16 Mac, 2012

Tempahan Kek..

Assalamualaikum

Alhamdulillah..diberi ruang & peluang untuk terus berkarya di atas keyboard & bersuai kenal sesama insan dialam maya..Syukur kita masih menyedut udara segar bumi Allah nan indah ini..

Update gambo2 tempahan kek yang tak seberapa sebelum bercuti hari tu..adala sikit2 rezeki kan..Syukur Alhamdulillah. sambil2 tu sempat gakle buat kek untuk makan2 kat kampung..



Kek Karamel Berhias Coklat ditempah oleh Mar untuk besday anak bujangnya, dihiasi coklat ganache & coklat susu serta gambar edible image kecil 'besday boy', taknak gambar besar2 katanya, takut nanti anaknya taknak makan..hehe..dan sebiji lagi kek karamel untuk makan2 jugak serta sebiji kek coklat moist(x sempat snap pic.) Tq Mar..


Kek Karamel diorder oleh Intan, Damansara Damai. TQ Intan..



Kek Coklat Moist & Edible Image, dilapisi buttercream & blueberry filling, ditempah oleh anak buah Ana, surprise kononnya utk keluarga dia, tapi sayang tuan punya badan tak dapat balik..hehe..*kes silap paham tarikh order la nih*. Sory ye Wawa..lenkali tempah lagi..



Kek Coklat Moist Lapis Keju & Kek coklat Moist Upin Ipin ditempah oleh kawan ofis Ida, Damansara Damai..tergesa2 buat kek ni..Alhamdulillah sempat gak siap walau ada kejadian tak diingini berlaku kan Ida? hehe..



Kek karamel serta kek coklat dari resepi black forest cake (versi durhaka la nih) untuk makan2 kat kampung. Resepi kek ni akan menyusul..sedap kek ni..

OK..SEKIAN...

15 Mac, 2012

Fluffy & Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum

Bersua kembali, senangnya dalam hati setelah beberapa hari berkampung dirumah keluarga, melepaskan rindu pada ayahbonda tercinta..dapat balik kampung 2/3 hari pun dah syukur sangat, apatah lagi kesudian suami bercuti dari kerjanya amat2 dihargai, bukan senang nak bercuti tengah minggu yang sibuk kan..boleh buat sujud syukur nih..huhu..

Alhamdulillah kami selamat pergi dan kembali dengan perjalanan yang lancar jugakla walaupun ramai sangat rakyat Kelantan yang beratur kat jalan, tak sangka lak ramai yang balik kampung hari Ahad & kembali ke bandar hari Rabu..tapi takdela sampai tahap 'jem gileerr" macam masa nak raya tu kan..

Dah..kita tengok kek cokelat lak..


Hari ni nak kongsikan satu lagi resepi kek coklat yang sangatla sedap..betul ni, tak tipu..nak tahu kena cuba ya..resepi asal dari Kak Kam, Ana jumpa kat page mana ya, yang dikongsi oleh Nora Dany Hary, cuma Ana dah ubah sedikit bahan2 tu, yang menjadikan kek ni manisnya sedang2 & rasanya lebih moist dgn penggunaan gula perang. Harap tuan punya resepi tak kisah ya..nama pun dah tukar sebab dah banyak sangat resepi kek coklat, tak tahu nak letak nama apa dah..hehe..

Kek ni boleh dibakar & juga dikukus..ke dua2 cara dah Ana cuba, memang sedap & lembut gebu. Kalau taknak guna mixer, cukup sekadar mengadun menggunakan whisker agar adunan kek ni sebati. Jom semak resepi mudah ni. 

FLUFFY & MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber resepi asal : Kak Kam

BAHAN A :
  • 2 biji telur GRED A
  • 1 cwn susu pekat
  • 3/4 cwn gula halus 
  • 1/4 cwn + 2 sdb gula perang 
  • 1 cwn minyak masak
  •  **(resepi asal guna 1 cwn gula halus kesemuanya)
BAHAN B :
  • *1 cwn serbuk koko
  • *2 cwn tepung gandum 
  • *1 s/k baking powder
  • *1 s/k soda bicarbonat
  • *secubit garam
  • 1 sdk esen vanila
BAHAN * DIAYAK BERSAMA...

BAHAN C : 
  • 1 cwn air panas...


CARA2: 
  • Pukul telur bersama gula sehingga gula hancur dan kembang.
  • Masukkan susu, putar lagi sekejap.
  • Masukkan minyak dan putar sebentar.
  • Perlahankan kelajuan mixer, masukkan bahan2 yg telah diayak dan esen vanila.
  • Apabila dah sebati masukkan air panas dan kacau cepat2 sehingga sebati.
  • Masukkan kedalam loyang yg telah disapu dengan majerin dan dialas kertas.
  • Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, 1 jam @ sehingga masak mengikut kepanasan oven masing2(Ana guna 165'C, api bawah sahaja & api atas bawah sepuluh minit terakhir)
  • Boleh juga dikukus, panaskan dulu kukusan & tutup loyang dengan alum.foil @ balut tudung periuk pengukus dengan tuala bersih supaya air wap tidak menitik atas kek.
  • Kalau mls nak mixer, guna whisk je kacau sebati.
  • Hiaskan dengan coklat ganache jika suka.


COKLAT GANACHE
  • 200 grm coklat masakan (coklat compound lebih sedap)
  • 100 ml susu cair
  • 1 sdt butter

CARA : 
  • Double boiler coklat masakan bersama susu cair. 
  • Kemudian tutup api & masukkan butter, kacau2 kemudian biarkan seketika, dah agak suam, baru tuangkan atas kek, jangan sapu, cuma goyang2kan kek tu je, biar ganache turun sempurna. Sejukkan. Siap.

 SELAMAT MENCUBA..

11 Mac, 2012

Bercuti...

Assalamualaikum w.b.t

Kehadapan kawan2 yang diingati..kami sekeluarga akan bercuti beberapa hari menziarahi ayah bonda tercinta serta kaum keluarga. Andai ada rezeki umur yang panjang harap kita ber'sua' lagi. Segala salah silap dalam berblog & berbicara antara kita harap dimaafkan. Segala kunjungan kawan2 sekalian yang sudi amatlah Ana hargai..Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat & dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah..

Sekian terima kasih.

**Rindunya mek & ayoh kat kampung...(*_*)

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...