05 Oktober, 2021

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum. 

Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, setakat pengetahuan saya sepanjang menjadi penjual di Shopee, dari kosong sehingga sekarang sebagai Preferred Seller & pernah naik hingga Preferred++ juga. InsyaAllah mana yang termampu.

Permulaan, sila buka muka depan apps Shopee korang, (1) klik SAYA/ME kat bawah bahagian kanan tu, paparan akan ke page kedai kita (2)

Scroll bawah sikit, klik MULA MENJUAL/START SELLING, paparan akan bawa korang ke pic ke (3) bawah ni. Klik TAMBAH PRODUK, paparan akan bawa ke page seterusnya (4), Shopee akan minta kita isi detail bahagian courier dulu. Tekan TETAPKAN SEKARANG. 

No. (5) tu, isi detail alamat penjual, semua yang dia nak tu isi je, LABEL : RUMAH atau KERJA, pilihla beroperasi kat mana. Kemudian tengok no (7), Buka togol pilihan. Mana yang korang rasa courier service available dengan tempat korang, yang bagus. Klik je buka.

Lepas klik je nanti butang tu jadi warna hijau, tengok pic.no. (8). 

Sekarang masa untuk kita upload produk kita nak jual. Masukkan gambar yang paling menarik, mengiurkan dan jelas, boleh tambah video pendek juga ya. 

Letak tajuk produk. Minimum 20 patah perkataan. Contoh saya upload Brownies Coklat, kita letak tajuk "Brownies Coklat Sedap Murah". 

Masukkan detail produk, minimum 20 patah perkataan, contoh : 

>Brownies premium menggunakan mentega tulen, coklat Beryl's

>Saiz 5 x 5inci

>PERCUMA sos coklat!!

Kemudian, isi ruangan yang shopee sediakan, kategori, jenama, kuantiti dan lain2 mana yang nak isi, tak perlu isi semua takpe. Letak mana yang penting je.

No.(10), isi ruangan HARGA, pengiraan harga ni korang kena kira betul2 kos bahan, termasuk pembungkusan, kotak dan wrapping juga. Pengiraan harga juga dah termasuk komisen yang akan shopee kutip setiap kali ada pesanan masuk. Tambah siap2 ya. 

No.(11), BERAT : masukkan berat total barang yang dah siap bungkus, contohnya kalau guna kotak, timbang barang sekali dgn kotak, wrapping dan sebagainya. Ambil ukuran kotak juga. Tekan part no. (12), butang tu akan jadi warna hijau. Klik SIMPAN. Done!

Tengok no.(13), semua dah lengkap, tekan PUBLISH/SIARKAN . Lepas tu kalau ada nak edit tambah apa2 maklumat, boleh edit balik.

Paparan page no.(14) tu korang scroll bawah sikit, nampak produk korang tadi. Tu tanda korang dah masukkan produk untuk dijual..yeaayyy

Paparan produk kedai korang akan terlihat seperti no 15 dibawah :

Tarraaaaaaa.....

Ok, no.(16) tambah produk lagi banyak-banyak, ikut step sama dari nombor 9 sampai selesai. 

Harap korang faham lah. Selamat berniaga di SHOPEE πŸ₯°


04 Oktober, 2021

MEMBELI DI SHOPEE..JOM!!

Assalamualaikum.. Jom kita belajar membeli di Shopee Malaysia..

Harini kita belajar cara nak mula membeli, guna voucher & check out barang kita okey. Mula-mula buka apps Shoppe korang tu, pertama kena buat setiap hari adalah kutip coin okeh πŸ˜†. Coin ni kita boleh guna untuk tukar dgn nilai duit bila nak membeli. Jadi, hari pertama 1 coin, hari ke 2, 2 coin, sampailah hari ke 7 kita dapat 7 coin, kemudian akan mula 1 coin semula. Haa begitulah seterusnya. 

Tapi kalau sehari korang tak klik tebus coin, nilai coin korang akan mula 1coin balik, bukan bersambung dari 2 hari sebelumnya ya. Jadi rajin-rajin buka shopee tiap hari kutip coin..hehe 

Ok, ke 2 lepas tu nak beli apa? Beli paper A4 untuk anak2 PDPR contohnya ya. Macam2 tugasan nak kena buat, kedai buku pula tak buka, Shopee lah jawapannya.

Klik atas tu,(no 2) search apa yang korang nak, nanti keluarlah senarai barang & kedai-kedai yang sesuai dengan hasil carian kita tu.

Klik masuk bakul berapa banyak yang nak, haa pilih..pilih..tambah..tambah lagi...πŸ˜†. Bagi sesetengah pembeli, mereka suka membeli semua barang yang mereka nak dari 1 kedai sahaja, jimat kos pos, senang nak beli kan. Jadi eloklah kita masuk kedai empunya barang tu dulu, pilih yang mana berkenan, kotla ada nak tambah pemadam, pensil anak pun selalu kontot kan.. haha. Klik jela masuk bakul tu. (No 3)

Dah siap? Ok sekarang dah siap shopping, kita nak bayar la pulak, pergi kat bakul atas tepi kanan tu, alamak lupa nak snap pulak, hehe..senarai barang kita yang masuk bakul tu, klik kotak kecil tepi kiri, pastu klik bahagian tebus voucher tu, klik dulu. tengok (no.4) ya. 

(No.5) Kemudian shopee akan bawa kita ke senarai voucher yang available kita guna untuk pembelian tersebut, klik mana2 yang warna terang tu, yang kelabu tu maknanya tak available lah utk guna masa tu. Klik OK ya!

(NO.6) Lepas tu, masuk semula kat senarai barang kita tadi, klik MEMBUAT PESANAN.  Shopee akan bawa kita ke step seterusnya untuk membayar, sama ada guna SHOPEE PAY atau transfer terus dari akaun bank anda. DONE BELI!

step seterusnya, tunggu barang anda sampai, bawaklah bersabar tuan puan, pihak pos sedang menjalankan tugasnya, kita tunggu saja kat rumah/pejabat. Andaikata pesanan kita tu lama sangat tak bergerak, pending kat mana2 store pos ke kan, korang klik LANJUTKAN SHOPEE GUARANTEE tu. (No.7)

Bila dah selamat tiba barang kita pesan tu, INGAT!! Jangan cepat2 klik RECEIVED/TERIMA tau! 

Buka dulu, cek barang cukup atau tidak, betul ke barang kita pesan tu atau salah? Rosak atau tidak, kita pembeli ada masa lebih kurang 3 hari untuk test barang yang dibeli sama ada berfungsi atau tidak, (contoh barangan elektrik, peralatan rumah dan sebagainya), saiz betul dan macam2 lah yang boleh kita tengok. 

Kalau barang makanan pula, pastikan makanan yang diterima tidak rosak, busuk, basi, berkulat / luput tarikh. Kena cek satu2, baru puas hati, kalau dah betul2 puas hati, kita cepat2 klik TERIMA/RECEIVED ok..Sukacitalah kiranya sebagai pembeli korang letak penilaian yang bagus2, 5bintang untuk item yang diterima.

Kalau ada yang tak puas hati atau barang kita terima tu bukan yang kita pesan, rosak pecah & sebagainya, kita klik REFUND, nanti pihak Shopee akan buat siasatan dan nantikan step seterusnya.

Ok, selesailah kita membeli hari ini. Boleh cuba membeli lagi kalau nak bagi mahir πŸ˜†, nak cuba produk bakery dari kedai SHOPEE saya pun boleh.  Saya letak link kat sini ya. 

https://shopee.com.my/qawina_resources?smtt=0.0.9

 Happy shopping☺️

03 Oktober, 2021

SHOPEE.. JOM MULA!

 Assalamualaikum semua yang singgah.

Harini kita cuba guide mana2 yang baru nak belajar membeli/menjual di SHOPEE. Orang kata, SHOPEE ni semua ada, MAK AYAH je takde ..ahha 

Betullah tu, semua benda boleh beli kat shopee, dari pakaian ke peralatan rumah, batu sungai ke pasir halus, hatta daun kayu pun ada dijual. Sangat mudah zaman sekarang kan? Tinggal cari duit je, pastikan caranya HALAL lah yer.. InsyaAllah. 

Ok, pertama sekali, awak2 semua pergi kat PLAY STORE di telefon masing2, ada kan? Search SHOPEE MALAYSIA & klik INSTALL. Ok step '1' Done!


Lepas tu, buka SHOPEE apps tu, klik kat 'SAYA' , cipta akaun masing-masing. Letakla nama glamer ke, nama anak ke, nama kedai ke , apa2 jela ikut syarat yang dah Shopee tetapkan ya. PASSWORD jangan lupa pulak, buat yang mudah-mudah je senang nak ingat. Step '2' '3' & '4' done!

Detail akaun tu korang boleh isi kemudian bila- masa. Nak isi terus pun bagus, sila..Done part '5'!

Dah sampai part ni, maknanya korang dah ada akaun Shopee & boleh membeli di Shopee. Isi alamat & no.phone korang betul-betul tau, pastu boleh klik voucher kat bawah sini : (lihat step 7) . Klik je tebus, yg gambar tu saya dah klik jadi keluar macamtu lah..

 https://shopee.com.my/m/free-shipping-deals?smtt=0.0.9 , 

Voucher ni semua shopee sediakan untuk pembeli. Klik je semua yang ada tu, nanti korang boleh check kat no.8 tu stok voucher yang korang ada. Bila nak membeli, voucher tu akan keluar mana yang sesuai dengan pembelian korang, bergantung kepada item, total & kedai yang join kempen voucher shopee juga lah ya.

Ok next post kita tengok cara nak mula membeli, eh nak beli pun kena ajar, alah saya dulu pon tak reti nak klik tang mana, nak tanya orang segan jugak, jd sikit2 kita tahu kita cuba hebahkan..nanti korang terer membeli baru seronok kan? πŸ˜†

Ok, sampai sini selesai 1 bab, permulaan di SHOPEE. InsyaAllah satu per satu, yang penting buat, jalan terus je.. ☺️


01 Januari, 2021

BROWNIES BITES

Assalamualaikum..Selamat bertemu kembali..harap yang baca disini sihat2 adanya InsyaAllah.

Harini kita belajar buat brownies sekali ngap ni pulak. Resepi mana2 pun anda boleh guna, nak tengok resepi saya guna pun buleh eh..Resepi sama juga saya buat jualan Brownies Loyang & Brownies bites ni. Resepi asal dari Afzan, sama dengan post saya sebelum ni.

ONE BOWL BROWNIES BITES

*50g mentega

*50g gula kastor

*45g gula perang

*50g tepung gandum

*20g serbuk koko

*1 biji telur gred A

*60g kepingan coklat Beryls

*sedikit coffee flavour/emulco (setitik dua sahaja)

Cara-cara :

1. Satukan mentega, gula castor & gula perang dalam mangkuk tahan panas.

2.Panaskan di atas api perlahan, kacau sentiasa sehingga butter mencair sepenuhnya. 

3. INGAT YA!! kita nak mentega je cair sepenuhnya, bukan gula!!

4. Tutup api, teruskan mengacau sehingga sedikit suam, terus masukkan telur dan kacau laju2 supaya telur tidak bergumpal atau menjadi telur separuh masak.

5. Cepat2 masukkan coklat, supaya adunan mentega & telur yang masih suam2 itu dapat mencairkan coklat dengan mudah.

6. Sekiranya coklat susah nak mencair, boleh saja panaskan sekejap menggunakan api perlahan, kacau laju2 supaya adunan kembali suam2 panas.

7. Kemudian masukkan tepung & serbuk koko, kacau sebati, kaup balik supaya semua bersatu. Masukkan adunan brownies kedalam piping bag. Ketepikan.

8. Aturkan cawan kertas saiz mini (saiz almond london)didalam acuan aluminium/acuan tart/pai, acuan kapkek dan sebagainya.

9. Paipkan adunan brownies tadi kedalam cawan kertas tadi sehingga hampir penuh, buiat sehingga habis.

10. Taburkan kacang badam atau coklat cip mengikut kesukaan anda.

11. Bakar didalam ketuhar dengan suhu 120'C - 130'C selama 40minit atau sehingga masak. (Pastikan suhu rendah supaya kedut & kilat permukaan brownies bites menjadi cantik.

Selamat Mencuba ya..😘

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...