26 Februari, 2011

UDANG/SOTONG BERSOS PLUM

Assalamualaikum..

Harini belum masak apa-apa lagi, hajat nak masak ikan siakap sweet sour jela..semalam dah masak ikan patin tempoyak, disamping ikan bakar resepi kak Nor tu..memang sedap sangat..itu menu nanti2le keluar ye..ni lauk yang dah berapa hari buat Ana sendiri pun dah lupa..hehe...terliur tengok ramai yang dah buat, masa pergi Mydin haritu, cari sos plum Life..jumpa & ambil 1 botol dulu, nak cuba..dah beli,dekat sebulan baru dapat buat resepi yang dah lama simpan ni..hehe..


Ana guna sotong macam yang Izah buat tu, tapi dalamnya tambah sayur-sayuran, nak makan pun senang kan, takpayah masak banyak-banyak menu...meh kita layan resepi, Ana taruk kat sini lak..untuk rujukan sendiri & teman2 yang berkunjung..terima kasih tuan punya resepi..

UDANG/SOTONG BERSOS PLUM
resipi : CMG
sumber : K.Nor@SecubitGaram & Izah

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 15 ekor udang saiz besar *tukar sotong gan digoreng sebentar
  • 1/2 camca teh lada sulah serbuk
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji bawang holland, dibelah 6
  • 1/4 biji red capsicum, didadu
  • 1/4 biji green capsicum, didadu
  • 1/4 biji yellow capsicum, didadu
  • 1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ k.nor tak letak sbb tak ada stok*tak letak gak
  • 1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
  • 1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
  • Sedikit garam jika perlu
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • **sayur-sayuran pilihan..Ana tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  • **Untuk sotong, potong ikut suka, perap dgn bahan2 yang sama & goreng sekejap je, kalau lama nanti sotong liat.
  • Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
  • Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

* K.Nor tambah 7bj cili padi yg dihiris serong utk lebih rasa pedas dlm masakan ni..sama gak..hehe
*Ana biarkan lauk ni berkuah sikit, anak-anak boleh makan sama kuah tu..

25 Februari, 2011

Latte..latte..Choco Latte...

Segalanya tentang coklat......pernah dengar tak lagu kat tajuk tuh? hihi...katon Dora tuh..

Hmmmmm.....nak buat tayangan jela harini..nak taip & edit rsp & maklumat2 berguna ttg coklat ni yang Ana dapat dari kawan penjual coklat..lemau pulak tangan nih..hihi..tengok gambo dulu la yer...


Percubaan pertama..rasanya Alhamdulillah..anak2 teruja tgk..cuma tang olahan bentuk & warna tu tak serasi lagi...lepas ni kena cuba buat lg nak bg cun...


Resepinya akan di datangkan kemudian....meh ambik sorang seketoi..jgn ambik lebih2 yer..tak cukup kang anak-anak Ana nak makan bila balik sekolah ptg nanti


Ada pulak bekas coklat yang beli dulu, letak jela kan..hehe...okeh...dah makan tuh jangan lupo basuh tangan yer..!!..tata...

9th Anniversary..1 Anugerah Kehidupan

Assalamualaikum...

Semalam..24 Februari 2011..genaplah 9 tahun usia pernikahan kami...Terasa masih segar diingatan saat ijabqabul..tak sedar dah 9 tahun berlalu..tak sangka pula dah ada 4 orang zuriat..ke 5 InsyaAllah akan menyusul kemudian..Maaf..tiada sambutan kat Taman Tasik Titiwangsa dikelilingi pengiring cilik bergaun putih hitam...di samping bunga-bungaan segar..& di arak keluar sambil melambai-lambai bagai Puteri Diana tuh......cukup sekadar mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya yang cukup bermakna di muka bumi ini..


Terima kasih Ya Allah atas nikmat & rahmatMu ke atas kami, hidup bersama seorang pria yang menjadi kebanggaan keluarganya..menjadi sanjungan anak-anaknya..tidak ternilai bagi diri ini..Terima kasih buat suami yang penyabar..(isterinya ini kurang sabo..)..beriman & mampu mengimamkan solat kami..(Pak imam surau gak ni..)..yang berusaha keras bagi memastikan anak isterinya hidup selesa & sempurna seadanya..

9 tahun, tempoh yang agak baru bagi sesetengah orang, bagi kami juga..agak banyak juga ujian-ujian yang telah kami tempuhi sepanjang hidup bersama..dari tak ada apa-apa kepada "ada-ada aje" sikit..kepayahan & kesulitan telah kami lalui dengan hati yang redha...Alhamdulillah, kini hidup lebih bahagia & sempurna bersama anak-anak tercinta...amanah yng DIA telah berikan kepada kami..

Untuk anak-anak, jika suatu hari nanti kalian menbaca nota ini..ketahuilah betapa kami amat menyayangi & berhasrat mendidik kalian dengan ilmu dunia akhirat yang secukupnya..ketegasan & kemarahan tidak bermakna lahirnya kebencian..tetapi lebih kepada pendidikan & disiplin diri..moga2 suatu hari nanti, kalian menjadi insan soleh solehah dunia akhirat..

Buat teman-teman yang tahu tentang tarikh ini, & hantar ucapan, terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan & doa kalian..semoga kita semua hidup aman bahagia, penuh rukun harmoni..sentiasa berlandaskan syariat Allah..& sentiasa berusaha menuju Jannah yang abadi..Amin..

23 Februari, 2011

ZUTTO FUWA-FUWA MUSHIPAN

Pertama kali tengok tajuk nih kat blog Maisya..malam tadi, dok sibuk pk nak wat apa bekal anak-anak harini, maka jumpa rsp ni...bahasa Jepun katanya..bahasa Melayunya Apam le gak kan...hihi...Kira Ana terbahasa melayukan ia...kalau salah ampon le..kena tanya Cekgu Hana kot nih...Apam Gebu Selalu..hihi..t.kasih Maisya..(copy je dri blog dia nih)


Bila masak, senyum lebar je kuih ni, kembang setaman pun ya..anak-anak senyum panjang maklumle nampak choc.chips tu tertonggeng-tonggeng atas & dalam apam..hikhik..sabo jela  kan..


Meh tgk rsp yang dapat dari blog Maisya nih :

Zutto Fuwa-fuwa Mushipan http://cookpad.com/recipe/747785

Bahan2 :
  • 160 tepung kek (Ana guna tepung gandum biasa je mcm Maisya)
  • 40g serbuk koko
  • 2 sudu teh baking powder
  • 100g gula halus
  • 200 ml susu segar..Ana guna susu cair
  • 4 sudu besar minyak
  • 80g coklat chips


Cara2 :
1.Panaskan kukusan.
2.Satukan gula, susu segar dan minyak.
2.Di dalam bekas lain, ayak dan gaul rata tepung, serbuk koko, serta baking powder. Campurkan kepada bahan dalam langkah 2. Kacau rata hingga smooth.
4.Tambahkan coklat chips dan gaul rata.
5.Alaskan acuan dengan papercups dan tuang adunan. (3/4 cup)
6.Kukus dengan api yang besar selama 10 minit

NASIK LEMAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum..

Pagi ni nak tayang nasik lemak, tapi bukan nasi lemak untuk sarapan, tapi makan malam tadi..hehe..sebelum masuk dapur berperang dengan periuk belanga petang semlam, nampak Kak Ayu buat, sekali sekala layan tekak & mata dengan nasi yang kaler maler, best jugak..kebetulan lauk2 yang nak dimasak pun sesuai sangat dengan nasik lemak...kira senang kerja kan..


Lauknya cuma sambal ikan bilis, ikan sebelah goreng pedas..(jenis yang besar tau..lembut je isinya.)..kangkung tumis dengan petis udang, ada lak keropok ikan..layan ajela...


Meh kita semak resepinya yang Ana teropong kat rumah kak Ayu yang ayu tuh...halalan toyyiban ye kak..hehe..

NASI LEMAK HUJAN PANAS
Sources:-From rinsca@myresipi.com
Copy : Kak Ayu

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • * 2 mug beras (dicuci bersih)
  • * 1/2 mug santan pekat
  • * 2 mug air (ikut jenis beras)
  • * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
  • * 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
  • * 1/2 sudu kecil halba
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan
  • * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
  3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
  4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
  5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
  6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.

IKAN GORENG SAMBAL
Sources:-From sitiazma@myresipi.com
Copy : Kak Ayu
Bahan-bahan ( 5-6 org )
  • 1 ekor ikan tongkol yang besar - dipotong keping-keping besar.-(Ana guna ikan sebelah jenis besar)
  • Segenggam cili kering (ikut suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-8 ulas bawang merah
  • sedikit sos tomato
  • sedikit belacan (kalau ada)
  • air asam jawa
  • garam,gula sesedap rasa

Cara-cara

  1. Kepingan ikan yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air hingga tenggelam. Tambah sedikit garam dan 2-3 keping asam keping/gelugor. Rebus sampai mendidih. Angkat dan ditoskan. (jgn lama takut lembik)..Ana goreng kunyit je ikan sebelah..
  2. Goreng ikan tersebut dlm minyak. (supaya ikan pejal dan tidak hancur)
  3. Bawang putih, bawang merah, cili kering ditumbuk atau dikisar.
  4. Dlm kuali yg lain-panaskan minyak. Goreng bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
  5. Masukkan belacan,air asam jawa,sos tomato, garam, gula.
  6. Masukkan ikan dan bawang besar yang dimayang.Masak sehingga bawang besar layu. Bolehlah dimakan bersama nasi lemak. 

22 Februari, 2011

CHOC.CHIPS RAISINS MUFFIN

Assalamualaikum..

Selamat petang..*yela dah petang ni kan, takkan nak ucap selamat pagi kot..*..lewat entry harini, tapi pagi2 lagi dah merewang2 ke dapo orang, jenguk2 apa yang ada untuk jamu mata kan..hihi..Terlebih dahulu Ana ada baca kat Blog Kak Chik kisah Bob Lokman yang berhijrah tu..Tahniah & Alhamdulillah kerana diberi Hidayah oleh Allah..tak kisahla soal politik yang nak dibawa tu, yang ptg niat beliau nak mendalami ilmu agama tu yang kita syukur sesangat..semoga Bob Lokman & keluarga sentiasa disinari cahaya Ilahi..Amin..


Muffin lagik? hehe..pagi-pagi lagi lepas semua dah keluar rumah, Ana buat muffin ni, resepi dari majalah juga, tapi yang ditulis dlm majalah tu tak lengkap, mungkin salah cetak kot, jadi Ana olah sikit cara buatnya tu & kongsikan kat sini lak..bukan nak tunjuk hebat le, jauh sekali nak lawan RATU MUFFIN kan..hehe..buat sekadar untuk mencuba & bagi Adam & Akmal bawa ke sekolah tengahari tadi..


Alhamdulillah, rasanya sedap, ada rasa macam kek butter, lembut kat dalamnya, bila gigit muffin ni sedap pulak rasa kismis & choc.chips tu..cuma Ana sarankan letak Choc.Chips tu lebih sikit..baru menawan mata & tekak..hehe..*Ana boh sikit..jimat tau @..kedekut?* heheh..


Resepi
CHOC.CHIPS RAISINS MUFFIN
Sumber Resepi : Food Institut Of Malaysia (FIM), Majalah SDK April 2007(Muffin Raisin)
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
  • 100 gm mentega
  • 125 gm gula kastor
  • 125 gm telur..lbh krg 2 bj telur saiz A
  • 188 gm susu cair/ susu segar
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sdk serbuk penaik
  • secubit garam halus
  • 1 sdk esen vanila
  • 30 gm kismis..Ana cincang kasar
  • Choc.Chips secukupnya..optional

Cara-cara :
  • Ayak tepung bersama serbuk penaik & garam halus, ketepikan
  • Pukul gula bersama mentega sehingga betul2 kembang.
  • Masukkan telur satu per satu bersama esen vanila, putar sebati.
  • Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik & garam tadi berselang seli dengan susu segar/cair, buat sampai habis.
  • Kacau rata, kemudian tambahkan kismis, putar sekejap.
  • Masukkan choc.chips, gaul guna senduk bagi rata.
  • Sudukan ke dalam mangkuk muffin 3/4 penuh.
  • bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 165'C selama 15-20 minit @ sehingga masak..bergantung kpd oven masing2..
**Untuk buat corak kat atas muffin tu, ambil sedikit adunan, campurkan dengan sedikit emulco coklat, gaul sebati sehingga rata, sudukan sedikit ke atas adunan muffin yang warna plain tu, ambik lidi/chopstick, pusing2 ikut suka le..ala2 marble gitu..

**Bila dah masak, tutup suis oven, biarkan muffin anda di dalamnya, buka sedikit pintu oven, lebih kurang dah suam2 bolehla keluarkan, ini nak bagi muffin yang naik cantik, merundum secara tiba-tiba..

Selamat Mencuba..

21 Februari, 2011

MUFFIN COKLAT SUSU

Assalamualaikum..

Sekarang masa lebih lapang sikit, sibuk-sibukkan diri pagi tadi dengan hidangan petang ni, tapi sebenarnya lebih kepada bekal Adam & Akmal ke sekolah kebangsaan..Donut Mayo yang buat petang semalam tu dah tinggal 4/5 biji, tak cukup le nak bagi budak-budak ni makan kat sekolah..koman-koman 4/5 biji sorang....suka betul diaorang dengan Donut tu..Umminya pun suka gak sebab nak buat tu senang..timbun je dalam BM..hehe..*dah ada kemudahan, guna ajela kan..*


Resepi Muffin Coklat Susu ni Ana dapat dari Majalah SDK Julai 2006...tengok resepi malam tadi sambil2 dok layan hati sedikit kuciwa sebab tak dapat pergi dengar ceramah Maulidurrasul kat surau sini, plan asal nak pergi & bawa ank-anak sama..tapi pk punyala pk, Cik Abe risau lak bebudak ni kacau orang solat (ceramah tu lps Maghrib..)..terus kensel je..nak solat kat rumah pun lintang pukang, kejap panjat belakang, kejap baring atas sejadah..tu belum menangis nak itu ini..baik dok diam-diam kat umah je..kena tunggu anak-anak besar sikit lagi baru dapat ke tempat2 majlis ilmu macam tu kan..sabo ajela..


heheh..pehal bagi ceramah lak ni..dah tak dapat g dengar ceramah, nak ceramah kat sini lak ek..kuikui...ok..berbalik pada gambar mapin tuh..sedap tau, lembut & gebu macam kek je..suka sangatla budak-budak, nak2 lagi Ana deco sikit dengan coklat keping, 4 biji sorang Adam & Akmal bawa g sekolah, tu belum kira makan kat rumah lagi..dapat banyak gak, lebih kurang 26 biji, saiz kecil punya cup..

Nak kongsikan pulak kat sini, mana tahu ada yang nak mencuba kan..silakan..

MUFFIN COKLAT SUSU 
Sumber Resepi : Pn.Noraini Adnan, Kelana Jaya, Majalah SDK, Julai 2006


Bahan-bahan : (26 biji muffin saiz kecil)
  • 125 gm mentega..Ana guna marjerin je
  • 100 gm gula kastor
  • 2 biji telur, saiz B
  • 50 ml susu coklat..Ana guna susu cair je..
  • 100 gm tepung beserbuk penaik..Ana guna tpg gandum + 1/2 sdk baking powder + secubit garam (ayak bersama)
  • 25 gm serbuk koko
  • 1 sdk esen vanila
  • coklat keping untuk hiasan

Cara-cara :
  • Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
  • Masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi.
  • Campurkan tepung bersama serbuk koko (Ana ayak) kemudian masukkan ke dalam adunan tadi berselang seli dengan susu sehingga habis.
  • Sudukan ke dalam mangkuk muffin 3/4 penuh.
  • Bakar di dalam ketuhar bersusu 180'C selama 20 minit/sehingga masak.
  • Keluarkan dari ketuhar, sejukkan dulu seketika baru ditekan hujung kepingan coklat hiasan tadi di tengah2 muffin..(Jangan buat masa muffin masih panas-panas, kepingan coklat akan melepek cair..hehe)
  • Yang putih2 tu Ana tabur sedikit gula icing, sebelum diletak kepingan coklat..ala-ala snow gitu..hehe

Selamat mencuba..


DONUT MAYO Lagi....

Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera saudara saudari....Ana sedang mencuri ni...MENCURI? haha...nasib baik mencuri yang ni tak salah di sisi undang-undang..takde sape nak report pak polisi..sebab Ana sedang MENCURI MASA..huhu..sibuk betulla tuan tanah nih..apo bondo yang disibukkan tak tahule ek..saje nak N3kan Donut yang buat petang semalam, untuk sarapan anak-anak & bekal diaorang sekolah harini..


Donut mayo sekali lagi..terima kasih Ros@Jintanmanis kerana berkongsi resepi mudah & sedap ni..

Resepi dah ada SINI ek..Wassalam..(^_^)

NEXT : MUFFIN COKLAT SUSU...

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...