Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera buat semua...ada yang merindui kita ke? Dah ada sawang2 & habuk yang tak di sapu ni, takde yang sudi bersihkan yer..sampai hati.....Maafle, dah dekat seminggu ni kot tak update apa-apa kat blog kesayangan ni, hari-hari masuk, tapi bila tangan nak mula menaip, tang tu le mata & badan rasa letih, lemah semangat nak berblog, mengantuk yang amat..boleh dikatakan hmpir kebanyakan masa yang ada sehari suntuk tu dipenuhi dengan aktiviti memejamkan mata je..hihi..apa nak buat kan, malam tadi dah gebang2 ngan hubby, bgtau dia selalu sangat rasa nak tidur,asal ada peluang je nak tidur, bila dia kata, "biasala tuh, orang peknent...nak buat macamana.." tersenyum sengih jap,kira ada sokongan la kan...* hihi..
Berbalik kepada situasi bloggers yang semakin mendapat tempat dihati ramai sekarang ni kan, dah ramai resepi2 masakan dah masuk majalah, sebelum ni Kak Ummi & CMG, Mamafami, terbaru Kak Nor & Hana..Ros pun pernah masuk majalah Mingguan Wanita tak silap kan..gembira bila dengar berita..TAHNIAH dengan setulus hati dari Ana buat semua..teruskan usaha murni anda menghasilkan resepi2 menarik & mudah..*senang nak copy..*..kihkih...sebenarnya kita ni bukan tahu masak pun, sejak ada kemudahan2 siber ni le dapat tambah ilmu rumahtangga terutamanya bab masak-memasak ni..kadang-kadang nak buat cekodok pun kita tengok resepi..siap timbang2 tepung bagai...kiranya bersyukur dikurniakan kemudahan & bertemu kawan-kawan yang bermurah hati....
Harini nak buat tayangan amal sekadar meghangatkan suasana dulu..bagi panas enjin sikit, kot2le lepas ni perasaan nak update tu semakin rajin kan..hihi...Puding yang Ana buat hari Ahad lepas, kebetulan adik & family dia datang bertandang, buatla ala kadar yang terdaya kan, lagipun puding macam ni mudah & cepat nak buat..selain tu ada juga buat nasi ayam butter & ayam berempah madu CMG tu, takdan nak ambik gambo ler..siap je terus santap..
Resepi Ana ambil dari blog Kak Lin yang ayu tu, malam tadi kak Lin tayang kek coklat, mau meroyan anak Ana kalau nampak, maklumle dah lama gak tak mengekek..kena cari semangat untuk membaking, tak boleh nak buat dengan separuh hati je, tak jadi kang..haraap takde sampai ke tahap nak perasap kemenyan kot kan...huishhh..
1 Tin Buah-Buahan Campuran
1 Sudu Tepung Kastard
Cara:-
Masukkan Kesemua Bahan A Kedalam Periuk. Masak Dengan Api Perlahan Dan Kacau Rata Jangan Sampai Bergentel.
Bila Adunan Kental Dan Berkilat Tuang Diatas Loyang Atau Acuan Kecil.
Masak Gula Dengan Air Hingga Mendidih Kemudian. Masukkan Susu Cair Dan Satu Sudu Tepung Kastard. Sejukkan.
Masukkan Buah-Buahan Campuran Kedalam Susu Cair Tadi. Akhir Sekali Masukkan Kastard Ke Dalam Mangkuk TuangkanSusu Cair Diatasnya.