13 Ogos, 2012

AGAR-AGAR MOCHA/STRAWBERY

Menu sejuk-sejuk masuk tekak..sesuai untuk juadah berbuka puasa..layan...


Resepi asal takde layer pun, tapi Ana bahagi 3 bahagian & 1 bhgn tu campurkan stoberi paste..letak jugak baki2 stoberi yang dah layu tu dalam agar-agar ni..


RESEPI AGAR-AGAR MOCHA
Sumber : ReenKhan
Agar-Agar Mocha Strawberry by AnnaQawina

Bahan-bahannya:

  • 20 gram agar-agar tali
  • 5 cawan air
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan serbuk koko Van Houten 
  • 1 sudu kecil nescafe
  • sedikit strawbery paste*Ana tambah

Cara-caranya

  • Cuci bersih agar-agar dan toskan
  • Masak agar-agar dengan 5 cawan air hingga larut.
  • Masukkan gula dan susu pekat manis. Kacau hingga larut. 
  • Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar.
  • Tambahkan larutan koko yang telah dicampur dengan nescafe. Kacau sebati. 
  • *Ana bahagi kpd 3 bahagian dahulu baru campurkan koko dalam 2 bahagian tersebut, 1 bahagian lg tambah strawbery paste.
  • Masak hingga mendidih,tapis kemudian tuang ke dalam acuan yang digemari.*Ana tuang 1 bhgn koko, keraskan, karuk dgn garfu permukaan agar2 kemudian tuang agar2 strawbery, seterusnya langkah yg sama dgn agar2 mocha yang berbaki.
  • Sejuk beku sebelum dihidangkan.

BELAJAR MENJUAL DI SHOPEE..AYUH!

Bismillah..Assalamualaikum.  Hari ni kita nak mula belajar basic nak menjual di platform SHOPEE pulak. Saya cuba guide mana yang termampu, s...