22 Julai, 2011

MUFFIN PISANG

Sesi mengemas peti ais, ternampak sesuatu yang mencurigakan, belek punya belek, rupanya PISANG!! Entah berapa hari dah suami belikan pisang ni, kalaule si dia tahu buah pisang yg dibelinya layu dalam esbox je sah2 kena dengar ceramah perdana..keekeekee..pisang tu nak letak atas meja pun rasanya budak2 dah tak kenal dah buah apa..hitam-hitam dah kulitnya..Alhamdulillah akhirnya dapat jugak di'mapin'kan untuk bekal budak2 tengahari tadi..isinya masih elok yer..masih belum ada 'makhluk lain' dok berumah dalamnya..hehe..dasat..macamana boleh terlupa kat pisang nih.

Maka keluarlah dari oven muffin pisang yang lembut & gebu, sibbaik dah salin resepi masa kak Naz tayang haritu, senang kan, terus godek2 keluar muffin yg sedang2 elok manisnya, nak buat pun guna whisk je, malas nak bawak keluar mixer. Dalam adunan tu ditambah choc.chips bagi meriah sikit budak-budak tengok..

Gebu betul muffin ni, terima kasih Ros berkongsi resepi..
MUFFIN PISANG
Sumber & copy : Izah, Mas, Kak Naz

Bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/3 cawan gula * izah guna 3/4 cawan..sama
  • 2 biji pisang yang ranum * izah letak 200gm..sama
  • 1\2 cawan minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1\3 cawan  susu segar..guna susu cair + air sikit
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • beberapa titik esen vanila
  • beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)Ana letak coklat chips

Cara membuatnya :
  1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
  3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar & choc.chips, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
  4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. *Ana tabur choc.chips sikit atasnya & bakar. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

21 Julai, 2011

BUN MAYONIS PANDAN SEKAYA

Semalam nampak NIEZA buat roti pandan guna doh Roti Mayonis ni, terus teringin jugak nak buat, maklumle, dah banyak hari tak meroti..sian kat tepung tuh..hehe..Kali ni buat bentuk fingers bun & sebahagian lagi bulat2kan & isi inti sekaya..yang bulat2 tu terlupa nak set api bawah dulu, tengok2 dah garing kat atas..hehe


Guna resepi dari ROTI MAYONIS YANI, boleh pelbagaikan, ada yang dah buat donat macam MAS@Duniaku tu..nak buat ala-ala pizza pun boleh, doh yang senang & simple je..cuma kali ni Ana tambah beberapa titik perasa pandan & pewarna hijau dalam adunan tu, uli jela cik BM sampai siap & bentukkan. Dah naik doh tu paipkan sekaya atasnya & tabur sikit kelapa kering kalau suka, kalau Nieza letak bluebery filling, okla nak letak apa pun, kita yang nak makan kan..hehe..


Resepinya macam biasala..kita tengok lagi sekali yer.

ROTI MAYONIS

Sumber ; Yani@Deco Choco

Bahan-bahan:
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung *tak letak
  • perasa pandan & pewarna hijau * saje tambah 
  • Sekaya / apa2 inti kegemaran
Cara-cara:-

  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sekaya. Pilih setting doh dan ON.
  2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik 
  4. Biar naik 2 kali ganda, spray sikit air kat atas doh(tak buat pon takpe) kemudian bolehla dipaipkan sekaya atas doh & tabur sedikit kelapa kering sebelum dibakar
  5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit 
Semalam masa nak buat roti ni Ana cuma buat water roux ngam2 je utk 1 adunan roti ni iaitu : 

1 sdb tepung + 5 sdb air, masakkan dgn api perlahan hingga pekat & boleh guna kesemuanya..sorriiii..edited!!

SELAMAT MENCUBA..

MARBLE CHEESE BROWNIES

Edisi tertunggak..hehe..tah bila buat ni, kurang gemar sikit nak makan kek sekarang ni tapi sebab nak try, buat jela..bkn sikit, 1 adunan tu..punyala tamak..syukur anak-anak suka lak makan, diulang2 makan kek ni bila balik sekolah..takle membazir kan..ni pun ada lagi sikit dalam peti ais, mintak2 sebelum hujung minggu ni habislah, boleh cuba benda lain lak..hihi..

Tapi kejadian kek ni takle cun sangat, yang pasti adunan cheese tu anak-anak suka, siap nak ambik lapisan cheese saje pun ya..masa tuang adunan coklat, Ana lupa nak simpan sikit untuk marble atas adunan cheese kemudian nanti, bila dah bakar baru teringat, nak tak nak tabur choc.chips je nak bagi meriah sikit, sedap jugak, rasa choc.chips tu bila gigit kek..

 Belum sejuk betul dah potong..hehe..nampak macam kasut tumit tinggi ek?

MARBLE CHEESE BROWNIES
resepi: kak meen (c& p fr fp akk rinn)

Sumber : shimafp 
Marble Cheese Brownies by AnnaQawina


Bahan-bahan Brownies :

  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor (i buh 1 1/4 cwn sahaja)
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonate
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. 


3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.

5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. *Ana alas dgn alum.foil je macam ni :
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. 
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. (i bakar sampai permukaan atas brownis 'firm' anggaran 3/4 masak lebih drp 20min)

Bahan-bahan lapisan cheese:
  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor (i bubuh 3/4 cwn shaja)
  • 1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.



*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. 

SELAMAT MENCUBA..

20 Julai, 2011

SERAWA PULUT DURIAN

 Assalamualaikum

Musim durian sekarang kan..sana sini tayang menu durian, sampai hamba jadi terliur nak makan durian, maka berpesanlah hamba kepada kekanda hamba supaya mencari membeli beberapa biji buah durian yang sedap-sedap adanya..maka sekonyong-konyong waktu senjakala, pulanglah sang kekanda ku itu dengan memikul membawa beberapa biji buah durian, cepat-cepat dikopek buah berduri itu, maka dimakanlah oleh si dia..eh..si dia yang makan habis sebiji semalam, hamba yang terrringin tak sentuh pun..hakhak..ni sape yang mengidam tak taulah hamba....


Ok..berbalik kepada tajuk di atas..macam surat rasmi lak..ingat nak buat bubur pulut hitam berdoyan yang cik adik dari PD tu bagi, tapi hamba terlupa lak nak rendam dulu, maka bertukarlah menu harini..esok-esoklah bubur pulut hitam & durian tu yer, tupun kalau rasa nak buat & makan..makan nak je, buat tu yang lambat sikit..Alkisahnya, Ana tak reti sangat le bab2 pulut mulut nih, jadi sekodeng ajo dari dapur CMG yang femes seantero tuh..maka taarrraaa...haa..meh makan nih..oppss..ada lagi, kita nak makan dengan roti jala jugak tau, tapi belum ada dpn mata itu roti jala,nak tayang takleh lagi, maka tayangan harini setakat ini sahaja..heheh..

Pulut Serawa Durian by AnnaQawina

Resepi ni Ana letak separuh dari resepi CMG, nak tgk rsp asal klik link Dapur Tanpa Sempadan tu yer..tq CMG.

BAHAN KUAH SERAWA :
 
1 biji durian saiz kecil, keluarkan isinya
350 ml santan
250 ml air
1/2 ketul gula melaka, hiris halus*
1/4 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca besar tepung gandum*
1 1/2 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu




 

BAHAN PULUT :-)
250 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
175 ml santan cair
1/4 camca teh garam
1/4 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...
 Haa..ada lagi mek nih..ingat dok kat spital dah..*itu yang korang terpk kan..kan? heee..Alhamdulillah ada kat rumah lagi ni..belum masanya kan..

19 Julai, 2011

Pengat Keledek & Sagu..menu minum petang ni..

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah masih berkesempatan bersiaran, sekadar menempek apa-apa yang patut..hehe..terima kasih buat yang masih sudi berkunjung & bertanya khabar..Alhamdulillah, Ana sihat walafiat, masih menunggu hari untuk bersalin,harap-harap dapat menempuhi detik-detik yang berlalu ni dengan penuh makna..InsyaAllah..


Ini baru je siap masak tengahari tadi, tengah sejukkan, anak-anak suka makan sejuk-sejuk, sedang-sedang elokla diaorang balik sekolah senja nanti boleh makan kan..letak pulak dalam peti ais, kalau kat kampung, mak Ana suka masukkan ais ketul dalam pengat bila nak makan, nyamannya..huhu..Nak buat senang je kan? Saje nak bagi semak blog list korang..haha..Jadi mari sama-sama kita nikmatinya..sila..sila..hehe..Sekian..

...^_^...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...