13 Julai, 2013

4 RAMADHAN 1434H : FRUIT TART & TART SHELL


بسم الله الرحمن الرحيم ...

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Alhamdulillah, hari ke-4 berpuasa dibulan Ramadhan tahun ini, semoga kita semua diberkati hingga akhirnya.. maaf ya, saya nak cepat, ni pun edit2 mana yang patut je, dah lama dlm.draf, ada pulak rakan2 yang nak resepi, jadi saya kongsikan mana yang sempatla.

Pilihan menu berbuka? Kalau rajin apa salahnya. Sekadar mencetus idea bagi yang teringin & termenung tu..Tart buah ni ada penggemar tersendiri, kalau anak2 saya nnt dicabut satu persatu baru makan..pelik2..hehe


Rajin2kan tangan siapkan crust dulu ya, boleh simpan lama kalau nak guna raya ni sempat lagi, tak nak buat sendiri boleh tempah dengan saya ya.ada 2 saiz tersedia, 4.5cm & 5.25cm. Cukup mudah kalau nak buat cheesetart atau fruit tart ya.

Resepi saya sertakan sekali, kot2 ada yang rajin, boleh buat untuk jamuan berbuka atau hari raya nanti. Resepi kastard pulak dari blog Kak So Fea, terima kasih ye kak, memang suka sgt resepi ni, dah lama jugak guna untuk jualan ni, cuma nak jadikan elok terbentuk dan licin serta lembut lepas dimasak tu ada caranya. Jom kita tengok...

RESEPI TART SHELL
Sumber : Anna Qawina

Bahan-bahan :
  • 250g mentega Buttercup
  • 120g gula ising
  • 2 biji telur gred B
  • 480g - 500g tepung gandum (masukkan sdkt2..)
Cara-cara :

  • Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  • Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  • Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  • Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  • Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  • Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.
TART SHELL

RESEPI CREAM CUSTARD
Sumber : So Fea After 6 am

Bahan-bahan:
  • 1 liter susu segar
  • 130 gm tepung kastard
  • 150 gm gula @ ikut manis
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sk esen vanila

CARA:
1. Masukkan 1/2 liter susu ke dalam mangkuk, kemudian masukkan tepung kastard dan telur.
2. Gauk dgn whisk sehingga tepung & telur sebati. kemudian tapis. Ketepikan.
3. Lagi 1/2 liter susu masukkan dalam periuk , panaskan sebentar dan masukkan gula.
4. Kacau hingga gula larut dan masukkan adunan kastard yg telah ditapis tadi.
5. Kecilkan api dan kacau selalu hingga masak.  Part ni kena jaga2 sbb nanti hangus.
6. Angkat & biarkan sejuk. Cream ni masa panas cair sedikit tapi bila sejuk akan pekat.

7. Bila kastard dah sejuk, putar menggunakan mixer sehingga kastard licin dan lembut dgn.kelajuan perlahan, kemudian baru boleh digunakan.(Ini cara saya supaya kastard krim terbentuk elok dalam crust)
8. Masukkan cream custard tadi ke dalam pipping bag dgn nozzle yg sesuai dan paip ke dlm tart crust.
9. Susun buah2 spt. strawberry, kiwi, anggur @ buah2 lain yg disukai di atasnya.

10. Tabur gula icing jika suka & sapu jely atas buah2han agar kelihatan berkilat.


SELAMAT MENCUBA. NAK ORDER SMS/CALL : 019-3004358

12 Julai, 2013

3 RAMADHAN 1434H : MEE GORENG BASAH


بسم الله الرحمن الرحيم ...
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Maaf harini lewat letak entry, sebelum ni entry saya semua autopost, maaf la ye, x sempat nak taip..

Menu berbuka, permintaan anak-anak, Adam suka yang ada kuah2 pekat dan pedas, boleh bagi idea bagi sesiapa yang jemu berbuka makan nasi kan. Biasanya masak berbuka ni ikut selera anak-anak je, kita mak bapak ni layan aje, tekak semua boleh terima, asal lauk sejenis, sayur sejenis dengan sambal, dah. Dah lebih satu lauk sah2 xde sape nak makan.jangan membazir ya.

Resepi ni dah lama jumpa dalam majalah apa tah dah lupa lak.. masa tinggal kat rumah sewa masa belajar di Kuantan dulu, mula dari tu terus terer la kunun masak mee..hehe..Tapi ramuannya ingat2 lupa jela, asal jadi kan. Jom terai..

MEE GORENG BASAH
Sumber : Majalah

Bahan-bahan :
  • mee kuning - dicuci bersih
  • 5 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah - tumbuk halus
  • cili api - tumbuk kasar
  • 3 sdb cili giling
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sdk tepung jagung
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sedikit air
  • isi ayam - potong nipis
  • sayur-sayuran
  • bebola ikan

Cara-cara :
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bahan2 tumbuk sampai naik bau
  • Masukkan cili giling, kacau2 sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tiram, ayam, bebola ikan, kacau goreng hingga ayam masak.
  • Masukkan kicap pekat, kicap manis, kiub pati ayam dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
  • Masukkan mee kuning dan sayur-sayuran., kacau hingga sebati.Rasa masin manisnya.
  • Dah mendidih, ambil sedikit air, bancuh tepung jagung bagi sebati dan masukkan dalam masakan tadi.
  • Sedia dihidangkan panas2..

SELAMAT BERBUKA


11 Julai, 2013

2 RAMADHAN 1434H : NASI GORENG LOBAK MERAH

بسم الله الرحمن الرحيم ...
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu bahwa Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

ومن صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (HR. Bukhari No. 38, 1910, 1802)
 Makna ‘diampuninya dosa-dosa yang lalu’ adalah dosa-dosa kecil, sebab dosa-dosa besar –seperti membunuh, berzina, mabuk, durhaka kepada orang tua, sumpah palsu, dan lainnya- hanya bias dihilangkan dengan tobat nasuha, yakni dengan menyesali perbuatan itu, membencinya, dan tidak mengulanginya sama sekali.(c&p)

*******************************************************************
Menu biasa2, dah lama buat ni, saja2 nak habiskan parutan lobak merah lebihan buat carrot cheesecake sebelumnya, lalu saya campur adukkan dalam rencah nasi goreng. Simple tapi amat bermakna sebab anak2 tak payah nak kuis2 pilih sayur sbb xtau makan..hehe..Nasi ni digandingkan dgn apa2 aje yang ada, ikan masin kecil2, sambal lada mak saya buat, ulam2 aje..

Versi pinggan besar sah2la dewasa punya, yakni empunya tuan rumah..sikit2 mana cukup.

Versi ciput2 ni utk.anak2, suka sgt diaorang kalau buat bentuk2 kat nasi tu...Resepi? Takde..saje2 share bg idea..haha..Campak ajela mana2 yang ada kat dapo tu haa..InsyaAllah sedap makan untuk sahur ni kan..

SELAMAT BERPUASA..

10 Julai, 2013

1 RAMADHAN 1434H : PATIN MASAK TEMPOYAK



Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ
 
Berpuasalah kalian karena melihatnya (hilal) dan berhari rayalah karena melihatnya, jika hilal hilang dari penglihatanmu maka sempurnakan bilangan Sya’ban sampai tiga puluh hari. (HR. Bukhari No. 1909)

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga dapat melalui sebulan bulan yang penuh keberkatan ini dengan sempurna. InsyaAllah.

Niatkan setiap hari memasak dengan hati yang gembira, ikhlas & tenang ....terima kasih buat sahabat kerana memberi ikan patin yang sangat ohsem segar dari kolam, lain kali nak lagi ye CK.. maka bertempoyaklah ia beberapa kali sampai licin..Sangat sedap..ikan yang segar & takde bau pon..cuci pun pakai air biasa je..
Sesaja kongsi menu ikan patin sedap ni untuk tatapan sendiri...hehe..ada seorang adik yang nak tau resepi jadi moh kita ke dapo yer..Ada saya sertakan 2 resepi, boleh pilih mana2 yang suka..semua2 menepati selera InsyaAllah.

PATIN MASAK TEMPOYAK (1) - PAHANG
Sumber : MasDuniaku & Azie Kitchen

Bahan : 
  • 1 ekor ikan patin  
  • 5 biji cili padi - nak pedas letak lebih 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih  
  • 1kuntum bunga kantan - belah 2  
  • sedikit daun kesum  
  • 1 keping asam keping jika perlu  
  • garam secukup rasa

Cara : 
  1. Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini. 
  2. Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau.  
  3. Mas rendam ikan patin dengan cuka kurma. 
  4. Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
  5. Tumbuk cili padi dan kunyit.   
  6. Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk dan bunga kantan.  Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
  7. Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan patin. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum. 
  8. Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.  
  9. Untuk melihat cara2 menbuatnya, lihat DISINI

PATIN MASAK TEMPOYAK (2)-PERAK 
SUMBER :Sharifah Azizah@myResepi

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 1 ekor ikan patin di potong
  • 10 biji cili padi kampung (atau tambah lagi jika suka pedas)
  • 1 cm kunyit basah @ 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 1 biji timun @ timun aceh di buang isinya dan di potong-potong
  • 1 cawan tempoyak
  • 2 batang serai
  • sedikit garam dan serbuk perasa
  • 1 liter air
  • sekuntum bunga kantan @ sedikit daun kesum

Cara-cara

  1. kisar cili padi dengan sedikit air, masukkan ke dalam periuk.
  2. kisar pula tempoyak dengan air yang selebihnya, tuangkan ke dalam periuk yg sama.
  3. masukkan kunyit, serai, garam dan serbuk perasa. didihkan.
  4. rasa masam masinnya. jika x cukup masam (tempoyak baru), tambah sekeping asam gelugor/ asam keping.
  5. bila rasanya sudah sedap, masukkan ikan dan timun yg sudah dibasuh.
  6. bila dah mendidih angkat dan boleh lah di persembahkah....
  7. * masakan ini tidak menggunakan bawang utk menyerlahkan bau tempoyak. ada sesetengah tempat pula meggunakan bawang merah utk mengurangkan bau tempoyak...ikutlah mana suke. akak mana2 pun ok je... 
SELAMAT MENCUBA..

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...