22 Julai, 2011

MUFFIN PISANG

Sesi mengemas peti ais, ternampak sesuatu yang mencurigakan, belek punya belek, rupanya PISANG!! Entah berapa hari dah suami belikan pisang ni, kalaule si dia tahu buah pisang yg dibelinya layu dalam esbox je sah2 kena dengar ceramah perdana..keekeekee..pisang tu nak letak atas meja pun rasanya budak2 dah tak kenal dah buah apa..hitam-hitam dah kulitnya..Alhamdulillah akhirnya dapat jugak di'mapin'kan untuk bekal budak2 tengahari tadi..isinya masih elok yer..masih belum ada 'makhluk lain' dok berumah dalamnya..hehe..dasat..macamana boleh terlupa kat pisang nih.

Maka keluarlah dari oven muffin pisang yang lembut & gebu, sibbaik dah salin resepi masa kak Naz tayang haritu, senang kan, terus godek2 keluar muffin yg sedang2 elok manisnya, nak buat pun guna whisk je, malas nak bawak keluar mixer. Dalam adunan tu ditambah choc.chips bagi meriah sikit budak-budak tengok..

Gebu betul muffin ni, terima kasih Ros berkongsi resepi..
MUFFIN PISANG
Sumber & copy : Izah, Mas, Kak Naz

Bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/3 cawan gula * izah guna 3/4 cawan..sama
  • 2 biji pisang yang ranum * izah letak 200gm..sama
  • 1\2 cawan minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1\3 cawan  susu segar..guna susu cair + air sikit
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • beberapa titik esen vanila
  • beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)Ana letak coklat chips

Cara membuatnya :
  1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
  3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar & choc.chips, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
  4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. *Ana tabur choc.chips sikit atasnya & bakar. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

21 ulasan:

ibundo berkata...

salam anna,
memang gebu tul nampaknya. Seronok buat muffin ni kalau ramai orang yang makan..

izahdaut berkata...

woooooo best best.... aku mmg suke mapin ni. 2 kali woo buat.. tunggu ada pisang lagi leh buat lagi ni

Anna Qawina berkata...

ibundo : nak kata ramai takle tp kalo sorang 4 5 ketul sah2 ngam2 je kan..hehe

Izah : ada lg pisang aku yg itam2 nih..ko nak? hahaha

Amie berkata...

salam Anna,
kak amie pun ada pisang yg mula itam2 dlm peti sejuk.... memang terpaksa dgr ceramah perdanalah tak lama lagi.....

Rabiatun Adawyah berkata...

wahhh...yummy..yummyyy..nak kena cuba jugak mapin nih..

Anna Qawina berkata...

Kak Amie : cepat2 buat sesuattu sblm ceramah bermula..hihi..kalo ceramah tu bersiri lagi teruk kak..kihkih

Mas berkata...

anna...kasi penuhkan bakul aku ni ngan mapin kau tu..
nak buat minum petang...kikikii

tun_telani berkata...

hahahha.. ingatkan pedenda yg mencurigakan dlm peti tu..kalau tun mmg tiap2 kali beli pisang mesti ada yg masuk fridge, tahan laa sebulan =)

Lieza berkata...

makkk aaaiii anna...sempat lg tu die memapin...ibu dan isteri mithali betul la anna nih...tgh sarat pun larat lagi....

Anna Qawina berkata...

Kak Tun : cuba..jgn tak cuba..hehe

Mas : yg ado 2 biji nih laki aku lak nk mkn apo kang kena hambat ngan parang..kekeke..ko bnyk but mpin tuh..hulur2le sini sikit

Tun : mung pakai pengawet ke sampai sebulan tahan pisang tuh..hihi

Kak Lieza : mana2 yg terdaya buat tu smptla kak, lgpun yg ni snng sgt lak..hehe

nOOrsha berkata...

huhuh...sedap tu sedap/..ade ceklat lagi... ai laik!~ P:)

Nuwairani berkata...

rasa2nya pisang lebu la kot sedap buat jeput @ mapin...hihih....comel aje mapin tu...

anymz berkata...

rumah akak tak berapa nak laku mapin ni ana..selalu kalo akak buat pun cuma 1/2 adunan je..anak2 bila dah besar kurang nak makan mapin..
sementara anak masih kecik2 ni rajin2 lah buat benda2 macam ni ana.esok bila besar lain pulak permintaan diorang..:)

HaSue berkata...

ni kena tunggu pisang itam baru bleh buat ker?muehehe...
aku buat kek pisang buh dalam papercup..jadi mapin pisang ke banana cupcake ?cer ko jwb.hehe..
sama jer kekdahnyer..tp aku guna resepi senang guna blender la..aku nih cam nak membebel je kat n3 org malam ni..qada` siang td xleh on9 lama2 katekan.. ko tak kisah kan?ngehehe

Anna Qawina berkata...

Noorsha : like aje ko nih..tp Sha mmg rajin kan..

Nuwairani : mmg lebu dh terlebih lebu nih..kekeke

Kak Anymz : mmg le kak..sementara bdk2 kecik lg blh le hadap lagi kan, dah besar demand lain lak..hehe

HaSue : aku paham..aku paham..ko nak bebel sampai sok pagi pon aku tak kisah..kehkeh..

Kak Sam berkata...

Masih dalam checklist. Bila nak siap pun tak tau.

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum anna..
wah nampak gebu ler muffin pisang tu anna... sedaaapnya tu... ada choc chips lagi... mmg sedap gabungan 2 rasa tu..

Deliah's Deli berkata...

rajinnya bt muffin..cantik plak kejadiannya..roti kaya bwh tu kecur sy tgk! :))

Trying To Be Muslim.. berkata...

Anna....mmmmm simpankan akak 3 4 ketol yer....mmm jika ada lagi la....mmmm gerenti kene wat lagi la ni.....:)

Unknown berkata...

rasa macam nak buat je petang ni haa pisang pun dah ada tu

cikgunurulizza berkata...

Salam kak.saya dash try resepi akak ni.besttttt aedap

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...