20 Julai, 2011

SERAWA PULUT DURIAN

 Assalamualaikum

Musim durian sekarang kan..sana sini tayang menu durian, sampai hamba jadi terliur nak makan durian, maka berpesanlah hamba kepada kekanda hamba supaya mencari membeli beberapa biji buah durian yang sedap-sedap adanya..maka sekonyong-konyong waktu senjakala, pulanglah sang kekanda ku itu dengan memikul membawa beberapa biji buah durian, cepat-cepat dikopek buah berduri itu, maka dimakanlah oleh si dia..eh..si dia yang makan habis sebiji semalam, hamba yang terrringin tak sentuh pun..hakhak..ni sape yang mengidam tak taulah hamba....


Ok..berbalik kepada tajuk di atas..macam surat rasmi lak..ingat nak buat bubur pulut hitam berdoyan yang cik adik dari PD tu bagi, tapi hamba terlupa lak nak rendam dulu, maka bertukarlah menu harini..esok-esoklah bubur pulut hitam & durian tu yer, tupun kalau rasa nak buat & makan..makan nak je, buat tu yang lambat sikit..Alkisahnya, Ana tak reti sangat le bab2 pulut mulut nih, jadi sekodeng ajo dari dapur CMG yang femes seantero tuh..maka taarrraaa...haa..meh makan nih..oppss..ada lagi, kita nak makan dengan roti jala jugak tau, tapi belum ada dpn mata itu roti jala,nak tayang takleh lagi, maka tayangan harini setakat ini sahaja..heheh..

Pulut Serawa Durian by AnnaQawina

Resepi ni Ana letak separuh dari resepi CMG, nak tgk rsp asal klik link Dapur Tanpa Sempadan tu yer..tq CMG.

BAHAN KUAH SERAWA :
 
1 biji durian saiz kecil, keluarkan isinya
350 ml santan
250 ml air
1/2 ketul gula melaka, hiris halus*
1/4 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca besar tepung gandum*
1 1/2 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu




 

BAHAN PULUT :-)
250 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
175 ml santan cair
1/4 camca teh garam
1/4 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...
 Haa..ada lagi mek nih..ingat dok kat spital dah..*itu yang korang terpk kan..kan? heee..Alhamdulillah ada kat rumah lagi ni..belum masanya kan..

12 ulasan:

Nuwairani berkata...

alahai kak ana...kuatnya bau serawa durian ni sampai ke kinabatangan dah..kene hantar jugak kt cni ckit. heheh...amboi...berhabis dia makan sebelum berpantang ye!

Mas berkata...

hhmm...doyan ...
makan doyan puas2 anna...
nanti kau berpantang...he..he..
aku dah terliur ni nengoknya....

anymz berkata...

salam ana

wah!kemain lagi duyan ko tu ana..isi kuning lagi tu.menawan sungguh2 kaler buah duyan mu..hehe

Anna Qawina berkata...

Nuwairani : ha'ah..akak tgh pulun menu yg takleh mkn masa pantang..haha..

Mas : nnt aku pantang ko pantang gak tau..hehe

kak Anymz : hihi..yola kak..kebetulan dpt yg kuning tuh..sedap..

tun_telani berkata...

aduhh tuan hamba.. betapa kejamnya tuan hamba menunjuk-nunjukkan serawa durian ini pada hamba.. tidakkah tuan hamba tahu betapa hamba menginginkan durian ini? bakal tidak lenalah tidur hamba malam ini terkenangkan serawa durian tuan hamba.. owh, sungguh dukacita hati hamba..
hamba pulang dulu ingin berduka lara seorang diri..



hahahahahahhaha ;p

Juwita Jamaludin berkata...

salam ana.. sedapnya durian.. teringat2 nak makan .. nak beli kat sini selalu2 mahu kering poket sebab mahal..:)

Rabiatun Adawyah berkata...

waduhhhh...tang ni yang buat tak tahan nih...Klu ada gang, mahu jer bermangkuk2 ke sebat...huhuhuu..

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

Salam Anna..
wah musim derian sana sini tayang menu derian..minta lah mama sikit ..nk msk hantu derian lagi2 serawa derian nih blm balik lagi..huhuhu

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum anna...
wah durian ler... kat cnie masih lg bukan musim durian... terliur nya tgk... sedaaapppp....

ijayuji berkata...

Salam kak anna! kita nak tapau sume2 boleh ke? hihihi... serawa dh kenyang makan tp bila nmpk durian kuning yg tertonggeng atas tu seulas buat kita terliur sini payah nak jumpa yg kuning atau mmg tak akan jumpa kalau jumpa pun mak aiiii! rega dia 4 ulas tu dekat 50 hengget! jeling2 ajerr lah yg lain hihihi...

Unknown berkata...

amboi tayang serawa doyan lak dia...bak mai semangkuk nk rasa dari dok terbau-bau dah ni..hehe

Mamasya berkata...

Alahai tahun ni miss lah tak dpt mkn durian. suka pulut mkn dg durian. Anna mkn puas2 doyan nanti dah bersalin...pantang tak boleh mkn doyan.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...