26 Mac, 2011

KEK LAPIS SERI KAYA (kukus)

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Sabtu buat semua..ada yang nak balik kampung? Atau ada kat kampung halaman dah eik? Bestnye...kami takde g mana-mana pun, minggu depan anak-anak mula ujian Mac sekolah rendah, Ahad ni pulak ayahnya kena hadirkan diri ke sekolah untuk mesyuarat PIBG..moga semuanya dalam keadaan sihat walafiat & gembira bersama keluarga tersayang..
Harini Ana nak tayang kek lapis yang dah takde bau pun kat rumah ni, jadi takpayah ler nak mintak barang selapis 2 yerk..udah pinish..*kata kak Nor..* hehe...


Kek lapis yang sedap, naik gebuusss walaupun dalam adunannya takde pun soda penaik & baking powder..mula2 rasa tak yakin, tapi bila dah buat tu, rasa cam tak percaya kek ni jadi lembut je..sedap tau..jadi sape2 nak rasa kena cuba buat yer..


harini Ana copy kat sini untuk tatapan akan datang & rasanya akan buat lagi sebab seri kaya dalam tin yang suami beli haritu masih ada berbaki..1 tin lagi belum buka pun..hehe..

Harap Kak Lin tak kisah copy paste rspnya kat sni yer..terima kasih Kak Lin yang suka sangat menelefon kalau kita msg dia tanya sesuatu...hihi...agaknya dia tengah sibuk dengan angka-angka tu, maklumlah tengah sibuk dengan cukai sekarang ni kan..hehe


KEK LAPIS SERI KAYA
Sumber : LinRosLy
 Bahan-bahan:-

  • 300gm tepung gandum
  • 300 gm mentega..Ana guna buttercup
  • 200 gm gula pasir..Ana guna 250grm gula castor
  • 180 gm seri kaya
  • 6 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • - sedikit pewarna merah
  • -Ana tambah pewarna kuning
 

Cara:-

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis
  • Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah
  • Kukus setiap lapis hingga habis..Setiap lapisan lbh kurang 5-8 minit. 
  • Lapisan terakhir, kukus 20 minit @ sehingga masak, bila cucuk kek dgn lidi, keluarnya lidi bersih tandanya kek dah masak 
  • Tutup penutup kukusan dengan tuala bersih supaya air tak menitik & mencacatkan rupa atas kek.
  • Pastikan setiap lapisan kek yg dikukus betul2 kering & masak baru diletak lapisan yang seterusnya (blh tekan dgn jari, kalau tak melekat kat tangan dah ok le tu)
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.
SELAMAT MENCUBA...

25 Mac, 2011

BINGKA LABU

Petang semalam, sambil2 dok fikir, nak buat apa dengan labu yang secoet berbaki ni ha...lebihan pengat labu haritu, kang lama-lama kenyang lak tong sampah..tak pasal kena pot pet ngan tukang bayar tu...hihi...biasanya dia akan kata.."ni nak tanam ke ni?.." kalau dia cek esbox & nampak sayur2 & bahan2 masak tumbuh akar @ dah terpenyek..haha..takpon kalau kirim apa2 kat dia soh belikan, dia akan kata.."..habiskan dulu dalam peti tu baru beli barang lain.."uhuks..pedih wei..

Semalam nampak Mamasya tayang kat blog dia, tengok bahan2 pun simple je..tapi ke'adaan' labu tu bukannya banyak mana pun, dapat buat separuh adunan je..hihi..Bingka labu ni Ana makan sikit je, nak rasa, yang banyak2 tu bagi suami bawa ke surau sekali dengan kuih ketayap tu..


Dah masak, suam2 lagi Ana potong, elok lak..warnanya pun cantik..sedap tu...meh tgk rsp..
 
Bingka Labu
Sumber : mamawandiha.fotopages.com
Copy : Mamasya
 

Bahan2
  • 1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos-timbang dlm 400 gm
  • 240 gm gula pasir
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur (A)-guna 4 biji telur saiz M
  • 1 cawan santan pekat- guna 1/2 pekat santan debu jadikan 1 cwn
  • 125 gm marjerin ~ cairkan

Cara Menyediakan 
  • Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus. 
  • Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar. 
  • Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata. 
  • Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi. *Ana blend je
  • Panaskan ketuhar 175C. 
  • Lenserkan acuan dengan marjerin/butter. 
  • Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.

KUIH KETAYAP LAGI

Assalamualaikum w.b.t.
“Allah berfirman kepada MalaikatNya: “Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.”
(Hadis Qudsi riwayat Tabrani dari Abu Umamah r.a)

Alhamdulillah, syukur atas segala kurnian-Nya, atas nikmat & rahmat Allah Yang Maha Pemurah..Jumaat kembali lagi, pejam celik sekejap je masa berlalu, dah nak masuk penghujung bulan Mac..Ucapan Tahniah rasanya belum terlambat nak ucapkan buat Hana & Family atas kejayaan suaminya, menggenggam phD di negara matahari terbit nun, bukan senang kan nak merantau mencari ilmu, disebalik kejayaan si suami, ialah si isteri & anak-anak penguat semangat, menguatkan lagi azam..apa-apapun tahniah kepada Dr Hamzah & Dr Hana..hehehe..*bini pun dapat gak Dr. kan...oh ya..selamat kembali juga buat mereka sekeluarga..agaknya dah sampai Malaysia ke belum yer..ketinggalan sikit ni, sejak akhir2 ni suam2 kuku masuk blog..apa2pun semoga semuanya selamat walau dimana saja berada..

Ucapan takziah juga kepada penduduk Myammar..atas kejadian gempa bumi 6.9 scala richter pada jam 9.56 malam tadi (maaf, kalau salah )...dunia akhir zaman macam2 kejadian berlaku, kita sebagai manusia perlu beringat2 akan kedudukan kita sebagai makhluk Allah, persiapkan diri dengan segala bekal amalan andai diuji & dijemput Ilahi suatu hari nanti..InsyaAllah..kita tergolong di kalangan manusia yang beriman..Amin..


Pagi ni kami sarapan kuih ketayap & teh sahaja..kuih ni semalam dah buat untuk buah tangan suami nak bawa ke surau, katanya ada kuliah selepas maghrib, jadi lepas solat Isya' biasanya jamu sikit ustaz & jemaah yang datang dengan hidangan ala kadar..Alhamdulillah, seronok pulak buat makan2 ni, sebelum ni buat bingka susu *blm masuk n3 lg..*..hehe..
Saje buat kaler merah & kuning, sebenarnya pewarna hijau dah habis, rasanya dah agak lama tak meninjau dalam kedai bakery tu & skodeng apa2 yang patut dibawa balik..jadi Ana gunakan apa jela warna yang ada..


Resepi dah ada sebelum ni, nak buat senang, kebetulan anak belum baik dari demam & sekarang batuk2 pulak..jadi sediakan yang mudah2 ajekan, inti kelapa pun dah siap buat beberapa hari lalu..

Untuk resepi boleh klik SINI yer...

Sekian..Wassalam..^_^

23 Mac, 2011

MOIST BROWNIES

Assalamualaikum..

Harini sempat berlari pecut 400 meter kat blog jap, sambil2 jaga anak..terima kasih kepada yang mengingati tuan tanah ni & yang mendoakan kesihatan anakanda Ana yang kurang sihat..

Apa-apapun harini baru nak pergi Klinik Kesihatan dulu, dah 3 kali bawak Hannah ke klinik jumpa doktor, makan ubat..masih gitu gak, taknak biarkan lama2 sangat, panas badannya ketara sangat bila malam & pagi akan menggigil macam orang kesejukan, siap ada rengekan lagi,..tu yg tak tahan dengar tu, pagi tadi lain macam pulak, riba dia sambil lap2 kepala, tang tu jugakle Ummi dia nih meleleh air mata..rasa tak sanggup nak biarkan anak sekecil tu menanggung sakit..bila dia sihat sikit, adala dengar gelak-gelak & suara garangnya tu..dia ni agak garang jugak dengan abang2 & kakaknya yang suka mengusik..makan pun taknak..selalu buat kuih apapun dia yang tolong habiskan..suka makn nasi, orang belum duduk dia dah tadah tangan baca doa makan..sejak dia tak sihat, nasi pun taknak makan, suap sikit dah cukup..harap-harap anak ummi sihat spt. sediakala & hati ini tak runsing2 lagi..nak makan pun tak selera tau..betul ni


Ok, berbalik kepada menu harini, projek brownies ni dah lama buat, tak silap Ana hari Jumaat kot....sebabnya anak-anak dah merungut, lamanya Ummi tak buat kek, tapi dalam hati rasanya baru je buat tuk balik kg haritu..hehe..nak makan cakap jela kan..brownies ni baru2 masak, lepas potong tu rasa dia macam kek gitu, tapi ada belen2 Ana letak dalam peti ais, jadi padat lak..tak tahule kot2 tangan yang membikinnya tak sama hasilnya kot..hehe..


Sumber : Hanieliza
Bahan A
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]

  • 2 biji telur gred B
  • 1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko - sy guna serbuk koko Van Houten
  • 1 s/k baking powder
  • 1 s/k soda bikarbonat - sy guna 1/2 sudu kecil je..sama ikut kak Zai

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
 

Chocolate Topping
Bahan

  • 250 gm cooking coklat [cap tulip]- guna yang cap biasa2 je..
  • 1 s/b butter/majerin
  • 1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

22 Mac, 2011

UDANG MASAK LEMAK JINTAN

Assalamualaikum w.b.t

Maaf jika ada yang menyinggah kat blog ni asyik sendawa makan pau tu yer..tuan tanah agak sibuk sedikit, ada anak kecil yang demam banyak hari belum kebah-kebah lagi..layan dia jela..asyik nak berkepit sana sini..Harini Ana nak kongsikan menu semalam, teringin buat sebab tengok Kak Nor dok promote sedap, jadi kita pun nak le try kan..kebetulan Cik Abe ada belikan udang saiz besar2 & dia kata buat masak lemak..maka jadilah menu ini...


Juadah bersama pada hari kejadian..hehe...cuma nenas & belimbing buluh takde dalam koleksi peti ais, jadi Ana letak labu air je..sedang2 le kan..mana yang ada je..


Ana copykan disini ye Kak Nor & Kak Ummi..terima kasih bebanyak kongsi resepi..

Sumber : Kak Ummi
Copy : Kak Nor
 
Bahan2:
  • 1/4 bj nanas muda ~ k.nor guna 7 bj belimbing buluh
  • sedikit minyak masak
  • 2 cawan santan cair
  • 4 ekor udang galah/udang besar ~ k.nor guna udang biasa
  • sedikit garam
  • 1 cawan pati santan
  • 4 bj cili padi ~ dibelah dua
  • 6 biji cili merah ~ dibelah

Bahan ditumbuk halus:
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup

Cara2:
  • Potong nanas kecil2 dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kaserol dan tumis bahan tumbuk di atas api perlahan. Kacau hingga wangi.
  • Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
  • Bubuh nanas dan udang galah, kacau.
  • Masukkan garam bersama pati santan, cili padi, cili merah dan kacau hingga mendidih.
  • Angkat dan hidang.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...