04 Oktober, 2021

MEMBELI DI SHOPEE..JOM!!

Assalamualaikum.. Jom kita belajar membeli di Shopee Malaysia..

Harini kita belajar cara nak mula membeli, guna voucher & check out barang kita okey. Mula-mula buka apps Shoppe korang tu, pertama kena buat setiap hari adalah kutip coin okeh 😆. Coin ni kita boleh guna untuk tukar dgn nilai duit bila nak membeli. Jadi, hari pertama 1 coin, hari ke 2, 2 coin, sampailah hari ke 7 kita dapat 7 coin, kemudian akan mula 1 coin semula. Haa begitulah seterusnya. 

Tapi kalau sehari korang tak klik tebus coin, nilai coin korang akan mula 1coin balik, bukan bersambung dari 2 hari sebelumnya ya. Jadi rajin-rajin buka shopee tiap hari kutip coin..hehe 

Ok, ke 2 lepas tu nak beli apa? Beli paper A4 untuk anak2 PDPR contohnya ya. Macam2 tugasan nak kena buat, kedai buku pula tak buka, Shopee lah jawapannya.

Klik atas tu,(no 2) search apa yang korang nak, nanti keluarlah senarai barang & kedai-kedai yang sesuai dengan hasil carian kita tu.

Klik masuk bakul berapa banyak yang nak, haa pilih..pilih..tambah..tambah lagi...😆. Bagi sesetengah pembeli, mereka suka membeli semua barang yang mereka nak dari 1 kedai sahaja, jimat kos pos, senang nak beli kan. Jadi eloklah kita masuk kedai empunya barang tu dulu, pilih yang mana berkenan, kotla ada nak tambah pemadam, pensil anak pun selalu kontot kan.. haha. Klik jela masuk bakul tu. (No 3)

Dah siap? Ok sekarang dah siap shopping, kita nak bayar la pulak, pergi kat bakul atas tepi kanan tu, alamak lupa nak snap pulak, hehe..senarai barang kita yang masuk bakul tu, klik kotak kecil tepi kiri, pastu klik bahagian tebus voucher tu, klik dulu. tengok (no.4) ya. 

(No.5) Kemudian shopee akan bawa kita ke senarai voucher yang available kita guna untuk pembelian tersebut, klik mana2 yang warna terang tu, yang kelabu tu maknanya tak available lah utk guna masa tu. Klik OK ya!

(NO.6) Lepas tu, masuk semula kat senarai barang kita tadi, klik MEMBUAT PESANAN.  Shopee akan bawa kita ke step seterusnya untuk membayar, sama ada guna SHOPEE PAY atau transfer terus dari akaun bank anda. DONE BELI!

step seterusnya, tunggu barang anda sampai, bawaklah bersabar tuan puan, pihak pos sedang menjalankan tugasnya, kita tunggu saja kat rumah/pejabat. Andaikata pesanan kita tu lama sangat tak bergerak, pending kat mana2 store pos ke kan, korang klik LANJUTKAN SHOPEE GUARANTEE tu. (No.7)

Bila dah selamat tiba barang kita pesan tu, INGAT!! Jangan cepat2 klik RECEIVED/TERIMA tau! 

Buka dulu, cek barang cukup atau tidak, betul ke barang kita pesan tu atau salah? Rosak atau tidak, kita pembeli ada masa lebih kurang 3 hari untuk test barang yang dibeli sama ada berfungsi atau tidak, (contoh barangan elektrik, peralatan rumah dan sebagainya), saiz betul dan macam2 lah yang boleh kita tengok. 

Kalau barang makanan pula, pastikan makanan yang diterima tidak rosak, busuk, basi, berkulat / luput tarikh. Kena cek satu2, baru puas hati, kalau dah betul2 puas hati, kita cepat2 klik TERIMA/RECEIVED ok..Sukacitalah kiranya sebagai pembeli korang letak penilaian yang bagus2, 5bintang untuk item yang diterima.

Kalau ada yang tak puas hati atau barang kita terima tu bukan yang kita pesan, rosak pecah & sebagainya, kita klik REFUND, nanti pihak Shopee akan buat siasatan dan nantikan step seterusnya.

Ok, selesailah kita membeli hari ini. Boleh cuba membeli lagi kalau nak bagi mahir 😆, nak cuba produk bakery dari kedai SHOPEE saya pun boleh.  Saya letak link kat sini ya. 

https://shopee.com.my/qawina_resources?smtt=0.0.9

 Happy shopping☺️

Tiada ulasan:

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...