02 Februari, 2011

Lucky Giveaway by Littleimie



Syarat2nya simple saja: nak tahu lebih lanjut klik  ===>>LITTLEIMIE

GA lagi..kali ni anjuran Little Imie..

tuah ayam nampak di kaki,
tuah kita tak tahu lagi..
ada nanti rezeki, 
tak ada beli sendiri..hihi

Tag :




    " Hsue Craft 2011 Giveaway "




    Jom join GA ni lak..anjuran Hsue Craft

    Menarik sangat kraftangan yang beliau buat, menarik jugakla hadiahnya..seronoknya.....jom la join...kalau ada rezeki kira hadiah itu untuk kami suami isteri yang akan sambut anniversary ke 9 tahun pada bulan Febuari ini..Amin

    Syarat2 & keterangan lanjut blh tgk sini ----->>>>HSUE CRAFT 2011 GIVEWAY

    Fashion Bag Lucky Draw

     HANA KIRANA GA...

    Fashion Bag Lucky Draw


     Jom ikut serta GA ke 2 Hana Kirana 

    Cantik kan beg kat atas tu? Bertuahnya kalau dapat hadiah beg cantik ni kan...kalau ada rezeki dapatle..kalau tak kenala beli sendiri..hehe.. jomle ramai-ramai sertai GA ke 2 blog Hana Kirana ni..ada rezeki bertuahla kita..nak tahu lebih lanjut kena klik kat SINI ==>> Hana Kirana & Contest

    Syarat-Syarat:

    1. Blogger beralamat di Malaysia..kat Malaysia dah ni...
    2. Follower Penganjur - ke 161
    3. Follower Penaja Saguhati - ke 86
    4. Letak banner - Dah
    5. Letak link - dah

    Tarikh tutup GA : 18.02.2011

    Terima kasih...

    01 Februari, 2011

    AWOKPENYU.KIDZ GIVEAWAY

    Nak cuba nasib kat sini lak..pasti hdiah menarik dari kedainya untuk pemenang..hehe
    Blog yng ceria..anak-anak suka tgh header dia...maklum..kartoon kegemaran..haha




    Syarat-syarat penyertaan: MUDAH SAHAJA! tgk SINI


    Suka nak war-warkan GA dari mama aiman nih, sempena pembukaan kedai onlinenya ..pasti hadiah yang keluar nanti hebat-hebat dari kedainya..kalau tgk kedai onlinenya sungguh mengujakan, cantik2 barang yang dijual..mana tahu mula-mula dapat hadiah GA, pastu berkenan  & puas hati boleh beli kan..hehe..
    Jom ramai-ramai men'joinkan' diri anda..hihi..mana tahu bertuah & rezeki berpihak kepada kita kan..(",)

    My First Blog Giveaway

    Nak menjoinkan diri gakla...mana tahu ada rezeki & tambah kenalan di alam maya nih..heee



    Syarat2 & habuannya ada kat blog ni..Rainbow Chick Resources

    Jom join sebelum 28th February 2011, 11.59 MYT (GMT +8)
    Sama-sama join!!....terima kasih

    BASIC DOUGH BUN ~ berbagai-bagai~

    Assalamualaikum 
     
    Roti-roti yang buat untuk sarapan hari Sabtu konon2nya, tapi petang Jumaat dah habis, tapi malam tadi buat lagi, memang sedap resepi Kak Nor ni..Ana buat kaler hijau, letak perasa pandan sikit & letak inti kelapa. Separuh lgi letak inti sardin, lebihan lauk malam sebelumnya..hehe..tkbaik membazir kan.. Adam suka sangatla makan roti inti ni....

    Inti sardin..baru keluar oven tuu..
    Resepi ni boleh dipelbagaikan, nak kaler apa pun bolehla..

    Bun pandan inti kelapa
    isi dalamnya..nyum..nyum..
    Yang buat petang semalam ada terxcident sikit..hihi...pastu tmbh tepung, uli2, bila mask keras lak..tapi ok jela cicah air..haha..sendiri bikin sendiri nak makan kan..hantam sajala wahai labu..

    ala-ala marble bluebery dengan pewarna purple..

    tolong jangan gelak!! hahaaa..adeesss..tah hape2 bentuk dah tu..

    Kali ni Ana letak lagi sekali resepi mudah & boleh pelbagaikan bentuk & rasa ni kat sini..cuma btk2 & cara serta filling & topping tu masing-masing punya citarasa la yea..kepada Kak Nor, halalkan Ana copy & sebar2kan rsp ni ek..

    BASIC DOUGH BUN 
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Sumber Resepi : Kak Nor@Secubitgaram
    doh:
     
    380gm tepung high protein (tpg roti)
    3 sudu besar susu tepung
    80gm gula castor
    3 sudu kecil yis segera
    1 bj telur A
    100ml air
    1/2 sudu kecil garam
    30gm butter
    30gm shortening

    CARA-CARA :

    Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
    1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
    2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
    3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
    4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
    5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
    6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
    7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
    8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
    9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
    10. Ambil sebiji doh dan canai nipis. @ bentukkan ikut suka anda 
    11. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter. 
    12. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda. 
    13. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar. (Ana tak buat)
    14. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
     
    Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
    1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
    2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
    3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
    4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
    5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
    6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
    7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no 8 dan seterusnya.

    Water Roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
    1. 50gm tepung gandum
    2. 250ml air
    Cara :
    1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
    2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
    3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
    4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
    5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
     ~SELAMAT MENCUBA ~

    Menang GA Ayeen's Craft

    MOOD : SUKA HATI..lalalaaa...sebab menang GA anjuran Ayeen Craft..hehe..Alhamdulillah
    Hepi le sebab 1st time menang GA (PACK CRAFT A)  walaupun tak banyak join GA sbb tak sempat nak buat n3..hihi..

    nak tgk produk2 craft yang dia buat boleh tgk kat blog dia yang kreatif ni Ayeen's Craft

    Ini n3 kat blog Ayeen

    mengumumkan...jen..jen..jen..

    Assalamualaikum dan hello semua..

    pasti semua tertunggu-tunggu, mana la pengumuman pemenang ni...

    sebenarnya ayeen pon pening nak buat keputusan, ehehehe...setelah mengambil masa lebih seminggu membelek blog kamu semua ( maafkan broadband yg slow mcm siput sedut..uhukss)
    ni ayeen umumkan pemenang untuk kreatif entry utk tiap2 hadiah..

    untuk Pack Craft A - tahniah untuk
    Nia
    * Nia ni siap buat iklan lagi utk ayeen..pastu pic yg dia edit tu memang ayeen suka sgt..tenkiu eh

    untuk Pack Cute B - tahniah untuk
    Ifa
    * Ifa ni pon buat ayeen kagum sgt..siap berpantun bagai, then pink awak sgt awesome...

    untuk pemenang bertuah, yg ni ayeen guna kan khidmat mak ayeen, kira buat cabutan bertuah..ayeen asingkan nama ikut pilihan hadiah kamu, pada yg tak nyatakan hadiah tu, ayeen ikut jer naluri hati yer...kalau tersilap, nasib la sila redha( maaf la lupa nak amek gambar sesi tu, teruja yuuu...=))

    ni pemenang nya;

    untuk Pack Craft A - 
    AnnaQawina

    untuk Pack Cute B -
    Emi

    tahniah naa semua, sila la kontek ayeen melalui email ayeen pinklicious4355@yahoo.com

    yg tak berjaya jgn putus asa dan putus sahabat dgn ayeen lak...ehehehe...insyaAllah, kalau ada rezeki ayeen akan wat lg giveaway...
     
     
    Berdebar-debar lak nak tunggu hadiahnya yang pasti kretif tuh..huhu..T.kasih Ayeen..

    31 Januari, 2011

    KUIH KETAYAP

    Sarapan pagi tadi..anak-anak suka, lagipun dah lama diaorang mintak, lepas makan kuih ni yang ayahnya beli, terus cakap, nanti Ummi buat kuih ni ye..sedap.. dah begitu lama peram resepi yang ambik masa Mas tayang dulu, baru harini keluar kat dapo nih..kekeke..


    Terima kasih ye Mas & tuan punya rsp..tempek sini lak, nanti nak buat lagi lain kali..

    Kuih Ketayap
    Copy : Mas
    Sumber : Kak AnIzahKak Hana

    Bahan :
    • *1 biji telur
    • *2 cawan tepung gandum
    • *1/2 sudu teh garam
    • *2 cawan air
    • *1 sudu besar air pandan
    • *sedikit pewarna hijau
    • minyak untuk mendadar

    Cara :
    1. Blend semua bahan yg bertanda *.
    2. Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
    3. Angkat. Masukkan inti kelapa dan gulung.
    4. Siap dihidang.
     RESEPI INTI KELAPA

    INTI KELAPA

    Dah 2 hari buat inti kelapa ni, buat siap-siap, senang nak guna letak dalam roti & kuih ketayap..tapi yang ni agak kurang gelap warnanya, lain kali kena letak gula melaka lebih sikit.

    Saja letak kat sini sebab ada kawan nak tahu cara buat inti ni,(Ana pun tak tahu sblm ni..hehe) Izah..halalkan yea..

    Inti Kelapa
    Sumber: Izah
    Bahan :
    • 1 biji kelapa parut
    • setengah ketul gula kabung..Ana guna gula melaka 1 keping
    • 3 sudu gula pasir
    • setengah cawan air
    • 2 helai daun pandan
    Caranya:
    •  Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. Angkat dan sejukkan.

    Snow White jadi Bawang Putih Bawang Merah??

    Assalamualaikum

    Sejuknya harini, hujan je sejak semalam, sekarang baru berhenti..Alhamdulillah dapatla keluarkan kain baju yang dah  bergayut-gayutan kat ampaian tak rasmi dalam rumah..hehe..


    Sekadar tayangan menu sarapan pagi semalam ni, tapi bila letak kaler merah tu tangan gatal je nak tuang, maka terlebih merah le, tak jadi snow white dah, ala-ala Hikayat Bawang Putih Bawang Merah ni..


    Saja letak dalam paper cup sebab nak bagi kuih ni naik merekah, cantik & lembut le..tapi Ana terlebih perap, adala dalam 2 jam sebab terlupa ada apam sedang diperam, tupun nasib baik Cik Abe mintak air kopi, pergi dapur nak bancuh air teringat kat apam yang belum dikukus..aduuuii..dah tengah malam baru nak mengukus, sudahnya jam 1.30 pagi bru siap..bila masak, elok je naiknya..

    Sedap makan dengan kelapa parut kukus..Resepi ambil kat MYR..buat separuh adunan je dah banyak..resepi lebih kurang apam nasi/apam beras salju tu kan..

    Apam Snow White
    Resepi : qnq0910@Myresepi.com

    Bahan-bahan ( 5 orang makan )
    • 3 cawan tepung beras
    • 1 cawan tepung gandum
    • 2 cawan gula pasir
    • 1 packet mauripan@ibu roti
    • 2 cawan nasi
    • 3 cawan air

     

    Cara-cara

    1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
    2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
    3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
    4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
    5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...  
    6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
    7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. 
    8. Ana masukkan pewarna sebelum kukus & letak dalam papercup, tak payah sapu acuan dengan minyak.
    Selamat mencuba..

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...