13 Ogos, 2010

MUFFIN DURIAN

Lebihan isi durian yang Ana dapat dari kampung, Bonda Ana yang kirim, puasa2 ni mana ada selera nak makan durian, beberapa hari lepas tengok Mas buat, katanya ambik kat Hana, katanya jugak resepi asal dari Mat Gebu...Jom layan... 

Semerbak bau durian, Ana buat pun dah dekat2 nak berbuka, ngam2 masak tu, dah boleh makan untuk berbuka, kelakar gak buka pose ngan muffin...

Rasa muffin ni?? Rasa durian le, dapat dalam 9 biji, sempat bagi jiran 2 biji...sedekah tu...gebu memang gebu..dah abes pon...Meh layan resepi nih..

Resepi Ana copy dari Mas...TengQ Mas..


Bahan-bahan
  • 125 g mentega
  • 100 g gula halus
  • 2 biji telur gred A + 1 kuning telur *Ana guna 3 biji telur saiz B
  • 130 g tepung gandum*
  • 3/4 camca teh serbuk penaik* *disatukan dan diayak
  • 20 ml susu segar *Ana guna susu cair
  • 70 g isi durian
  • 30 g hazelnut, dicincang kasar

Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Masukkan cincangan hazelnut, dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dgn walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak..
  4. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai. 
## Setelah masak, biarkan sekejap muffin tu dalam oven, hasilnya muffin takkan turun/mendap. ##

11 Ogos, 2010

SAGU GULA MELAKA

Awal-awal lagi memang dah target nak buat kuih ni, lama dah tak makan, Alhamdulillah dapat buat dengan jayanya untuk hidangan berbuka. Kebetulan pulak Cik Abe Ana tak nak berbuka dengan nasi, dia nak makan kuih dulu, balik surau solat Maghrib baru makan, Ana masak sup tulang & ikan goreng je...itupun menambah2 makan, sedap ke? Ke lapo? heheh..


Ini Ana dah sejukkan & hias lebih kurang dengan nenas yang kebetulan lalu kat tepi tu.....

sumber : iluvislam
Bahan-bahan:

Sagu Merah
  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 5 titik sirap ros
Sagu Hijau**Ana tak buat ni**
  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • setitik perisa pandan
  • sedikit pewarna hijau
Sirap Gula Melaka
  • 2 ketul Gula Melaka
  • 1 cawan air
  • sedikit daun pandan
Santan Lemak Manis
  • 3 cawan santan
  • sedikit garam sedikit
  • daun pandan
Cara- cara :

Sagu Merah
  • Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan pewarna merah/sirap.
  • Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.
  • Masukkan gula. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan ke dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.
Sagu Hijau*Ana Tak Buat*
  • Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan pewarna hijau dan perisa pandan.
  • Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.
  • Masukkan gula. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.
Sirap Gula Melaka
  • Cairkan gula melaka dan air bersama2 daun pandan di atas dapur.
  • Kacau hingga semua gula melaka hancur. Tutup api.sejukkan pada suhu bilik
  • Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk
Santan Lemak Manis
  • Didihkan santan,daun pandan dan sedikit garam.
  • Kacau sentiasa untuk mengelakkan ianya pecah minyak dan berketul-ketul.Tutup api.sejukkan pada suhu bilik.
  • Masukkan dalam peti sejuk untuk menghidangkannya... masukkan sagu + air gula melaka + santan ke dalam cawan.

Cadangan hidangan : Sedap dihidangkan sejuk-sejuk

PUDING ROTI BERCHEESE

Dah dekat2 nak pose hari tu beli roti tapi terbiar lak, agaknya kurang selera dah nak makan, terbau2 je Ramadhan tu datang kan..jadi takut gak berkulat ke hapa..baik wat sesuatu kan..maka terciptalah..jeng..jeng..jeng...ini kira salah 1 menu berbuka harini le...


Heheh..nampak sememeh je kan, maklumlah belum cukup sejuk dipotong2 untuk masuk esbox..tapi Ana tak letak gula putih pun rasanya dah cukup mungkin sebab kismis & kurma tu yang bg rasa manis ditambah lemak2 keju lagi...
Resepi Ana kopipes dari Kak Madiha..halal ye kak..pose2 ni malas bebenor nak menaip..

Bahan2nya:
  • 10 keping roti
  • 2 cawan susu segar * Ana guna susu cair 1 tin + air bg cukupkan 2 cawan
  • ½ cawan gula perang (kalau suka lebih manis boleh tambah sikit lagi gula)
  • 250 grm krim cheese / 1 buku
  • 1 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla
  • raisin / buah campur untuk hiasan * Ana letak kismis & kurma, hiris2..
Caranya :-
  • sapukan butter pada loyang pembakar. susun roti dalam loyang pembakar
  • jiruskan susu segar atas roti – biarkan dalam 15 minit
  • pukul cheese, telur , gula perang + esen vanilla hingga gebu
  • tuangkan atas roti tadi.
  • Hias dengan raisin hitam /or buah campur
  • Bakar dlm oven selama 20 minit = 200 deg. (bergantung oven memasing yek)
  • Tunggu sejuk baru potong…
Eh..!! kengkawan berbuka ngan ape? Nanti nak g intai2...:))
 

PUDING MARBLE

Puding ni Ana buat sabtu lepas tapi malasnya nak upload, lgpun anak2 kurang gemar, mungkin sebab kurang manis & takde warna coklat..ada warna coklat pun sama-samar je, tak mengancam lidah diaorang kot, nak tak nak Ana jugakla dok ngap...mungkin lepas ni kena lebihkan gula & taruk serbuk koko lebih kot..lain kali try lagi kan...


Ana bekukan dalam acuan kecil2, senang nak makan, sorang sebiji takyah potong2 dah....resepi Ana kopipes dari MyResipi je..
Bahan-bahan :
  • 1 liter air
  • 10g agar-agar
  • 250g gula
  • 100g tepung kastard
  • 2 sudu kecil serbuk koko *lepas ni kena lebihkan 

Cara-cara

  • masak air bersama agar-agar dan gula hingga larut.
  • masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air. masak hingga gelegak.*jgn terus tuang je tepung kastard tu nanti berketul.
  • bahagi adunan kepada 2 dan campurkan serbuk koko pada salah satu.
  • dalam acuan, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.
  • sejukkan dan sedia untuk dimakan. lebih sedap jika diletak dalam peti ais.

TALAPIA KERISIK PEDAS

Salam pagi...puasa ke harini? hihi...pagi2 dah tayang lauk tp ini bukan lauk utk buka pose petang ni, lauk semalam la....Talapia lagi? Alahaii...tah nape Cik Abe Ana ni suka sangat beli ikan talapia sejak akhir2 nih...takkan mengidam kot..haha...

Resepi ni Ana dapat dari laman web Saji, ARSIK SIAKAP PEDAS namanya..meh kita layan, pose2 ni takleh cakap banyak, kang kering air liur lak..

BAHAN-BAHAN:
  • 1ekor ikan talapia *Saji guna ikan siakap
  • 5 biji limau nipis
  • 2 batang serai (tumbuk)                        
BAHAN KISAR:
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering
  • 10 gm cili padi                   
BAHAN B:
  • Sehelai daun kunyit
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 50 gm kerisik
  • 50 gm santan
 CARA MENYEDIAKAN:
  • Perapkan ikan siakap dengan air limau nipis dan serai selama setengah jam.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.*Ana salutkan ikan dengan sedikit tepung jagung
  • Tumiskan bahan kisar dan B hingga naik bau. Masukkan santan dan kerisik ke dalam tumisan tadi.
  • Tuangkan bahan tumis tadi di atas ikan.
Dah siap bolehla buat berbuka puasa yek...(",)

10 Ogos, 2010

"AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN"

"AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN" Ramadhan bulan mulia yang didalamnya ALLAH sediakan pelbagai keistimewaan. Pada awalnya RAHMAT, pertengahannya KEAMPUNAN dan akhirnya PELEPASAN DARIPADA API NERAKA.  

~SALAM RAMADHAN~

DIKESEMPATAN INI JUGA ANA MOHON AMPUN MAAF SEKIRANYA TERDAPAT KEKHILAFAN DALAM MENUTUR BAIT BICARA, SESUNGGUHNYA INILAH BULAN PENUH BERKAT &  BULAN PENYUCIAN JIWA..


Dah hafal niat pose? Ni Ana lampirkan, bolehla bagi anak2 baca yea..

SeLaMaT MeNjAlAnI IbAdAh PuAsA (",)

TALAPIA 3 RASA BAGAN

Assalamualaikum teman2...maaf dah banyak hari tak sempat nak masukkan n3, maklumlah dah nak puasa ni kena buat persiapan sikit-sikit, baju raya kena beli awal-awal, takut penat lak kang nak beli time pose kan? Pagi ni Ana nak tunjuk menu tengahari kelmarin..dapat idea masak2 kalau tak buka blog mestilah kat majalah, ini Ana salin dari majalah SDK Julai 2010.. 

 

Bahan bahan :
  • 1 ekor ikan Talapia..*resepi asal guna ikan siakap
  • 3 ulas bawang merah * kisar
  • 4 ulas bawang putih * kisar
  • 40 gm cili kering * kisar
  • 1 batang serai -diketuk
  • 10 biji cili padi - diketuk
  • 2 cm halia - dihiris halus
  • 3 helai daun limau purut..Ana takde jadi letak daun kunyit je
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar air limau nipis
  • 1 cawan tepung jagung
  • garam & gula
  • Minyak utk menggoreng
Cara-cara :
  • Lumur ikan dengan tepung jagung. Kemudian goreng ikan tersebut hingga garing.
  • Angkat & hidangkan di atas pinggan.
SOS :
  • Tumis bahan2 kisar bersama serai & halia hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan daun limau, cili padi, sos tiram & air limau nipis.
  • Campurkan sedikit air ke dalam bahan tersebut. Masukkan garam & gula secukupnya. Kemudian tunggu hingga ia mendidih.
  • Akhir sekali, curahkan sos yang sudah masak ke atas ikan yang dah digoreng tadi.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...