14 Januari, 2012

Kek Karamel Tautan Kasih (Cotton cheesecake + caramel pudding)

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih buat kawan2 yang mendoakan kesihatan saya. InsyaAllah kita semua diberi kesihatan yang sebaik mungkin sepanjang hayat.

Karangan kali ini sudah saya siapkan beberapa hari yang lalu, ya..selepas kek ini siap dah edit resepi & taip ngomel2 sikit, cuma tak kesampaian nak publish & gambar pun baru dimasukkan dalam komputer semalam, kiranya harini cuma tokok tambah jela..

Gabungan kek yang sangat sedap & amat digemari kekasih2 hati saya, sape lagi encik suami & anak2la kan. Antara kek kegemaran mereka kat rumah ni adalah kek karamel & cotton soft japanese cheesecake. Maka digabungkan bersama menghasilkan kek yang amat sedap kaya dengan cheese & sejuk2 puding karamel masuk mulut, ditambah topping bluebery..alahaii..sayangnya saya cuma makan sikit je, tak silap 2 slices je..*sikit tu kan?


Adunan karamel ni saya guna versi lama & cotton cheesecake pula buat separuh adunan je & c.o.t saya tak masukkan, merigue tetap kental, biasanya kalau buat kek yang menggunakan c.o.t utk makan2 sendiri, jarang sgt letak bahan ni, tapi kalau untuk orang tempah kena letak, takut gak tak jadi kan, kali ni dah rasa confident nak share je, kot2 c.o.t tu takde dlm stok kan, boleh je buat, dengan syarat anda ada hand/stand mixer, kalau pakai lengan je tak tahu lak brp lama nak jd soft peak ya..


Sempena berubahnya kejadian kek ini, maka namanya pun saya ubah, harap empunya tuan resepi tak kisah la kan, dah jd caca marba dah resepi asal ni..Oh ya..terima kasih buat kawan2 kat FB yang seronok sangat bagi nama kat kek kita ni, macam2 nama yang gojes2 ada..segan lak, macamla gempak sangat kan..tapi kita pilih "Tautan Kasih" kerana kek ini diilhamkan oleh citarasa kekasih2 hati saya..ehehee..*dekat2 dgn cadangan nama Kak Nor SG tu.."Kek Karamel Cinta Kasih". Tq semua pencadang..(^_^)

Anda boleh juga cuba gabungkan dgn kek2 yang lain seperti Light/Slice cheesecake @ kek2 yang disukai, asalkan adunan kek itu ringan(biasanya yang ada kaedah merigue), kalau kek yang agak berat, puding karamel tersebut haruslah di bakar/kukus terlebih dahulu sebelum diletakkan adunan kek. Blh tgk kek Karamel Coklat Moist Izah Daut buat sebelum ni ya.

RESEPI KEK KARAMEL TAUTAN KASIH
Sumber asal : kek Karamel Munira & Cotton Soft Japanese Cheesecake AlmaMYR
Olahan : Anna Qawina


Loyang 6 inc.bulat (sangat sesuai dgn ketebalan puding & kek)

Bahan Gula Hangus :
  • 1 sudu besar gula pasir

*Taburkan gula dalam loyang kek, panaskan atas api sederhana, biar mencair &memenuhi dasar loyang, lenggok2kan loyang bagi rata. (blh juga guna sudu utk meratakan gula hangus ni ketika ianya masih cair ya)

Bahan Puding Karamel :
  • 1/2 tin susu cair (200ml)
  • 60 grm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur

*Kacau semua bahan puding karamel perlahan-lahan hingga sebati, jangan sampai berbuih.
*Tapiskan adunan puding ni ke dalam loyang gula hangus tadi, ketepikan.


Bahan Kek :
(A)
  • 125 grm cream cheese
  • 25 grm butter
  • 50 ml susu segar (30 ml susu cair + 20 ml air)
  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 sudu besar esen vanila / jus lemon
  • secubit garam
  • 10 grm tepung jagung
  • 30 grm tepung gandum *ayak tpg gandum 2/3 kali

(B)
  • 3 biji putih telur
  • 70 grm gula kastor
  • 1/3 sudu kecil jus lemon / 1/2 sudu teh cream of tartar *optional..Ana skip bhn ni

Cara Buat Kek :
  • Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler.
  • Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.  
  • Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon/esen vanila & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj).  
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon/c.o.t, sampai berbuih2 (foamy). (masa ni Ana tak letak c.o.t/jus lemon ya, sekadar putar putih telur semata-mata)
  • Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).   
  • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati.   
  • Bahagi adunan kek kepada 2 bahagian, 1 bahagian letak pewarna kesukaan, 1 bahagian lagi dibiarkan kosong je.
  • Sendukkan 3 sdbesar adunan kek bewarna ditepi loyang, letak lagi 3 sdbesar adunan kosong (ungu-putih-ungu-putih), cara macam ni kena buat cepat2 sebab dasar kek atas karamel tu akan membuatkan kek cepat merebak memenuhi ruang.
  • Lapisan ke 2, adunan diletakkan bertompok, sudukan 2 sdb adunan berlainan warna atas adunan yang dibawahnya (macam gambar). Buat sampai habis.


  • Bakar kek kira-kira 1 jam 10 minit dengan suhu 160-165'C, dgn cara waterbath,  menggunakan api bawah sahaja selama 1 jam & kemudian api atas bawah untuk 10 minit terakhir *Blh juga guna api atas bawah sepenuhnya.
  • Suhu & masa yang digunakan bergantung kepada oven masing2 
  • Biarkan kek didalam loyang selama 20 minit-30 minit kemudian sisip tepi loyang agar semua bahagian puding & kek renggang sepenuhnya, terbalikkan atas papan kek, tunggu sejuk kemudian bolehla disapu blueberry topping.
TOPPING BLUEBERRY By AlongRoz
*Optional..kalau tak letak topping pun kek ni dah secukup rasa sedapnya.
  • 1/2 tsp Gelatin Halal / Serbuk agar2
  • 15 ml Air
  • 75 g Blueberry filling
Cara-cara :
  • campurkan gelatin/agar2 dgn air. 
  • Panaskan sebentar & campurkan blueberry. 
  • Sapukan ke atas kek yang dah sejuk & sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.
sila...sila..<_______>

 SELAMAT MENCUBA..

13 Januari, 2012

KEK GULA HANGUS~Anymz Kitchen~

 Assalamualaikum
Harini saya tak sihat tapi nak jugak masuk sini, jenguk2 apa yang patut. Terima kasih buat yang datang menjengah. Sekadar menempek menu yang dah luput dari bayangan mata ni, bila ya buat kek ni, Ana sendiri pun dah lupa. N3 ni pun dah edit sesiap beberapa hari lalu. Terima kasih buat Kak Anim yang share respi dari kawan beliau, & trimas buat Izah juga kerana sudi menjawab mesej berkaitan kek ni...syyhhh!! rahsia tau..


Kek ni tak perlu perap..apa2pun tetap sedap tau..tetap ada rongga..meh semak resepi & jangan lupa cuba buat.



Sumber : Kak Ana & Kak Anymz


*Sukatan menggunakan gelas/cawan 250ml
Bahan2 :
  • 1 gelas gula
  • 1 gelas air

*1 gelas gula di jadikan gula hangus dan masukkan
1 gelas air.hati2 dengan gula yang panas waktu masukkan air

  • 3/4 tin susu pekat-boleh kurangkan ke 1/2 tin
  • 1 gelas tepung
  • 5 biji telur
  • 4 sudu makan margerin *izah guna butter
  • 2 sk soda bikarbonat

Cara
  • Alas acuan dengan kertas
  • Lenser acuan dengan margerin-ketepikan
  • Pukul margerin dengan telur hingga sebati
  • Masukkan susu dan masukkan gula hangus tadi
  • Akhir sekali masukkan tepung dan soda bikarbonat
  • Kacau sebati.
  • Bakar pada suhu 170 selama lebih kurang 1 jam
  • **Adunan kek ni memang cair, tak usah risau k..
Selamat mencuba & akan sedaya upaya membalas kunjungan kawan2 kemudian nanti..Doakan saya sentiasa sihat ya..(^_^)

08 Januari, 2012

MARBLE CHEESE BROWNIES


Assalamualaikum w.b.t

Selamat menikmati hujung minggu yang tenang & damai sambil bergembira bersama keluarga. Tayangan ala kadar dari dapur yang penuh khazanah bermakna ni..hehe..Brownies ni buat sebab rasa macam nak makan je, & nak habiskan stok cream cheese yang ngam2 utk resepi ni..tapi rasa cheese tu memang dah sedap lah, lenkali kalau nak buat mungkin kena kurangkan gula kot. Encik boss kata agak manis, hmm memang beliau seorang yang tak suka manis2, tapi hepi ending je bila anak2 suka pulun nih..heee


Cuma brownies kita kurang cun lah..huhu..tersilap guna loyang, nampak lain macam je. Masa nak potong pun lupa nak celup pisau dgn air panas, sememeh lak cheese tu kan..Nak tgk yang lawa blh tgk kat dapo Kak Nor & Kak Rinchan..hehe..Nonie pun ada buat ni, dah ramai la yg cuba kan tp pc ni tak blh nk lari laju2 cari link..takat 2 tab je boleh..haha..

MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: Rinnchan
sumber C & P: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan Brownies :
  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonate
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.  




Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



SALAM MESRA DI ANGIN LALU...(^_^)

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...