30 April, 2011

KEK PISANG MakLang

Assalamualaikum

Petang nanti kami nak bercuti di kampung halaman suami, menjenguk bapa mertua & saudara mara terdekat, dah agak lama juga tak balik, kali ni buat kek pisang konon2nya untuk bawa balik kampung le, tapi bila dah siap bakar, teringin lak nak cuba rasa, dah potong sikit, nak lagi..anak2 Ana iaitu Damia & Hannah pun suka, lepas suami balik hidang jela buat minum petang, pagi ni dah habis..hehe..malam tadi buat kek pisang lain untuk buah tangan ke kampung..apa nak buat, dah sedap..Ana jumpa resepi mudah ni kat blog Kak CT..sedap tau..cubalah kalau ada pisang yer..


Ana letak nama MakLang kat nama kek pisang ni, sebab banyak sangat resepi kek pisang kan, senang nak buat rujukan..



Kek Pisang MakLang
Sumber : MakLang & Yatie Cooking

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung naik sendiri *Ana guna tpg gandum + 1sdt baking powder + secubit garam
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan pisang emas dilenyek (saya ubah suai bubuh lebih sikit)
  • 1/2 cawan minyak
  • sedikit esen pisang..*takde, letak esen vanila je
  • 50 grm coklat rice *Ikut kak CT
CARA MEMBUATNYA:
  • Ayak tepung + baking powder + soda bikarbonat + garam
  • Pukul telur & gula hingga kembang
  • Kemudian masukkan pisang & esen
  • Masukkan minyak
  • Akhir sekali tepung bersama yang diayak tadi.
  • Tambahkan coklat rice, *masa ni kacau guna senduk je.
  • Bakar/kukus *Ana bakar 180'C 40 minit..(30 minit pertama guna api bawah, minit selebihnya buka api atas bawah)
  •  **sedap kek ni tau..

29 April, 2011

GULAI IKAN KELANTAN

Assalamualaikum.

Sudah lewat tengah malam, baru sempat nak update blog kesayangan hamba ni..ada urusan yang hendak diselesaikan di siang hari..huhu..esok kami becadang nak balik kampung suami..nak jugakla buat sesuatu sebagai buah tangan untuk ayah kesayangan suami ni..tak lain tak bukan cuma kek pisang, yang menjadi kegemarannya..hehe..perihal kek pisang tu kendian kita citer ek..dah tengah malam ni, takde sape nak baca celoteh panjang ala-ala karangan tingkatan 6 pun kan..

 

Ini menu petang tadi, sambil2 buat kek, masak siap2 untuk makan malam..gulai asas untuk rakyat Kelantan..hehe..tapi Ana ni bukan pandai sangat nak buat, kena rujuk resepi gak..kadang tu tanya kakak..harini nak kongsikan kat sini..sedap tau..anak-anak Ana yang kurang gemar makan lauk2 gulai pun menambah-nambah makan nasi, sedap kuah & lauk katanya..cuma takde timun sebagai penambah seri..

Hidangan bersama ialah terung goreng bersambal..terung panjang yg digoreng sebentar, kemudian masak sambal macam biasala, cuma tak payah tambah air,  letak atas terung..sedap..

 

RESEPI GULAI IKAN

Sumber: Makyong@Myresipi

Bahan-bahan ( 2-3 orang )


  • 2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)
  • 1cm lengkuas
  • 1cm kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 keping asam gelugur/keping
  • 3-4 biiji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji timun
  • 3 biji lada hijau
  • 1/2 biji kelapa-ambik santan

Cara-cara 

  1. Bersihkan ikan dan ketepikan.
  2. Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
  4. Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau
  5. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api. 
  6. Hidangkan...selamat mencuba..

    28 April, 2011

    YOGURT STEAMED CUPCAKES

    Assalamualaikum..
    Alhamdulillah, hari ini masih dapat meghirup udara di bumi nan indah..apa khabar semua yang bertandang? Harap sihat walafiat hendaknya..sedikit renungan untuk kita hayati bersama pada hari ini :

    "..Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -H.R. Ahmad-..renung-renungkan & selamat beramal..^_^

    JOM SARAPAN...


    Dah sarapan? Kami harini sarapan kuih baulu kukus lebih kurangnya..apam pun ya..dengan nama asalnya 'cupcakes'.. edisi menghabiskan stok yogurt tu, nak buatnya sesenang menulis A B C...mix sebati semua sekali bahan-bahan tu & kukus..Ana jumpa resepi ni kat blog Rima yang femes dengan macam-macam masakan tu..masa buat ni rasa takut jugak sebab tengok yang Rima buat nampak mekar cantik, kang kita buat tak mekar, kecewa lak nanti..hehe..tawakal jela malam tadi sambil kukus kuih ni..kukusan pertama kuih tak mekar sangat walaupun lembut, nampak nak mekar je, mungkin masa tu air kukusan belum betul2 panas menggelegak kan..bila siap kukusan ke dua...& buka penutup kukusan..Ya Allah...terlopong sekejap diriku ini, maklum le tak pernah tengok apam yang dibikin sendiri mekar semekar-mekarnya..huhu..jakun pun adoo..tersengih2 tunjuk kat suami & bagi dia rasa..hmmm..lembut sesangat..

    Tapi masa tu ada gak kejadian yang tak diingini berlaku..air kukusan kering kontang..terbau hangit je..cepat2 tutup api dapur..biar sejuk sikit & tambah air & kukus lagi selebihnya..Alhamdulillah hasilnya begitu menggembirakan..lembut & putih bersih warna bahagian yang bawah tu..

    Kat sini nak kongsikan resepinya yang Ana dah olah2 sikit, hihi...mandai2 je..lagipun senang nak buat rujukan, adunannya hanya buat separuh dari adunan resepi tu, dapat lebih kurang  7 biji cup saiz sederhana & 20 biji cup kecil..kuantiti gula pun dah dikurangkan lbh krg 3 sdb, tapi bila makan tadi rasa agak terlebih manis , lain kali kalau nak buat kena kurangkan lagi gula tu..bagi yang tak suka manis-manis la kan..


    YOGURT STEAMED  CUPCAKES
    Sumber : AnnaQawina

    bahan-bahan : *Ana buat separuh je*
    • 2 cawan gula castor ..kurangkan..
    • 1 sdt ovallete
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 cawan yogurt asli
    • 2 biji telur
    • 1/2 sdt double action baking powder
    • 1 sdt serbuk koko
    • 1 sdt pes coklat

    Cara-cara :
    • Campur semua bahan di atas dalam mixer.
    • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
    • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
    • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat, gaul sebati.
    • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
    • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
    • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
    **Pes coklat & serbuk koko boleh diganti dengfan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..& pewarna kesukaan**

    **KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**

    **Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**

    SELAMAT MENCUBA

    27 April, 2011

    MUFFIN COKLAT YOGURT

    Hmmm..masih dalam mood rajin nak update..hehe...pagi tadi godek muffin lagi, kali ni jugak masih berasaskan yogurt sebab nak habiskan yogurt yang dah bukak botol tuh, nak telan gitu je tak tertelan weii sebab yogurt plain kan, kalau yang berperisa & ada buah-buahan sikit tu jap je licin..


    Kali ni masih menceduk resepi dari Ratu Muffin..siapa?? haha..sapa tuh dia tau ler..kihkih...jagan marah yer Zah..nanti cepat tuo..itu kata anak Ana si Damia tu kalau kita marah-marah kat dia..walhal dah buat salah, tentu le kena marah kan..ada je alasan dia tak nak kena marah..Masa buat muffin ni tengok2 susu cair dah habis, susu segar lagi ler..malas nak menapak turun ke kedai, dengan selamba badak je bancuh susu tepung Dugro anak..bertuah punya mak..takpe..kiranya khasiat susu ada dalam muffin tu kan..pandaile..


    Ok, Izah..meh makan muffin nih, sebab ko dah share resepi yang anak-anak Ana suka..memang sungguh lembut, kali ni Ana bakar guna api atas bawah (sbnrnya oven ni kalau buka api atas cepat je hangus, jadi selalu le jenguk oven), sedang elok masaknya, tak sampai 20 minit dah angkat..kalau perasan le, muffin cup tu Ana potong sikit bagi rendah..heheh..kalau tak potong sah-sah dapat 7/ 8 bijik je, ini dah potong dapat banyak gak..edisi jimat cermat ke apa ni...hehe..


    Meh kita semak resepi yer..kalau rajin buatle..puas hati..jangan risau, takde rasa masam yogurt dalam muffin tuh..nak buat pun alahai..senang je..
    MUFFIN COKLAT YOGURT
    Sumber : izahdaut
    Sumber : AnnaQawina
    • 1 cwn tepung
    • 1/2 cwn serbuk koko
    • 1 sk baking powder
    • 1 sk soda
    • 1 sk nescafe *tak letak
    • secubit garam
    • 3/4 cwn gula
    • 1/2 cwn minyak
    • 1/2 cwn yogurt
    • 1/8 cwn susu segar(lbh krg 4 sdb) *guna susu tepung dibancuh dengan air
    • 1 biji telur
    • 1/4 lebih sikit air panas

    Cara-cara :
    • Satukan semua bahan kering. Gaul rata.
    • Satukan bahan basah kecuali air panas. Gaul sebati.
    • Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Sebatikan.
    • Akhirnya masukkan air panas. Sebatikan.
    • Masukkan ke dalam muffin cup dan bakor pada suhu 180 selama 25 minit. *bergantung juga kepada oven anda

    SUP AYAM SPECIAL

    Apa menu harini kawan-kawanku? Harini Ana tak payah masak, dah bagitau Cik Abe tadi, petang nanti belila lauk ke, apa-apa ke macam mee sup ke kan..alasan tak mau masak harini ialah..*Dan alasan ini telah diterima*

    * Asyik makan nasik je, boringle...kalau dapat mee sup ke tomyam ke ok gak..

    * Nak lipat kain baju..hahaha..*meh gelak*..agak-agak banyak mana kain baju tak berlipat tu sampaikan kena tangguh adegan masak-memasak ek?..adeeiii..

    * Alasan biasa = tak larat le harini..nak rehat sikit..

    Jadi..bila si dia angguk & tanya nak makan apa..hati riang gumbira..kihkih..*korang jeles eh?* tapi untuk tengahari ni kenala masak untuk budak-budak ni, bekal diaorang pun dah siap tu..Alhamdulillah..

    Semalam tercari2 menu untuk makan malam, yang ada dalam peti ais cuma ayam..sehari sebelum tu dah buat ayam goreng pedas, kesian lak anak kecik ni nak makan, asyik pedas je..Umminya malas nak masak lauk asing-asing..hehe..*apola ek..Nampak Kak Ayu tayang, dari ungkapannya tu, terbayang-bayang lak kita ni hirup sup..huhu..kiranya anak-anak pun boleh makan kan..cuma Ana ada tambah sikit bahan rempah tu..sedapnya hirup kuah sup..tambah lak masa nak makan tu Ana letak cili api..sluurrppp...nasi kurang nak makan..hehe..



    Ana mintak izin copy sini eh kak..terima kasih.. 
    Recipe :Tulips@myresipi
    Copy : Kak Ayu

    Ingredients:-
    • 1 ekor ayam potong 16
    • 1 labu bwg merah
    • 2 ulas bwg putih
    • 1 inci halia
    • sebatang kulit kayu manis
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 iji buah pelaga 
    • 1 sdk lada hitam - ditumbuk *Ana tambah
    • 1 sdk lada putih - ditumbuk *Ana tambah
    • 2 bj kentang
    • 1 btg lobak
    • 1 mangkuk air panas br masak
    • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam-(Ayu gunakan 1 cube ayam) *Ana guna serbuk pati ayam..
    • daun sup, daun bawang & bawang goreng

    Method:-

    1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
    2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
    3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.*Masukkan juga lada hitam & putih yang ditumbuk tadi.
    4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
    5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lag. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
    6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
    7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

    YOGURT MUFFIN COKLAT CHIP

    Assalamualaikum & selamat pagi..
    Bersua kembali..Alhamdulillah masih diberi rahmat oleh Allah untuk  bernafas di muka bumi nan indah ini..Syukur kepada-Mu Ya Allah..semoga hari ini & hari-hari mendatang terus dirahmati. Tanpa Rahmat-Nya siapalah kita..

    Pagi ni Ana tak masak apa-apa pun untuk sarapan & bekal Adam & Akmal ke sekolah Kafa..badan tak larat sangat pagi tadi..cuma bancuh air susu & sapu choc.filling yang dah sedia tu kat atas biskut..kat sekolah nanti suruh diaorang beli kuih je, sekali sekala dapat duit untuk beli kuih kat sekolah, tersenyum leber le, siap rancang lagi nak beli apa..hihi..


    Pagi semalam Ana buatkan muffin untuk bekal diaorang ke sekolah rendah, agak lama juga tak buat muffin, lembut muffin ni, sebab yogurt tu agaknya, cuma dapat sikit je, tu pun Ana dah letak adunan 1/2 cup muffin, naiknya tak menggunung sangatle..kalau letak 3/4 rasanya elok kejadiannya..maklumle, ini pun tak cukup..hehe..masa ambik gambar pun dah tinggal 3 ketul ni le, sambil snap gambar, dah ada dak kecik dok dongak nak ambik..hehe..
     

    YOGURT MUFFIN COKLAT CHIP
    sumber: izahdaut

    bahan:
    • 1 cawan tepung 
    • 1/3 cawan gula
    • 1/2 sk soda bikarbonat
    • 3/4 sk baking powder
    • 1/4 sk garam
    • 1 biji telur
    • 1/2 cawan yogurt natural low fat *boleh guna jenis apapun
    • 1/3 cawan susu segar..Ana guna susu cair & tambah air sikit
    • 1/2 sk vanilla essence
    • 2 sb butter cair
    • *1/2 cawan coklat chip

    caranya:
    • Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
    • Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu dan vanilla. Masukkan juga butter cair tadi. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
    • Gaul sekadar tepung bersatu(jgn terlebih gaul)dan sendukkan terus ke dalam muffin tin/mangkuk muffin.
    • Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

    26 April, 2011

    PARI BAKAR BEREMPAH HARUM


    Hari Ahad lepas takde nak pergi mana-mana, tambah pulak, anak-anak ada kelas fardhu ain, dok rumah jela..hari minggu dirumah, kenala masak spesel sikit..huhu..takdenya nak spesel mana pun, teringin nak makan ikan bakar je..suruh Cik Abe belikan bahan untuk buat menu simple ni..masa tumis bahan rempah tu kan, terasa macam nak makan nasi terus..hehe..punyala kuat penangan baunya..masa nak makan tu Ana perah asam limau, macam yang kak Nor cadangkan..rasanya hari apa ek Kak Yatie pun dah buat..terima kasih penyumbang resepi iaitu Kak Dayang & Kak Nor yang suka sangat menyebabkan air liur ini meleleh..

    Hari yang sama jugak, Cik Abe belikan tempe, berbungkus dalam daun pisang..hehe..apa nak tunggu lagi, Ana ambil je daun pisang tu & basuh, buat bungkus ikan, sedang-sedang elok lak..baunya makin le semerbak..sesuai dengan namanya "harum" tu kan..



    Sumber :DayangJack

    Bahan-bahan :
    • 1 ekor ikan pari/siakap (dibersihkan)
    • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
    • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
    bahan-bahan dikisar bersama :
    • 3 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 batang serai
    • 1 helai daun limau purut
    • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
    • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
    • 1 sudu besar rempah kari ikan
    • 3 sudu makan air asam jawa
    • 1 sudu besar kicap pekat
    • sedikit belacan bakar
    • 1 inci halia
    • 1/2 inci lengkuas
    • gula dan garam secukupnya
    • sedikit air

    Cara-cara :

    • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
    • Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
    • Kemudian bakar ikan sehingga masak.

    KETAYAP BEWARNA BERINTI COKLAT


    Ini menu minum petang sekali dengan bekal anak-anak ke sekolah rendah semalam..nak buat ikut resepi Dadar Coklat tu rasanya kena guna banyak telur..kalau buat ketayap ni telur 1 biji je..hihi..dapat banyak gak tuh, cuma Ana tak letak warna hijau, letak esen vanila & pewarna je..kaedah pun lebih kurang sama dengan Dadar Coklat tuh..

    Meh layan..hehe..RESEPI KUIH KETAYAP ASAL


    Kuih Ketayap
    Copy : Mas
    Sumber : Kak AnIzahKak Hana

    Bahan :
    • *1 biji telur
    • *2 cawan tepung gandum
    • *1/2 sudu teh garam
    • *2 cawan air
    • *sedikit esen vanila
    • *sedikit pewarna..
    • minyak untuk mendadar
    • Inti coklat

     
    Cara :
    1. Blend semua bahan yg bertanda *. Asingkan untuk letak pewarna kesukaan
    2. Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
    3. Angkat. Masukkan inti coklat dan gulung.
    4. Siap dihidang.

    KUIH DADAR COKLAT

    Assalamualaikum..
    Layan menu sarapan & bekal anak-anak pagi semalam..tak sempat nak letak semalam..hehe..weh..sedap le..lembut je, tapi Ana buat 1 adunan, masih tak mencukupi..huhu..sedang2 sekali makan je yelah, dah anakanda berdua tu bawak ke sekolah agama pagi tu..kira sedap & puas hati bila anak-anak suka & bapaknya pun kata sedap..Intinya Ana tak buat ikut cara Kak Wan tu, cuma sapu choc.filling yang masih berbaki, tapi suami suka makan dengan jem..sedap jugak..
     
     
    Resepi di salin dari dapo IZAH, MAS pun dah buat..Terima kasih buat Kak Wan..tokey segala biskut, kuih & kek..

     
    KUIH DADAR COKLAT
    Sumber : Citarasawan
     
    Bahan Inti Coklat
    • 100 ml susu cair
    • 25 gram gula pasir
    • 1 sudu besar serbuk koko
    • 2 sudu besar tepung jagung
    • 100 gram coklat masakan (potong kasar)
    • 1 biji kuning telur
    • 1/8 sdt garam

    Bahan Dadar
    • 200 gram tepung gandum
    • 2 biji telur dipukul sedikit
    • 1/2 sdt garam
    • 2 sdm majerin dicairkan
    • 400 ml susu segar/santan cair
    • sedikit coklat emulco
    • majerin untuk meleser *saya tak guna.


    Cara-cara :

    Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
     
    Dadar
    • Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis. 
    • Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan. 
    • Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal. 
    • Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 
    • Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis. 
    • Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi. 
    • Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair. 
    • Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur. *Boleh je masukkan dalam botol sos tu, paipkan je..

    25 April, 2011

    TUMIS SARDIN GORENG BERKENTANG..anak-anak sukerrr!!

    Anak-anak saya suka menu ni, anak anda bagaimana? Anda pula bagaimana? Suka makan atau suka buat sebab senang kan? Hihi..ni menu kelmarin , suka-suka nak letak sini..kot-kot ada yang nak tahu macamana nak masak sardin segera yang simple kan..maklumle, nak bagi anak-anak makan, kenala masak betul-betul & tambahan sesuatu yang berkhasiat tu..lain le kalau bujang-buang dulu, tebuk tin sardin ceduk masuk pinggan..selalunya Ana dulu kerap mendaki gunung, time tu Tingkatan 6, maka kerap gakle makan sardin kat atas gunung, tebuk dari tin je..kadang2 je panaskan atas unggun api..hehe..yelah dalam hutan, mana nak cari sos tiram & tomato penambah perasa..


    Kalau buat masak macam ni, anak-anak akan makan nasi menambah-nambah..suka sangatle selain dari sambal tumis ikan bilis..tapi jangan le selalu sangat..seminggu sekali ok la kot..sebulan baru 4 kali kan..kihkih..ada sedikit beza kot cara masaknya..sebab Ana goreng dulu ikan sardin tu, nanti isinya akan jadi lebih sedap berbanding tak digoreng..itu saranan dari kakak Ana..

    TUMIS SARDIN  GORENG BERKENTANG
    Sumber : Annaqawina

    Bahan-bahan :
    • 1 tin sardin..asingkan kuah dengan ikan sbb ikan tu akan digoreng sebentar *Ana guna cap AgroMas
    • 1 labu bawang besar - potong bulat
    • 3 ulas bawang putih - tumbuk halus
    • 1 inc.halia - tumbuk halus
    • 2 biji kentang saiz sederhana - kupas & potong 6
    • 1 biji tomato - potong 6
    • 1 sudu besar cili giling
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar sos cili
    • 2 sudu besar sos tomato
    • garam & gula secukup rasa
    • Air secukupnya
    • minyak untuk menggoreng

    Cara-cara :
    • Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng ikan..
    • Ambil ikan yang diasingkan dari kuahnya tadi, goreng di dalam minyak panas hingga sedikit garing..*hati2 akan percikannya ya..toskan minyak & ketepikan
    • Keluarkan minyak menggoreng tadi, tinggalkan hanya sedikit untuk menumis.
    • Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau & sedikit garing.
    • Masukkan cili giling, kacau sampai cili masak & bertukar warna gelap.
    • Masukkan semua sos bersama kuah sardin yng disimpan tadi. Kacau rata. Biarkan mendidih.
    • Masukkan kentang & air secukupnya, gaul rata & biar hingga kentang empuk.
    • Tambahkan air jika perlu berkuah, masukkan ikan, tomato & bawang besar bersama.
    • Tambahkan garam & gula secukup rasa.
    • Angkat & hidangkan.
    SONANG YANG AMAT KAN? ala..korang dah biasa buat tuww...hihi..

    Super Moist Eggless Chocolate Cake

    Assalamualaikum w.b.t

    Bersua lagi..hehe..setelah mengambil masa yang agak panjang untuk meng'update' blog..hihi...bila dah mula lemau nak update..makin lama makin panjang masa yang diperlukan..jadi taknak buang masa, sebab kek pun dah habis, jap lagi nak ambil Damia yang balik dari tadika..kek yang dah femes seantereo dunia masakan agaknya..ada yang dah 5 6 kali ulang buat..hambooiii...sape tu ek..

    Makan kek camni kena pejam bijik mata..telan perlahan-lahan..agar dapat rasai nikmatnya..heheh..memang moist ler..dan diakui oleh ramai yang mencubanya..tak silap semalam CMG yang glamer tu pun dah tayang..tapi kejadian saiznya tu agak tidak sesuai bagi yang berkeluarga besar..kena buat double / triple adunan baru cukup..Ana buat 1 adunan je..ngam2 skali hadap..maklum besar kan keluarga nih..hehe


    Terima kasih buat penyumbang resepi & yang mewar2kan..iaitu Kak Nor..

    Super Moist Eggless Chocolate Cake
    Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack

    bahan-bahan : loyang 6-7 inci


    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
    • 2 sudu besar susu tepung
    • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
    • 1 cawan gula perang
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
    • secubit garam
    • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
    • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
    Cara-cara :
    1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
    2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
    3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
    4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
    5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
    6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
    **Topping tu Ana guna lebihan topping dari Kek Coklat Lembut Chef Zubaidah..*

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...