana pun terfikir apalah salahnya kan blend je bahan2 tu, takyah tapis dah..hahaa..malas kojo nih...

Sekali lagi Ana letak resepi bersama tambahan bahan baru ni ye Mas...

Terima kasih untuk Mas & Hana

Bahan :
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 5 helai daun pandan diblend dengan sedikit air & ditapis
  • sedikit pewarna hijau
  • kismis hitam


Cara membuatnya :
  1. Carik - carikkan roti, masukkan kismis dan ketepikan.
  2. Satukan susu segar / susu cair, santan, tepung gandum,telur, gula, esen vanila garam & air daun pandan serta pewarna, kisar bagi sebati.
  3. Tuang bahan dikisar tadi ke dalam  bekas roti tadi. Kacau2 bagi bercampur semuanya.
  4. Perap selama 10 minit.
  5. Masukkan kedalam loyang yang disapu marjerin & bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
  6. Jika atas bingka dah cantik keperangan / kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..*Kata Mas...*

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...