Selasa, 24 Mei 2011

Super Moist Carameled Banana Cake

Sedap sangat kek ni..cara-cara buatnya agak berlainan & hasilnya tetap cantik dipandang & sedap dimakan..hehehe..Mas semalam buat kukus..harini kalau pisang msih berbaki, nak cuba kukus gak..tapi kan..masa bakar kek ni, semerbak harum baunya..lain dari kebiasaan kek pisang..manis pun sedang2 je sebab Ana dah kurangkan gulanya..hajat nak buat lagi untuk jamu kat ayah yang akan sampai..tapi tengok keadaan pisang macam tak cukup je..kek ni takde la besar sangat hasilnya, kalau nak makan ramai2 kena gandakan adunan, resepi yang diberi ni sedang2 elok untuk 1 family sederhana..


Bagi yang nak cuba..cubalah..tak menyesal kalau anda memang penggemar kek pisang..warnanya nanti bergantung kepada warna karamel yang kita buat, jangan sampai hangit sudahla yea..hehe..terima kasih buat kak fida yang banyak menyumbang resepi mudah & menghasilkan kepelbagaian versi ni..

 

SUPER MOIST CARAMELED BANANA CAKE

Sumber : kak fida@myresipi

Sumber : AnnaQawina

 

Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. *Ana guna loyang 7 inc)


  • 1 cawan pisang lecek (240 g)
  • 1 cawan gula halus (200 g)-Ana letak 150 grm
  • 125 g mentega (1/2 buku)
  • 1 sk bicarbonate soda
  • 2 sb susu segar *Ana guna susu cair
  • 2 biji telur - A
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) - ayak (*Ana guna tepung gandum + 1 1/2 sdk baking powder + secubit garam)

Cara-cara


  1. Pisang lecek,gula,mentega, b. soda dan susu disatukan dalam periuk bersih.*Seeloknya guna kuali untuk memudahkan kacau adunan, sebab adunan akan berbuih2 naik..
  2. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga berkaramel.Sejukkan dan alihkan ke dalam mangkuk pengadun.
  3. Masukkan telur dan tepung sambil dikacau hingga adunan sebati.Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.
  5. Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
  6. Adunan boleh juga dikukus...nak tengok yg kukus ada kat blog MAS
 SELAMAT MENCUBA

    9 ulasan:

    ♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

    salam Anna..bau kek pisang dah sampai ke umah k.atie nie...

    Anna Qawina berkata...

    k.atie : ambik bau dah yer..hehe...

    tun_telani berkata...

    saya! saya!! saya nk cuba sbb saya pencinta kek pisang.. hihi...
    masak dulu pisang tu ek? jd ala2 gula hangus ek? tun kurang skill skit masak gula nih, selalu terpahit.

    Anna Qawina berkata...

    Tun : masak cam biasa je..kejap bila dh bertukar warna perang tu kira ok ler...

    anymz berkata...

    akak dtg ambik bauuuuuu je lah ya..ada lagi tak tu?..

    Mas berkata...

    sedappkan anna kek pisang ni..
    aku pun suka..
    nanti aku pun nak try versi bakar lak....

    Kak Rosaliza berkata...

    sedap n menggoda kek pisang ana tu

    Tanpa Nama berkata...

    hi, memang mengoda la kek pisang ni..pisang apa yang sesuai ya?

    Anna Qawina berkata...

    TANPA NAMA : sapela gamaknya ni yer..hihi..pisang emas yg plg mudah nak buat kek ni & kek2 pisang la kan..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...