04 Disember, 2010

CHILLED KIWI CHEESECAKE

Inilah percubaan pertama Ana buat & makan kek ni, Seumur hayat ni, baru 1st time tau..hehehe..ketinggalan zaman betul..lama doh dok tgk2 tapi tak terbuka hati nak buat, takut tak jadi, sayang gak cheese tu, mahal tu...tetapi akhirnya Ana beranikan diri mencuba disebabkan anak tekak ni dah terasa sangat nak makan...kuikui...


Intai2 dalam petiais nampak ada buah kiwi, terfikir nak buat muffin kiwi ke puding kiwi? Yelah ada orang tu tayang puding kiwinya kemain hijau mata memandang lagi kan...uhuks...Kucekalkan hati, buat jem/filling kiwi untuk dijadikan salah 1 bahan  sampingan utama kek ni..resepi filling/jem tu kat MyResipi.Com, olah dari resepi Delila..Jem strawberry


Bila dah siap, & potong makaaiiii..sedapnya, sejuknya tekak selepas sehari semalam didiamkan dalam peti yang sejuk tu..cuma tang base dia tu belum lulus lg la..bila potong ada relai sikit, mungkin tak cukup padat/tak cukup hancur..kalau ada sesiapa yg boleh bg tunjuk ajar bagaimana nak jadikan base dia elok tolong bgtau yea..nak sgt buat sampai betul2 menjadi sebab sedap sangat...


Anak-anak suka lak makan, tapi Umminya yang terlebih suka..heee...jakun sungguh  rasanya...tak rasa macam keju mentah-mentah tapi rasa lemak2 yogurt kiwi, kecuali Akmal, dia memang susah nak terima benda yang pelik-pelik ni..rugi betul kan..Resepini Ana jumpa kat blog Hanieliza's Cooking

Ana panjangkan resepi kat sini & terima kasih buat tuan punya resepi yea Pn. Hanieliza

Bahan Base 
  • 200 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus].Ana guna biskut Jacob
  • 2 s/b butter [suhu bilik]
Bahan Kerim 
  • 250 gm cheese cream philidephia
  • 300 ml yogurt [perisa kiwi]
  • 125 ml plain yogurt
  • 100 gm gula halus [gula kastor]
  • 2 s/b kiwi filling..
Larutan agar-agar cair [panaskan] 
  • 100 ml air
  • 1 s/b agar-agar serbuk
Hiasan [kacau sebati] 
  • Filling kiwi
  • 1 s/b air suam


Cara 
  • Alaskan loyang cheesecake 8 inci dengan kertas kek [kertas A4 pun ok].Ana guna loyang biasa & lapik dgn aluminium foil sekeliling sampai atas..
  • Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
  • Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
  • Masukkan yogurt dan kacau rata
  • Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
  • Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
  • Keluarkan dan letakkan filling kiwi.
  • Hidangkan.

RESEPI JEM/FILLING KIWI
 

Bahan-bahan ( 1 botol )

  • 500 gram Buah Starwberry Segar (bahagi 2 bahagian)*Ana guna buah kiwi
  • 200 gram gula (ikut kemanisan yang anda mahu)
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • Air secukupnya 
  • sedikit pewarna hijau..*Ana tambah
Cara-cara :
  • Panaskan 1 periuk air bersama 1/2 sudu teh garam hingga mendidih dan celurkan kesemua buah strawberry/kiwi.
  • Lebih kurang 2-3 minit atau hingga layu.Angkat dan toskan. 
  • Bahagikan kepada 2 bahagian buah strawberry/kiwi yang telah dicelur tadi. Ambil satu bahagian dan hancurkan.  
  • Dalam satu periuk campurkan buah strawberry/kiwi yang dihancurkan dan yang belum dihancurkan dengan gula..tambah pewarna sikit
  • Campurkan 1/2 cawan air dan masak hingga pekat dan gula hancur.Sejukkan dan bolehlah di masukkan ke dalam botol.
  • Sentiasa simpan di dalam peti sejuk jika tidak diguna.Boleh dijadikan filling muffin.
  • *UNTUK JADIKAN FILLING, CUMA TAMBAHKAN AIR PANAS IKUT KEPEKATAN YG KITA NAK, &  BOLEHLAH DIGUNAKAN



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU YEA KAWAN-KAWANKU YANG DIINGATI...:))

BERSIHKAN MINYAK...& CUCUR BILIS KEMBUNG

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu..

Pagi ni Ana goreng Cucur Ikan Bilis Kembung, sambil2 menunggu tempoh sejuk sebelum disarapankan oleh kami anak beranak...nak kongsikan sedikit apa yang Ana tahu..

 

Bila dah goreng ikan @ ayam, minyak akan bertukar keperangan & mungkin juga berbau...nak buang sayang lagi kan..hehehe..apa kata kita bersihkan kembali minyak masak tu & guna semula...

Caranya amat mudah..

  • Bahan yang diperlukan adalah HALIA...kikis buang kulitnya & cuci bersih, potong nipis-nipis yea..
  • Masukkan minyak yg nak dibersihkan tu dlm kuali, panaskan, kemudian masukkan halia tadi, kacau2 sampai halia tu nampak sedikit kecut/garing & melekat serbuk2 dlm minyak tu kat halia tadi..jangan sampai hangit sudah...
  • Tutup api & keluarkan halia, minyak dah boleh guna semula untuk menggoreng ikan
  • Mungkin tak sejernih yang asal tapi bau hilang & lebih jernih dari yang sebelumnya..

SELAMAT MENCUBA
Ok...nak sarapan..Cucur Bilis Kembung..resepi ada sini...:-)

Bissmillahhirrohmanirrahim..jemput makan..


03 Disember, 2010

KEK LAPIS COKLAT CHIPS

 Assalamualaikum...

Meh sarapan kek lapis kat rumah Ana ni..Petang semalam Ana cuba resepi dari blog Kak Yatie, sebelum ni pernah juga buat kek lapis tapi cuma 2 kaler je, kali ni terasa nak warna warni lak..hihi.. 


Kukusan Ana agak kecil jadi kena guna loyang kecilla, tak boleh nak buat bentuk segi4, kejadiannya pun tinggi macam apartment ni kot....kekekeke... 


Masa membuatnya adala dalam 2 jam setengah sambil2 masak untuk makan malam, bila dah masak, anak-anak dah tak sabar nak cuba, yelah kan berkaler maler meriah jer..Ana kata.."Sabo dulu, tunggu ayah balik nanti kita potong.." heee..kebetulan ayahnya balik lewat sikit..Bila dah potong tak sampai setengah jam tinggal suku je kek tu....lembut & gebu..tambah lagi ada coklat chips tu..laju je makan..taknak potong kecik2, nak besar terus..hiiii..sabo jela anak-anakku sayang ooiii..

Resepi asal Velvet Steameed Fruit Cake dari Kak fida & Ana copy & edit dari  Kak yatie

Bahan-bahan
  • 5 biji telur gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • pewarna hijau, kuning & merah
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. 
  4. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian...satu warna hijau, satu warna merah dan satu warna kuning (gaul sebati..)
  5. Loyang digriskan dengan mentega & taburkan sedikit tepung, ketuk2 bagi tepung keluar. Letak adunan kuning dulu, ratakan permukaannya, tabur coklat chips dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  6. Buat pula lapisan merah, ratakan permukaannya & tabur lagi coklat chips dan kukus lagi 15 minit...dan seterusnya lapiskan warna hijau, tabur coklat chips & kukus...teruskan melapis sehingga habis.
  7. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  8. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Nota Kak Yatie
*Penutup kukus hendaklah di bungkus dngn kain supaya air tak menitik diatas permukaan air.
*Masa dah letak adunan tu, goyang2kan/jalan2kan sikit2 sudu tu..sampailah tepi...
*Coklat chips boleh digantikan dengan coklat bar, prune, asam manis dll mengikut kreativiti...

Ada lg pilihan nak sarapan ni, stail kita kalau nak mkn cucur..apa2 jenis cucur pun sedap kalau mkn gini kan...


Cucur nasi ikan bilis disirami kuah pecal/kacang...jemput sarapan yea..:-)

02 Disember, 2010

BEST BLOG AWARD..terima kasih & sudilah kiranya...

Ohhhh..maaf Kak Lin cantik manis...lupo eh nak entrykan award nih...dah berapa hari dapat ni lupa nak gantung kat dinding..heee


Apo yang best kat blog Ana nih? Takde menda pon cuma tunjuk serba sedikit tiap kali main masak-masak & conteng-conteng je...tapi kalau ada yang kata best tu kombang pipi ambo kejap nih..haha...

Terima kasih Kak Lin & semua yang menyokong, & sekarang Ana nak bagi award untuk blog yang best ni kat semua bloggers..kerana BLOG BEST KALIANlah yang meng'inspirasi'kan hati ini untuk mula berblog..Sudi-sudikanlah yea..

Sekian terima kasih

APAM COKLAT

Assalamualaikum & Selamat pagi..
Indah cuaca harini, harap2 terang & sejuk sepanjang hari ni..sedap gak kan..*tengah fikir nak tarik selimut ke tak..heee*

Ok..berbalik kepada gambar di bawah ni, kes terkena virus apam sana sini, maka Ana merajinkan tangan..hehe...kejadiannya kurang cantik, tapi tinggal 3 biji lagi, tupun sorok untuk Puteri Manja Ana yang masih berlengkar atas tilam ni..yang lain dah dikerjakan 3 orang kanak-kanak riang ni, makan panas-panas2 sedap wei...
 
 
Disebabkan tak tutup penutup kukusan tu, muka apam ni jadi berkerutu sikit, takpela kan, yang penting jadi & sarapan harini sudah dilaksanakan oleh seorang Ummi yang baik hati & sayangkan anak-anaknya..heheh..*puji diri sdri takpe kan?*
 
APAM COKLAT by Alma MyR..Copy dari dapo Izah
Sumber: Kak Nor
Terima kasih semua..
 
BAHAN-BAHAN
  • 1cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 cawan susu pekat 
  • 1/2 cawan minyak masak 
  • 1/2 cawan air 
  • 1bj telur
  •  1/2 sudu kecil soda bikarbonat 
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko
CARA-CARA :
  • Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
  • Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender. 
  • Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. 
  • Sedap dimakan panas2.

01 Disember, 2010

TEMPE GORENG

Assalamualaikum..

Ni menu petang semalam ni tau. Sebelum ni kalau tempe Ana cuma tahu tumis dengan bilis/kentang je, takpun masukkan dalam sayur mayur, pernah makan tempe goreng tapi tak tahu buatnya macamana, ingatkan goreng gitu-gitu je, rupa2nya ada gak rempah ratusnya kan..


Terima kasih buat Kak Lin yang tayang tempenya kelmarin, kebetulan Cik Abe Ana beli 1 ketul besar gakla, nak jugak cuba, pastu call en.suami tu dia cakap "boleh, sedap tu"...heee..senang kerja.."mestilah boleh, tekak jawa tu kan.." lepas siap masak tu Ana cuba rasa, makaiii sedap yang amat le..hihi..macam jakun jek ek...maklum..tekak ni kenal budu ja sejak lahir, tempe2 ni baru kenal  dlm 8 - 9 tahun ni sejak kawen ngan orang jawa ..hehe..eh..testimoni lak ek..

Copy resepi dari : kak lin Terima kasih kak
Bahan-Bahan:-

5          Keping Tempe – Di Kerat Dua
3          Ulas Bawang Putih
1          Sudu Teh Ketumbar
1          Inci Kunyit Hidup *Ana guna serbuk kunyit
-           Sedikit Air
-           Sedikit Garam
-           Sedikit Gula
  
Cara Menyediakannya:-

Tumbuk Kunyit, Bawang Putih Dan Ketumbar.  Masukkan Sedikit Garam Dan Gula Kemudian Tumbuk Lagi. Masukkan Sedikit Air.

Gaulkan Tempe Dengan Bahan-Bahan Yang Di Tumbuk Tadi Kemudian Goreng.

Bahan Utk Sambal Kicap:-

10        Biji Cili Padi
1          Biji Bawang Putih
-           Kicap Manis
-           Sedikit Gula
  
Cara Menyediakannya:-

Tumbuk Cili Padi Dan Bawang Putih. Kemudian Masukkan Kicap Manis Dan Gula.
Makan dengan tempe goreng..:-)

30 November, 2010

KUDAPAN ISTIMEWA

Assalamualaikum...

Masih dengan mood nak nunjuk2 apa yang dibeli kat MAHA haritu...hehe..saje je kan..


Kuih cincin ni sedap sangat, sebelum ni pernah makan bila ada abang ipar yang pergi Sabah bawak balik & bagi kita sikit, jadi bila jumpa kat MAHA tu, kita terusla beli, tak banyak mana pun, kononnya beli sikit2 tapi macam-macam..balik rumah tak cukup lak rasa..


Selain tu ada juga beli  Seaweed Crisps..sedap jugak..tak puas makan sebab beli 1 kotak je..haha..


Moh ler makan jajan-jajan ni dengan Kappucino Tongkat ali ni haa...keluaran Coffee Omega...saja nak cuba-cuba, sedap jugak..aihh...asyik sedap jek..ada lagila makanan yang dibeli, kebanyakannya yang takde jual kat luar / supermarket ni..termasuklah jeruk Pak Ali dari Penang..tkyah g Penang dah....
Ok...dah puas tayang, makan time..heeeee

Notes: Dengkinya tgk Sicilian Orange Cake Izah..sob..sob..


29 November, 2010

ITU INI @MAHA 2010

Semalam 28 Nov.2010...kami sekeluarga bertandang ke MAHA 2010 kat UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan...Tak mau cakap banyak, jom layan gambo2 tak seberapa ni

Ada bunga-bunga cinta....cantik yang amat..macam-macam corak ada, besar kecik suma boleh jumpa, nak beli belum tentu lagi..


Ni baru kat luar..belum jejak betul2 kat dalam dewan pameran tu...

grrrrrrr.....

segar2 sedap buat ulam cicah sambal belacan..ngeeee
moh tanam padi...
Anak Ana AKMAL kata : AYAH, BOLEH TAK KITA BELA AYAM?? adeeyyy..
waaaa...buat kek guna telur sebesar ni pasti gebuusss kan...

Sape2 yang ada duit lebih boleh gak beli ni...hihiiiii



Jalan-jalan lagi, masuk Hall B, sape2 jumpa booth ni, nampak seorang pemuda hensem & agak2 bujang tu, adik Ana la tu...ada yg ckp muka kami sama, tapi rasanya muka ai lagi lawa la..(uweeekk) haha..kampeni  adik Ana kerja tu terlibat jugak dengan pameran ni, jual minyak proses, sape2 ada banyak minyak bekas goreng2 tu, blh hantar kat diaorang, proses jadi minyak diesel...SELAMATKAN ALAM SEKITAR KITA!!..errr...kita pon takde bg dia minyak tu..haha

tempat orang jual minyak...heeee
Pastu kan...teruskan perjalanan anda kat Hall B ada juga benda2 ni, nak tengok lagi banyak benda2 alah ni kena g Hall D kalau tak silap Ana...Bazzar Makanan..

macam2 bentuk coklat yang mengiurkan ada...
Jangan beli dulu..!!
pusing2 sekeliling & ambik coklat2 yang ditawarkan secara percuma tu dulu, dah puas pusing gerenti anda kenyang, dah takyah beli..wakakaaa...betull...memang kenyang sbb banyak gerai yang jual coklat...

ini coklat yea, bukan bola golf..heee
Memang puas hati walau terpaksa menapak dari satu2 lokasi pameran tu, macam2 ada dipamerkan ,coklat2 yang enak belaka & cantik2 bentuknya, tapi kan bila masuk tempat jual2 tu dah rasa pergi supermarket lak..."Beli 1 RM3.50..beli 3 RM10.00"....suka tengok, sebab kita ni jarang2 dapat pergi tempat2 gini.....

puteri sulung kami sempat berposing...

ala-ala kat padang ragut ni...
sempat lg sepak bola..

hehehhheee...

dah penat sepak bola, eskrem time...rasa mango lak tu..sedapppp
Muka masing2 dah penat, lapo pun ya, nak pusing balik ke Hall D tempat makan2 dah tak larat, jadi pusing keluar je, menapak lagi ke tempat letak kereta..Ya Allah...penatnya...ada lagi nak citer tp rasanya cukup dulula..nak betulkan urat saraf dulu...dah kejang kaki ni berjalan...ada yang urutkan syoknye kan...heee

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...