11 Jun, 2011

KEK MARBLE

Assalamualaikum

Harini ramai yang ambil kesempatan keluar merayau2 ke kedai2 bakery/ pusat beli belah? hehe..mana2 yang keluar tu hati-hati ye..semoga selamat perjalanan membeli belah & cuti2 anda..*ayat jeles?* takle..dah lewat ni, banyak benda kena setel..nanti tuan tanah akan ziarah kawan2 yang dtg bertandang yer..sesiapa yang singgah sila tinggal jejak tau..

 

Kejadian kek marble ni sudah beberapa hari berlalu..konon-kononnya buat untuk sedia kalau-kalau ada teman2/saudara yang nak berkunjung di hari minggu..rupanya kami yang keluar tutup pintu rumah..hehe..jadinya kek ini dijamu sendiri kami sekeluarga jela yer..Hajat hati nak buat Kek Marble Susu yang sedap & dah beberapa kali buat tu, tapi ada bahan yang tak cukup, jadi cari resepi lain yang bersesuaian dengan bahan-bahan yang ada.

Resepi ni kali ke 2 buat, pertama kali cuba untuk kirimkan kat emak kat kampung haritu, siap2 je terus masuk bekas & ayah bawa balik, tak sempat nak cuit rasa..tapi adik kat kampung cakap sedap, tu yang cuba buat sekali lagi tu..rasa kek agak memuaskan, sedap le bagi penggemar kek marble/butter cake tu..tak salah nak mencuba kan, lagi 1, kalau untuk kenduri @ keramaian amatle sesuai kek ni tau, kira dapat makan ramai2 & hasilnya agak besar..kita kongsikan untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba..

 

KEK MARBLE

Sumber : Nurfatim@myresipi

Kek marble by AnnaQawina

 

Bahan-bahan ( 1 adunan /loyang 9'@separuh adunan / loyang 7')

  • 300 g butter
  • 300g gula caster
  • 320g tepung gandum
  • 5 biji telur (grade B)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan susu segar*Guna susu cair

 Cara-cara


  1. Beat butter ngan gula sampai kembang.
  2. masukkan telur 1, per 1.
  3. Masukkan tepung yang diayak ngan baking powder berselang seli ngan susu. Kalau nak marblekan dia, bahagi lah berapa warna nak, pastu marblekan je lah dengan mengunakan lidi..
  4. Bakar suhu 160C untuk 1 jam. 

**Untuk dapatkan corak belang macamtu, Adunan dibahagi 2, satu coklat & satu lg dibiarkan kosong
**Sendukkan adunan kosong guna 1 senduk nasi/kuah, sendukkan pula 1 senduk adunan coklat atasnya.
**Teruskan guna senduk sehingga habis separuh adunan 
**Separuh adunan seterusnya, sila gunakan 1 sudu besar setiap lapisan sehingga habis, lambat sikitla habis tapi hasil marblenya agak cantik kan..*Ye ke cantik?* hehe

SEKIAN, SELAMAT MENCUBA..

    10 Jun, 2011

    JELLY KELAPA

    Sejuk & Nyaman...terasa dingin bila lalu kat anak tekak..hehe..jely yang dah femes sedunia nih, baru pagi tadi sampai kat Bangkok, punyala banyak isi kelapa Ika dapat..kita punya ni ciput je, tupun pejam mata dok kruk kruk isi kelapa, kang bukak mata luas2 terasa nak makan lak isinya tu..hehe..dari 2 biji kelapa, hanya dapat tak sampai secawan..dah rezeki gitu ye dak? tapi tak payahle nak kabor banyak2..semua dah tahu kesedapan jely ni, bila makan rasa macam sebijik makan isi kelapa tu..lembut2 gitu..manisnya sedang2 aje..bak kata Ika..sedut guna straw pun boleh..haha..ade jer..

    Bunga kuning tu bunga plastik jek..bukan macam orang Bangkok tuh..hari2 beli bunga segar ek..kuikui....

    Sekalung penghargaan buat Kak Secubit Garam..hihi..Ika yang panggil gitu yer Kak Nor...nak marah lepuk Ika tuh..boleh dikatakan semua yang tahu rsp ni dah pun mencuba..kita je yang tertinggal belon panas nih..maklum..pokok kelapa lambat sangat nak berbuah....

    Letak dalam mangkuk besar sikit..puas hati ceduk..hehe

    Nak tumpang letak resepi kat sini lak ye kak Nor..halalkan resepi mebeles ni..Ana copy dari dapo Ika jek..tengs Ika..

    JELY KELAPA

    Bahan2 :
    • 1 Paket agar2 serbuk (10g)
    • 2.6 ltr Air Kelapa>>Kak nor guna air drpd 3 biji kelapa
    • Isi kelapa muda
    • 11 sb gula>>Terpulang ikut kemanisan masing2
    • 3 Helai daun Pandan

    **boleh tambahkan air sekiranya air kelapa tak mencukupi kehendak resepi

    Cara2:
    • Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
    • Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
    • Padamkan api.
    • Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yang disukai.
    • Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
     Sape nak ambik sorang satu je yer..jangan berebut!! Tak sopan tau..

    *Ana tambah pewarna hijau sikit dalam sebahagian aduan jely..
    *Yang warna kuning tu letak isi nata de cocoa..hehe

    ^_^..Ok..layan diri yer..

    MASAK LEMAK LABU

    Sesekali masak lemak labu sedap gak kan..ni bukan harini punyala..dah beberapa hari dah, teringin nak makan, nanti dah bersalin tak boleh makan dah unsur2 sejuk gini kan, nk makan pun tunggu setahun lepas bersalin baru berani makan..hehe..kalau yang merancang keluarga pun kalau boleh elakkan makan labu ni, sejuk & tajam bagi peranakan wanita..itu yang diberitahu la..mana yang nak ikut boleh ikut, tak nak takper..makan ajela..

     

    Harini Ana kongsikan, menu biasa2 je, tapi nak letak gak..hehe..kalau nk lagi sedap, tambahkan sayur2an berdaun seperti pucuk meranti, pucuk manis, & lagi sedap kalau ada pucuk labu tu sendiri, Ana tak letak sebab takde unsur2 daun tu semua dalam stok, daun kari adola..hehe

     

    MASAK LEMAK LABU

    Sumber : AnnaQawina.blogspot

     

    Bahan-bahan :

    • 1/4 biji labu saiz sederhana besar 
    • 1 biji bawang besar 
    • 1 sdk pes cili
    • sedikit udang kering & ikan bilis *nak letak salah 1 pun boleh je
    • 1 cwn santan pekat + 1/2 cwn air 
    • Sayur-sayuran jika suka
    • air
    • garam/gula secukup rasa

    Cara-cara

    1. Kupas kulit labu & potong saiz ikut suka. Bersihkan
    2. Bawang besar di hiris halus/ditumbuk, ikan bilis ditumbuk halus. Udang kering dibersihkan & toskan.
    3. Masukkan labu bersama bawang, pes cili, ikan bilis tumbuk & udang kering dalam periuk bersama sedikit air..air tu biar paras labu tu je.
    4. Didihkan hingga labu empuk, masukkan santan & garam/gula secukup rasa.
    5. Kacau secara kaup balik kuahnya je, jangan kacau labu tu, nanti hancur lak. Biarkan mendidih.
    6. Masukkan sayur-sayuran jika suka, biarkan lembut seketika, kemudian tutup api.
    7. Siap dihidangkan bersama nasi putih, ikan masin & sambal belacan..hehe

    KEK BATIK COKLAT

    Assalamualaikum w.b.t

    Salam muhibbah & salam mesra buat teman2 & saudara saudari yang berkunjung ke teratak usang hamba nih..udah2 le dijamu dengan cucur udang geragau tu yer..kita tukar menu lak, kang kesian lak ada yang dok garu2 muka & badan je tiap kali masuk sini, kot2 ada yang alahan makan udang ke..hihi..meh kita jamu mata dengan gambar yang tak seberapa tapi kesedapan hasil dalam gambar ni cukup luar biasa tau. Sedap kunyah kek..ke kuih? takpun sekut? aa...kek la kan, dah namanya kek batik tu..anak-anak Ana minta buatkan lagi, oh..demi anak-anakku tersayang..akan Ummi rajinkan tangan ni godek sekali lagi..*ada gak alasan ummi diaorang nak makan kan..kan..* Angguk HaSue..hehe..


    Terima kasih buat Hasuriah anak pak Tahir..rasa nak bagi hadiah je kat ko Sue..anak Pak Tahir sorang ni kan teramatle rajinnya membuat tutoriol pasal benda2 yang berkaitan & tak berkaitan dgn masakan..ada masalah je, cari dia, sah2 dia buat n3 khas kat blog birunya tuh..tabik toing-toing kat dia yer..


    Sesiapa yang nak tengok hasil mengagumkan anak mata & tekak, sila ke blognya..& sediakan sekali tisu2 untuk lap air liur..hehe..ok Sue..macih sebab tak jemu mencuba & meng'kongsi'kan dengan kawan2 alam maya ni..Ok..jom tengok resepi yer..

    Kek Batik Coklat
    By: HaSue
    Kek Batik Coklat by AnnaQawina


    Bahan-bahan (Loyang 7 inc)

    • 200 gm milo *Ana guna serbuk minuman coklat
    • 250 gm marjerin
    • 2-3 sudu besar serbuk koko
    • 1 tin kecil susu pekat manis @2/3 tin sederhana krimer pekat manis *Ana guna 1/2 tin sederhana besar
    • Biskut meri secukupnya (JANGAN PATAHKAN)

     

    Cara-cara
    1. Sediakan loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
    2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
    3. Setelah cair masukkan susu,kacau menggunakan handwhisk..masukkan milo dan koko sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga sebati
    4. Gaul atau kacau lagi tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
    5. Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan..kalau ada ruang2 kosong tak terisi dgn biskut tum patahkan sedikit & letak je biskut tu bagi penuhkan ruang.
    6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
    7. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
    8. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
     
    Nota : 
    **lainkali buat guna 1/4 tin  sederhana besar susu je, bagi yang tak suka manis2 sangat, kalau suka manis, boleh ikut resepi asal yer..
    **Untuk biskut, dapatkan biskut jenis saiz kecil agar susunan ke nampak lebih cantik..yang Ana guna ni saiznya agak besar & tebal..

      07 Jun, 2011

      CUCUR UDANG GERAGAU & IKAN BILIS

      Jom layan menu minum petang merangkap kudapan anak-anak yang sentiasa kelaparan ni..hehe..time cuti sekolah ni habis segala biskut kering & kerepek yang dibeli licin..dah takde g mana-mana seharian kan..selang seli dengan aktiviti & sesi latihan pelajaran diaorang, buat cucur ni sedap jugak..tapi Ana dah ubah sikitla..campur separuh ikan bilis & cincang bagi sedikit halus udang geragau & ikan bilis tu, supaya budak-budak tak kutip buang..unsur2 sayuran juga tak dimasukkan, nanti bersepah meja makan dengan benda2 yang diaorang tak suka.adunan tu pula Ana perap sekejap, sambil2 buat kerja lain, baru digoreng, cantik kejadiannya.. 

      Pagi tadi nampak Kak Nor yang buat, sebelum tu dah tengok Kak Nur@my Little Kitchen yang tayang..mau tak tergudaa...Kepada sesiapa yang belum cuba, cubalah..tak menyesal punyaa..hehe..sedap tau..


      CUCUR UDANG GERAGAU

      BAHAN-BAHANNYA :-)
      • 70 g udang geragau segar + 50 g ikan bilis*Cincang halus
      • 1 biji bawang besar, didadu
      • 1 biji kentang, didadu kecil2
      • 1 biji cili hijau hiris halus *tak letak
      • 1 biji cili merah, hiris halus *tak letak
      • 3 tangkai daun sup, hiris *tak letak
      • 3/4 camca teh garam
      • 1 camca teh baking powder ~ k.nor gantikan dgn 1 sk yis *ikut kak nor
      • 2 cawan tepung gandum
      • 1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
      • sedikit serbuk kunyit *Ana tambah bagi dapatkan warna kuning
      • Sos cili, sebagai pencicah

      CARA MEMBUATNYA :-)
      • Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
      • Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), ikan bilis, bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
      • Masukkan tepung dan baking powder (yis), kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
      • Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili....

      Ikan Patin Masak Tempoyak II

      Assalamualaikum
      Alhamdulillah...bertemu kembali di alam maya, hari ni badan rasa lesu je..kandungan juga dah menjangkau minggu ke 30++..asyik rasa nak rehat je..hehe..bukan malas tau, kerja rumah buat jugak mana yang terdaya, masak-masak tetap perlu buat, kalau tak anak-anak & suami nak makan kena beli, sesekali takpela, layan jugak tekak, tapi kalau selalu sangat tak selera dah, poket pun boleh rabak kan..maklumle, nasi ayam sebungkus dah RM4.50, kalau 4/5 orang makan? haa..kira sendiri..kalau betul2 kena tempat yang sedap berbaloi ler, kalau tak..huhu..rasa menyesal pun ada kan..kat rumah kita masak2 yang biasa2 je pun dah memadai, janji ada nasi, lauk, sayur & sambal..ikan masin tu wajib..hehe..


      Ok, meh layan menu beberap hari lepas ni, ikan patin lagi, biasa buat guna resepi Mas, kali ni cuba resepi Kak Madiha pulak, resepinya tak letak bawang. Suami Ana cakap sedap macam biasala, sebab dia suka ikan patin kan, layan jela...


      IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
      Sumber : Kak madiha

      Bahan2 :
      • 1 ekor ikan patin ~ potong & bersihkan
      • 1 sudu besar asam jawa
      • 20 ~ 30 biji cili padi (bergantung kepedasan yg anda mahu)
      • 1 buku kunyit hidup (lebih kurang 2 inci)
      • 3 sudu besar penuh tempoyak
      • 1 helai daun kunyit atau daun kesum (mana2 pun boleh)
      • 1 kuntum bunga kantan..
      • air secukupnya
      • garam secukupnya

      Cara menyediakan :

      • Ikan patin dibersihkan & digaul dengan sesudu besar asam jawa yang diramas bersama sedikit air. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih. 
      • Tumbuk cili padi, kunyit hidup hingga lumat.. masukkan tempoyak dan tumbuk & adun rata. 
      • Masukkan bahan tumbuk dalam periuk dan bancuh dengan air. Masukkan air secukupnya. 
      • Jerang di atas api lalu dimasukkan daun kunyit atau kesum dan bunga kantan serta garam secukupnya. 
      • Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak & secukup rasa.
      • Kepekatan kuah ikut selera masing2 ye.

      06 Jun, 2011

      PLAIN YOGURT PANCAKE

      Assalamualaikum w.b.t.

      Apa khabar teman2 yang berkunjung? Harap sentiasa sihat walafiat..kepada yang tak sihat macam Kak Nor@Secubit Garam & yang lain2 tu, harap makan ubat & rehat bebanyak ye..semoga cepat sembuh..

      Dah sarapan ke? Jom bersarapan dengan pancake gebu ni..Harus buat menu ni kalau ada bahan..yogurt yang dimasukkan dalam adunan tu menggebukan pancake ni, gebu betul..anak-anak makan dengan jem & ada yang nak makan dengan buttercup..menu pagi semalam sebelum tuan rumah keluar membeli barang2 dapur..tekstur kat dalamnya tak sempat nak tayang..tapi memang gebu & sedap..cubalah..


      Selepas siap mengadun, perap sekejap lebih kurang 30 minit, kemudian baru dimasak..itu pesan Ros..terima kasih Ros & Izah kerana berkongsi resepi..Oppss...Ana buat 2 adunan sekaligus, dengan menggunakan sebiji telur gred A & 3 sdk baking powder..bahan2 lain tetap digandakan macam biasa..
        
      Homemade Pancake Mix

      Sumber : Ros@Jintanmanis

      Bahan-Bahannya :

      • 100 gram tepung gandum
      • 2 sudu makan gula
      • 2 sudu kecil baking powder
      • 1 biji telur
      • 125ml susu segar *Ana guna susu cair
      • 1 sudu makan butter yang telah dicairkan  dan disejukkan sebentar ( Izah guna marjerin..Ana guna minyak masak je) 
      • tambah 2 sudu besar plain yogurt



      Caranya-
      • Satukan tepung, baking powder dan gula, kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit, kemudian masukkan telur dan kacau rata, akhir sekali masukkan marjerin yg telah dicairkan tadi. 
      • Masukkan juga yogurt ke dalam adunan.
      • Perap adunan lebih kurang 30 minit agar adunan naik dengan cantik apabila digoreng.
      • Panaskan kuali non-stick , sapukan sedikit majerin dan curahkan satu senduk adunan tadi, apabila dah naik gelembung sikit baru terbalikkan, bila keperangan angkat dan hidangkan. 
      • Selamat Mencuba.

      BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

      Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...