03 Oktober, 2021

SHOPEE.. JOM MULA!

 Assalamualaikum semua yang singgah.

Harini kita cuba guide mana2 yang baru nak belajar membeli/menjual di SHOPEE. Orang kata, SHOPEE ni semua ada, MAK AYAH je takde ..ahha 

Betullah tu, semua benda boleh beli kat shopee, dari pakaian ke peralatan rumah, batu sungai ke pasir halus, hatta daun kayu pun ada dijual. Sangat mudah zaman sekarang kan? Tinggal cari duit je, pastikan caranya HALAL lah yer.. InsyaAllah. 

Ok, pertama sekali, awak2 semua pergi kat PLAY STORE di telefon masing2, ada kan? Search SHOPEE MALAYSIA & klik INSTALL. Ok step '1' Done!


Lepas tu, buka SHOPEE apps tu, klik kat 'SAYA' , cipta akaun masing-masing. Letakla nama glamer ke, nama anak ke, nama kedai ke , apa2 jela ikut syarat yang dah Shopee tetapkan ya. PASSWORD jangan lupa pulak, buat yang mudah-mudah je senang nak ingat. Step '2' '3' & '4' done!

Detail akaun tu korang boleh isi kemudian bila- masa. Nak isi terus pun bagus, sila..Done part '5'!

Dah sampai part ni, maknanya korang dah ada akaun Shopee & boleh membeli di Shopee. Isi alamat & no.phone korang betul-betul tau, pastu boleh klik voucher kat bawah sini : (lihat step 7) . Klik je tebus, yg gambar tu saya dah klik jadi keluar macamtu lah..

 https://shopee.com.my/m/free-shipping-deals?smtt=0.0.9 , 

Voucher ni semua shopee sediakan untuk pembeli. Klik je semua yang ada tu, nanti korang boleh check kat no.8 tu stok voucher yang korang ada. Bila nak membeli, voucher tu akan keluar mana yang sesuai dengan pembelian korang, bergantung kepada item, total & kedai yang join kempen voucher shopee juga lah ya.

Ok next post kita tengok cara nak mula membeli, eh nak beli pun kena ajar, alah saya dulu pon tak reti nak klik tang mana, nak tanya orang segan jugak, jd sikit2 kita tahu kita cuba hebahkan..nanti korang terer membeli baru seronok kan? 😆

Ok, sampai sini selesai 1 bab, permulaan di SHOPEE. InsyaAllah satu per satu, yang penting buat, jalan terus je.. ☺️


Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...