09 Mei, 2013

KEK COKLAT MOIST 'HANA'

Assalamualaikum.
 
Kek coklat resepi Hana pulak. Macam2 versi resepi kek coklat ni, sebab tu letak nama empunya resepi kat tajuk, senang nak ingat. Boleh cuba kalau terasa nak makan tu, kek ni juga Ana kirimkan untuk mak ayah masa adik balik mengundi tempohari. Alhamdulillah licin bukan mak ayah yang makan, tapi adik2 & anak buah yang lebih, orang tua Ana mana gemar kan kek coklat ni, kecuali MIL Ana..hehe..lama tak buat kek untuk MIL, dia suka kek coklat. InsyaAllah ada kelapangan waktu nak balik kampung akan kubuatkan khas tuk MIL tersayang..


Buat 1 resepi dapat 2 biji saiz 7 inc, sebiji untuk makan2..sekelip mata licin, lapar sangat gamaknya budak2 ni..heehee. Hana, share resepi kat sini ya, tq cekgu..SELAMAT HARI GURU BUAT HANA & SEMUA GURU SELURUH ALAM..hehe


Jom semak resepi. Untuk topping ganache tu Ana tuang ala kadar jela, tengok Hana buat cantik 2 layer gitu, sape2 nak idea deco kek boleh tiru cara Hana tu ya...berdasarkan pengalaman mencuba topping ganache untuk jualan, guna fresh cream lebih cantik hasilnya. Tapi kalau nak budget eloklah guna susu cair ya, tapi sukatan mesti kurang dari resepi yang guna whipp.cream@freshcream. Biasanya freshcream Ana guna brand VIVO. Tulisan bewarna merah Hana rajin sangat bagi kita sesiap sukatan untuk separuh adunan. Terima kasih Cikgu....

RESEPI KEK COKLAT MOIST (HANA)
Sumber : Hana's Family
Kek Coklat Moist AnnaQawina

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 5 biji telur gred A - 3 biji gred B
  • 2 cawan tepung superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn
  • 1 cawan serbuk koko - 1/2 cwn
  • 2 cawan gula halus - 1 cwn
  • 1 1/4 cawan susu pekat - 1/2 cwn + 1sb
  • 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn
  • 1 1/2 cawan minyak - 3/4 cwn
  • 1 1/2 baking powder - 1sk
  • 1 sk soda bikarbonat - 1sk
  • 1 sk esen vanila - 1sk
  • 1 sk garam - secubit
Bahan Topping @ Ganache Coklat
  • 100ml whipping cream/fresh cream
  • 250g coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat)
  • 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)
Cara-cara
  • Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan.
  • Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa)
  • Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak.
  • Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170.
  • Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.
  • Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang.
 
  • Nota Hana : Untuk topping coklat seperti gambar(rujuk blog Hana), hana curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek hana buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache hana simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh hana buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.
**NOTA KEYBOARD : JANGAN LUPA SINGGAH ANNABAKED@HOME YA**

Selamat mencuba

08 Mei, 2013

CREAM PUFF INTI KASTARD

Assalamualaikum..

Salam sejahtera  salam ceria..moga sentiasa sihat walafiat hendaknya semua yang bertandang ke sini.
Cuaca redup, mudah-mudahan petang2 nanti takde hujan ribut macam hari2 sebelum ni InsyaAllah.

Harini Ana kongsikan 1 resepi cream puff yang rasanya menepati selera la..Sebenarnya untuk jualan Ana guna resepi dari kelas, bila google2 resepi puff ni sebenarnya lebih kurang sama je bahan2 dan kaedahnya, kita kalau nak tahu mana yang bagus kenala cuba2 sendiri kan, mana boleh dengar2 je..macam-macam resepi cuba dulu buat sikit2, kalau dah jumpa yang serasi dengan selera, ambik jela resepi tu tak payah nak guna resepi lain dah, kecuali masa banyak terluang nak cuba2, takde masalah la ye..terpulang.

Resepi Cream Puff ni Ana jumpa dalam blog Cik Epal, waahh baca resepinya boleh tahan, bagi Ana 90% resepi ni sama dengan resepi kelas, 10% lagi berbeza siikiit je termasuk untuk resepi inti tu..untuk inti@filling kastard pon Ana dah pernah guna resepi ni Alhamdulillah menjadi elok. Perbezaan yg sedikit amat tu takkan menjejaskan cream puff anda..Tak percaya, cubalah dulu..
Saiz yang saya buat ni kecik2 je, kebanyakan yang tempah taknak besar2, untuk jamuan memang lagi bagus buat saiz mini kan, makan pun skali 2 kali gigit dah habis..
Taburan gula icing atas cream puff tu, lagi bagus jika guna 'Snow Icing' @ 'Donut Dusting", gula serbuk yang halus dan tak semanis icing biasa kita guna buat buttercream tu. Daya tahan pun lebih lama kalau kita tabur atas kek dan kuih muih kita, jadi nampak cantik sikitla bila display kan..hehe (walhal takdela cantik mana pun cream puff ni..). Resepi inti kastard pula ada 2, gunalah mana2 yg anda suka..

RESEPI CREAM PUFF (EDIT 8 MEI 2013 : 4:30PM)
Sumber : Cik EPAL

Bahan-bahan :
  • 125grm butter
  • 1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
  • 150grm tepung gandum  *diayak bersama garam
  • secubit garam
  • 4 biji telur
  • 1 sdk esen vanila

Cara-Cara :
  • Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
  • Masukkan tepung gandum bersama garam
  • Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
  • Tutup api dan masukkan ke dalam mixer.
  • Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
  • Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
  • Masukkan juga esen vanila.
  • Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. 
  • Alas loyang dengan butter/paper/alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
  • Buat sehingga habis, spray/sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. 
  • Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20-25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
  • "On" kipas oven jika ada.
  • Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.

RESEPI INTI KASTARD

Bahan-bahan :
  • 2 sdb tepung jagung
  • 2 sdb tepung kastard
  • 1 1/2 cawan susu segar *boleh guna susu cair dengan air -( 1 : 1)*lebih sedap
  • 2 biji telur
  • 1/2 - 1sdk esen vanila
  • 3 sdb gula (boleh ditambah kerana inti ni kurang manis)

Cara-cara :
  • Satukan semua bahan di dalam periuk, kacau dengan api sederhana sehingga masak, likat & meletup-letup(mendidih)
  • Inti boleh digunakan.

RESEPI INTI KASTARD (Tanpa Telur)
Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla

Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
  • *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.
Cara menyediakan Cream Puff
  • Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
  • paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
  • Tabur gula icing diatasnya.
  • Jemput makaaannn.. 
>SELAMAT MENCUBA<
 NAK ORDER SILAKAN, HUBUNGI ANA DITALIAN 0193004358

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...