12 Februari, 2011

NASI KERABU ANA

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kawan2 teman2 sain sobat? hehe..terima kasih kepada yg menyinggah,  harini sekadar nak kongsi menu yang dimasak & dimakan rasanya dah dekat 1 bulan kot....haih..lupo nak buat tayangan, belek2 nampak pic baru teringat nak tunjuk2 sikit..kot2la ada yang terliur lalu bergegas ke kedai membelinya..eh..ape kelas beli kedai, buatla sendiri kan...hihi...


Sebenarnya dah lama nak makan nasi kerabu yang buat sendiri, biasa kalau nak yang sedap2 & cukup segala bahan tu masa balik kampung, siap pesan awal2, sampai kampung nanti nak makan nasi kerabu, tak kirala sampainya kita waktu petang ke malam..haha..sian omak aku..dapat anak yang tahu nak makan jer..tapi tang bahan tu yang mencekik..ada ke patut sekuntum bunga kantan yang warnanya ala-ala je merah jambu, tapi lebih kepda putih sebenarnya, langsung tak kembang, agaknya baru keluar pucuk dah dipotong..reganya RM1.80..kalau yang cantik & menawan sikit harga RM2++ sekuntum tu bukan seikat mahupun sebakul..huhu..nasible..


Kalau nak sedap guna bunga telang untuk dapatkan warna biru..tapi kat sini mana nak jumpa bunga tuh..ada ke jual kat pasar? tak tahu le..Ana buat ni guna pewarna kuning je, ulam-ulaman pun ada yang ala kadar je....jadila, lepaskan perasaan nak makan tu kan..Alhamdulillah rasanya boleh tahan sedap..hehe..tapi takdela sesedap ibunda kita masak..:(..tu la, bila balik kampung bukannya nak belajar buat..tahu makan jer..nasib badan..

Kat sini Ana letak resepi Nasi Kerabu Keluarga Ana..lepas bersms & ber'call' dengan kakak, maka dikongsikan pula kat sini, mana tahu ada yang nak cuba..


Resepi Nasi Kerabu Anna
Sumber : Anna Qawina & family

NASI :
  • Basuh beras macam biasa & tambahkan air secukupnya, letak sedikit pewarna kuning, kacau-kacau bagi sekata, biar hingga nasi tanak.

ULAM-ULAMAN :
  • daun kesom
  • daun serai kayu
  • timun
  • bunga kantan
  • tauge
  • kacang panjang
  • kubis
  • dan lain-lain, terpulangle...

**semua bahan dihiris halus/cingcang halus, kecuali taugeh..

SAMBAL KELAPA:
  • kelapa parut
  • 5 ulas bawgan merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btg serai
  • 3 ekor ikan rebus
  • lada hitam
  • gula, 
  • garam

CARA :
  • goreng kelapa tanpa minyak sampai keperangan & sedikit garing, rasa dgn tangan, kalau dah rapuh bolehla angkat.
  • tumbuk kelapa goreng tadi, ketepikan.
  • tumbuk semua bahan lain kecuali serai, garam & gula sehingga halus.
  • Ikan rebus juga boleh kalau nak tumbuk, lebih sedap sebab halus teksturnya.
  • Campurkan bahan-bahan ditumbuk tadi ke dalam mangkuk & gaulkan gula & garam. Secukup rasa.
  • Sekiranya smbal yang dibuat banyak & nak tahn lama, bahan2 yang dah siap gaul tadi boleh dogoreng tanpa minyak sekali lagi sampi sedikit garing, angkat & simpan dalam bekas..bila-bila masa boleh guna.

SAMBAL TUMIS :

  • 6 ulas bwg merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sdb cili kering kisar
  • 1 btg serai diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 1 cwn santan pekat 
  • Air secukupnya..bergantung kepekatan yang diingini
  • *jika suka..sedikit gula melaka
  • garam
  • gula

CARA :
  • Satukan semua bahan & kacau sentiasa di atas api sederhana, jangan sampai  berketul.
  • Kacau sehingga santan pekat & pecah minyak (nampak berminyak sikit). Sentiasa kacau & ini akan mengambil sedikit masa sebab guna api perlahan.
  • Angkat & sejukkan

BUDU :
  • Beli jela budu dalam botol tu, takyah susah2 nak bikin sendiri ek..hihi.
  • Kalau nak sedap, masak sekejap budu di dalam periuk, masukkan serai yang diketuk, tambahkan sedikit gula melaka..dah sejuk bolehla di simpan & tahan lama tu.

CARA-CARA NAK MAKAN :
  • Sendukkan nasi ke dalam pinggan, letakkan ulam-ulaman atas nasi tu, letak pula sambal kelapa, siram sambal tumis, dan yang paling penting dalam nasi kerabu ialah budu, letakle banyak mana yang anda suka..
  • Makan bersama keropok goreng, solok lada, ikan celup tepung, ayam/daging bakar, telur masin dsbnya...
  • Selepas itu, bacalah DOA makan (tau kan doa tu??) hehe..dahtu makanle...
**Seeloknya, sediakan sambal kelapa & sambal tumis serta budu masak sehari sebelumnya, bila nak makan, cuma masak nasi & potong ulam-ulaman sahaja..**

11 Februari, 2011

BINGKA ROTI MAS

Jom minum petang dengan bingka roti ni...sedap wei..lemak-lemak & kurang manis, cuma anak-anak tak gemar lak, takpe, nanti nak sorok semua biskut & roti hatta serdak2 segala kudap-kudapan sekalipun, nak biar bingka ni je atas meja makan, gerenti diaoarang makan punyala kan..hehe...ala-ala mak tiri lak aih...
 

Sebenarnya bingka ni Ana buat malam tadi, sempat makan untuk sarapan & kunyah2 sambil dok masak bekal anak tengahari tadi..rasanya sedap, sama macam yang orang jual tu kan..cuma yang kita buat sdri ni lebih lagi terasa kesoodaapannyee..cayalah..ewah..ewah..jom sekodeng resepi Mas nih...toceey Mas..

 
 
Bingka Roti : Mas@Duniaku
Bahan :
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur - pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 /2 sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100 ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  •  
Cara membuatnya :
  1. Carik - carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
  2. Satukan susu segar / susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
  3. Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila dan gula pasir. Kacau sebati.
  4. Jika ada bekas bingka, tuang kedalam bekas bingka yang telah dilengser dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.
  5. Mas guna bekas bekas kek chiffon, (Ana guna loyang biasa jek..)Mas sapukan marjerin dan taburkan sedikit tepung gandum pada bekas kek chiffon tu dan tuang adunan bingka dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
  6. Jika atas bingka dah cantik keperangan / kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..

 

Sotong Masak Kicap dan...

....dan terima kasih buat teman2 yang sudi bertanya khabar..Alhamdulillah, dah sihat cuma adala sikit2 saki baki tu...esok lusa InsyaAllah sihat sepenuhnya kan..terima kasih juga buat Kak Nor yang datang ketuk pintu hotel Ana bawak apam pagi ni..hehe....terima kasih juga buat sesiapa yang mendoakan kesihatan Ana, moga-moga anda semua sentiasa di dalam limpah Kurnia-Nya sepanjang hayat..amin.


 

Merujuk kembali kepada gambar di atas , skema jek..sotong yang dah habis dikunyah & ditelan kami anak-beranak petang semalam..dah selalu le buat guna cara nOOrsha ni kalau nak masak kicap sotong, masak pun sekejap je, kalau lama-lama, nanti sotong jadi liat..itu memang Cik Abe Ana warning awal-awal kalau dia beli sotong bawak balik..hehe..yelah, dulu, kalau masak sotong, suka biar lama-lama, konon2nya nak bg lembut walhal makin lama atas api, makin liat haiwan  bewarna ungu tuh..

 

Sumber : nOOrsha@myresipi

Bahan-bahan ( 2 - 3 orang )

  • 3 ekor sotong (saiz besar)
  • 1 inci halia - dititik
  • 3 biji bawang putih - dititik
  • 1 batang serai - dititik
  • 5 - 7 biji cili api - dititik
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 1 cawan kicap manis
  • garam & cuka secukup rasa (cuka boleh ganti dgn air asam jawa @ asam keping)

Cara-cara

  1. Sotong dibersihkan & dipotong ikut citarasa.
  2. Tumis halia, bawang putih, cili api & serai hingga wangi.
  3. Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu sebentar hingga mendidih.
  4. Masukkan bawang yang dihiris dan sotong. Kacau selalu.
  5. Biarkan hingga bawang layu & sotong masak. Sambil tu perasakan dengan garam & sedikit cuka.
  6. **jangan biar sotong masak terlalu lama coz boleh menghilangkan rasa manis & liat bila dikunyah.

09 Februari, 2011

Diuji dengan sedikit kepayahan Duniawi

Assalamualaikum.

Terima kasih buat teman2 yang sudi berkunjung, sejak pagi tadi sempat BW ke beberapa blog kwn2 aje, yg lain tak sempat terjah, sejak semalan badan lemah je..tambah lagi selesema ni..asyik2 achhuumm...penat tau..huhu..tu blom masuk pedih mata & hidung lagi..bengkak-bengkak dah bijik mata ni..sabo ajela kan..

tanda ingatan buat anda yang mengingati..(^_^)

Sungguh banyak keluh kesah seorang manusia ni tika diuji dengan sedikit kepayahan duniawi kan....sedangkan banyak, "terlalu banyak" kesenangan yang telah kita nikmati...saat-saat inilah terus terang kupanjatkan syukur untuk segala nikmat & limpah Kurnia dari-Nya yang tak putus-putus tanpa batasan waktu...

Ingin berehat seketika daripada blog & fb, jika ada apa-apa nak kontek blh email & pon Ana yea...hihi.(macam penting jek..)..cuti sampai bila tah..entah-entah esok dah online balik..hehe..harap maaf kepada teman2 jika ada terkasar bahasa & terlebih gurau senda tahap tak sedar diri tu haa...maklum..ku cuma insan biasa..(^_^)..jumpa lagi..Wassalam

08 Februari, 2011

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS


Sempat buat muffin untuk bekal anak-anak ke sekolah petang harini..walau badan dah terasa lemah..lemau..lemon..saat-saat badan tak larat ni datang pulak makcik selesema..tapi dapur tetap kena perasapkan..masak yang mudah-mudah aje..buat muffin pun senang kan, tambah lagi guna stand mixer..lebur bahan-bahan & kacau..anak-anak pun suka..


Dah banyak minggu save rsp ni masa kak Am tayang, cadang nak buatle, tapi banyak sangat list yang menanti, sudahnya harini baru buat..hihi..sedap & lembut..gebuusss juga adaaa...


Ana buat 2 adunan sekaligus, maklumle, anak tekak banyak, cup 'Dang Gao' tuh pun besar gedabak..sedang-sedang elok dapat 16 biji..cadang untuk esok sekali, tapi tak pasti sempat ke tak, nampak sudah kepupusan tu...

Sesiapa yang nak cuba tgk resepi yer..
MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
Copy : Kak Am 
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com

Bahannya
  • 100gm butter
  • 120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
  • (*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
  • 80gm gula halus
  • 60ml susu segar/susu cair
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • **1 sudu teh baking powder** jika menggunakan tpg gandum
  • Pewarna kuning




Cara - caranya :
  • Ayakkan tepung bersama baking powder.
  • Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
  • Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
  • Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
  • Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & coklat emulco
  • Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka. *Ana gaulkan adunan coklat dengan coklat chips.
  • Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.

KEK PUDING KARAMEL

Assalamualaikum..

Saja nak kongsi menu yang Ana buat untuk buah tangan keluarga angkat ketika berkunjung ke Johor Bharu minggu lepas..salah satunya ialah Kek Puding Karamel ni, selain tu ada juga buat Kek Alunan Kasih tapi lupa nak snap gambar..kebetulan kat sana keluarga angkat ada buat kenduri doa selamat, sempena rezeki salah seorang anaknya yng sedang hamil 7 bulan, setelah 10 tahun hidup berumahtangga. Alhamdulillah, hadiah ulang tahun ke 10 bagi Kak Fadzidah yang amat berharga kan..

 

Kek Puding ni pertama kali buat, selama ni asyik buat kek karamel je, teringin lak nak try, walhal seantero dunia masak memasak sudah pun mencubanya..hihi...rasa kek? tak tahu..huhu..sebab langsung tak rasa, malu ler nak rasa, bawak utk orang, kita lak yang nak makan kan..tapi kata kaum keluarga kat sana, cukup sedap, hampir sama dgn kek Karamel juga tapi lebih puas hati sebab pudingnya yang tebal..hehe..kena buat lagi ni..

 

Ana salin balik resepi dari Yani@Myresipi

Bahan-bahan ( 20cm )

Karamel :
  • 60 gm gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air 
Puding 
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
 
Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan

Cara-cara

  • Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan. 
  • Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  • Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api. 
  • Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.  
  • Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi. 
  • Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.  
  • Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim. 
  • Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.  
  • Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik. 
  • Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.  
  • Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.) 
  • Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


07 Februari, 2011

GULUNGAN SOSEJ BERSAMA NESTUM

Assalmualaikum.

Nak update menu bekal anak-anak ke sekolah harini, buat mana yang ada dalam peti & simple eje..roti pun beli tau, tak larat nak meroti sendirian..hehe..sosej bajet le ni, belah 2, sebab kuantiti sosej tak sepadan dengan roti yang ada..haha..tapi anak-anak dah tersenyum gumbira bila balik sekolah agama tadi nampak bekal yang akan dibawa..


Okehler..kira resepi versi kita yang ado ajela ek..kala tersama dgn rsp yang korang buat harap ampun maap yer..makcik tak sengaja nak..hehe..

Bahan-bahan :
  • Roti sandwich - potong keraknya & canai nipis
  • Sosej - dicelur sekejap & belah 2
  • Planta
  • Nestum
  • Telur - dikocok sedikit
  • Minyak untuk menggoreng
 

Cara-cara :
  • Sapu roti dengan planta, letakkan sosej kemudian gulung.
  • Celupkan gulungan roti sosej tadi ke dalam telur.
  • Golekkan pula di atas nestum, kemudian goreng menggunakan api perlahan, minyk tu sikit ajer...
  • Toskan & boleh makan...

SALAM MESRA

Assalamualaikum..

Bertemu kembali, tetapi takde apa nak tayang kat sini pagi ni, hehe....kebizian yang melanda sepanjang hari ni & mungkin berlanjutan ke esok hari kot..

Sebenarnya kami sekeluarga baru balik dari cuti-cuti Malaysia ni, bukan ke mana pun..ke Johor Bharu je, melawat & menziarahi sanak saudara yng dah bertahun tak jumpa..kebetulan cuti suami Ana agak panjang, dapatla ke Johor tu..

Jadi bila baru balik dari cuti-cuti ni, paham-paham ajerla ek..nak menguruskan rumah yang tak bertangga ni amatla meyeksakan..tambah seksa seksi bila cuaca pun suram & mendung..harap-harapla kerja-kerja yang dah dirancangkan untuk hari ini berjalan dengan lancar..dengan Izin-Nya..

Kepada teman-teman & sesiapa yang menyinggah ke teratak buruk hamba ni, diucapkan jutaan terima kasih..akan ku jengah kalian bila keadaan mengizinkan..Wassalam..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...