24 Jun, 2011

Non Baked Cheesecake - KEK KEJU KORDIAL ANGGUR

Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhwah buat teman-teman yang bertandang, walau tuan rumah asyik letak status bizi je sejak kebelakangan ni kan..tak habis-habis..hehe..bizi kita kerana beberapa hal..Alhamdulillah dapat juga jenguk kawan-kawan & terima kasih buat yg bertanya khabar..Hari ini, akhirnya ke'bizian' itu terjawab...buat kek rupanya..alaaa...itu pun nak kecoh kan..haha..mesti Izah takpun HaSue kata gitu...ooo..Izah dah dapat title 'mak labu' yer...hehe

ok...berbalik kepada bebizian yg tak habis2 tu, selepas seorang kakak yg baik hati lagi cantik & masih muda jelita tu walau dah ada anak bujang..ehem..sapo lak aihh..dgn seihklas hatinya mengirimkan sekotak Gelatin HALAGEL yang susah benar nak dapat masa pergi hypermarket haritu..kita pun berangan2 nak buat cheesecake..cari punya cari resepi, kebanyakan bahan takde dalam simpanan, bukan tak nak beli, tapi memikirkan keadaan yg dah tak mengizinkan ni, risau juga kalau beli freash cream ke..benda2 yng jarang2 guna kan, lama-lama rosak lak..dalam pantang mana boleh tengok benda2 tu kan..kan..makan tak boleh..tengok pun tak bolehla...hehe..akhirnya teringat dalam majalah lama ada resepi yang simple2, tapi dah lupa tahun & bulan bila..maknanya..kena selongkar balik majalah satu demi satu..haaaa...sape lak nak kemas tuh? *blom kemas balik lg ni..*..maka jumpalah resepi ni..mata dah terbayang akan kejadiannya, tiba-tiba..*jeng...bunyi muzik suspen..* seorang Ratu Desert iaitu Kak Nor@Secubit Garam menayangkan menunya yang membuatkan "hijau mata biru Hasue.."..waaaahh...sebijik le lebih kurang resepi tu..makin semangat nak buat sebab Kak Nor dah buktikan kejadian cheesecake itu..walau ada beza sikit2..tapi semangat tu penting kan Kak Nor? *Kak Nor dah angguk dah..*..hehe..


Haaa..tu baru muqaddimah..makaiihh..punyala berjela, maklum dah berapa hari dah tak bebel kat sini..hihi..kali ni kita keluarkan kek yang masih segar ni, En.Somi & anak-anak bujang belum balik lagi..tengok pun belum ni..tapi tukang buat bersama anak dara berdua ni dah balun 2 potong..aduuuiii..sedap amat..tak muak..bahan yang ringkas & mudah didapati..bolehla cuba ya..


Ana takde loyang yg boleh buka dasarnya..cuma guna loyang biasa & lapik dgn alum.foil kemas2 dalamnya..Alhamdulillah..nak keluarkan kek tu pun senang, angkat alum.foil tu je, jgn bg koyak sudahla..hmm..nak kecek2 sikit org sebelah ni utk beli loyang khas tuk cheesecake kena tengok selera diaorang dulu, klau dapat sambutan bolehla kot..kot la..tak pasti lagi....hehe..

Ok, ini resepinya..kalau nak tengok versi epal cun melecun boleh tengok kat dapo Kak Nor..

KEK KEJU KORDIAL ANGGUR
Sumber : Resepi GlaxoSmithKline(Ribena)@Majalah SDK Jan.2008

Bahan-bahan:

A) Lapisan Dasar :
  • 150 grm biskut digestive *Guna biskut Merrie je* - dihancurkan halus
  • 60 grm mentega - dibiarkan lembut pd suhu bilik selama 15 minit

B) Inti (kek)
  • 100 ml air
  • 2 sdb butiran gelatin Halagel
  • 1 blok (250 g) keju krim, dibiarkan lembut pd suhu bilik
  • 75 grm gula castor
  • 250 ml yogurt asli *
  • 50 ml yogurt *Ana guna yogurt asli juga
  • 75 ml kordial Ribena *Ana guna kordial anggur biasa je
  • Sedikit pewarna ungu *opt. ini Ana tambah

C) Hiasan :
  • 100 ml air
  • 2 sdk butiran gelatin Halagel
  • 80 ml kordial Ribena/amggur
  • 2 sdk blueberry paste *Ana tambah


Cara-cara :

LAPISAN DASAR : 
  • Gabungkan biskut yg dihancurkan dgn mentega di dalam mangkuk. Kemudian ratakan pada dasar acuan berukuran 20/22 cm (dgn bhgn dasar boleh dikeluarkan) & tekan dgn menggunakan bahagian belakang sudu, bagi padat & sejukkan sehingga keras di dalam peti sejuk. Kemudian bolehla diletakkan adunan kek/inti.

INTI/KEK :
  • Sukat air (100 ml) ke dalam mangkuk & renjiskan gelatin (jgn kacau). Birkan selama 10 minit utk membolehkan gelatin kembang. 
  • Kemudian letakkan mangkuk gelatin tadi ke dalam mangkuk besar berisi air panas (utk mencairkan gelatin). Setelah gelatin cair, alihkannya daripada mangkuk ir panas & biarkan sejuk pada suhu bilik.
  • Kemudian, pukul krim keju & gula sehingga halus & berkrim.
  • Masukkan gelatin tadi bersama 250 ml yogurt, kacau sebati.
  • Sukat keluar 300 ml adunan tdi ke dalam mangkuk lain & campurkan dgn 75 ml kordial Ribena/anggur. *tambahkan pewarna ungu & kacau*
  • Baki bancuhan tadi campurkan dgn 50 ml yogurt lagi.
  • Letakkan ke dua-dua bancuhan ini berselang seli, (guna senduk kecil) ke atas lapisan dasar yang dah keras tadi.  Ana mulakan dgn adunan warna asal & berakhir dgn adunan kordial..
  • Buat sehingga habis & sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam..Ana simpan peti ais sehari semalam..hehe

HIASAN :
  • Sukat air (100 ml) ke dalam mangkuk & renjiskan gelatin (jgn kacau). Biarkan selama 10 minit sehinggan gelatin kembang, kemudian letakkan magkuk gelatin tadi ke dalam magkuk berisi air panas. 
  • setelah gelatin mencair, alihkan & biarkan di suhu bilik sehingga sejuk.
  • Campurkan 80 ml kordial ribena/anggur & kacau sebati. biar seketika*Ana tambahkan sedikit blueberry paste*
  • Tuangkan ke atas kek keju tadi yg dah beku & sejukkan sehingga keras (letak dlm peti lbh krg sejam)
ini cara orang takde loyang yang betul..hehe

**Hidangkan kek dalam keadaan sejuk. Teksturnya lebih elok sekiranya dibiarkan pd suhu bilik seketika utk melembutkannya (jika tdk, teksturnya adalah sedikit kenyal)

**Basahkan pisau dgn air panas, kemudian lap kering, baru potong kek, agar kek nampak elok..


Nampak panjang kan..tapi pendek je..baca betul2..hehe..Selamat Mencuba..

23 Jun, 2011

PUDING LAICI DANGDUT

Menu beberapa hari lepas..sedapnyaaa...tapi 3 anak kami tak suka, sebab rasa laici katanya..huhu...Kami dengan si kecik Hannah je yang laju makan..lembut & sejuk..nyaman je masuk perut..hehe..budak-budak ni nak yang warna coklat katanya..kena tunggu hari lain la buat yang coklat2 tu..banyak kerja kena setel ni..*tak habis-habis lagi?* ..huhu..


Konon buat layerla..bagi meriah sikit..hehe..tapi bila makan kena scoop dgn sudu gak, sebab tu namanya dangdut tu kot..goyang-goyang je..hehe.. 


PUDING LAICI DANGDUT

Bahan

  • 10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula
  • 2 tin laici [asingkan airnya]
  • 1 tin susu cair

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biarkan mendidih lagi. [jika gunakan agar2 biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.


NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....



 
**Ok..layan diri ye..Ana nak pergi klinik petang ni kalau sempat, InsyaAllah, dah masuk 32 minggu..nak tengok perkembangan 'orang dalam' ni..** nanti akan jenguk kamooo...^_^..rindu nak BW..

Roti Goreng Rangup Lagi-bekal harini..

STATUS : BIZI..

Haish..tak habis-habis lagi kebizianku ini...harap maklum & maaf jika belum berkesempatan menjengah anda yang datang..hehe..


Update bekal anak-anak harini, pagi & petang, senang & sedap..mesti lebihkan untuk dibawa ke sekolah sebab kawan-kawan diaorang mesti mintak kalau tengok bekal yang agak lain dari kebiasaan..hehe..Ok..nak resepi? Ada SINI..tryla..tak rugi cuba ni, sedap sangat & dah terlalu ramai yang buat..ni pun dah berapa kali buat menu ni untuk makan2 & bekal budak-budak..kali ni berintikan Coklat buatan sendiri..resepi inti ada SINI..


Goreng bagi garing sikit..krup krap..krup krap makan yang garing2 tu..

SELAMAT MENCUBA..*_*

22 Jun, 2011

APAM GULA HANGUS

Assalamualaikum w.b.t

Meh tengok apam ni..tengok jela ye..buatnya dah beberapa hari untuk dihantar ke tempat kelas fardhu ain kanak-kanak Ahad lepas, macamana boleh lupa nak share kat sini..hehe..Ana buat 2 adunan sekaligus, dapat dalam 45-50 biji lebih kurang..masa nak cairkan butter tu, tengok2 butter takde lak, terus timbang minyak masak je, kemudian kandungan gula pun dikurangkan lagi, bila dah masak, sedang-sedang elok manisnya..lembut je kejadian apam ni, nak buat pun senang..ni kes tengok Mas dah berkali2 buatla ni, tu yang terfikir nak buat apam ni je bila suami tanya kuih apa nak bawa untuk budak-budak haritu..


Terima kasih buat Kak Jun@Myresipi, Mas juga Izah yang share resepi & olah sedikit sebanyak..kita simpan kat sini lak..sila layan diri ye, tuan rumah ada projek belum selesai, nanti akan balas kunjungan mesra anda kemudian, InsyaAllah.

APAM GULA HANGUS
  • 150 gm gula dan 100 ml air - dibuat gula hangus
  • 70 gm butter - cairkan *Ana guna minyak masak (timbang 70gm)
  • 75 gm susu cair 
  • 1 biji telur dipukul
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking soda
  • secubit garam
  • 75 gm gula - Mas letak 60 gm gula halus*Ana letak 50gm gula castor

Cara membuatnya :
  1. Masukkan butter yang dicairkan(minyak), susu cair dan telur ke dalam gula hangus(yg dah sejuk).
  2. Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
  3. Acuan lompang tak payah disapu minyak sebab dah ada butter dalam adunan apam gula hangus tu, terus jerk masukkan adunan apam tadi ke dalam acuan lompang.
  4. Biarkan air kukusan betul2 mendidih baru kukus adunan apam tadi.. Kukus selama 20 min dan balut tudung pengukus dengan kain untuk mengelak air menitik atas apam.

20 Jun, 2011

KUIH SOM-SOM

Assalamualaikum
Usai sudah makan malam ye..mesti dah bersandar kekenyangan ni kawan-kawan sekalian kan..hehe..meh jamu kuih lembut ni..sedap makan sejuk-sejuk dengan kuah gula melakanya..sebelum ni pernah buat guna resepi kak fida@myr tu,cuma tak masuk blog je sebab bawa untuk makan2 kat rumah kakak ipar haritu.. kalini cuba pula hasil perkongsian dari dapur AlongRoz..hasilnya tetap sedap lembut..anak-anak pun suka..cuma sememeh sikitle kuih kita ni, versi nak cepat..


Nanti boleh cuba ye, malam ni makan yang ni dulu le..ambik sikit sorang yer..hehe..tak cukup boleh tambah menu desert rumah Kak Nor tu..ambooii..kemain lagi dia berahsia menunya kan..takpe..kita sabor jek..


KUIH SOM-SOM
Source: RinnChan & AlongRoz@HomeKcreation
  • 100g Tepung Beras
  • 30g Tepung Hoen Kwee (atau Tpg Pulut)*Ana guna tpg pulut
  • 1 st Garam
  • 1000ml Santan 
CARA2:
    • Satukan kesemua bahan di dalam periuk sehingga sebati.
    • Masak atas api sederhana sehingga likat, menggelegak dan berkilat. 
    • Sudukan ke dlm bekas2 kecil. 
    • Sejukkan di suhu bilik & dlm peti sejuk.
    • Hidangkan dgn sirap gula melaka.

     


    SIRAP GULA MELAKA (resepi ALong sendiri)

    • 1/4 cwn Gula Melaka 
    • 1/4 cwn gula pasir
    • 1/2 cwn air
    • 1 helai Daun Pandan
     

    - Satukan & masak sehingga gula hancur.
    - Sejukkan sebelum di gunakan


    SELAMAT MENCUBA...Jumpa lagi esok InsyaAllah

    Peria Katak Dalam Sambal Udang

    Dah nak petang ni, dah siap menu untuk harini? haa..meh makan sama-sama. Sape nak lauk? Meh ambik..hehe..sesekali layan sayur peria sedap jugak..peria katak ni tak pahit macam peria yang besar tu kan..ke kami yang makan tak terasa pahit tak tahule..hihi..sedap tau..eh..korang dah tau..takpela..meh layan meh..bawak nasi masing-masing yer..tuan rumah sedia lauk je..kedekut jap..hehe..


    Cara buatnya lebih kurang je, macam buat sambal biasa tu, korang semua dah teror dah..Peria tu kalau takut pahit rendam sekejap dalam air garam, tapi yang ni Ana tak rendam pun, elok je makan, tak pahit pun, cuma sebelum masukkan udang tu masukkan peria yang dah dipotong terlebih dahulu, baru masukkan udang. ..Siap..hehe..


    sila jamu selera ^_^..sekadar berkongsi idea menu bersama, takle bosan sangat kan..
    pst : ni lauk bila ek? kelmarin kot..huhu..

    APAM GULA MELAKA

    Assalamualikum w.b.t

    Bersiaran kembali..menemui sahabat2 blog & alam maya ni, harapan semoga anda semua sihat walafiat & dilindungi Allah hendaknya..Terima kasih buat yang sudi bertandang, ada kesempatan InsyaAllah akan balas kunjungan ye..


    Ini menu sarapan pagi Ahad..hari minggu sempatlah peram kuih ni, makan lewat sikit..kebetulan kelapa parut ada lagi, tu yang buat kuih ni, sedap & lembut, manis yang sederhana je..Alhamdulillah, menjadi santapan kami sekeluarga untuk sarapan hingga ke minum petang, hehe..banyak juga dapat..tengok laporan masakan, rasanya Kak Nor, Hana, Quinnie, Noorsha, Tun Telani, Izah dan ramai lagi le dah buat ni..rajin betul diaorang ni kan..ok..meh cek bahan2 & caranya..

    APAM GULA MELAKA

    Apam Gula Melaka by AnnaQawina

     

    Bahan-bahan ( satu family/ loyang 7 inci )

    • * 1 cwn air
    • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
    • * sehelai daun pandan
    • 2 cwn tepung
    • 1 sk dry yeast
    • 3/4 cwn air
    • 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
    • secubit garam

    Cara-cara

    1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
    2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
    3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
    4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
    5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
    6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam. 

    SELAMAT MENCUBA BAGI YANG TERINGIN TU YE...(",)

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...