27 Mei, 2011

KEK VELVET OMBAK BERALUN KASIH..dilanda tsunami...

Assalamualaikum..

Apa musim sekarang ni yer? Rasanya panas je kan, tapi kenapa kek yang sepatutnya berombak beralun kasih ni bagaikan dilanda tsunami? huhu...bukan salah tuan punya resepi..tapi salah loyang!! Loyang?? hehe..taknak mengaku salah sendiri, loyang disalahkan..sebenarnya loyang yang Ana guna terkecil dari saiz yang sepatutnya, jadi kek naik membumbung tapi disebabkan loyang kek tu berbumbung (ditutup alum.foil), maka rosaklah alunannya itu..kek tetap menjadi & gebu, sedap dimakan..yang dikukus bagaikan apam ke apa ek..lembut bukan padat..ada yang tak muat loyang, Ana msukkan dalam loyang petak kecil, kemudian bakar..sedap jugak, cuma kering sikit tepinya, dalam kek tetap lembut, rasa ala-ala kek butter yang moist..

versi bakar..

Tentang resepinya, haritu nampak DayangJack tayang, kemain cantik dia punya velvet..tu yang teringin nak buat tu, tapi hasilnya tak se'cun' kakak tu..huhu..tapi apa-apa halpun kira dah tahu apa sebabnya & dah boleh rasa apa keadaan kek, kira puas hatila kan..*sedapkan hati jek..*. Dalam kek ni Ana tambah serikaya, macam yang kak Dayang buat, sedap la..*yang tak letak kaya taktaule cemana rasanya kan...*

versi kukus..
Jom kita semak resepinya yang mudah nak buat ni..terima kasih kak fida..& kak DayangJack..^_^

KEK VELVET OMBAK BERALUN KASIH
Sumber Ilham : DJ@Dapurku Sayang

 

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )

  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)*guna minyak masak je
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)*guna serbuk minuman coklat
  • 4 sudu besar serikaya *tambah
rupa dalam sebiji kek yang dikukus..macam kena hempas dek ombak ke pantai..hehe

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

26 Mei, 2011

AGAR-AGAR SUSU LAPIS COKLAT

Assalamualaikum..

Harini lewat masuk dapur sebab pagi tadi ada urusan..anak-anak ada acara sukan tahunan, walaupun tak pergi tengok, cuma ayahnya je yang pergi untuk tengok anak bujangnya beraksi..Alhamdulillah..kedua-duanya menang, Adam dapat tempat ke 4 (dapatla hadiah alat tulis), Akmal pulak dapat tempat pertama, dapat pingat je..hehe..ok le tuh, semangat kesukanan yang penting ada kan..Lepas diaorang balik dari sekolah tadi, suami ajak ke klinik pulak, memang harini kena checkup..ada sesuatu yang agak mengecewakan & membimbangkan, nanti la citer kemudian..takdela serius sangat..hehe..
Petang ni kita makan agar-agar je..buatnya pagi tadi, petangnya boleh makan sama-sama dengan ayah yang sampai petang ni. Senang je nak buat, sedap lak tu, budak-budak takpayah cakap le..belum potong dah nak cuit2..tak sabo..hehe..


Resepi ni Ana ambil kat dapur Kak Nor, asalnya Agar-agar Coklat, tapi kita tukar sikit namanya sebab ada bahan yang bertukar..hehe..jangan marah yer Kak Nor & Kak Ummi..sape2 nak try buatle..senang & sedap..rasa manis tu sedang2 aje..



Sumber : kak Ummi & Kak Nor
Sesiapa yang nak tengok resepi asal tengok dapur Kak Nor & Kak Ummi ye..
Agar-Agar Susu lapis Coklat by AnnaQawina

Bahan (Lapisan Coklat)
  • 10gm agar2 serbuk 
  • 4 1/2 cawan air
  • 7 sudu besar
  • 3/4 cawan Coklat Malt ~ k.nor letak 1/3 cawan serbuk koko
 Cara-Cara:-
  • Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. 
  • Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.*Ana tak tapis pun
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  • Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.


 Bahan Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar2 serbuk
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan susu sejat/cair
  • beberapa titis esen vanila

Cara-Cara:-

  • Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  • Masukkan gual dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.*tak tapis juga
  • Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  • Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

25 Mei, 2011

ROTI GORENG RANGUP...memang rangup lerr!!

Menu minum petang ni...sebenarnya  semalam dah buat untuk anak-anak bawak bekal ke sekolah, bila budak2 suka, semangat je malam tadi beli roti, buat lagi pagi tadi, adunan tepung masih berbaki, jadi petang ni buat lagi le..sedap betul makan panas2..semalam letak inti coklat, pagi ni anak-anak minta macam-macam..ada yang nak inti coklat, ada yang nak inti jem strawberry, ada jugak Ana letak serikaya..yang kaya tu kami suami isteri yang makan..hehe..memang sedap le..dah ramai yang buat ni, kita je asyik tangguh..rasa nyesal lak lewat cuba kan..

Ok, Mek Sue, nak kongsi kat sini lak yer...terima kasih kongsi2 menu yang mudah & sedap..<______>. 


ROTI GORENG RANGUP

sumber : HaSue@myresipi

Bahan-bahan ( Satu family leh makan )


  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)

SEMOGA DIBERKATI DI BUMI SAKURA....

Assalamualaikum..

Malam tadi (24 Mei 2011) Jam 11 malam, terbanglah dia ke negara matahari terbit itu..meneruskan niat murni & matlamat hidupnya di dunia ini..menyambung pengajian & kemudian bekerja di Hamamatsu Shizuoka, Jepun. Terikat dengan kontrak, maka 3 tahun disana, semoga dirinya tabah & cekal hadapi segala rintangan & cabaran di perantauan..Seramai 10 orang kalau tak silap Ana yang terpilih, pandai-pandaila bawa diri yer anak-anak..
Bersama ibunya..

Inilah wajah kabur (sbb snap dari jauh je..) anak saudara Ana, iaitu anak kakak sulung Ana yang bertuah tu..ditaja MARA untuk melebarkan sayapnya & menabur bakti buat keluarganya. Walaupun bukan anak sendiri, tapi dalam hati sayu juga, bergenang juga air mata tatkala doa dibaca sebelum melepaskan mereka, maklumle, hampir setengah tahun dia tinggal dengan kami, sepanjang belajar Pengajian Bahasa Jepun & Kursusnya di KL tempohari..sepanjang disini, dia disukai para jemaah surau, rapat dengan anak-anak kami..terasa macam nak melepaskan anak sendiri pulak kan..harapan kami agar dirinya berjaya dalam bidangnya & sentiasa dilindungi Allah s.w.t hendaknya.. 

Buat M.Hafezal...JUMPA LAGI 3 TAHUN AKAN DATANG...^_^

24 Mei, 2011

Super Moist Carameled Banana Cake

Sedap sangat kek ni..cara-cara buatnya agak berlainan & hasilnya tetap cantik dipandang & sedap dimakan..hehehe..Mas semalam buat kukus..harini kalau pisang msih berbaki, nak cuba kukus gak..tapi kan..masa bakar kek ni, semerbak harum baunya..lain dari kebiasaan kek pisang..manis pun sedang2 je sebab Ana dah kurangkan gulanya..hajat nak buat lagi untuk jamu kat ayah yang akan sampai..tapi tengok keadaan pisang macam tak cukup je..kek ni takde la besar sangat hasilnya, kalau nak makan ramai2 kena gandakan adunan, resepi yang diberi ni sedang2 elok untuk 1 family sederhana..


Bagi yang nak cuba..cubalah..tak menyesal kalau anda memang penggemar kek pisang..warnanya nanti bergantung kepada warna karamel yang kita buat, jangan sampai hangit sudahla yea..hehe..terima kasih buat kak fida yang banyak menyumbang resepi mudah & menghasilkan kepelbagaian versi ni..

 

SUPER MOIST CARAMELED BANANA CAKE

Sumber : kak fida@myresipi

Sumber : AnnaQawina

 

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. *Ana guna loyang 7 inc)


  • 1 cawan pisang lecek (240 g)
  • 1 cawan gula halus (200 g)-Ana letak 150 grm
  • 125 g mentega (1/2 buku)
  • 1 sk bicarbonate soda
  • 2 sb susu segar *Ana guna susu cair
  • 2 biji telur - A
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) - ayak (*Ana guna tepung gandum + 1 1/2 sdk baking powder + secubit garam)

Cara-cara


  1. Pisang lecek,gula,mentega, b. soda dan susu disatukan dalam periuk bersih.*Seeloknya guna kuali untuk memudahkan kacau adunan, sebab adunan akan berbuih2 naik..
  2. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga berkaramel.Sejukkan dan alihkan ke dalam mangkuk pengadun.
  3. Masukkan telur dan tepung sambil dikacau hingga adunan sebati.Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.
  5. Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
  6. Adunan boleh juga dikukus...nak tengok yg kukus ada kat blog MAS
 SELAMAT MENCUBA

    APAM COKLAT SPECIAL

    Assalamualaikum..

    Pagi ni sarapan dengan apam coklat yang simple ni bersama kek pisang..apam coklat ni jugakle bekal Adam & Akmal harini..Harini kesibukan menjelma lagi, ayahanda datang dari kampung mungkin petang ni @ esok sampai rumah kami..sebenarnya kedatangan ayah kesini sambil2 melawat anak menantu & cucu2nya, kedatangannya adalah untuk menghantar cucunya(anak buah Ana) yang akan berangkat ke Jepun malam ni, tempat yang dituju ialah Hamamatsu Shizuoka(betul ke tak ni..), bertapak disana selama 3 tahun untuk bekerja (sambil belajar) dibawah tajaan MARA yang bekerjasama dengan syarikat Jepun..semoga segala urusannya dipermudahkan Allah s.w.t hendaknya..jauh diperantauan..berat hati keluarganya nak lepaskan tapi apakan daya..itu yang tersurat kan..Alhamdulillah..itulah rezekinya..

     

    Jom tengok resepi mudah ni..rasanya dah ramai yang cuba kan..tapi kali ni apamku tak senyum..mungkin sebab masa kukus tu tuan apam tak senyum kembang semangkuk kot..hehehe..

     

    APAM COKLAT SPECIAL

    Sumber : ayeena@myresipi

    Bahan-bahan ( 4 atau 6 orang )

    • 1/2 cawan gula
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan susu pekat
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 1/2 cawan air
    • 1 biji telur
    • 1/2 sudu soda
    • 2 sudu serbuk koko

    Cara-cara

    1. campur smua bahan dn kacau shingga sebati.
    2. panaskan pengukus
    3. loyang dilapik dgn kertas minyak dan disapu dgn marjerin di seluruh permukaan kertas minyak.*Ana guna paper cup & letak dalam acuan lompang, isi adunan hampir penuh cup..
    4. tuangkan adunan dan kukus slama 45 min. Pastikan penutup pengukus tadi dibungkus dgn kain puth yg bersih spy wap air rebusan tidak menitis pd adunan.

    23 Mei, 2011

    KEK COKLAT KUKUS SIMPLE

    Assalamualaikum w.b.t.
    Salam buat semua, semoga ceria melayari hari ini & hari-hari mendatang..pagini banyak kerja pulak..sebab semalam dah seharian tinggalkan rumah..dah macam kapal pecah pun ada..hehe..jadi harini update blog sambil nak BW sikit mana yang sempat *pc i ni semput je..nak open bnyk2 tab dia tak bagi..* hehe..sambil2 tu kena masak untuk anak-anak makan tengahari & setelkan mana yang patut le..ada sape2 free tu  leh datang tolong..terima kasih..

    Kelmarin (Sabtu) Ana buatkan kek coklat..Adam yang mintak, katanya nak makan kek coklat, sambil2 tu memang dah berhajat nak pergi rumah kakak ipar hantar barang,boleh bawak ke sana makan-makan kan.. jadi cari punya cari resepi yang belum dicuba, maka terhasillah kek yang simple tapi cukup berbaloi nak buat & makan..rasanya disukai oleh kaum keluarga Ana & juga kakak, siap mintak mesejkan resepi lagi..


    Memang betul berbaloi, adunannya cukup banyak, sesuai jugak kalau ada yang cuba berniaga ni, nak buat untuk kenduri pun elok..banyak dapat, Ana kukus dalam loyang 8' tak muat, masa tuang tu dah hampir penuh, jadi suku adunan Ana masukkan dalam bekas plastik kecil2 & kukus kemudian..MasyaAllah..letak separuh bekas, hasilnya membumbung tak muat nak tutup..hehe..lain kali kalau nak buat dalam bekas kecil2 tu cuma letak 1/3 bekas je.

    Cuma maaf le, gambar isi dalamnya takde, dah buat untuk bawa ke rumah orang, taknak le potong2, bawak sebijik camtu je, yang dalam bekas kecil anak-anak dah makan lepas dah siap masak..lembut sangat tekstur kek, kandungan gulanya Ana dah kurangkan sebab nak letak topping kan, jadi kalau taknak letak topping, takpayah kurangkan gula tu, sedang-sedang elok je nanti..


    Kat sini Ana kongsikan resepinya dari Sofinar..InsyaAllah boleh cuba lagi nanti..bagi yang terasa nak makan kek coklat yg senang boleh cuba..Toppingnya Ana guna resepi dari fendi75, memang cantik & senang topping tu, pastu tabur dengan parutan coklat masakan je..

    KEK COKLAT KUKUS SIMPLE
    Sumber : AnnaQawina

    Bahan-bahan ( 10 orang boleh makan )

    • 2 cawan gula castor
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 cawan sebuk koko
    • 1 cawan minyak masak/ minyak jagung
    • 1 cawan susu cair
    • 3 biji telur gred B
    • 2 sudu teh soda bikabonat
    • 1 sudu teh baking powder
    • 1 sudu teh esen vanila
    • 1 cawan air panas 

    Cara-cara


    1. panaskan pengukus
    2. campur semua bahan kecuali air panas, putar dengan mixer hingga sebati
    3. bila dah sebati masukkan air panas. dan putar lagi sekejap je..
    4. bila bahan di putar sebati masuk dalam acuan yang digris dgn minyak dan bolehla di kukus kira-kira 45 - 60 minit@sehingga masak
    5. kawan2 jgn putar lama2 sangat dgn mixer tu asalkan dah sebati kira ok la, * putar dengan whisk pun boleh je..
    TOPPING GANACHE
    Sumber : AnnaQawina

    • 1/2 cawan koko
    • 1/2 cawan susu pekat
    • 1 sudu besar minyak masak 
    **masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecil panaskan sampai nampak dah ok (berkilat & sebati)...tuang atas kek yg dah sejuk 

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...