16 Julai, 2011

SOTONG GORENG BEREMPAH CAJUN

Assalamualaikum w.b.t.
Mohon maaf kepada yang masih sudi berkeliaran kat sini, walau tuan rumah buat tak endah..huhu..harap-harap teman-teman yang berkunjung tak jemu yer..akhir-akhir ni, Ana dah makin kurang masak, kadang2 masak nasi je, lauk beli, adakalanya semua beli..hehe..bahan-bahan basah dalam peti ais pun jarang bertambah, buat & makan apa yang ada & apa yang terdaya buat jela..cemburu jugak tengok ramai yang asyik masak je & cuba resepi baru..harap-harap Ana tak ketinggalan le lepas ni..

Adaptasi dari menu sebelum ni, Ayam Goreng Berempah Cajun. Nak habiskan beberapa ekor sotong dalam peti ais. Alhamdulillah, dah selamat di makan....

Bahan:
  • beberapa ekor sotong ~ cuci dan toskan
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 1 sudu besar cajun
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu teh madu
  • 1 sudu besar jus limau nipis *Ana guna jus lemon
  • 1 sudu besar air
  • garam secukup rasa
  • sedikit hlia *Ana tambah
  • minyak

Cara:
  • Campurkan kesemua bahan kecuali sotong dan minyak dan gaul hingga sebati.
  • Lumurkan pada sotong dan perap sekurangnya 1/2 jam
  • Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak.
  • Hidangkan panas2.

14 Julai, 2011

AWARD Dari HaSue, Maha Hawa & K.Wattie

AWARD DARI HASUE, MAMA HAWA, KAK WATTIE


Hmmm..banyak hari dah dapat award & tag, mula2 dari HaSue..siap kena naik pentas ambik award, tema biru lak, mana ada baju biru? Nak tak nak kena celup baju sekolah zaman dulu2 yang warna putih tu dengan nila, rendam 4/5 hari, okla, nampak gak kebiru-biruan..hahahaaa.., lepas tu terus ambik tiket pergi Singapura, jauh gak kan, takkan nak jalan kaki ayam je..sian ayam tuh..so, kita naik kapal torbang angkut award dari Mama Hawa lak...terus suruh pakcik yang bawak kapal torbang tu pusing balik pergi Penang lak, umah Kak Wattie, ambil award & sempatla makan karipap pusing yang mengancam sungguh tu...hehe..pastu balik rumah tido jap..bape hari tdo daaa...baru harini gantung award kat rumah sendiri..penat tau..

Dah dapat award kena buat kerja sekolah lak..tu yang lama sangat perap tu..kalau perap ayam goreng berempah cajun best jugak kan..hehe..ok..meh kita tengok apa yang saya merapu meraban kat sini..hantam jela..

7 Perkara tentang saya yang rasanya anda tak tahu..yang dah tahu dok tepi-tepi la..

  • Yang nyata saya seorang perempuan, isteri kpd seorang pakwe ensem *wajib puji laki sendiri weh..*, ibu kpd 4 orang zuriat & bakal bertambah tak lama lagi..sururumah sepenuh masa dengan bayaran gaji maksimum..ganjaran yang tiada ternilai kat dunia ni..iaitu PAHALA..(^_^)
  •  
  • Sedang hamil 36 minggu..huuu..tengah tunggu hari ni wei..korang doakan yer selamat semuanya...dap dip dup...berdebor jugak walau bukan kali pertama..hehe..tapi siyes cakap, sampai saat n3 ni keluar, 1 helai pakaian baby pon saya belum kemas untuk persediaan bersalin..aarrghhh!!
  •  
  • Asal negeri Kelantan yang indah & permai..bagi sayala..oh ya..tahun ni giliran kami beraya kat Kelantan..:P, tema baju raya tahun ni rasanya kalau bukan hijau, ungu kot..belum decide lagi..nak bgtahu gak ker..hikhik
  •  
  • Saya suka masak kuih muih & makanan lain selain lauk pauk..bab lauk kurang sikit keterujaan tu..nape yer? Pastu saya makan sikit je..kata orang ambik rasa..korang agak-agak la sendiri..hehe
  •  
  • Saya ni garang sikit..tak banyak pun, tapi memang garangla..*macamana tuh?
  •  
  • Dalam hati saya..teringin sangat nak jumpa kawan2 blogger yang mesra amat ni, walau tak pernah jumpa secara nyata, tapi rasa dah macam rapat je kan, harap dapat penuhi impian itu 1 hari nanti..(kira i wish le nih..)
  •  
  • Saya tak cantik macam orang2 yang cantik tu, tapi manis tu adoo..tak cayer? tanya laki i yer...Sila muntah jauh2 yer..hakhak
  •  
  • nak lagi? dahla, yang 7 tu pun merapu jek..hehe
Rasanya kena tag kepada 5 orang bloggers kan..sape yng belum kena tag sila angkat tangan jap..haa..rasanya dah ada yang angkat tangan nih...sape? Sila cek nama yer..






Sila buat kerja sekolah yer..hehe.. boleh kita kenal lebih rapat lagi kan....jangan marah..nanti kena jual!!

12 Julai, 2011

Black Beauty Chocolate Cake

Tarrraaa..masih berlari2 anak kejar masa menaip kat blog ni..hehe...tergoda tengok anak bujang Kak Yatie potong kek masa besday dia beberapa hari (minggu) lalu, terasa nak buat lak, sekali tengok bahan & cara kemain senang, tapi belek punya belek, telur yang adoo cuma 2 biji, hantam sajala mak labu..dah siap..makaiihh...sedapnya, lembut & moist macam kek kukus, besar amat kejadian kek ni, jadi bagi yang family tak besar mana elokla buat separuh adunan, guna telur kecik2 2 biji pun dah ok, kalau telur besar (saiz A+) tu guna sebijik pun dah cukup utk separuh adunan tu..

Bab topping pulak nih..betul kata Kak Yatie..sedap & cantik macam letak jely pulak, cuma perlukan kesabaran aje nak menggodeknya atas dapo..maklumle, nak bagi pekat elok taknak berketul, kena kacau sentiasa yer *tak kacau selalu gak, sbb sambil2 goreng ikan buat topping ni..* hehe..cakap tak serupa bikin!!kalau nak buat topping tu buat separuh pun dah cukup, banyak lagi berbaki topping tu, boleh kalau nak buat layer ke apa..


Nak tengok kejadian kek yang cantik tu sila ke dapur kak Yatie yer..kita punya ni sememeh je, tak sabo nk makan..oppsss...lupa nak bgtau..ni dah seminggu lebih *ke nak masuk 2 mggu dah kot* buat kek ni ..hahaha...

BLACK BEAUTY CHOCOLATE CAKE

Bahan A
  • 2 cwn tepung gandum/superfine
  • ¾ cwn serbuk koko
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil b.powder
Bahan B
  • 2 cwn gula castor
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn myk masak @ butter dicairkan
  • 1 cwn air panas suam
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 3 biji telur *Ana guna 2 biji telur saiz A
Cara-Cara
  1. Ayak Bhn A, ketepikan
  2. Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
  3. Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
  4. Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
  5. Guna loyang 8x8
Topping mudah tapi sedap
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air (K.Yatie guna susu cair/Ana guna air separuh & susu separuh)
  • 1/2 cwn tpg jagung
  • 2 sudu besar majerin/ butter
Cara- Cara
  1. Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

AYAM KASHMIR

 (*________*) 
Senyum..tak sempat berkata-kata...


AYAM KASHMIR
Sumber : DayangJack , Kak Nor@Secubit Garam & Mas@Duniaku 
Copy : Izah 
 
bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

bahan A :

  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • rempah 4 sekawan
  • sedikit daun kari
sedap dimakan dgn nasi panas, kuahnya juga sedap cicah roti

bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)
Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau.
  • Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. 
  • Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  • Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.Hidangkan setelah masak.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...