08 Mac, 2011

KEK LAPIS BARNSBERRY STRAWBERRY

 Assalamualaikum w.b.t

Wah..apa nak buat hari hujan ni eh? Malas bebenor nak masuk dapur & dobi...hihi...nak update blog pun malas sikit, tapi pagi2 sambil ke hulu ke hilir buat kerja sikit, sempatle merewang dapo orang, teropong apa yg patut..hehe...

Kek lapis versi bakar yang pertama kali Ana buat..nampak menawan kalbu kat rumah nOOrsha tu, tapi kita buat tak nampak sangat berlapisnya, kena berguru dulu ngan tokey kek lapis dari Sarawak ni kot..hehe...anak-anak suka pulak makan kek ni, tak rasa manis sangat, sedang-sedang aje..sekarang ini kek lapis udah abes la..


Resepi asal Kek Lapis Oreo/Cadbury..tapi Ana letak coklat Barnsberry perasa strawberry yang budak-budak suka makan tu..pastu tukar nama sikitla kan...pertama kali cuba, rasanya dah ok cuma tang layer tu ada yang nampak tak kering sgt lapisannya,  Ana dah letak lapisan lain, jadi garisan lapis tu tak clear sangat kan? ke apa komen sifu kek lapis kita?..komen sikit..sikit je..*sbb aku tau ko mesti komen panjang berjela punyalah*..mueheheheee...


Resepi : Ana buat separuh adunan

Sumber : Cik Mat Gebu, Bro Rozzan
Copy : nOOrsha

BAHAN2
  • 500 g mentega
  • 10 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor @ gula pasir
  • 100 g biskut marie, kisar halus
  • 50 g serbuk santan @ coffeemate @ susu tepung..Ana guna coffemate
  • 100 g susu pekat manis
  • 180 g tepung gandum
  • Biskut oreo secukupnya, dibuang cream..Ana guna coklat susu strawberry

Cara2 

1.Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
2.Pada speed sederhana, masukkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan @ coffeemate @ susu tepung dan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
3.Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (aku guna kaler pink dan warna asal - putih).
4.Letak sesenduk adunan pink, bakar dengan api grill pasa suhu 180C selama kurang lebih 5 minit. Bakar lagi satu lapisan kaler pink hingga masak.
5.Selang seli kan dengan warna putih. Lepas lapisan ke lima boleh disusun biskut oreo tadi. buat hingga siap...
6. Untuk mendapatkan kek berlapis seperti dalam gambar, lapisan adalah seperti berikut:


Lapisan 1 - Pink
Lapisan 2 - Pink
Lapisan 3 - Pink
Lapisan 4 - Putih
Lapisan 5 - Putih + biskut oreo/coklat
Lapisan 6 - Putih
Lapisan 7 - Putih + Biskut Oreo/coklat
Lapisan 8 - Putih
Lapisan 9 - Pink
Lapisan 10 -Pink
Lapisan 11 - Pink + Biskut Oreo/coklat

info : nOOrsha..10Q nOOrsha

07 Mac, 2011

PUMPKIN BREAD

Assalamualaikum..

Dah sarapan untuk pagi Isnin ke? Takkan teguk air je kot..hehe..pagi2 kena ambil sarapan untuk badan & minda yang sihat...ok..pagi ni kami sarapan biskut & donut aje..roti pun ada tapi tak sempat nak jamah lagi, hai..banyakle menu sampai tak sempat nak sentuh kan..

Semalam Ana ada cuba buat roti guna resepi asal English Bread tu & tak letak water roux pun, tapi tambah labu yang dah rebus..masuk semua sekali dalam BM termasuk labu tu, sekali siap, cair nak pegang pun tak boleh..adeehh...cepat2 sukat tepung tambah dalam adunan tu & ON BM semula, dah siap pun masih tak kenyal tapi lebih baik dari sebelumnya kan, nak masukkan dalam loyang kena guna senduk..hehe..tak payah nak tumbuk2 doh tu, sebab tak boleh nak tumbuk, nak uli nak bentuk...heheh..cuma biar ia naik 2 kali ganda & terus bakar..


Alhamdulillah bila dah masak, roti tu menjadi elok, lembut lak tu..bila makan cepat kenyang..hehe..rasanya serat labu tu kot yang lebih mengenyangkan perut kita..lain kali kalau nak tambah labu kena letak sikit je kot..masa membakar tu roti tak nampak sangat naiknya, bila siap...ok je..


Anak sulung Ana, Adam ni suka makan dengan kaya, Hannah lak makan gitu je, taknak sapu apa-apa..yang 2 lagi langsung taknak kalau roti tu bewarna selain putih..macam-macam..


Adunan roti tu macam resepi asal, cuma Ana letak 200 grm labu yang dah lenyek, kemudian tambah 100 grm tepung gandum lagi..banyak gak dapat..rasa roti ni tawar,maklumlah tepung tu kan banyak, sesuai makan dengan kaya..berani cuba? cubalah!! Hahaha...*gelak pagi

06 Mac, 2011

BANANA BANANA BREAD

 Assalamualaikum w.b.t.

 

Apa khabar teman2 di hari minggu ni yer? Ada yang plan ronda-ronda taman tasik ke..zoo ke..ke pantai ke..takpun Pantai Dalam je kot, maklumle, kat kotaraya ni pantai tu jela kan..hehe..Petang semalam ketika suami & anak-anak bujang Ana ke Masjid Sri Petaling, ada projek yang dibuat kat dapur..sekadar mencuba resepi baru ni & buat donut mayo lagi untuk stok bekal anak-anak sekolah minggu ni..maklumle ada lebih masa sikit, petang Sabtu & Ahad memang Ana jarang masak, makan tengahari je, malam akan makan yang ringan2 jela..pagi minggu pun sekarang ni jarang dah masak sarapan, suami akan beli kat kedai je, konon-kononnya cuti jugakla masak sarapan..hehe..tengahari kenala masak, kecuali kalau keluar mana-mana, semua lebur & labur kat kedai jela kan..

Ni kek ke roti? Tahle..bila gigit rasa pisang, gigit lagi rasa pisang..takde tempat yang gigit tu tak rasa pisang, maklumle kemain banyak guna pisang..naik lenguh gak nak lenyek poisang..ops..pisang apa tah yang Ana guna nih, dah masak ranum tau tapi kulit luarnya kekal hijau, isinya nampak agak pejal tapi dah tak boleh nak goreng atau buat pengat..lembik dah..cuba teka pisang apa? hihi...

Resepi ni Ana ambil kat dapo Izah yang banyak tanam pokok pisang & labu tuh..ingat nak order jela pisang ngan dia, takyah susah2 g pasar beli kan..Izah kan? hikhik...

Meh izinkan Ana kopipes kat sini lak, mana tau ada yang terpegun nak coba..cobaaannn...

BANANA BANANA BREAD

Sumber : allrecipes

Copy : Izah

Bahannya: Loyang petak 7x7 inc.

  • 2 cwn tepung serbaguna * saya guna gandum..pun sama..
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cwn butter
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 telur
  • 2 1/3 cawan pisang lecek masak ranum *saya guna pisang verangan..Ana guna pisang apa tah..hehe
  • buah-buahan kering ..saje tambah utk tabur atas adunan
  •  
  • Caranya:
  • Panaskan oven ke 175 C. * saya guna suhu 170 C. 
  • Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung, soda dan garam. *Ana ayak bersama
  • Dalam mangkuk yang lain pukul butter dengan gula hingga berkrim dan ringan.
  • Kemudian masukkan telur dan pisang lecek dan aduk hingga sebati. Masukkan adunan pisang tadi ke dalam mangkuk tepung. 
  • Aduk hingga sebati dan sekadar rata.*Adunan macam nak buat jemput2 gitu
  • Tuang ke dalam loyang yang disapu butter atau alas dengan kertas minyak. 
  • Bakar dalam  oven hingga 60 ke 65 minit. *saya bakar 55 minit je.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...