27 Oktober, 2011

KUIH BAKAR PANDAN BADAM


Adaptasi daripada kuih bakar pandan II sebelum ni, pagi semalam Ana masak untuk makan-makan, kebetulan ada tamu kawan fb datang bertandang sambil ambil tempahan cheese tart, nak buat kek dah tak sempat kan, jadi kuih macam nilah yang sempat sebab senang, bahan2 & cara macam biasala, cuma tambah badam cincang dalam adunan & tabur sedikit atas kuih..Subhanallah..sedapnya..terutama bila gigit kerak tu, memang rangup semacam..idea ni dapat dari seorang cik adik Anum kat fb gakle..sesaja nak mencuba kan..

Ana kongsikan sekali lagi kat sini bahan2 kuih bakar pandan yang sedap & senang ni ya..bila2 masa boleh cuba. Terima kasih sekali lagi buat Joayee@Myresipi yang berkongsi resepi sedap & mudah ni.


KUIH BAKAR PANDAN BADAM

Bahan-bahan ( 6 org ) (Loyang bulat lubang tengah
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan jus pandan (atau air + pandan essence) 
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 1/4 cawan santan (1 1/2 cawan santan kotak + air bagi cukupkan 2 1/4 cawan) 
  • 2 susu besar butter @ marjerin
  • 3 biji telur 
  • 1/2 sudu teh garam 
  • pewarna hijau 
  • 1/2 cawan badam cincang - panggang @ sangai sekejap

Cara-cara
  1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati. Tambahkan badam (tinggalkan sedikit untuk tabur)
  2. masukkan 2 sudu besar minyak masak ke dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan adunan kuih tadi, taburkan baki badam cincang tadi. 
  4. Bakar dengan suhu 180'C sampai brown atau garing (boleh cucuk dengan lidi, kalau tak melekat kuih tu kat lidi, tandanya kuih dah masak)
 SELAMAT MENCUBA

Cheese Tart Sulung

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan? Adik kakak yang dirahmati Allah semua harini moga semua dalam keadaan kesihatan yang baik & dipermudahkan segala urusan, InsyaAllah

Sibuknya hari2 yang lalu eh..takdela sibuk mana pun, gitu2 jek..cuma tak sempat nak ngadap pc update apa yang patut..sebenarnya agak kesuntukan masa menaip, Ana tengah belajar2 nak buat cheese tart, huhu..orang lain dah teror kemain kita baru nak bertatih, jadinya lama sikitla masa yang diperlukan, dah tua2 baru nak belajar kan..Alhamdulillah..menjadi jugak & hasilnya sungguh tidak mengecewakan. Setakat ni dah 4 adunan dah berjaya buat, cuma masih perlu diperbaiki skill & teknik mencorak yang tah hape2 ni...bab art memang takleh nak buat apa la, kejung tangan nak melayangkan lidi tuh...nak je soh anak2 tolong deco, budak2 ni kreatif sikit kan..kot2 leh lukis gambar ikan ke..rama-rama ke..diaorang ni lukis bunga lagi cantik dari umminya buat..heee...


Ini adalah hasil pertama kali buat cheese tart, Ana guna resepi Kak Azita Zain yang dah merata dicuba kan..Hari2 dok study kat blog Hasue & Mas, pastu tengok step kat blog Kak Azita,..siap bermesej-mesej dengan Mas & seorang kakak yang giat menjual cheese tart kat Kulim sana..terima kasih Kak Maiza & juga Kak Nadz yang baru2 ni buat, maaf yer, terpaksa kacau malam2 buta dengan mesej kita bertanya itu ini..hehe..

Mintak halalkan resepi ni ye Kak Azita untuk share kat sini pulak, rujukan buat saya akan datang. Cheese Tart Sulung diberi nama kerana inilah hasil pertama buat benda ni..kira anak sulung le,..hehe..

RESEPI CHEESE TART 
Sumber : Azita Kitchen
Sumber ilham : Hasue, MasDuniaku, Kak Nadz, Nieza, Kak Azlita Aziz dll..

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :


  • 170gm marjerin
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak. 
  6. *Ana bakar lbh kurang 20 minit, api atas bawah dulu 10 minit kemudian api bawah sahaja sehingga masak*
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
 



Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
 Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

**NOTA KAK AZITA : 
Cara-cara ( rujuk gambar blog Kak Azita yer) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya *KAK ITA...) :

  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Selamat Mencuba..:))

    24 Oktober, 2011

    KUIH BAKAR PANDAN II

    Kuih lagi..kuee..kuee..jual kuih lak..sambil bawak bakul kaler biru letak atas basikal, keliling kampung jual kuih..ada yang nak beli tak ni? hehe..Nostalgia gak kan..siapa pernah menjual gini masa zaman keremajaan bawah umo dulu, nak2 bulan puasa kan..mana2 yang ada S.A kat kampung tu mesti segan2 & malu2 je nak lalu.haha..(sape tuh?).sape ada kenangan macam ni..Masih ingat lagi ke....tetiba teringin nak kembali ke masa lalu..isk..*cerita di atas tiada kaitan dengan diri penulis, harap maklum :D*

    Berpijak dibumi nyata..tiada lagi nostalgia ke hape, sekarang ni nak makan ke nak jual ke kena buat sendiri kuih muih ye, kalau dulu harapkan mak2 je, kita taunya makan..makan...tak sedap komplen, haa..sekarang kalau anak2 komplen makanan kita masak tak sedap baru tahu apa perasaan kan..*mulala teringat kat mak ayah nih..* lap2 air hidung mata okey..(*_*)


    Ok jom layan kuih bakar a.k.a bengkang@bingka ni..buatnya petang boleh buat sarapan, bagi yang tak sempat nak buat sarapan atau malas dapatle isi perut pagi2..hehe. Haritu tengok Nieza buat kuih ni bagi makan kat burung2 Finland yang teringin nak makan kuih muih Malaysia..hikhik..(sedap sangat sampai burung pun kidnap kuih dia kan), pastu Kak Naz pulak buat untuk berjualan kat opis beliau dengan jayanya, masyuukk ye Kak Naz..kita pun try jugakla sebab senang, pakai humban dalam blender & bakar..semudah itu je kan..*macam eksen je setelah ada blender baru ni kan..kan..sebelum ni asyik terkulat-kulat je tengok menu2 pakai blender..hee..sekarangle masanya nak guna resepi2 yang diblender, kalau rajin..kalau tetap ada..InsyaAllah..

    KUIH BAKAR

    Bahan-bahan ( 6 org )
    • 1 cup gula 
    • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence) 
    • 2 cup tepung gandum 
    • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml ) 
    • 2 tbs butter 
    • 3 biji telur 
    • 1/2 tsp garam 
    • colour hijau 
    • bijan
     
    Cara-cara
    1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
    2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
    3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing

     **Masa buat kuih ni santan tak cukup, maka kurangle rasa lemak tu..lain kali boleh cuba lagi dengan santan yang mencukupi..memang lazat..** Terima kasih penyumbang resepi & kawan2 yang telah mencuba..

    23 Oktober, 2011

    Apam Pisang Coklat Rice

    Assalamualaikum w.b.t

    Selamat beristirehat buat semua yang yang bercuti harini, kecuali yang bercuti Jumaat harini takde cuti la ye..yang memang cuti sentiasa tu mesti ada yang gantung periuk belanga sempena Ahad yer..kot2la pergi kenduri ke, pergi mancing ke *sapela tu?*,  jalan-jalan cari makan ke..kalau makan free best la jugak, kalau JJCM kena bayor rasa tekanan sikit kot ...heheee..gurau jelah..mana ada gitu kan..


    Jom buat apam pisang, kena ada pisang le, kot2 pokok pisang baru tanam kena tunggu berbuah dulu baru buat, jangan ambik pisang jiran sebelah lak yer..kang tak pasal2 kena parang dek tuan tanah..hehe..mula2 buat kuih ni letak dlm acuan lompang tu, macam Kak Nor buat, pastu saje nak menerai acuan putri ayu macam Ros buat, cantik le buat gitu..acuan putri ayu tu dah bertahun2 beli tak pernah guna, sekarang dah tinggal 6 biji je, tupun hasil selongkar bakul mainan anak2..mana belen tu agaknya kena selongkar lagi la kot..hihi *nak guna baru cari kan..

    Terima kasih Puan punya resepi ni Ros@JintanManis & Ana tengok masa Kak Nor buat baru2 ni, mintak izin kongsikan kat sini lak yer.. eh..lupa lak, ni apam yang buat hari apa ya..Jumaat kot, bagi budak2 ni bekal ke sekolah. Selebihnya makan-makan kat rumah, sekali hadap jela dah licin..

    APAM PISANG COKLAT RICE
    Sumber C & P : Kak Nor@SecubitGaram

    Bahan-Bahannya
    • 3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
    • 1 sudu kecil ovalette
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 3 biji telur
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 3/4 cawan gula
    • 3/4 cawan pisang yang telah dilenyek
    • 1/2 cawan susu segar@ santan@bancuhan susu pekat manis@bancuhan susu tepung *Ana guna susu cair + sedikit air
    • beberapa titik esen vanila
    • 1/2 cawan coklat rice

    Cara-caranya
    1. Lecek pisang yang telah ranum hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

    2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati. Akhir sekali baru masukkan coklat rice, kacau rata.

    3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

     

    Nota ROS : - ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu. *Ana letak juga 1/4 adunan tu dalam loyang petak kecil..nak cepatsiap..

    Nota: Kalau nak letak soda bikarbonat pun boleh, tapi pastikan ayak tepung dua kali, kerana jika soda bikarbonat tak rata atau terlebih letak, apam pisang akan berasa pahit. sebab tulah dalam adunan ni ros hanya letak baking powder dan ovalette sahaja.

    Nota Kak NOR :* rasanya lain kali kalau buat K.Nor nak humban semua dlm mangkuk mixer (kecuali pisang dan coklat rice yg akan dimasukkan last). saja nak ngetest gitu. kalau sapa2 yg ada mixer yg strong sket tu boleh lah buat kaedah ni ya..


    Selamat Mencuba.. 

    BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

    Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...