08 September, 2010

SALAM AIDILFITRI

Ramadhan bakal meninggalkan kita..adakah mungkin akan bertemu  lagi Ramadhan akan datang? InsyaAllah..



Di kesempatan ini Ana dengan setulus hati ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua teman2 yang sering berkunjung ke blog Ana yang tak seberapa ni, kepada silent readers(jika ada) & juga tak lupa kepada yang saje suka2 jalan meng'up'kan trafik kat sini..terima kasih semua...Jika ada terkasar bahasa & keterlanjuran gurau senda, Ana mohon ampun maaf..harap kita bertemu lagi selepas Aidilfitri ini dengan semangat yang baru terutamanya bab masak memasak nih..

Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu erti buat kita semua..Selamat berhari raya bersama keluarga tersayang...Maaf Zahir batin

06 September, 2010

BEBOLA KOPI BERSALUT KELAPA

Sunyi je kawasan sekeliling rumah Ana nih, kat facebook pon dah sepi sikit, diaorang dah balik kampung kot...sape2 yang bawak kete tu hati-hati memandu yek..semoga selamat sampai ke destinasi anda..huh..cam iklan tv je..hihi..

Panas2 lagi nih, nak ke??

Onde2 ke nih?? Bukan daaa..hihi..macam onde-onde jek tapi dah dimodenkan kot...Ini biskut raya saje2 nak cuba buat..senang nak membuatnya, gentel2 & campak dalam bekas kelapa kering tu haaa..dah boleh bakar..

Sape2 yang nak cuba ni Ana letakkan resepinya, dapat dari majalah lama...

Bahan-bahan : dapat lebih kurang 220 biji..
  • 350 gm marjerin..Ana guna planta
  • 170 gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 450 gm tepung blue key..Ana guna tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
  • 5 gm garam halus
  • 1 sudu teh perisa kopi/esen kopi
  • 200 gm kelapa kering..@ secukupnya..
Cara-cara :
  • Pukul marjerin & gula kastor hingga kembang. 
  • Masukkan telur & perisa kopi. Putar lagi.
  • Masukkan tepung & garam. Uli hingga menjadi doh yg lembut.
  • Bentukkan menjadi bebola kecil & golekkan dalam bekas kelapa kering, buat hingga bersalut keseluruhannya.
  • Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit @ sehingga keperangan..bergantung pada oven masing2...
  • Simpan dalam bekas kedap udara...

SELAMAT MENCUBA

05 September, 2010

KELAPA DELIMA..Ana nak pitam!!

Haaa...nape ngan tajuk tuh? Hampir pitam a.k.a zzzzzzzzz sepanjang hari ler tu...mana taknya, sekali buat terus 2 adunan, ingatkan sikit je, rupenyee...HUH!! Nak tak nak kena gak siapkan tu yang hampir2 pitam kat meja dapo tuh..haha..Biskut ni Ana buatkan untuk kakak ipar jugakla, dia yang mintak tolong..(berbayar tau..)hihi...betulla kata pepatah orang tamak selalu rgi..Apa yang Ana rugi nih? Rugi waktu tido ler, 1 malam berjaga nih...huhu


Dah lama berkenan ngan biskut ni, awal2 lagi dah save kat blog Mat Gebu tuh..ambooiii..Cik Mat sekarang ni tambah glamer ye, siap dapat jemputan buat biskut kat majalah lagi haa..Syukur Alhamdulillah kan..Tahniah le Cik Mat...Ana kongsikan respinya yea Mat..terima kasih..

Bahan-bahan ( 120-130 keping )

  • 225 g tepung jagung "Brown & Polson" (cap kupu2)*
  • 150 g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 125 g gula aising
  • 75 g kelapa kering, dikisar halus
  • 25 g serbuk badam
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 155 g mentega

UNTUK HIASAN:-

  • Ceri merah, didadu kecil
  • Kelapa kering
  • Kuning telur, untuk sapuan

Cara-cara

  • Satukan kelapa kering yang dikisar dan serbuk badam bersama2 tepung tadi. Ketepikan.
  • Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan2 serbuk roti.
  • Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut. Bulat2kan doh dan tutup dengan tuala lembap.
  • Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran dan susuh dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, letak satu potongan kecil ceri dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

**Perhatian : kalau buat sorang2 tu jangan tamak haloba ye, buat 1 adunan dulu, takle terpitam cam Ana nih..kalau ada yang membantu takde masalah nak buat 4 adunan sekaligus kan..huhu..**

ULTIMATE CHOC.CAKE

Assalamualaikum...ada yang tak tido lagi ke? Hihi..Ana memang tak tido harini sebab tadi siapkan biskut yang kakak ipar tempah tu, baru 3 jenis siap, ada 2 jenis lagi nak siapkan..huhu..last minit tempah camni ler, sibbaik kakak ipar, kalo orang lain tak mo ambik le...tapi kan dalam sibuk2 buat biskut raya ni, sempatla jugak buat kek, tahle nape tetiba je teringin nak makan kek bulan2 pose ni...kali ni Ana cuba resepi Kak Jun lak..

eh..!! terkojut ko? itam legam nih..haha..tapi itam bukan sebarang tau...sedap ni, tapi skrg dah abesla, Akmal dok ulang makan je, sedap katanya..kejadiannya??? Mak datuk..!! kemain besar lagi haa...tapi nak buat tu sonang bangat weh..kacau2 jek..nak makan gitu je takyah toping2 pon sedap weh..Ana kongsikan resepinya yea...

Bahan-bahan : ( 1 loyang (20cm)

  • 2 cawan tepung serbaguna..tepung gandum le tuh
  • 2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan koko
  • 2 sudu teh soda bikarbonat..Ini Ana kurangkan 1 1/2 sudu teh je..
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan susu Ana guna susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan air kopi pekat panas

Cara-cara:

  1. gaul tepung, gula, koko, baking powder n soda bikarbonat.
  2. masukkan minyak, susu, telur dan esen. masukkan juga air kopi. gaul sebati.
  3. bakar hingga masak. (jun bakar selama 1 jam..ikut oven masing2)(Ana bakar 1 jam setengah sbb guna api perlahan je..)

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...